08 Mac 2014

Travelog Idham Lim (7)

6 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
9. Kenangan dulu2....gambar rumah ini mengamit seribu kenangan dalam hidup ini. Antaranya di dalam bilik(atas sebelah kanan) inilah saya banyak belajar tentang Islam secara senyap-senyap dan curi-curi sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah.

Rumah kedai ini terletak di kampung Banggol Telipot Pasir Puteh Kelantan. Saya mula tinggal pada akhir 1981 selepas habis peperiksaan SPM di Sek Men. Jelawat Bachok. Mulanya kesini dengan tujuan untuk belajar menaip di bandar Pasir putih. Selepas itu saya belajar di IKM Machang bila keputusan SPM tidak memuaskan. Dari rumah kedai ini saya berulang dengan bas ke machang setiap hari.

Akibat minat yang timbul untuk mengetahui lebih banyak mengenai Islam saya secara senyap-senyap menggunakan wang yang saya simpan untuk membeli senaskah Al Quran terjemahan . Selain itu pada masa itu zaman tahun 80an adalah masa dimana majalah berunsur Islam beredar dengan luas hasil dari kegigihan Jemaah Al Arqam.

Antara yang saya Ingat saya sering membeli majalah Al Qiadah . Didalam bilik inilah saya gunakan masa yang ada untuk memahami lebih banyak mengenai Islam.

07 Mac 2014

Mahkamah Rayuan putus Anwar bersalah , penjara lima tahun

5 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam kes liwat II. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar.
Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan. Shafee tidak membantah keputusan tersebut.
Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Liwat II: Panel hakim putus Anwar bersalah

5 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan rayuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes Liwat II.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata keputusan itu diputuskan sebulat suara panel hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Travelog Idham Lim (6)

5 Jamadil Awwal 1435. [MOD] - 

8.Kenangan dulu2...Kisah keluarga bukan Islam mengusahakan anak mereka yang memeluk Islam telah saya dengar sebelum dari saya memeluk Islam. Termasuklah kakak kandung orang pertama dalam keluarga yg masuk Islam pada tahun 1971. Memang keluarga mengusahakan secara serius untuk mengembalikan kakak kepada agama asal namun gagal kerana mendapat perlindungan rapi dari keluarga angkatnya.

Selain itu ada beberapa kes dalam keluarga lain yang berjaya menangkap dan mengembalikannya kepada agama asal. Antara tindakan yang dilakukan ialah dengan mengurung dalam bilik dan diberi minum air jampi yang saya tahu diambil dari sami buddha. Sehingga jadi semacam pendiam dan bodoh sekaligus lupa kepada Islam.

06 Mac 2014

Travelog Idham Lim (5)

4 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

7.Kenangan dulu2....Alahmdulillah proses khitan berjalan lancar. Kebetulan pada hari itu ayah angkat ust. Abd Rahman Salleh ada hal yg tidak dapat dielak sebab itulah saya pergi dan balik sendiri dengan menaiki beca roda tiga yang lebih dikenali dengan panggilan "teksi" di Kelantan..

Selepas itu saya dibawa berehat dan duduk sekitar sebulan di rumah Ust Isa atau Lebai Isa yang ada pertalian keluarga dengan Ayah angkat di Kg Jedok berdEkatan dengan Bukit Bunga. menantikan sembuhnya khitan sempat saya belajar ilmu agama dan al quran dengan Ayah Isa.

Dia di kenali sebagai seorang alim serta di hormati oleh masyarakat setempat. Selain itu sehingga sekarang banyak tetamu dari dekat dan jauh datang kerumahnya untuk berubat berbagai jenis penyakit. Ikhtiarnya dengan memberi air jampi yang dijampi dengan zikir tertentu dan diiringkan dengan sembahyang hajat.

05 Mac 2014

Siapa menutup aib seseorang Islam maka Allah akan tutup aibnya dunia dan akhirat.

3 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
http://www.resepirahsiaku.com/


Sejak kebelakangan ini, scenario politik tanah air kita yang berlaku sangat menjijikkan dan meloyakan dengan beberapa percubaan mengaibkan seseorang yang kita semua sudah tahu kes video lucah. Beberapa lagi kes yang sudah berlaku untuk menjatuhkan lawannya. Beginilah rupanya apabila pegangan agama sudah longgar dan tidak takut akan azab Allah SWT nanti.

Perundangan Islam diturunkan bukan untuk menghukum tetapi untuk mendidik. Disebabkan itu Islam amat menitikberatkan perlindungan terhadap insan yang mula mencari pintu taubat. Dalam Islam, keaiban manusia bukan dianggap sesuatu yang perlu diketengahkan. Malah ia
ditutup serapat mungkin kerana itu rahmat Allah SWT. Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun terlepas daripada melakukan kesalahan.

Travelog Idham lim (4)

3 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

6.Kenangan dulu2.....Saya lahir dan dibesarkan dalam sebuah perkampungan Cina sekitar 15 buah rumah. Uniknya kampung cina ini yang terletak di sekelilingnya perkampungan Melayu. Inilah contoh kehidupan harmoni antara berbagai kaum yg ujud di Kelantan sekian lama. Kehidupan antara orang Melayu dan Cina di Kampung Bekelam Bachok itu harmoni sampai sekarang.

Cuma ada disana sedikit kenangan dan sedikit masalah kecil dek kenakalan sebagai makhluk bernama manusia..adalah beberapa anak Melayu yang sering takutkan saya dan budak cina lain bila mereka jumpa dikampung. Mereka nampak serius ingin menangkap kami utk disunatkan.Walaupun mungkin bergurau dan acah-acah sahaja namun ianya menimbulkan ketakutan kepada kami anak cina yg masih kanak-kanak .

04 Mac 2014

Sultan Kelantan mahu lebuh raya KB-KK dibina segera

2 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

KOTA BHARU: “Beta tidak mahu isu ini terus dijadikan bahan percaturan yang menanggung beban kesusahan adalah rakyat,” titah Sultan Muhammad V.

Oleh itu baginda berharap projek pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat disiapkan demi kepentingan rakyat.

Titah baginda masing-masing pihak hendaklah memperlihatkan keikhlasan serta rasa tanggungjawab bersama untuk menyelesaikan projek tersebut.

Batalkan Pertunangan Perlu Ganti Rugi

2 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Ust. Ahmad Baei Jaafar

Islam menganjurkan perkahwinan supaya hubungan lelaki dengan perempuan menjadi halal. Namun senario yang berlaku pada hari ini, lelaki dan perempuan secara sedar boleh bertepuk tampar malah bebas keluar masuk rumah seperti suami isteri. Apakah mereka mencabar hukum Allah atau tidak mengetahui hukum pergaulan atau mereka menyangka dengan bertunang segala perhubungan sudah menjadi halal.

Sebenarnya Rasulullah SAW secara jelas bersabda: “Sesungguhnya jika salah seorang antara kamu dicucuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik daripada menyentuh seseorang yang bukan mahramnya.” (Riwayat al-Imam al-Thabrani dalam al-Mu’jamul Kabir)

Mahathir dah mula 'geli' dengan Najib

2 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Dalam kritikan terbarunya terhadap pentadbiran Najib Razak, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mempersoalkan pula pemberian tunai BR1M yang dilakukan sejak tiga tahun lalu, sambil mengingatkan pemimpin BN supaya tidak terus berada dalam khayalan bahawa kaedah itu boleh memberikan sokongan yang lebih kepada kerajaan.

Katanya, kerajaan pernah mendapat sokongan yang baik daripada rakyat walaupun tanpa BR1M, malah sejak BR1M dilaksanakan serta digembar-gemburkan kesannya dalam meringankan beban kehidupan rakyat, hakikatnya bukan saja sokongan tidak bertambah, malah terdapat ramai yang miskin lagi ketika ini.

Dalam masa yang sama, menurut Mahathir lagi sekiranya jumlah pemberian BR1M ditingkatkan sehingga RM1,200 sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan untuk 7 juta penerima yang layak, jumlahnya akan meningkat kepada RM8.4 billion dan ini merupakan suatu jumlah yang banyak serta membebankan kewangan negara.

Travelog Idham lim (3)

2 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

5.Kenangan dulu2....Hari pertama saya ke majlis agama di Kota Baharu, saya diberikan satu resit untuk ke sebuah kedai tidak jauh dari pasar lama KB untuk mengambil kelengkapan ibadah berupa senaskah Al Quran, sajadah, tasbih dan satu kopiah...itu yg saya ingat...pemberian itu sangat bernilai bagi seorang yg baru memeluk Islam.

Sayangnya kerana banyak kali berpindah hadiah yg menjadi kenangan manis itu semuanya entah kemana. Kalaulah ada boleh jadi kenangan untuk anak cucu.

PAS: Dakwah, Tarbiah, Siasah

2 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
PAS sebagai sebuah jamaah yang menjadi mata rantai perjuangan orang-orang terdahulu daripada kita. Kewujudan PAS bukan kerana tidak puas hati dengan jamaah Islam yang sedia ada. PAS ditubuhkan sebagai menyahut seruan Allah SWT  yang bermaksud " Hendaklah ada di kalangan kamu suatu puak ( jamaah) yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Dan merekalah orang yang berjaya".  (Al-Imran 3:104)

Dakwah, Tarbiah dan Siasah tiga serangkai yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Inilah keunikan PAS sejak daripada mula penubuhan lagi. PAS bergerak di atas tiga paksi ini, sehingga mampu menongkah arus dan badai perjuangan walau pun PAS tidak berpeluang memegang kerajaan di peringkat pusat. Usia PAS yang sudah lebih  62 tahun, tetapi sentiasa dinamik dan segar untuk menjadi harapan baru bagi menggantikan Umno yang sudah hilang ideologi perjuangan. Umno hanya mampu hidup kerana ada kuasa sahaja. Idealisma perjuangannya sudah tidak bermaya. Semangat nasionalis sudah berkubur. Slogan hidup Melayu hanya hidup di dua musim, ketika pilihanraya dan persidangan Agung Umno.

24 Februari 2014

Travelog Idham lim (2)

24 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

2.kenangan lama2...satu masa saya naik bisul besar di sekitar ari2 dekat pinggang..tinggal bersama kakak di banggol telipot pasir putih semasa masih merahsiakan memeluk islam sbb utk elakkan gangguan hadapi peperiksaan stpm tahun 1985...selepas sudah ada sedikit ilmu ttg sembahyang teringat saya sbhg dlm keadaan simpulan kain dibawah pusat utk elakkan terkena bisul..itulah nikmat awal sembahyang secara curi2 dalam bilik di tingkat atas rumah kedai kakak yg belum Islam spai sekarang.tentunya tidak sah bagi yg telah berilmu...alhamdulillah berjaya sya rahsiakan dari keluarga sehingga habis peperiksaan stpm..awal januari saya tel abang sulung bahawa saya telah masuk Islam..dan saya berada ditempat rahsia untuk mengelak dari gangguan keluarga....

23 Februari 2014

Travelog Idham Lim (1)

23 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Kali pertama Sembahyang  Zohor dalam hidup ini berlaku selepas beberapa jam memeluk Islam sekitar jam 10.00 pagi pada 25 sept 1985. Saya mengucap dua kalimah syahadah dihadapan ayah angkat Ust Abd Rahman ASalleh dan Almarhum Ust Hussin Busu, saya balik ke bilik kawan baik Sazali Shaari yang akhirnya menjadi keluarga angkat berupa sebuah bilik di Restoran Adnan di hadapan Pasar Besar Machanģ. 

Keinginan yang kuat untuk memeluk agama islam tidak dapat saya bendung dan meluahkan kepada seorang Guru ditempat saya bersekolah Institut Kebangsaan machang atau lebih dikebnali dengan IKM. Cikgu yang saya maksud kan ialah Cikgu Rohana yang sekarang ini telah bersara beberapa tahun dulu dan menetap di Kampung beris Kubur Besar kelantan. kami masih berhunung sampai sekarang. 

Saya masih ingat dan soalan yang sering diajukan kepada saya yang lebih dikenali dan dipanggil "Hing", ialah "bila Hing nak masuk Islam". Saya menjawab dengan berbagai dalih antaranya saya katakan selepas habis belajar dulu.

Alhamdulillah bila hari nya sampai, bila kemahuan juag tidak dapat ditahan lagi lalu saya mengambil keputusan untuk menyatakan hasrat saya yang sememangnya ditunggu oleh Cikgu Rohana, dengan saya katakan kepada nya"Cikgu ...saya nak masuk Islam". Terkejut dia dengan keputusan yang saya buat dan beliau tudak menduga hasrat saya secepat itu, walaupun saya menyedari dan dia sering nyatakan bahawa sering dia doakan saya supaya capat memeluk Islam.

Dalam keadaan yang agak terkejut dengan luahan hasrat saya itu, cikgu Rohana meminta saya penangguhan waktu untuk mengatur saya untuk mengucap dua kalimah syahadah sekali gus mendapatkan seorang keluarga angkat yang dapat membimbing dan menjaga saya.

Balik kepada ceri solat kali pertama, mulanya saya mengambil air sembahyang berdasarkan sedikit ilmu yg ada . Seingat saya saya cuma membaca Al Fatihah dan membaca dalam keadaan kurang lancar bacaan yang lain.berpeluh badan dibuatnya.. Itulah pengalaman pertama saya menunaikan solat.

Sebelum ini saya banyak mendengar suara mengaji dan bacaan sembahyang yang dilakukan oleh keluarga angkat Kakak Siti Mariam dan Tuan Hassan tempat saya pernah menyewa bilik semasa keluarga itu membuka restoran di bandar Machang.

Akibat dari sering mendengar bacaan Al Fatihah yang dibaca oleh keluarga itu akhirnya alhamdulillah secara sendiri saya dapat menghafal bacaan surah Fatihah yang diwajibkan dibaca pada setiap rakaat sembahyang itu. Sebab itu pengalaman hari pertama saya tidak merasa susah untuk menunaikan fardu sembahyang.

Bersambung....

Rumah Anggota Exco Pahang Dipecah Masuk, Kerugian RM10,000

23 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUANTAN: Anggota exco negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin mengalami kerugian hampir RM10,000 setelah rumahnya di Medan Tok Sira dekat sini dipecah masuk dalam kejadian awal pagi Ahad.


Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, kejadian disedari kira-kira pukul 3.05 pagi oleh anak lelaki anggota exco itu yang ketika itu baru tiba dari Kuala Lumpur.