13 Muharram 1433H. [MOD] -
KASIH ISTERI...Asmah membantu suaminya, Rajab keluar dari kereta.
KULAIJAYA: Satu kereta dua pemandu. Ia memang cara pemanduan
membahayakan, namun itu yang terpaksa dilakukan sepasang suami isteri
setiap hari untuk mencari rezeki berikutan masalah kesihatan dialami
seorang daripada mereka.
Sejak Jun lalu, Rajab Awang, 64, yang diserang penyakit angin ahmar
akan bekerjasama dengan isterinya, Asmah Ghazali, 52, untuk memandu
Perodua Kancil milik mereka sejauh lima kilometer dari rumah di Desa
Idaman, Senai, dekat sini, ke kilang tempat isterinya bekerja.
Disebabkan bahagian pinggang ke atas Rajab termasuk kedua-dua
tangannya tidak mampu berfungsi, dia menggunakan kaki untuk menekan
pedal minyak, brek dan klac kereta transmisi manual itu.
Pada masa sama, isterinya yang juga pengawal keselamatan kilang batu-bata duduk di bahagian penumpang hadapan untuk mengawal stereng dan gear kereta.
Pada masa sama, isterinya yang juga pengawal keselamatan kilang batu-bata duduk di bahagian penumpang hadapan untuk mengawal stereng dan gear kereta.
“Kami terpaksa berbuat demikian kerana saya tidak tahu memandu kereta dan kami tidak cukup duit untuk membayar tambang teksi setiap hari,” katanya.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan