27 Januari 2013

Anelka ke Juventus untuk tempoh jangka pendek


14 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

MILAN: Juventus mendapatkan khidmat penyerang Perancis, Nicolas Anelka daripada kelab Shanghai Shenhua dalam tempoh kontrak jangka pendek selama lima bulam, demikian menurut Presiden Jeventus, Beppe Moratta. 


Bekas penyerang antarabangsa Perancis itu yang berusia 33, itu menjadi bintang kedua dalam Serie A menandatangani kontrak selepas penyerang Sepanyol, 


Fernando Llorente, yang turut bersama Juventus mulai 1 Julai nanti. Moratta memberitahhu stesen Sky Sport Italia bagaimanapun berkata, setakat ini kontaknya Anelka belum diadakan secara rasmi lagi namun beberapa media di Turin berkata sudah tiba menggunakan pesawat peribadi.


Marotta berkata: “Ia satu keadaan yang mendadak kerana kami memerlukan penyerang yang mempunyai kehebatan di depan. Justeru kami memberikan tugas ini kepada Anelka untuk tempoh lima bulan." - AFP

Keputusan Piala FA Inggeris


15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



Pusingan keempat: 

Bolton 1 (Sordell 27) Everton 2 (Pienaar 18, Heitinga 90) 



Brighton 2 (Barnes 33, Ulloa 62) Arsenal 3 (Giroud 16, 56, Walcott 85) Derby 0 Blackburn 3 (Kazim-Richards 44, Dann 66, Rhodes 71) Huddersfield 1 (Novak 74-pen) Leicester 1 (Wood 82) 


Hull 0 Barnsley 1 (Dagnall 70) 
Macclesfield 0 Wigan 1 (Gomez 7-pen) 
Man Utd 4 (Giggs 3-pen, Rooney 50, Hernandez 52, 66) Fulham 1 (Hughes 77) 
Middlesbrough 2 (Jutkiewicz 83, 90) Aldershot 1 (Hylton 89) 
Norwich 0 Luton 1 (Rendell 80) 
QPR 2 (Bothroyd 83, Fabio 90) Milton Keynes Dons 4 (Traore 4-gol sendiri, Lowe 40, Harley 50, Potter 56) 
Reading 4 (Hunt 6, 50, Leigertwood 40, McCleary 54) Sheffield Utd 0 Stoke 0 Man City 1 (Zabaleta 85). - AFP

K'jaan tarik balik pengharaman Hindraf

15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



Selepas lebih empat tahun selepas diharamkan, kerajaan menarik pengharaman ke atas Hindraf.

hindraf 5th anniversary 251112 waythamoorthy waytha moorthy
Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam mesej teks berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada pertubuhan itu melalui surat bertarikh semalam dari Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut kerana sedang berada di United Kingdom.

Hindraf telah diharamkan pada 15 Oktober 2008 oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kerajaan pada masa itu menyifatkan Hindraf  sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara serta keharmonian kaum.

Hindraf mendapat perhatian selepas berjaya menggerakkan lebih 30,000 orang turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 bagi memperjuangkan nasib masyarakat India yang didakwa terpinggir di Malaysia.

hindraf british petition rally 251107
Hindraf juga dianggap telah menjejaskan teruk prestasi BN pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan sokongan kaum India untuk parti pemerintah merosot dengan mendadak.

BN gagal mengekalkan prestasi penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat sejak penubuhannya pada 1973.


Surat itu dihantar ke pejabat firma guaman Waythamoorthy di Negeri Sembilan. Ia berbunyi: Dimaklumkan bahawa YB Menteri Dalam Negeri setelah menimbangkan semula rayuan tuan telah bersetuju untuk membatalkan Perintah Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 14 Oktober 2008 yang telah mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Surat itu tidak menyatakan sebab bagi keputusan itu diambil. Ia 
ditandatangani oleh Dasmond Das Michael Das dari Bahagian Pengurusan Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Malaysia.

s ganesan hindraf pc brickfields five-year blueprint
Dalam reaksinya, penasihat Hindraf, N Ganesan (kanan) berkata, 
surat yang diterima hari ini itu adalah satu kejutan.

"Ini berlaku secara tiba-tiba dan begitu hampir dengan Thaipusam. Kami perlu membincangkan perkara ini terlebih dahulu sebelum kita boleh mengeluarkan respons rasmi," katanya.

Beliau menambah ia akan diadakan selepas Thaipusam esok kerana kepimpinan Hindraf berada di merata tempat untuk menyambut perayaan tersebut.

Waythamoorty yang pulang daripada tinggal dalam buangan di United Kingdom pada 1 Ogos tahun telah didekati oleh BN dan Pakatan Rakyat untuk membincangkan nasib golongan miskin kaum India di negara ini.

Walaupun pergerakan itu akhirnya mengadakan perbincangan dengan Pakatan, tetapi rundingan dengan BN tidak menjadi kenyataan kerana ia telah menetapkan pra-syarat, iaitu kerajaan hendaklah terlebih dahulu menarik balik pengharaman Hindraf.

Tidak jelas sama ada ini akan membuka jalan untuk pertemuan antara pemimpin Hindraf dengan kerajaan.

manoharan first visit to selangor state assembly building 110509 04
Sementara itu, peguam Hindraf, M Manoharan berkata penarikan
pengharaman itu dibuat menjelang pendengaran di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac ini berhubung permohonan untuk mendaftarkan Hindraf sebagai sebuah organisasi yang sah.

"Memandang sekarang larangan itu telah ditarik balik, kita mahu Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan pendaftaran Hindraf. Saya juga ingin menasihatkan Hindraf untuk mendapatkan gantirugi dari kerajaan kerana pengharaman itu telah menyebabkan banyak kesusahan kepada aktivis kami.

"Kerajaan harus memohon maaf dan membayar sejumlah besar pampasan kepada masyarakat India," kata Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah. Beliau dipilih mewakili kerusi negeri Selangor dalam pilihan raya umum 2008 ketika di bawah tahanan ISA.

Walaupun beliau mengalu-alukan "berita baik" itu, Manoharan berkata 'tiada apa yang hendak diraikan' kerana kerajaan masih belum bersetuju dengan tuntutan 18 perkara Hindraf.

hindraf uthayakumar klang invite 040412
Ketika dihubungi, P Uthayakumar (kiri), peguam bagi 54 aktivis dalam empat kes di mahkamah majistret Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh dan Selayang berkata Jabatan Peguam Negara kini sepatutnya menggugurkan kes terhadap mereka.

"Dalam semangat menarik balik pengharaman tersebut, adalah adil bagi kes-kes terhadap mereka ditarik balik. Ia telah lama berlanjutan dan malah seorang daripada 54 orang telah meninggal dunia dua bulan lalu," katanya.

Seramai 54 aktivis Hindraf didakwa menjadi ahli organisasi haram selepas mereka menyertai perhimpunan anti-Interlok Hindraf pada tahun 2011. 

Sumber : Malaysiakini/-

Nasa digugurkan dari Majlis Syura Ulamak PAS

15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti

ADUN Titi Serong rasmikan Pelancaran Markaz Besar PAS Kedah.


15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Pelancaran Markaz Besar PRU 13 PAS Kedah berlangsung dengan jayanya di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut dengan dihadiri oleh sekitar 5000 orang malam tadi.

Namun begitu Mursyidul Am PAS yang telah sampai di negeri Kedah semalam tidak dapat memenuhi hasratnya untuk merasmikan program tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah diberikan amanh mewakili Tuan Guru Nik Abdul Aziz merasmikan Pelancaran Markaz besar tersebut.




25 Januari 2013

Bila lemah banyak salah laku Umno terdedah

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia beruntung apabila Umno BN lemah, kerana banyak kejahatan dan penyelewengan harta rakyat akan terbongkar.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Selangor adalah negeri yang boleh dirujuk kerana pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutama tanah yang membabitkan pemimpin Umno.

Katanya, sehingga kini terdapat 24 keping tanah di Selangor yang diberi, seperti yang didedahkan oleh Ng Suee Lim, Adun Sekincan.

Tambahnya, terbaru didedahkan tanah seluas empat ekar di Seksyen 25 Shah Alam, hanya dibayar dibayar premium sebanyak RM1,000 seekar sedangkan harga pasaran RM700,000.

“Semuanya diambil atas nama ‘Hidup Melayu’ akhirnya Melayu merempat di negara sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, apabila Umno lemah, terbongkar RM40 juta kepada Umno Sabah oleh tauke balak Michael Chia untuk wang sumbangan politik.

Katanya lagi, rahsia kekayaan misteri anak Tan Sri Nazri Aziz yang masih muda memakai kereta Hummer yang bernilai RM459,000 atas nama Michael Chia juga terdedah

Rakyat juga, ujarnya dapat mengetahui suami Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat projek NFC sebanyak RM250 juta.

Selain itu, katanya rahsia hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta dihapus kira juga terbongkar.

Terdedah juga, katanya Raja Farhana Raja Nong Chik mendapat projek membina Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar Johor bernilai RM30.8 juta.

Selain itu, katanya rakyat dapat maklumat Ikhwan anak Datuk Jamaludin Jarjis memperolehi projek radar di Lapangan Terbang Subang sebanyak RM128.4 juta.

“Harga kamera laser Digicam (kamera polis) berharga RM173,385 seunit terbongkar, sedangkan harga sebenar RM15,000 hingga RM19,000 sahaja.

“AES ditangguhkan kerana Umno lemah dan Pakatan Rakyat kuat,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, apabila Umno lemah terdedah bagaimana projek IC biru di Sabah yang berlaku di zaman Tun Mahathir.

Katanya lagi, apabila Umno lemah banyak kelemahan SPR yang terbukti menjadi lembu yang dicucuk hidung oleh Umno BN.

Rakyat, ujarnya boleh ketahui bagaimana pemimpin Umno Kedah menggunakan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) untuk penginapan di Perhimpunan Agung Umno.

“Patutlah Umno takut sangat hilang kuasa, bimbang banyak lagi senarai salah laku mereka akan terdedah.

“Cuba bayangkan jika kerajaan pusat tumbang kepada Pakatan Rakyat maka banyak lagi misteri yang tersembunyi akan terdedah,” katanya.

Itulah sebabnya, kata beliau Tun Mahathir siang malam mempertahankan Umno BN supaya jangan tumbang.

harakah/-

Tapisan calon: PAS Perak persoal MB mana terlibat

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat prihatin dalam menunggu keputusan Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melaporkan kegagalan beberapa pimpinan bertaraf menteri di dalam ujian tapisan yang dilakukannya.
Laporan berita SPRM menyebut beberapa orang menteri mempunyai masalah dengan undang-undang juga melibatkan seorang menteri besar.

“Persoalan awal kami, adakah ia melibatkan Menteri Besar Negeri Perak?” tanya Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dalam satu kenyataan.

Katanya, ini ekoran beberapa laporan SPRM yang telah PAS negeri buat termasuk isu projek perhotelan di Rumah Perak, Batu Feringgi, Pulau Pinang di samping beberapa pendedahan lain di dalam persidangan Dun oleh Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin baru-baru ini yang melibatkan pegawai khas menteri besar.

“Kami konsisten daripada awal laporan SPRM ini dibuat meminta agar disegerakan siasatan terhadap isu ini bagi ‘membersihkan’ nama menteri besar,” ujarnya.

harakah/-

Konflik Umno Johor, rakyat perlu buka mata

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Rakyat Johor diseru menilai sendiri berhubung konflik dalaman yang melanda Umno negeri itu demi masa depan mereka.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pergeseran dalaman Umno di Johor itu diperingkat kronik termasuk hilang kepercayaan kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman itu sendiri.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, sebahagian besar cawangan parti di Pasir Gudang menutup bilik gerakan kerana kecewa dengan tindakan Abdul Ghani yang masih belum memberi hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Laporan berkenaan memetik kenyataan pegerusi tetap Umno bahagian tersebut, Abu Bakar Alibi yang mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya.

"Kegagalan Abdul Ghani dalam mempertahankan kampung-kampung melayu dan juga tanah menyebabkan orang-orang Melayu di sana akan kehilangan tanah mereka.

"Kampung-kampung Melayu juga semakin terpinggir apabila kerajaan negeri gagal memberi jamin untuk mempertahankan hak mereka, apabila Umno lebih mementingkan pembangunan dari menjamin hak orang Melayu terutama dalam isu tanah," kata Salahudin.

Menurut beliau lagi, isu pengambilan tanah yang diperjuangkan PAS terutamanya di Pengerang membuktikan bahawa isu tanah adalah isu serius di negeri itu.

Ianya juga membuktikan kegagalan Umno BN negeri itu membela nasib rakyat termasuk ahli Umno sendiri berhubung isu itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan didakwa mengeluarkan amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang yang menutup bilik gerakan tersebut.

Ahmad berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang.

harakah/-

Dakwah secara santai

Joseph (kiri) mengambil peluang untuk mendengar dakwah yang disampaikan oleh pendakwah dari IPSI.13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Joseph (kiri) mengambil peluang untuk mendengar dakwah yang disampaikan oleh pendakwah dari IPSI.
Kamarudin (tengah) ketika ditemubual mengenai program yang dijalankan..
Kamarudin (tengah) ketika ditemubual mengenai program yang dijalankan..
 
PANTAI CHENANG - Bersempena sambutan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammmad SAW pada 12 Rabiul’Awal 1434 Hijrah, Pertubuhan Sukarelawan Sosial dan Dakwah Langkawi (LANDAS) dengan kerjasama Pertubuhan Penyebaran Islam Malaysia (IPSI) mengadakan program dakwah berbentuk tazkirah.

Pertemuan secara santai itu bertujuan  memberi maklumat tentang kebesaran ALLAH dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat dan juga tidak ketinggalan pelancong asing.

Presiden IPSI, Kamarudin Abdullah berkata, objektif utama adalah memberi kefahaman kepada masyarakat tentang keindahan Islam dan Rasul terakhir bagi umat manusia.

"Kita mendapat respons yang cukup positif daripada pelancong Kanada, Amerika, United Kingdom dan sebagainya.

"Kesemuanya bersikap terbuka untuk mendengar mengenai hari kebesaran Nabi kita ini,” katanya.

Program yang dijalankan sekitar Pantai Chenang bermula dari Grand Beach Motel menyasarkan pelancong asing.

Kamarudin berkata, pelancong diberikan bunga dan buku mengenai kemuliaan Nabi Muhammad SAW oleh petugas dan pendakwah yang mengikuti program itu.

Pelancong dari Scotland, Joseph Atkinson, 56, berkata, dia tiada masalah untuk mendengar lebih lanjut isi kandungan program itu.

"Kisah kebesaran Nabi Muhammad dan Islam menarik perhatian saya.

"Ia saya umpamakan sebagai satu ilmu yang dikongsi bersama walaupun kita berlainan budaya dan agama.

“Pada pandangan saya aktiviti seperti ini baik agar pemahaman tentang Islam dapat difahami sepenuhnya," katanya.

Pengerusi LANDAS, Mohd Ali Abdullah berkata, seramai 15 pendakwah dan sukarelawan ahli-ahli LANDAS bergabung tenaga menggerakkan dakwah di sepanjang persekitaran Pantai Chenang.

“Kami hanya menjalankan tugas untuk sama-sama berdakwah kepada mereka-mereka ini, yang selebihnya kita serahkan kepada ALLAH SWT, moga pintu hidayah dibuka kepada mereka yang mendengar seruan ,” katanya.

sinar/-

Sindiket Jual Bayi Terbesar Tumpas

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Antara sijil kelahiran asli yang turut dirampas.
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya membongkar satu sindiket penjualan bayi terbesar di negara ini selepas menahan 33 suspek dan menyelamatkan sembilan kanak-kanak berusia di antara dua bulan hingga lapan tahun.

Seorang doktor dari sebuah hospital swasta di sini dan seorang pekerja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara yang ditahan termasuk dalang di negeri ini, Perak dan Kedah.

Polis merampas 19 telefon bimbit, dua kereta, lima kad Mykid, 18 kad perubatan, 14 sijil kelahiran asli dan wang tunai RM15,000 dari suspek yang berusia antara 23 dan 62 tahun.

Dalang sindiket tersebut adalah seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an yang dalam tahanan polis.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sindiket tersebut yang menjual bayi dan kanak-kanak pada harga RM18,000 dan RM30,000 aktif dalam kegiatan itu sejak 2009.

Katanya, polis menubuhkan pasukan khas dengan disertai 25 pegawai selepas menerima satu laporan pada bulan lalu mengenai seorang wanita asing menjual bayi berusia 40 hari pada harga RM4,300.

"Melalui operasi yang dinamakan Ops Pintar Sayang, kami berjaya menyelamatkan sembilan kanak-kanak dari keluarga angkat yang membeli mereka. Kanak-kanak itu dipercayai terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Bangladesh," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis kontinjen di sini.
Beliau turut menyiarkan gambar kanak-kanak tersebut kepada media.

Nama dan gambar kanak-kanak terbabit dilindungi di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak.
Kanak-kanak tersebut dibawa ke rumah perlindungan dan berada dibawah jagaan polis.

Abdul Rahim berkata, modus operandi kumpulan terbabit adalah mensasarkan wanita warga Thailand dan Indonesia yang hamil luar nikah serta mengalami masalah kewangan.

"Wanita tersebut akan dibayar RM2,500 dan RM4,500 bergantung kepada jantina dan fizikal rupa paras bayi yang dilahirkan.

"Namun mereka akan menjual bayi tersebut kepada pasangan yang sukar mendapat anak bersama-sama dengan sijil kelahiran asli pada harga RM18,000 dan RM30,000," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pekerja JPN tersebut terlibat mengeluarkan sijil kelahiran asli kepada keluarga angkat, berdasarkan bangsa bayi itu.

Bayi warga Thailand akan dijual kepada pasangan Cina manakala bayi warga Indonesia kepada keluarga Melayu dan bayi warga Bangladesh kepada pasangan India.

Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat pekerja JPN lain yang terlibat dengan sidiket tersebut.

mstar/-

NGO lapor ke Jawi bantah filem tamil hina Islam

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan An-Nasr hari ini membuat laporan di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubungan dengan sebuah filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam.

Pengerusinya, Salim Hassan ketika dihubungi Harakhdaily mendakwa filem tersebut sudah pun dihalang penayangannya di beberapa negera seperti Singapura, Sri Lanka dan UEA namun ia terus ditayang di negara ini.

"Kita telah membuat satu laporan di JAWI pagi ini mengenai sebuah filem Tamil yang didakwa telah menghina komuniti Islam, perkara ini akan disiasat oleh pihak JAWI sebelum mereka mengambil tindakan.

"Walaupun beberapa negara telah pun menghalang penayangan filem tersebut, namun Malaysia masih lagi meneruskan tayangan di seluruh negara," jelasnya.

Beliau mendakwa, filem tersebut telah mengambarkan bahawa umat Islam sebagai penganas kerana ajaran yang ditunjukkan dalam Al-Quran.

Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem ini sehingga 28 Januari ini dan akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum membuat keputusan.

"Adalah amat memalukan apabila Malaysia dijadikan sandaran penerbit India apabila kes tersebut dibawa ke mahkamahdengan mempersoal kenapa Malaysia sebuah negara Islam pun membenarkan penayangan filem tersebut tetapi tidak di Sri Lanka (India)," katanya.

Sementara itu, bererapa NGO akan berkumpul di Dataran Merdeka pada jam 2.30 petang ini sebelum berarak ke Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi penyerahan memorandum.

harakah/-

Kronologi Pegawai HEP pukul pelajar Perak Mesir

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pada 19 Januari lalu, para pelajar Perak di Mesir dikejutkan dengan perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak di negara itu yang telah melakukan satu tindakan yang kurang profesional bermula dengan mengunci surau Wisma Darul Ridzuan B dengan tanpa ada apa-apa perbincangan.

“Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin mengadakan mesyuarat di tempat tersebut mendapati pintu surau telah dikunci,” tulis Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013, Muhammad Hanif Abdullah di dalam blog http://kpipm64.blogspot.com.

Katanya, setelah gagal mendapat respons yang baik dari pihak HEP Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari inisiatif lain bagi membuka pintu tersebut dengan baik.

Menurutnya lagi, setelah beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak dengan menghalau semua ahli mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut.

harakah/-

Cemas hampir dihempap pokok

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Sarojah (duduk, tengah) melihat sisa pokok yang tumbang ke dalam rumahnya.
Sarojah (duduk, tengah) melihat sisa pokok yang tumbang ke dalam rumahnya.
Meja makan hanya beberapa meter dari tempat kejadian.
Meja makan hanya beberapa meter dari tempat kejadian.
 
TAWAR - Selera seorang penduduk ketika menikmati buah pisang terbantut setelah beberapa dahan dan batang pokok menghempap kediamannya kira-kira jam  5.30 petang di Kampung Baru Pekan Tawar di sini, kelmarin.

Ketika kejadian, Sarojah Hang Chuen Seng, 48, sedang menikmati pisang yang diberikan oleh jirannya sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.

Menurutnya, dia terkejut setelah dahan pokok bersama beberapa pokok tumpang jatuh dan menembusi bumbung rumahnya.

“Dahan pokok hampir terkena diri saya, jarak tempat kejadian hanya beberapa meter dari meja makan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia terus melarikan diri ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan selain bimbang berlaku kejadian yang lebih buruk.

“Saya memang takut, tambahan pula hanya saya seorang saja di rumah ini. Saya tiada anak dan suami pun sudah meninggal beberapa tahun lalu.

“Jadi, saya seorang sahaja yang menetap di rumah ini. Saya tiada orang lain melainkan jiran-jiran di kawasan ini,” katanya.
Katanya, beberapa bahagian bumbung rumahnya rosak teruk dalam kejadian itu.

“Hari ini (kelmarin) saya tumpang tidur di rumah jiran, saya masih bimbang dengan kejadian ini tambahan pula keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PPP Kedah, A Maniwel berkata, pihaknya akan memanjangkan masalah tersebut kepada pihak berkenaan.

“Kita akan meneliti bantuan yang diberikan berikutan mangsa tidak mempunyai pendapatan dan hanya bergantung dengan wang Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendiang suaminya,” katanya semasa melawat keadaan mangsa.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sulaiman Ahmad dan Jawatankuasa Kelab Putera 1 Malaysia, R Karthik.

sinar/-

[PANAS] 2 Menteri, 1 MB, 1KM Gagal Ujian Saringan SPRM, Dinasihat Tak Tanding PRU13

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti. -SH

Berang diadu pada ibu

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

pix_topright

Gombak: Hanya kerana sebuah telefon bimbit, seorang pemandu van putus urat tangan kanan dan menerima empat jahitan di telinga kiri selain patah kedua-dua tangan selepas diserang seorang lelaki yang tiba-tiba mengamuk sebaik mendapat tahu mangsa berjumpa ibunya, kelmarin.

Kejadian tidak diduga itu berlaku ketika mangsa, Mustafa Bahak, 48, bertemu ibu lelaki itu di rumahnya di Selayang Baru, di sini kira-kira jam 6.30 petang untuk mengadu perbuatan anak wanita terbabit yang mencuri telefon bimbit miliknya.

Ketika itu, lelaki berusia 28 tahun itu baru pulang dan sebaik mendapati mangsa berada dalam rumahnya, lelaki itu terus naik angin dan mengunci pintu pagar rumah sebelum menyerang mangsa dengan parang.

Malah, mangsa yang cedera ditetak cuba menyelamatkan diri dengan berlari melompat pagar rumah namun gagal sebaliknya terjatuh ke dalam longkang dan tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan orang awam yang menyaksikan kejadian itu dan menghantarnya ke Hospital Selayang.

Mustafa berkata, kejadian bermula apabila telefon bimbitnya hilang Isnin lalu ketika berkunjung ke kedai makan bersama rakan di Selayang, kira-kira jam 11 malam.

metro/-