9. Kenangan dulu2....gambar rumah ini mengamit seribu kenangan dalam hidup ini. Antaranya di dalam bilik(atas sebelah kanan) inilah saya banyak belajar tentang Islam secara senyap-senyap dan curi-curi sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah.
Rumah kedai ini terletak di kampung Banggol Telipot Pasir Puteh Kelantan. Saya mula tinggal pada akhir 1981 selepas habis peperiksaan SPM di Sek Men. Jelawat Bachok. Mulanya kesini dengan tujuan untuk belajar menaip di bandar Pasir putih. Selepas itu saya belajar di IKM Machang bila keputusan SPM tidak memuaskan. Dari rumah kedai ini saya berulang dengan bas ke machang setiap hari.
Akibat minat yang timbul untuk mengetahui lebih banyak mengenai Islam saya secara senyap-senyap menggunakan wang yang saya simpan untuk membeli senaskah Al Quran terjemahan . Selain itu pada masa itu zaman tahun 80an adalah masa dimana majalah berunsur Islam beredar dengan luas hasil dari kegigihan Jemaah Al Arqam.
Antara yang saya Ingat saya sering membeli majalah Al Qiadah . Didalam bilik inilah saya gunakan masa yang ada untuk memahami lebih banyak mengenai Islam.












