15 Oktober 2008
PANDANGAN SERONG TERHADAP ISLAM TELAH PUN BERAKHIR
CINA LEBIH RAMAI MASUK SYURGA DARI ORANG MELAYU
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menikmati hidangan
Program yang dianjurkan oleh Pusat khidmat DUN Trong itu dihadiri oleh pelbagai kaum termasuk kaum Cina dan India.
Kaum Cina yang hadir mendengar ucapan ADUN Titi Serong
Hadir sama dalam program itu ialah bekas calon DUN tersebut merangkap Penyelia DUN, Ust. N0r Azli Musa dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak,Ust.Mustafa Wahab.
Penyampaian cendermata berupa baju rasmi daripada PAS Padang Gajah kepada Ust NorAzli
14 Oktober 2008
Puluhan ribu hadir Hari Terbuka PAS Pusat.

Drs. Khalil bergambar dengan 2 Exco Kerajaan Kelantan, YB. Abdul Fattah Mahmood dan YB. Che Abdullah Mat Nawi.Kelihatan hadir dalam majlis itu ialah Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, AJK Syura Ulama , AJK Pas Pusat, AJK Dewan Pemuda Pas Pusat, AJK Dewan Muslimat Pas Pusat, Menteri Besar Selangor, pemimpin Parti DAP dan PKR .
Drs. Khalil Berucap mewakili YAB Menteri Besar Perak di pentas utama.Pada tahun ini pihak panitia penganjur menerima makanan yang sangat mencukupi dan dikhuatiri tidak habis dihidangkan oleh pihak penganjur.
Setiausaha PAS Negeri Sembilan , Shamsul Kamal Idris dengan longgokan makanan.Menu utama ialah satey, nasi dagang, lemang, ketupat palas, ketupat nasi dan pebagai juadah kuih yang lain. Pengunjung bertali arus masuk dan keluar dipintu utama mengambil peluang untuk bersalaman dengan pimpinan PAS yang mereka sayangi.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ust. Salleh Man, AJK PAS Pusat, Hj. Asmuni Awi bersama Drs. Khalil dan Shamsul Kamal.
BN tarik balik petisyen Kulim-Bdr Baharu
Bekas calon BN Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menarik balik petisyennya hari ini dengan alasan "ingin memberikan lebih tumpuan kepada isu-isu ekonomi" dan "pilihanraya semula akan memakan banyak tenaga."Keputusan ini dicapai beberapa hari lepas hasil perbincangan pemimpin BN, katanya.
Mahkamah Tinggi Alor Star hari ini membatalkan petisyen itu selepas keputusan mendadak calon BN itu.
Mengulas desas-desus wakil rakyat PKR kawasan itu Zulkifli Nordin akan menyertai Umno, Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu tentang perkara tersebut.
"Tetapi saya juga ada mendengar khabar angin itu," katanya.

Zulkifli terlibat membantah penganjuran forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam awal Ogos lalu.
Penglibatannya menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra sehingga dihadapkan ke jawatankuasa disiplin PKR pada 6 September.
Bagaimanapun, sebarang keputusan belum dibuat hingga kini.
Desas-desus mengatakan beliau akan menyertai Umno kerana tidak berpuas hati berhubung tindakan parti itu, yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Aziz, ditanya sama ada keputusan beliau menarik balik petisyen itu akan menyebabkan kerugian bagi Umno dan dirinya, beliau berkata:
“Saya cuma hilang satu peluang. Bagaimanapun, di hujungnya, rakyat akan buat keputusan.”
Beliau yang juga ketua bahagian Umno Kulim-Bandar Baharu mendakwa masih mempunyai tanggungjawab dan tugas yang sama seperti Zulkifli walaupun tidak menjadi wakil rakyat.
“Saya ada pusat khidmat masyarakat. Saya masih bekerja macam biasa, cuma tidak menjadi ahli parlimen sahaja,” katanya.
Sementara itu, peguam Zulkifli, Aaqbal Shiffudin Adnan Sallehudin berkata pihaknya gembira dengan keputusan mahkamah itu.
Bagaimanapun, peguamnya itu belum mendapat maklum balas daripada anak guamnya.
Ahli parlimen itu tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat hari ini.
Malaysiakini gagal mengubunginya untuk mengulas perkembangan terbaru petisyen itu.
Abdul Aziz menfailkan petisyen bantahan kepada Zulkifli atas alasan lawannya itu telah gagal mengemukakan kenyataan perbelanjaannya sewaktu kempen pilihanraya umum 2004.
Mengikut akta pilihanraya, setiap calon yang tidak mengemukakan kenyataan perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya seterusnya.
Pada 2004, Zulkifli bertanding kerusi parlimen Kuala Langat di Selangor tetapi kalah kepada calon BN dari Umno, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.
Dalam petisyennya, Abdul Aziz juga mendakwa bahawa pegawai pengurus pilihanraya telah gagal bertindak terhadap Zulkifli walaupun mempunyai dokumen yang mengesahkan kegagalannya mengemukakan kenyataan perbelanjaannya.
12 Oktober 2008
Kadar Faedah Bank Diturunkan untuk Kekalkan Pertumbuhan Ekonomi China
Bank Rakyat China menyertai tindakan menurunkan kadar faedah yang diambil oleh bank pusat pelbagai negara di dunia semalam, dengan menurunkan kadar faedah simpanan dan pinjaman sebanyak 0.27%, manakala nisbah rizab simpanan diturunkan sebanyak 0.5%. Pakar ekonomi China berpendapat bahawa tindakan tersebut bertujuan menjaga trend pertumbuhan ekonomi China, di samping membuktikan kesediaan China untuk menangani krisis kewangan global yang berlaku sekarang bersama-sama dengan negara lain.Keenam-enam bank pusat terbesar di dunia, termasuk Rizab Persekutuan A.S. dan Bank Eropah masing-masing menurunkan kadar faedah secara besar-besaran semalam untuk mengurangkan beban yang dibawa oleh krisis kewangan kepada ekonomi sejagat. Walaupun sistem kewangan ekonomi China masih belum dipengaruhi oleh pergolakan sejagat, tetapi sektor pengeksportan terjejas oleh kekurangan permintaan pasaran luar. Dengan itu, maka perkembangan ekonomi China juga berdepan dengan kesan negatifnya.
Naib Ketua Institut Kewangan Universiti Ekonomi dan Perdagangan Luar China, Encik Ding Zhijie menyatakan bahawa dengan keadaan sekarang, Bank Rakyat China mengambil tindakan selaras dengan bank utama yang lain di dunia khususnya untuk menggalakkan peredaran mata wang, mengurangkan kos pengumpulan dana bagi syarikat dan menjaga trend pertumbuhan ekonomi. Beliau berkata:
"Penurunan kadar faedah pinjaman menguntungkan syarikat kerana dapat mengurangkan kos pengumpulan dana, manakala penurunan nisbah rizab simpanan pula baik untuk memastikan syarikat memperolehi modal yang diperlukan. Tindakan tersebut membantu usaha pembaikan pengurusan syarikat pada masa depan dan menambah semula keuntungan syarikat yang sering menurun sejak awal tahun ini."
Penurunan kadar faedah yang dilaksanakan oleh China sebelum ini tidak sampai sebulan lamanya. Hal ini menggambarkan kebimbangan kerajaan China terhadap tekanan inflasi berkurangan. Bidang utama dalam dasar mata wang pula beralih kepada "memastikan pertumbuhan ekonomi". Beberapa tahun yang lalu, Bank Rakyat China pernah menaikkan kadar faedah beberapa kali secara berturut-turut untuk mencegah pertumbuhan ekonomi yang terlalu pesat dan mengurangkan tekanan inflasi.
Pakar yang berkenaan menyatakan bahawa sejak tahun ini, harga barang penggunaan penduduk China terus menurun, tekanan inflasi semakin ringan dan harga barang di pasaran antarabangsa turut menurun. Maka, penurunan kadar faedah kali ini tidak akan menyebabkan kenaikan semula harga barang.
Bank Pusat China juga mengumumkan akan menghapuskan cukai faedah wang simpanan untuk sementara. Tindakan ini akan mengimbangi kerugian faedah pelanggan daripada penurunan kadar faedah simpanan.
Profesor Zhao Xijun daripada Institut Kewangan dan Sekuriti Universiti Rakyat China menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan China itu bukan sahaja bermanfaat bagi memastikan penduduk mendapat faedah daripada wang simpanan, bahkan akan menggalakkan penggunaan dalaman China. Beliau berkata:
"Kerajaan menurunkan kadar faedah simpanan sebenarnya adalah untuk merangsang penggunaan, dan pertambahan penggunaan tentu akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan mantap dan pesat."
Berdepan dengan krisis kewangan sejagat, jurucakap Bank Rakyat China pernah menyatakan bahawa China bersedia meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dengan A.S.. China juga berharap negara-negara lain berusaha bersama-sama mengatasi kesukaran ini dan memastikan kestabilan pasaran kewangan global. Penyelidik daripada Institut Kewangan Akademi Sains dan Sosial China, Yi Xianrong berkata:
"Kerajaan China mengambil tindakan tersebut dengan tujuan untuk menyelaraskan pendirian dengan pelbagai negara lain demi mencegah krisis kewangan menjadi semakin runcing dan menstabilkan pasaran kewangan sejagat."
Amanat Abdullah lantik Najib sebagai PM salah dari segi undang-undang
PARIT BUNTAR, 11 Okt - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Ruslan Shahrum menegaskan amanat yang dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melantik Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri selepasnya adalah salah dari segi undang-undang negara. "Mempengaruhi ahli dengan cara paksa menggantikan Perdana Menteri Malaysia selepasnya itu adalah melanggar Perlembagaan dan tidak pernah dibuat sebelum ini oleh mana-mana Perdana Menteri yang hendak bersara atau hendak berhenti," kata Hj Roslan pada ceramah umum Dun Titi Serong dekat sini malam tadi.
Menurut beliau, jawatan Perdana Menteri adalah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan dipersetujui Ahli Parlimen dan persetujuan rakyat.
"Bukannya boleh memandai-mandai membuat perlantikan sendiri seperti yang dilakukan Dato' Seri Abdullah Ahmad baru-baru ini yang menyebut Dato' Seri Najib jadi Perdana Menteri Malaysia selepasnya nanti," katanya.
Dengan itu tegasnya, sudah nyata untuk jawatan Perdana Menteri harus dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong dan semua rakyat bukan Abdullah seorang.
Mufti Perak akui saran kerjasama PAS-Umno
Mufti Perak mengakui mengadakan pertemuan empat mata dengan Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mencadangkan penubuhan kerajaan campuran antara Umno dan PAS di negeri itu.Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, cadangan itu dikemukan bagi mewujudkan pemerintahan yang dikuasai sepenuhnya oleh orang Melayu dan Islam.
“PAS kalau campur dengan Umno lagi bagus. Umno ada 27 kerusi. Kalau campur dengan PAS, seratus peratus orang Melayu-Islam memerintah,” katanya.
Beliau bagaimanapun menafikan desas-desus di Internet bahawa beliau mengadakan pertemuan kedua untuk tujuan itu.
Mufti berpengalaman itu didakwa "menangis dan merayu" Nik Aziz , yang juga menteri besar Kelantan, untuk memastikan kerajaan campuran PAS-Umno.
Harussani menambah, beliau menemui Nik Aziz dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu di rumah tokoh PAS di Kota Bharu, Kelantan.
Harussani berkata, dalam pertemuan yang disifatkannya sebagai “sembang-sembang” itu, pandangnnya itu tidak diterima oleh Nik Aziz.
“Nik Aziz kata itu bukan bidang kuasa dia. Beliau kata beliau hanya mursyidul am saja,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
“Dah dia tidak terima, tidak mengapa. Tidak apalah,” katanya.
Diminta mengulas prestasi pemerintahan kerajaan campuran Pakatan Rakyat di negeri itu, beliau berkata "saya bukan orang politik".
Setiausaha politik menteri besar Kelantan, Anual Bakri Haron ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pertemuan Nik Aziz dan mufti tersebut.
Dalam pertemuan itu, tambahnya, Harussani hanya menyatakan kerisauannya jika orang Islam tidak menjadi menteri besar di Perak.
Katanya, Harussani menyuarakan hasratnya supaya PAS dapat menjadi menteri besar di negeri itu.
Sementara itu, pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata beliau turut dihubungi mufti berpengalaman itu untuk tujuan pembentukan kerajaan dengan Umno tetapi beliau menolaknya.
"Ada dua tiga kali beliau menelefon saya. Tetapi saya kata, kita sudah ada keputusan (bersama Pakatan)," katanya.
Katanya, beliau mula-mula menerima panggilan daripada Harussani sehari selepas pertemuannya dengan Nik Aziz.
Harussani juga didakwa turut mencadangkan perkara yang sama kepada pesuruhjaya PAS negeri itu.
Bagaimanapun, Ahmad menolak cadangan itu kerana menurutnya, setelah 50 tahun memerintah, BN yang ditunjangi Umno terbukti “tidak boleh diharapkan”.Malaysiakini
“Kita tidak boleh harap pada BN. Kita mahukan kerajaan baru. Lagipun, dalam kerajaan baru ini, PAS yang jadi ketua (menteri besar). Kalau beliau berkata (DAP) anti-Islam, yang Umno ini, sudah 50 tahun...” katanya.
Ahmad dan Anual Bakri tidak pernah mengetahui wujudnya pertemuan kedua Harussani-Nik Aziz seperti dakwaan di beberapa blog sejak semalam.
Dr. Mujahid masuk hospital
PARIT BUNTAR, 11 Okt. : Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang petang semalam. Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Haji Harun Hashim memberitahu dalam ceramah umum Dun Titi Serong malam tadi bahawa Pengarah Lajnah Perpaduan Nasional itu telah ditahan oleh doktor untuk rawatan selanjutnya semasa datang untuk mendapatkan rawatan sakit luar di hospital tersebut.
Walau bagaimanapun, Haji Harun menasihatkan rakyat supaya jangan bimbamg kerana Dr Mujahid dikatakan hanya didapati mengidap asma di mana beliau memerlukan banyak rehat.
Sebelum ini, Dr Mujahid telah menemui kemalangan jalan raya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Khidmat Masyarakat, Titi Serong dekat sini pada 5, Oktober lalu. Tetapi beliau telah selamat dan sejam kemudian beliau berada di majlis tersebut.
Ketika ditanya, Haji Harun menjelaskan Dr Mujahid masuk hospital semalam tiada kaitan dengan kemalangan itu, tetapi penyakit asma itu dikatakan selalu mengggangunya.
Sehubungan itu Haji Harun meminta orang ramai agar berdoa supaya Dr Mujahid cepat sembuh dan kembali berdepan dengan rakyat di Parlimen 13, Oktober ini.
11 Oktober 2008
Keputusan rakyat wajar dihormati semua - Drs Khalil Idham Lim
IPOH: - Kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri ini setelah berjaya menumbangkan Barisan Nasional adalah keputusan yang dibuat oleh rakyat dan sewajarnya keputusan itu dihormati semua pihak termasuk penduduk di luar bandar.
"Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak diibaratkan sebagai bas yang membawa penumpang menuju ke destinasi yang dikehendaki oleh penumpang, yang bertukar hanyalah pemandu, mahu tidak mahu penumpang perlu menaiki bas, tidak mungkin ada yang sanggup berjalan kaki.
"Begitulah kerajaan Negeri Perak, dahulunya diterajui oleh BN, sekarang ini Pakatan Rakyat, seluruh rakyat termasuk golongan pekerja di negeri ini , tidak perlu mereka rasa takut atau bimbang kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri tetap membela nasib mereka bahkan kerajaan yang ada lebih mengutamakan kebajikan rakyat,"kata Adun Titi Serong, yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak (BBC), Drs. Khalil Idham Lim Abdullah ketika berucap di majlis 'Seminar Pekerja 2008', yang diadakan di Dewan Auditarim Institut Tadbiran Islam Perak (INTAM), baru baru ini.
Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sentiasa memberikan sokongan pada program seumpama ini dalam meningkatkan tahap pengurusan dan profesionalisme pekerja di samping memahami dan mendalami hak dan kepentingan pekerja.
"Para pekerja mesti mengetahui hak mereka dan mempertahankan hak tersebut untuk mengelakkan mereka dari ditindas dan dieksploitasi oleh majikan," katanya.
Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan majikan agar bersikap jujur dan ikhlas dalam membela nasib pekerja, bukannya mengambil kesempatan dan menindas para pekerja. Ini kerana majikan dan pekerja saling memerlukan satu sama lain, kerana itu tidak wajar majikan menindas para pekerja, begitu juga sebaliknya.
Beliau berharap pendedahan yang diterima dalam program Seminar Pekerja ini akan dapat digunakan sepenuhnya oleh para peserta seminar.
"Saya yakin program seumpama ini jika digarap dengan baik akan dapat membantu kerajaan negeri dalam usaha memperkayakan dan memantapkan para pekerja," jelasnya.
Beliau berkeyakinan Kerajaan Negeri akan berusaha dan sentiasa bertindak untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat negeri ini berbekalkan amanah dan harapan yang telah rakyat terjemahkan dan mandatkan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu.
Sehubungan itu katanya, rakyat termasuk golongan pekerja perlu memberikan sokongan kepada kerajaan bagi membolehkan kerajaan mengatur program bagi membantu dan memberikan kebajikan kepada rakyat sesuai dengan manifesto pilihan raya umum yang lalu
10 Oktober 2008
Kakak ditohmah masuk Melayu
Semasa kakak masuk Islam pada tahun 1971 saya pada masa itu berumur 7 tahun. Ibu kesayangan masih hidup semasa itu. Dia meninggal pada tahun 1973 semasa saya darjah 3 .Sebenarnya saya kurang ingat sejelasnya peristiwa kakak meninggalkan rumah setelah dia mengambil keputusan untuk berhijrah dari agama Buddha ke Islam.Menteri Besar perak lawat mangsa ribut
IPOH, 9 Okt :- Allah seakan menguji kesabaran sebahagian penduduk Ladang Felcra Nasharudin, berdekatan Seri Iskandar, dekat sini, selepas memberi mereka ketenangan beribadat pada Ramadhan dan menyambut IdilFitri, kerana kurang seminggu kemudian menghantar “tenteranya” merencatkan kebahagian mereka.Hari ini Menteri Besar Perak, YAB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin telah mengadakan lawatan di tempat kejadian dan mengimamkan sembahyang Maghrib berjemaah seterusnya memberikan tazkirah sebagai perangsang dan semangat kepada semua mangsa yang hadir berjemaah.

Menteri Besar juga menyampai sumbangan dari Kerajaan Negeri Perak kepada semua mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung.

Lebih 80 rumah direntap bumbung dan dindingnya oleh ribut dalam kejadian pada Selasa itu. Mengikut beberapa penduduk kejadian itu hanya mengambil masa antara satu dan dua minit sahaja apabila kelihatan kepulan seumpama kabus menerpa ke arap pokok dan rumah, lalu menerbangkan apa sahaja yang berada di laluannya.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian itu. Sewaktu tinjauan dibuat tengahari Rabu, kelihatan penduduk sedang membersihkan kawasan rumah masing-masing dan ada yang cuba memperbaiki kerosakan rumah dan menyelamatkan harta benda yang masih boleh terpakai.
Pujian juga harus diberikan pada anggota Unit Amal PAS yang berkampung di kawasan kejadian. Mereka membantu seboleh mungkin termasuk menyediakan makanan di kawasan kantin sekolah menengah di ladang itu. Sekumpulan anggota unit amal kelihatan kemudian mengagihkan makan tengahari (nasi) kepada mangsa di rumah-rumah terbabit.
Semasa tinjauan awal dibuat, Setiausaha Akhbar kepada MB Sdr Anuar Hashim dan Pembantu Khas kepada MB Sdr Amran Harun telah mengiringi Setiausaha Politik MB Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki untuk menyampaikan bantuan segera Menteri Besar kepada keluarga yang terbabit.
Adalah dianggarkan kerugian melibatkan ratusan ribu ringgit memandangkan bumbung masjid yang baru siap dan belum digunakan juga telah terkopak diterjah ribut itu.
Sumber asal : http://perakdaily.com/
09 Oktober 2008
Sesudah 22 tahun memeluk Islam.
25 September 2008 yang lepas cukup berarti dalam hidup saya bila tarikh itu mengigatkan kembali nostaslgia 22 tahun yang lepas saya mengucap dua kalimah syahadah dan rasminya saya masuk Islam.ADUN Titi Serong lawat pesakit buah pinggang perlu bantuan segera.
TITI SERONG , 8 Okt :- Pesakit buah pinggang, adik Mohammad Khairul Nizam, 16 tahun mendapat perhatian dari ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim yang melawat pesakit tersebut hari ini.Drs.Khalil menyampaikan sumbangan kepada Khairul.
Jelasnya beliau juga memerlukan satu bilik kecil khusus untuk menyimpan alat perubatan dan merawat khairul.
Khairul perlu dibantu dengan segera.
ADUN Titi Serong melawat tapak cadangan penempatan ibu tunggal
TITI SERONG, 8 Okt :- Usaha seorang penduduk untuk mengadakan sebuah pusat penempatan golongan ibutunggal (armalah) di dalam DUN Titi Serong mendapat perhatian serius dari ADUN, Drs. Khalil Idham Lim. Beliau telah mengadakan lawatan resmi ke tempat tersebut hari ini.Pandangan dari belakang bangunan.
Sumbangan dari semua pihak dialu-alukan.
Atas dasar keperihatinan dengan usah gigih yang pertama kali dilakukan di daerah ini maka ADUN Titi Serong hadir untuk bersama-sama dengan penduduk setempat dalam majlis tahlil dan kesyukuran dalam meneruskan usaha itu.
Pandangan hadapan
Imam muda dari China kunjungi Nizar
IPOH: Sebanyak 30 imam dari negara China membuat kunjungan hormat pada Menteri Besar Perak di kediaman rasminya di sini pada 8 Okt. Mereka diraikan pada satu majlis jamuan Idulfitri.
Nizar menyaksikan salah seorang imam dari China menulis kaligrafi selepas jamuan idulfitri.
Salah seorang imam berkenaan kemudian mempersembahkan seni wushu dan seorang lagi menunjukkan kebolehan seni kaligrafinya pada Nizar dan hadirin. Imam-imam berkenaan adalah dalam rangka lawatan sambil belajar ke negara ini. Mereka berada di Ipoh selepas membuat kunjungan hormat pada Menteri Besar Kedah.
sumber : http://perakdaily.com/