Mat Taib menyatakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai kacang lupakan kulit apabila mendakwa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal memberikan faedah kepada orang Melayu.Muhammad Muhd. Taib berkata, Abdul Khalid sendiri terlibat dalam melaksanakan dasar tersebut ketika beliau menjadi Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) suatu ketika dahulu.17 Mac 2008
Khalid macam ‘kacang lupakan kulit’ ? – Mat Taib Seperti "anjing menyalak bukit"
Mat Taib menyatakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai kacang lupakan kulit apabila mendakwa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal memberikan faedah kepada orang Melayu.Muhammad Muhd. Taib berkata, Abdul Khalid sendiri terlibat dalam melaksanakan dasar tersebut ketika beliau menjadi Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) suatu ketika dahulu.Majlis angkat sumpah MB Perak hari ini
IPOH 16 Mac - Majlis pelantikan dan istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak akan diadakan esok pada pukul 11.30 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.Setiausaha Sulit Sultan Perak, Kol. Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata, Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah telah berkenan mengadakan majlis itu."Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah telah berkenan majlis pelantikan dan upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan diadakan pada hari Isnin 17 Mac 2008 pada pukul 11.30 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar," katanya dalam satu kenyataan yang difaks kepada Bernama di sini hari ini.
- Bernama
Usaha akhir Idris dan Shahidan untuk jadi MB
Kemelut mengenai siapa yang akan menjadi Menteri Besar Terengganu dan Pelis masih belum berakhir. Sedangkan Untuk negeri Perak, pihak Istana telah memaklumkan mengenai upucara mengangkat sumpah Menteri besar yang akan diadakan esok.Majlis pelantikan, angkat sumpah Menteri Besar Perak esok
IPOH 16 Mac — Majlis pelantikan dan istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak akan diadakan esok pada pukul 11.30 pagi diIstana Iskandariah, Kuala Kangsar.Setiausaha Sulit Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan mengadakan majlis itu.“Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan majlis pelantikan dan upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan diadakan pada hari Isnin 17 Mac 2008 pada pukul 11.30 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,”katanya dalam satu kenyataan yang difaks kepada Bernama di sini hari ini.
Setiausaha PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di Istana Iskandarian pada Khamis lepas tetapi majlis itu terpaksa ditangguhkan selepas ketiga-tiga parti pembangkang DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.
Beberapa jam sebelum majlis pelantikan dan istiadat angkat sumpah itu diadakan, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengarahkan semua 18 wakilrakyat DAP di Perak tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah itu kerana tidak setuju dengan pemilihan wakil PAS sebagai Menteri Besar. Lim kemudian memohon maaf danmenarik balik kenyataan itu. — Bernama
Kenyataan anak Maidin memeningkan Awang Adek.
Zainuddin Maidin semalam dengan cakapnya selamba dan lagak sebagai seorang hero dan pujangga dan ahli pemikir yang ulung menyarankan supaya BN tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama Pas buat kali kelima.Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk UMNO insaf bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha mengambil alih Kelantan, adalah satu usaha yang sia-sia.Malah menurut Zainuddin, wang yang dicurahkan untuk perjuangan politik di Kelantan itu lebih banyak menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin UMNO di negeri itu.15 Mac 2008
Kemelut Jawatan MB Perlis yang membingungkan rakyat
Nama Sabu sering dikaitkan dengan Naib Presiden Pas Hj. Mohd Sabu. Namun sekali ini lain p[ula di perlis. Sekali ini Datuk Dr. Md Isa Sabu yang dilantik sebagai MB Perlis oleh Raja Perlis yang baru betul-betul memeningkan kepala rakyat Perlis. Formula BN yang tidak masuk akal
Persoalan siapa yang akan menjadi Menteri Besar Perak telah pun selesai, cuma menunggu suatu majlis angkat sumpah dan penyerahan watikah perlantikan oleh Sultan Perak dalam waktu terdekat. Walaupun upacara tersebut dijangkakan secepatnya berlaku kelmarin pada hari jumaat 14 Mac tetapi tertangguh lagi dengan berita kelahiran putera pertama Raja Nazrin di Kuala Lumpur.Raja Nazrin dikurniakan seorang putera
IPOH 14 Mac :- Berita gembira kepada seluruh warga Perak apabila Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim telah dikurniakan seorang putera hari ini.Putera pasangan diraja itu dilahirkan pada pukul 10 pagi di di Hospital Pakar Damansara, menurut Kol. Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit Sultan Perak di Istana Iskandariah. Sumber itu juga memaklumkan Tuanku Zara dan puteranya dalam keadaan sihat walafiat.
Surat setuju Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar ditandatangani
IPOH 14 Mac — Semua 31 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas telah menandatangani surat persetujuan menubuhkan kerajaan campuran dan menerima pelantikan ADUN Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi hari ini berkata, surat berkenaan telah diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Perak, Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor kira-kira pukul 10 malam semalam.
“Selepas wakil ketiga-tiga parti dipanggil menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta pada 2 petang semalam, kita telah menandatangani dan menyerahkan surat yang dititahkan itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Surat persetujuan berkenaan perlu dipersembahkan kepada baginda dengan menyatakan persetujuan bekerjasama dalam kerajaan campuran serta persetujuan sebulat suara menerima Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar, 51, sebagai Menteri Besar ke-10.
Semalam istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 4 petang ditangguhkan selepas ketiga-tiga parti dikatakan berbalah berhubung pengagihan kerusi exco kerajaan campuran yang akan dibentuk.
- Bernama
Sembahyang Jumaat Bersama Bakal MB Perak.
IPOH, 14 MAC:- Gambaran sebenar penerimaan sebenar kepada perlantikan MB baru yang akan dilantik oleh Sultan Perak dilihat dengan suasana selepas sembahyang Jumaat di mesjid Negeri Ipoh pada hari ini.Setelah sembahyang jemaah berpusu-pusu untuk bersalaman dengan Ir. Muhammad Nizar yang dipilih oleh ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS untuk menerajui Perak sebagai Menteri Besar ke 10 untuk 5 tahun akan datang. Ditambah pula sifat beliau yang mesra rakyat yang tidak dikawal ketat oleh team keselamatan.
Jemaah tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan bakal Menteri Besar itu. Dengan memakai seluar putih dan baju kemeja putih dan bertali leher beliau dengan sifat peramahnya melayani huluran tangan dari jemaah yang mendekatinya.
14 Mac 2008
Hari Rabu Penuh Kenangan
Rabu 12 Mac meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam sejarah politik tanah air khususnya negeri Perak. Debaran yang dirasai terubat dengan pengumuman perkenan Sultan Perak menerima Ir. Mohammad Nizar jamaluddin sebagai MB Perak yang ke 10.13 Mac 2008
Mohammad Nizar mohon semua pihak hormati keputusan Sultan Perak
Johari Jaafar Wed Mar 12, 08 11:21:09 PMIPOH, 12 Mac (Hrkh) - Bakal Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meminta semua pihak menghormati keputusan yang telah diputuskan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung perlantikan ketua kerajaan negeri berkenaan.
"Ketiga-tiga parti, DAP, KeADILan dan PAS telah menamakan calon-calon masing-masing untuk jawatan calon Menteri Besar. Tuanku telah meneliti senarai nama calon yang dihantar, dan hari ini Tuanku telah memberi perkenan untuk melantik saya sebagai Menteri Besar. Oleh itu, setiap kaum perlu menghormati keputusan dari istana," ujar beliau.
Menurut Mohammad Nizar, pimpinan ketiga-tiga parti alternatif telah berjanji untuk akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. Dengan itu, tambahnya, mana-mana pihak tidak perlu meragui keputusan tersebut.
Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.
Ir. Nizar Menteri Besar Perak.
IPOH, 12 MAC;- Tanda tanya mengenai siapakah yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Perak telah terjawab petang tadi apabila Sultan Perak telah memperkenankan Ir, Nizar Jamaluddin sebagai MB yang baru. Perkenan Sultan tersebut setelah wakil-wakil parti yang disenarai pendek sebagai calon MB diterima mengadap pada petang tadi.Berita gembira tersebut diterima baik dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh semua lapisan masyarak dinegeri Perak. Setelah menunggu selama hampir 5 hari sesudah PR Umum ke 12 yang lepas. Keputusan kali ini memihak kepada pembangkang apabila BN hanya memperolihi 28 kerusi sedangkan DAP berhasil memenagi semua kerusi yang tandingi iaitu 18 kerusi. PAS sebanyak 6 kerusi dan PKR sebanyak 7 kerusi. Pakatan pembangkang berjumlah 31 kerusi menafikan majoriti BN untuk menubuhkan kerajaan.
Majlis menyerahkan watikah dan angkat sumpah akan di lakukan di Istana Bukit Candan, Kuala Kangsar esok.
11 Mac 2008
Siapa Dia MB Perak ?
IPOH, 10 MAC :- Tanda tanya mengenai siapa yang akan dipilih menjadi menteri besar Perak masih belum terjawab sehingga kelmarin. Namun begitu dalam suatu sidang akhbar yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang telah menjawab beberapa persoalan utama kepada media.Kerajaan campuran di Perak
IPOH 9 Mac - Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal menubuhkan kerajaan campuran di Perak telah mencapai persetujuan untuk melantik wakil rakyat daripada Pas sebagai Menteri Besar.Antara nama yang disebut-sebut ialah Setiausaha Perhubungan Pas Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang memenangi kerusi DUN Pasir Panjang.