13 Muharram 1433H. [MOD] -
Najib
telah cuba menumpang kejayaan Obama mempertahankan kerusi Presiden
Amerika Syarikat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini. Najib telah
meminta rakyat mengambil contoh rakyat Amerika dengan mengekalkan
kerajaan penyandang di negara ini. Saya telah menulis tentang isu ini
dan kali ini saya ingin menulisnya sekali lagi.
Baiklah, kita ikut bagaimana Obama mengekalkan kuasa di Rumah Putih
di Washington. Jika itu kehendak Najib maka kita lakukan apa yang
dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Pertamanya oleh kerana pilihanraya
kita sudah hampir maka Najib patut bersetuju untuk melakukan perdebatan
terbuka dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti perbahasan di
antara Obama dengan Roomney dari Republican semasa pilihanraya Presiden
tidak berapa lama dahulu.
Kalau hendak mengikut jejak langkah rakyat AS, kita ikut betul-betul.
Tentu ramai bersetuju jika perbahasan ini diadakan secara ‘live’
melalui TV3, RTM, ASTRO dan lain-lain saluran TV yang boleh di lihat di
negara ini. Tentukan yang saluran-saluran TV yang besar seperti CNN,
Aljazeera dan yang lain-lain menyiarkan secara ‘live’ ke seluruh dunia.
Dalam perbahasan itu Najib boleh membuktikan keburukan Anwar dan
Pakatan Rakyat dan biarkan semua masyarakat dunia tahu keadaan
sebenarnya. Saya rasa Najib akan mendapat lebih kredibiliti jika semua
manusia menonton perbahasan ini dan buktikan segala tuduhan beliau
terhadap PR dan Anwar itu betul dan benar.
Najib selalu berkata akhir-akhir ini yang beliau sahaja yang mampu
melakukan perubahan, maka tunjukkan bukti dan yakinkan kepada semua
pihak melalui perbahasan itu. Sekarang ruang telah terbuka untuk Najib
membuktikan kebenaran dan kemampuan beliau dari berkata dan mencemuh
Pakatan Rakyat dari belakang dan secara tertutup.
Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang beliau tidak terlibat
langsung dalam isu Altantuya serta isu-isu lain seperti komisyen
Scorpene dan banyak lagi yang dikaitkan terhadap beliau dan telah
terbenam menjadi persepsi dan stigma buruk terhadap beliau.
Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang isu NFC tidak kena
mengena dengan unsur rasuah dan unsur salahguna kuasa dan sebagainya.
Seorang pemimpin yang telah berucap bergegar-gegar selama ini dan akan
berucap dengan gegaran dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 27hb November
ini tentunya berkemampuan untuk mempertahankan kewibawaannya melalui
perdebatan itu. Seorang yang benar tidak mungkin takut berhadapan dengan
rakyat dalam perdebatan ini, malahan perdebatan ini sepatutnya menjadi
cadangan beliau untuk menunjukkan apa yang disebut oleh pembangkang itu
fitnah semata-mata.
Najib sepatutnya menerima cabaran ini dengan senang hati dan
tunjukkan semua program transformasi beliau itu adalah hebat dari
mendengar cerita karut-marut dari dirinya sendiri tentang kehebatan
program transformasi beliau itu. Najib selalu mengaku yang kerajaan kita
telah menjadi contoh bagi banyak negara di dunia ini, maka perdebatan
itu akan menaikkan lagi imej dan ‘dignity’ beliau seperti yang beliau
mengakui selama ini.
Najib boleh juga mengambil kesempatan ini untuk membuktikan yang
kerajaan pimpinan beliau terhindar dari kegiatan rasuah besar-besaran.
Dalam perdebatan itu juga Najib boleh memberikan penerangan bagaimana
rakyat negara kita ini akan memperolehi pendapatan yang tinggi menjelang
tahun 2020 seperti yang beliau war-warkan ke mana-mana beliau pergi.
Najib tidak perlu gentar berhadapan dengan Anwar. Jika beliau gentar
dan menolak cabaran ini, maka jelaslah yang Najib mempunyai banyak
perkara yang beliau hendak sorokkan. Jika Najib tidak mahu berdebat
dengan Anwar kerana Anwar terlalu tinggi untuk beliau menghadapinya,
Najib boleh memilih siapa sahaja dari pihak pembangkang. Rasa-rasanya
saya pun berani dan tidak akan berundur jika mendapat cabaran dari pihak
Najib itu. Sedap juga jika anak korporal Polis seperti saya berhadapan
dengan pemimpin yang dianggap teragung oleh gulungan seperti ini.
Jika begitu keadaannya maka tidak payah kita berfikir panjang. Terus
sahaja kita berikan sokongan kepada parti-parti pilihan selain dari BN
dan UMNO. Menarik diri dari cabaran ini bermakna apa yang di tuduh oleh
rakyat dan pembangkang selama ini tidak ada yang lain selain dari
kebenaran belaka.
Apabila kebenaran sudah terbukti maka rakyat sepatutnya tahu apa yang
hendak dilakukan dalam pilihanraya yang akan datang. Tidak payah lagi
pemimpin-pemimpin pembangkang ke hulu ke hilir untuk menyaingi media
perdana yang menyebelahi kerajaan yang berkuasa sekarang ini.
harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan