22 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
PETALING JAYA: Sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini akan diraikan dalam cuaca sejuk, tempias dari negara di hemisfera utara yang dibawa tiupan Monsun Timur Laut yang akan berterusan dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kebanyakan kawasan di pantai timur, utara dan wilayah tengah sedang mengalami cuaca sejuk kerana tiupan angin tersebut.
Katanya, beberapa kawasan seperti Subang Jaya, Kota Kinabalu, Sandakan, Kota Baru, Kuantan dan Petaling Jaya merekodkan suhu serendah 25 darjah Celsius, menyamai cuaca sejuk di Cameron Highlands dan Genting Highlands.













