11 Januari 2011

PAS Gerik bantu bina rumah warga miskin.

6 Safar 1432H.
http://pasgerik.blogspot.com/

GERIK, 9 Jan.:-Jika anda tidak mahu menerima nasib malang, jangan miskinkan diri dan keluarga anda di Malaysia. Bukan semua warga miskin bernasib baik dan dibela. Slogan terus berganti slogan untuk bantu orang miskin. Hakikatnya ia tidak lebih sekadar dari retorik….dan ini dia sebenarnya !!!

Edisi kali ini, menampilkan 1 keluarga dari Kampung Plang Gerik yang terletak di DUN Pengkalan Hulu dan Parlimen Gerik.

Lihatlah gambar dibawah….. daif sungguh rumah ini… kalau nak diikutkan sepatutnya rumah macam ni tidak ada di kawasan Parlimen Gerik sebab kawasan ini memang kubu kuat UMNO….Ketuanan Melayu Yeop…. Ini ape ke halnya !!! Mana Tajol Rosli..Tan lian Hoe …jangan duduk atas kerusi empuk jer..tak mai tengok ker ?? Jika nak dibandingkan dengan rumah MB yang didiami Zambry kini, tentu juga tidak sesuai. Inilah nasib keluarga Yaakob..

Ketika tinjauan dibuat, rumah yang bertiangkan batang nyoq berdindingkan buluh..bilik ayorrr pun takder …apabila tiba waktu malam keluarga ini hanya menggunakan generator untuk menerangkan rumah!!! Adooyai sebak melihat tempat tinggal mereka. Cuba bayangkan, satu keluarga yang tinggal didalam rumah ini seramai 10 orang berasak-asak….bilik usah komer cerita ler..entah kemana yeop!!! Teman cukup terkesan dengan pemandangan ini. Atas nama kemanusiaan dan islam, tidak terdaya untuk membiarkan mereka tinggal rumah macam ini sebab dah 50 tahun UMNO memerintah kalau 1 tahun kita tak heran sangat.. sungguh menyedihkan ! Yang bestnya Wartawan Utusan meloya dan TV1 pun ade maii.!!!! Yang TV1 kelam kabut nii mai dari kedah….tengok Utusan dan TV1 esok tengok depa nak habag apa !!!

Jadi atas inisiatif Unit Amal Kawasan Gerik ,Unit Amal Negeri Perak serta Pemuda PAS Kawasan Gerik telah menyalurkan bantuan sebanyak RM1500 kepada Encik Yaakob berbentuk membeli batu-bata dan ini hanya permulaan sebagai bantuan asas sahaja. Unit amal serta Pemuda PAS kawasan Gerik telah dikerahkan seramai 60 orang termasuk anak-anak muda Kampung Plang turut sama sama bergotong royong membina rumah baru yang lebih selesa kepada keluarga Encik Yaakop.
Menurut Encik Yaakop beliau telah beberapa kali memohon peruntukan rumah PPRT tetapi tidak berjaya…yang berjaya hanya orang-orang tertentu sahaja….orang yang tak tentu hala macam biasa……

Sekiranya Pakatan Rakyat dapat mengambil semula Negeri Perak…..Pakatan Rakyat Perak kena pastikan orang-orang yang tinggal rumah macam ini tidak ada lagi. UMNO kita dah tahu dah..sebab mereka dah perintah 50 tahun !!!

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada semua UNIT AMAL GERIK, NEGERI SERTA PEMUDA PAS KAWASAN GERIK atas bantuan dan usaha baik anda serta pihak-pihak lain yang terlibat dalam program ini.

TERUSKAN KERJA AMAL !!!!























Kanak-kanak 3 tahun mati

06 Safar 1432H.

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia dengan 73 kesan lebam dan luka dipercayai didera di rumah bapanya di Kampung Sungai Tiram, di sini, kelmarin.

Mangsa, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi dalam keadaan menyayat hati di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Selain Nordiana, adiknya, Danish Irsyad, 1, kini turut menerima rawatan di Hospital Sultan Aminah (HSA).

Nordiana adalah anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, pekerja kilang dan ibu tirinya, seorang suri rumah.

Ibu mangsa, Nur Aquilla, 27, yang dalam proses penceraian, pengsan tiga kali setelah melihat mayat anaknya di bilik mayat HSI kerana tidak dapat menerima hakikat itu.

Menurut Nor Aquilla, seorang kerani akaun di sebuah syarikat di Pasir Gudang berkata, suaminya menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana kira-kira jam 11pagi kelmarin.

Datuk mangsa, Razali Ismail, 52, berkata, sejurus mendapat berita itu, dia bergegas ke HSI untuk melihat keadaan cucunya itu.

“Apabila sampai di sana, saya dapati dia sudah meninggal. Saya sangat sedih kerana dia adalah cucu saya yang paling rapat dengan saya.

“Sebelum ini, ketiga-tiga cucu saya tinggal bersama saya, tetapi saya mengalami masalah kesihatan dan dimasukkan ke wad dan ditemani isteri, jadi bapa mereka ambil mereka untuk dijaga,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.

”Punca kematian Nordiana adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya. Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira jam 8.25 pagi kelmarin, tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Roslan berkata, ibu tiri mangsa akan ditahan dalam masa terdekat untuk disiasat.

Sinar Harian/-

Mahu perkuat PKR, PR Perak

06 Safar 1432H.

IPOH – “Tanggung jawab yang akan saya pikul cukup berat dan mencabar.” Itulah kata-kata pertama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (PMPN) Perak yang baru dilantik, Dr Muhammad Nur Manuty ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pelantikannya sebagai PMPN yang baru menggantikan Mustaffa Kamil Ayub sebagai amanah yang berat dalam menguatkan PKR Perak.

Menurut Muhammad Nur, kepercayaan yang diletakkan oleh pimpinan pusat untuk beliau menerajui Negeri Perak sangat dihargai.

“Saya berterima kasih kepada pimpinan pusat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Perak dan saya akan pikul amanah ini sebaik mungkin.

“Insya-Allah, saya akan bekerja keras untuk memastikan PKR Perak terus mantap dan teguh,” katanya.

Beliau berkata, soal jawatan tidak penting tetapi yang paling penting adalah untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat (PR) Negeri.

Menurutnya PKR, DAP dan Pas akan terus bekerja keras sebagai satu pasukan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi.

Katanya, PKR bersama komponen PR yang lain akan memastikan lebih banyak kerusi akan dimenangi pada masa akan datang di samping mempertahankan kerusi yang sedia ada.

Ditanya mengenai perancangan awal selepas dilantik menjadi PMPN, beliau berkata, dalam masa terdekat akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Cabang.

Menurutnya, mesyuarat juga akan diadakan dengan pemimpin Negeri yang lain bagi mendapatkan pandangan mereka untuk memperkukuhkan lagi parti di peringkat akar umbi.

Mengenai beberapa isu yang berkaitan dengan PKR Negeri yang timbul sejak akhir-akhir ini, beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Sinar Harian/-

Yana kembali pada keluarga

06 Safar 1432H.

BAGAN SERAI - Misteri kehilangan pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Abu Bakar Al-Baqir, Intan Liana Abu Bakar, 15, atau lebih mesra dengan panggilan Yana, 3 Januari lalu terjawab apabila remaja itu pulang ke rumahnya tengah hari, kelmarin.

:Ibu, Norhayati Mokhtar, 43, berkata, sejak kehilangan anaknya dilaporkan di dalam akhbar, dia dan suami, Abu Bakar Mustafa, 44, banyak menerima panggilan yang mendakwa terlihat kelibat Yana.

Menurutnya, empat malam berturut-turut dia, suami dan keluarga mencari Yana di Taiping setelah menerima panggilan daripada orang awam namun, masih tidak dapat menemui Yana.

“Pada petang Sabtu 8 Januari kira-kira jam 5 petang, barulah saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Yana yang mengatakan dia ada di rumah emak angkatnya di Pantai Remis.

“Dia menyatakan mahu pulang dan meminta saya menunggunya di Stesen Bas Taiping,” katanya.

Norhayati berkata, dia, suami, keluarga dan jiran segera ke Taiping untuk menunggu tetapi hingga tengah malam dan awal pagi Yana tidak juga muncul.

“Pada jam 9 pagi Ahad lalu, saya menerima mesej sekali lagi daripada Yana mengatakan dia akan pulang dengan menaiki bas dari Pantai Remis ke Taiping dan meminta jangan dihebohkan kepada orang ramai.

“Sekali lagi saya dan keluarga bergegas ke Stesen Bas Taiping untuk menunggu kepulangannya. Kira-kira jam 12.05 tengah hari, Yana turun daripada bas dan terus memeluk saya,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di Stesen Bas Taiping, dia terus membawa Yana ke Balai Polis Bagan Serai untuk memaklumkan kepulangan anaknya.

“Di balai polis pihak pegawai polis menasihati Yana supaya sentiasa mendengar nasihat kedua ibu bapa.

“Kira-kira jam 2.30 petang Yana selamat pulang ke rumah, ramai keluarga menyambutnya, tetapi dia enggan bergambar sebaiknya terus masuk ke dalam bilik dan tidur,” katanya.

Norhayati berkata, Yana hanya memberitahu pada pagi Isnin 3 Januari lalu, dia tidak ke sekolah, tetapi ke Kuala Parit Haji Taib Dua, Bagan Serai dengan menaiki bas ke Taiping.

“Sampai di Taiping dia naik teksi hingga ke Pantai Remis untuk ke rumah emak angkat yang tidak dinyatakan namanya.

“Semasa di Pantai Remis dia hanya tinggal di dalam rumah dan tidak terjadi perkara yang tidak baik,” katanya.

Katanya, Yana tidak membaca berita kehilangannya di akhbar, kerana ibu angkatnya tidak membeli akhbar.

“Malah Yana tidak dapat menghubungi kami sekeluarga disebabkan telefon bimbitnya tidak berfungsi.

“Kami sekeluarga bersyukur Yana telah pulang dan berterima kasih kepada pihak yang bekerjasama mencari Yana, selepas ini satu majlis kesyukuran akan diadakan,” katanya.

Sinar Harian/-

Sumber Negara Lebih Dari Mampu Tampung Kos Tawaran 100 PR

06 Safar 1432H.

PARIT BUNTAR, 11 Jan : Tawaran 100 hari oleh Pakatan Rakyat setelah meneraju Putrajaya dilihat sebagai turning point rakyat untuk mencuba suatu yang baru dalam mencetus suasana baru yang sejahtera di negara.

Jika semalan Perdana Menteri menyifatkan tawaran ini semata-mata omong kosong, bagaimana pula jika kita menganggap ucapan PM semalam adalah bukan omong kosong kerana ia sarat dengan pembohongan terhadap rakyat.

Bukan omong kosong lagi dengan kenyataan yang mengatakan Najib dangat takut dengan tawaran dari pakatan Rakyat.

“Negara Malaysia memiliki aset yang melimpah ruah, tetapi bajet Negara tidak semuanya sampai kepada rakyat, bukan sahaja hanya untuk kroni BN, bahkan membazir serta tidak sampai kepada rakyat secara adil,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

"Saya sangat kesal dengan cubaan terus menerus dari Najib untuk memperlekehkan tawaran kepada rakyat sedangkan ianya sesuatu yang sangat mudah dan didalam kemampuan kerajaan yang ada sekarang" Jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat ketika ditemui menasihatkan PM supaya mengupah akauntan sambilan khas untuk lihat semula bajet beliau yang di bentang di Dewan Rakyat tidak lama dahulu.

Berdasarkan kemampuan kerajaan membina satu MRT bernilai RM40 bilion disamping kos pembinaan Menara Warisan Merdeka yang mencecah RM5 bilion.

Kemudian ditambah pula dengan projek mega bagi membina Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLFID) yang nilainya mencecah RM26 bilion, tidak lupa juga perutukan RM111 juta untuk projek isteri PM (permata pintar) yang belum diketahui signifikannya, nombor serta jumlah angka bajet diatas adalah lebih dari mampu untuk menampung kos 10tawaran permulaan 100 hari PR.

Umno BN sememangnya tidak mahu meringankan beban rakyat, mereka sering bertindak sehingga memberi kesan dan menghimpit rakyat dari segenap aspek, bahkan situasi lebih parah dengan kedangkalan pemikiran pemimpin tertinggi Umno BN.

“Seksa rakyat tak pernah reda, dalam masa yang sama mereka terus mengharapkan sesutu perubahan hidup yang lebih besar dan menyeluruh" Katanya

"Keran itu tiada tempat dan harapan melainkan kepada pilihan baru dan terbaik iaitu dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara, dan kami berjanji untuk satu penggal dan lihatlah hasilnya nanti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan walaupun hasil negara melimpah ruah, tetapi kerajaan yang ada (Umno BN) gagal menguruskan negara dengan baik dengan mengakibatkan rakyat melarat.

Sehubungan itu, katanya Pakatan Rakyat Perak menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus Malaysia dengan baik.

Bahaya fitnah

06 Safar 1432H.
Hadith dari Huzaifah r.a:

Sayidina Umar r.a pernah bertanya aku ketika aku bersamanya.
Katanya: Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan tentang fitnah?

Para sahabat menjawab: Kami pernah mendengarnya.

Sayidina Umar bertanya: Apakah kamu bermaksud fitnah seorang lelaki bersama keluarga dan jiran tetangganya?

Mereka menjawab: Ya, benar.

Sayidina Umar berkata: Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh sembahyang, puasa dan zakat.

Huzaifah berkata:Tetapi, siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan bergelombang?
Para sahabat terdiam.

Kemudian Huzaifah berkata: Aku, wahai Umar!

Sayidina Umar berkata: Engkau.

Lantas Sayidina Umar memuji dengan berkata ayahmu adalah milik Allah.

Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain.

Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada.

Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan (Hadith Riwayat Muslim)

Pertemuan blogger Pakatan Pulau Pinang 16 Jan

06 Safar 1432H.
Oleh : Mohd Sabri Said.

PULAU PINANG, 10 Jan: Semua blogger yang pernah bersama-sama menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang dijemput hadir bersama Lajnah Penerangan PAS negeri bagi tujuan 'pam' kembali semangat mereka yang kian luntur setelah Pakatan Rakyat menang pada 8 Mac 2008.

Program yang diadakan pada 16 Januari di Puncak Mutiara Kristal yang terkenal dengan masakan kambing di Kampung Pelet, Penanti akan bermula pukul 8.00 malam.

Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Zulkifly Ishak berkata, pertemuan tersebut amat penting kerana BN terlalu bebas menaburkan fitnah kepada Pakatan Rakyat termasuk PAS yang dianggap melukut di tepi gantang.

Katanya, sedangkan Pakatan Rakyat masih dibelenggu dengan media yang boleh dijadikan alternatif bagi menjawab semua dakyah jahat Umno dan BN.

"Semua blogger diharap dapat bersama kami kerana pertemuan itu pastinya mencatat satu lagi perkembangan positif memandangkan tarikh pilihanraya semakin hampir," tegasnya.

Lagipun, katanya sudah lama tiada pertemuan untuk membincangkan beberapa perkara penting sebagai bekalan blogger memantapkan lagi isu yang melanda negeri ini.

Umno kini bertukar strategi dengan masuk ke kampung-kampung menerangkan isu wang judi, kerajaan negeri meroboh gerai Melayu, penghakisan orang Melayu dari Pulau Pinang serta semakin banyak tanah orang Melayu dijual pada bukan Melayu dan sebagainya.

“Isu-isu begini masih berlegar tenang di pemikiran orang Melayu sehinggakan mereka menganggap Kerajaan Pakatan Rakyat jahat dan tidak menguntungkan orang Melayu di Pulau Pinang.

"Umno gunakan media mereka dan turun ke kampung-kampung untuk sebarkan dakyah jahat untuk tujuan memburukan Kerajaan Negeri. Kita tak patut duduk diam tanpa menjawab sesuatu. Peranan bloggerlah yang kita harapkan," jelas beliau.

Sebelum hadir, ujarnya mereka harus mendaftarkan diri dengan memberikan nama, alamat dan nama blog yang dikendalikan supaya memudahkan tugas urusetia.

Semua maklumat itu boleh diserahkan kepada Setiausaha Lajnah Penerangan PAS negeri, Rashid Mohd Ali di talian 013-4145663.

Tindakan Puad Zarkashi memalukan

06 Safar 1432H.
Oleh : Suhaizan Kaiat .

Tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010 sangat memalukan khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor.

Dalam kenyataannya semalam Dr Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Tn Hj Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan. Dr Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut.

Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Tn Hj Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube. Beliau juga boleh mendapatkan penjelasan daripada Pembantu Khas beliau En. Zahari Bin Sharif yang turut hadir dalam taklimat tersebut. Secara jelas Tn Hj Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya Kecil Dun Tenang. Antara ucapan-ucapan beliau adalah :

“Kalau tidak ada pilihanraya Tenang, maka saya tidak akan berjumpa tuan-tuan semua”

“ Memohon bantuan gerakan jentera bantu kerajaan untuk menang pilihanraya kali ini”

Tn Hj Markom juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah Jenis Kebangsaan. Selepas program tersebut, guru kaunseling tersebut dikehendaki berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka. Beliau menyatakan terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang,

kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN. Tn Hj Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain.

Taklimat Tn Hj Markom ternyata dengan jelas cuba mengerakkan guru-guru kaunseling memenangkan calon BN. Bagaimana Dr Mohd Puad boleh menyatakan bahawa taklimat tersebut adalah menyokong polisi-polisi kerajaan. Apakah mengkategorikan pengundi Dun Tenang sebagai hijau, kelabu, putih dan biru itu boleh dianggap usaha menyokong dasar kerajaan? Apakah memaksa guru kaunseling menukar pandangan politik pengundi DUN Tenang daripada kelabu kepada biru itu boleh dianggap sebagai usaha menyokong polisi-polisi kerajaan?

Intipati taklimat Tn Hj Markom bukan menyokong polisi kerajaan sebaliknya menyokong parti UMNO- BN. Malah tindakannya telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mohd Puad hendaklah berkecuali dalam menilai laporan-laporan yang telah dikemukakan walaupun daripada Pakatan Rakyat. Beliau tidak boleh berpihak atau dilihat berpihak. Tindakan Dr Mohd Puad yang secara jelas berpihak kepada Tn Hj Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional.

Jika Dr Mohd Puad boleh bertindak sedemikian rupa bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran. Bayangkan bagaimana Dr Mohd Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang. Saya sangat khuatir ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang Timbalan Menteri Pendidikan.

Saya mendesak kepada Dr Mohd Puad agar menyesali dan memohon maaf khususnya kepada semua warga pendidik serta masyarakat Dun Tenang berhubung dengan kecuaian beliau memberi respon yang salah terhadap isu ini. Keduanya saya mencadangkan kepada Tn Hj Markom agar memberi notis 24 jam berhenti sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Dun Tenang.

Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini. Saya penuh yakin Dato Abdul Ghani Othman, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor akan bersetuju dengan cadangan ini.

'Najib kurang yakin', tiada pilihan raya awal

06 Safar 1432H.
Oleh : Wong Teck Chi & Lee Way Loon.

Di sebalik ura-ura pilihan raya umum mengejut dijangka diadakan seawal Mac atau Julai tahun ini, sesetengah pihak berpendapat pengerusi BN, Datuk Seri Najib Abdul Razak belum bersedia membuat keputusan berkenaan.

Sabtu lalu, dalam pertemuan ‘satu dengan satu’ - semua 105 ahli parlimen BN dengan Najib - ura-ura itu semakin terhakis dan ramai yang kini berpendapat pilihan raya umum akan diadakan lewat tahun ini ataupun mungkin juga tahun depan.

Pemimpin Pakatan Rakyat pula berpendapat Najib belum ada keyakinan, BN mampu menang besar, manakala seorang ahli parlimen BN berkata sessi taklimat tertutup itu bagi meninjau peluang gabungan itu.

MP dari semenanjung itu mengesahkan bahawa Najib prihatin dengan janji-janji yang belum dilaksanakan di setiap kerusi pilihan raya.

"Saya fikir sekarang bukan masa yang sesuai. Kenapa harus tergesa-gesa adakan pilihan raya umum? Pilihan raya hanya diadakan apabila pemimpin menghadapi masalah dalam partinya atau kedudukannya tidak lagi selamat, ini ternyata bukan keadaan kita sekarang,” kata MP yang tidak mahu identitinya didedahkan.

"Pengundi memilih kita untuk lima tahun (dan sekarang ini adalah pertenggahan penggal). Kita masih mempunyai banyak program untuk dilaksanakan (mengikut program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan tahun lalu).

"Sebagai parti pemerintah, kita tidak perlu tergesa-gesa. Kita sepatutnya mempunyai 70 hingga 80 peratus keyakinan - malah 60 peratus juga tidak selamat.”

Najib sendiri enggan mengulas bila tarikh pilihan raya umum. Beliau sebelum ini dilaporkan berkata BN masih mempunyai banyak masa dan akan berjumpa dengan semua ADUN dan pemimpin akar umbinya bagi mendapatkan maklumat tambahan.

MP PBB bagi kerusi Santubong, Datuk Wan Junaidi Jaafar (bawah, kanan), yang merupakan kumpulan pertama berjumpa dengan Najib berkata perdana menteri tidak memberi sebarang bayangan mengenai tarikh pilihan raya pada pertemuan itu.

"Mesyuarat BN itu adalah mengenai rancangan transformasi seperti NKRA dan NKEA. Kemungkin besar pilihan raya tidak akan diadakan tahun ini. Jika pilihan raya (akan diadakan tidak lama lagi), beliau sudah tentu akan beritahu kami.”

Ahli parlimen BN lain yang dihubungi berkata mereka berharap pilihan raya akan hanya diadakan selepas rancangan transformasi menghasilkan keputusan dan berjaya meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

Bagi MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah sesuatu yang luar biasa bagi mengadakan pilihan raya umum sekarang sedangkan penggal mereka yang dipilih itu akan hanya berakhir pada 2013.

"Saya tidak fikir (pilihan raya umum akan diadakan pada) Mac. Tiada keperluan mendesak, meskipun ada perkembangan positif seperti kucar-kacir di pihak pembangkang.”

Malaysiakini/-

Wei Aik rela letak jawatan

06 Safar 1432H.
Oleh : Mohd Sabri Said.

GEORGETOWN, 11 Jan: Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik rela meletakkan jawatan sekiranya didapati salah mengeluarkan kata-kata 'tutup kedai balik India' kepada pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar beberapa hari lalu.

Beliau dalam sidang akhbar semalam menegaskan, akan mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang menuduhnya tanpa sebarang bukti atau memohon maaf secara terbuka.

Seandainya mereka berbuat demikian, beliau tidak bercadang membawa kes berkenaan sebaliknya melupakan sahaja dengan memberikan tumpuan pada tugasnya sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar.

"Saya rela dipecat atau letak jawatan jika ada bukti kukuh saya berbuat begitu. Jika tidak, saya akan hantar surat kepada mereka supaya mereka pohon maaf atau dikenakan tindakan.

“Jika mereka memohon maaf dengan sendirinya saya akan melupakan kes berkenaan dan menumpukan kepada kerja politik seperti biasa," terangnya.

Pada kejadian tersebut, beliau hadir kerana ingin memahami kejadian di samping mengenal pasti tindakan yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) setelah sebuah kenderaan terlanggar restoran berkenaan sehingga mengakibatkan kecederaan kepada pekerjanya.

Wei Aik juga terpaksa membuat laporan polis apabila Pengerusi Badan Perhubungan Kongres India Muslim, Faruk Raja Mohammed berkata beliau mengeluarkan kata-kata berbauan perkauman 'tutup kedia balik India' kepada pemilik restoran berkenaan.

Harakahdaily/-

Isa buat ugutan bodoh pada kakitangan Felda

06 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat.

Ugutan itu disampaikan dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney semalam.

Menurut pemangku ketua DPPWP, Herman Samsudeen, majoriti kakitangan Felda yang hadir, berbisik sesama sendiri mengutuk kesombongan Isa yang mahu menunjukan kuasa itu sementara mereka yang menyokong BN pun naik meluat dengan beliau.

Baginya,ugutan terbuka itu menggambarkan betapa terdesaknya Barisan Nasional untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada Barisan Nasional menjelang PRU-13.

“Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan Kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begitu kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan.

Hakikatnya, kata beliau Isa tidak boleh sesuka hati memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan.

Tambahnya, hak setiap kakitangan Felda untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang disukainya dalam pilihanraya adalah hak yang dijamin Perlembagaan.

“Adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda, dan beliau boleh diheret ke mahkamah selepas itu,” ujarnya lagi.

Dalam pertemuan itu, Isa dilaporkan turut mengakui bahawa BN kini kehilangan majoriti sokongan kalangan generasi ketiga Felda yang kini lebih menyokong perjuangan Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Herman menambah, beberapa pegawai kanan Felda Holdings juga telah melaporkan bahawa pejabat-pejabat utama Felda telah dimasuki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes-kes yang dibongkar oleh Anak baru-baru ini.

Katanya, kemenangan peneroka Felda Kemahang Tiga dan Felda Sungai Koyan dalam saman mereka tahun lepas juga turut memberikan tekanan kepada BN yang akhirnya menggantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor yang dianggap terlalu lemah dengan Isa yang baru sahaja kembali menjadi Adun Bagan Pinang.

Sehubungan itu, DPPWP mengesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.

“Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.

“Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?” katanya.

Justeru, DPPWP menggesa agar warga Felda meningkatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka sama ada golongan peneroka atau pengurusan Felda di Jalan Gurney dapat terus dibela dan organisasi Felda dapat dibersihkan dari pemimpin yang korup dan suka mengugut.

“Jika BN kalah dalam PRU-13 dengan sokongan kakitangan Felda, Isa pasti akan dihumban keluar dari Pejabat Pengerusi Felda.

Jadi, sebelum itu semua berlaku, lebih baik dia letak jawatan hari ini dan meminta maaf kepada semua warga Felda atas ugutan bodoh yang dilakukannya itu,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Islam Agama Negara, Abd Hadi Jelaskan Kekeliruan


6 Safar 1432H MOD

KL 11 Jan 11: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar, tanpa menjejaskan amalan penganut agama lain di negara kita ini.

"Inilah yang ingin ditonjolkan oleh PAS, bahawa Islam adalah adil untuk semua," kata Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataannya, menafikan laporan akhbar The Star semalam.

Akhbar tersebut memuatkan berita "PAS won’t bow to pressure from any quarter, says Hadi" adalah tidak tepat dengan apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menurut Dr Ahamad Samsuri lagi. Laporan berkenaan telah memberikan gambaran yang salah terhadap ucapan Presiden PAS di majlis Sua Kasih anjuran Pejabar Anggota Parlimen Titiwangsa itu.
Semalam, The Star melaporkan, Abdul Hadi tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak dalam melaksanakan agenda negara Islamnya termasuk Pakatan Rakyat. "Maksud laporan dalam pemberitaan akhbar The Star pada tarikh berkenaan adalah tidak benar dan tersasar dari apa yang diucapkan sama sekali," tegas Samsuri.

Sebelum itu Samsuri mengatakan maksud Presiden PAS sebenarnya menjelaskan bahawa PAS melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS, di mana ianya adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang turut di pertahankan oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat, katanya.

"Perubahan paradigma ini memperkukuhkan lagi kerjasama erat PAS bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bertepatan dengan semangat dalam dasar bersama yang dipersetujui sebagaimana yang dirangkakan dalam Dasar Bersama Muafakat Rakyat," jelas beliau dalam kenyataannya.

Menurut Samsuri, apa yang dipertegaskan oleh Presiden PAS dalam majlis berkenaan adalah rentetan terhadap ucapan Presiden PAS di Konvensyen Pakatan Rakyat yang kedua di Pulau Pinang kira-kira hampir sebulan lalu bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan. (IH)

Laporan The Star tidak benar - Pejabat Presiden

06 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Pejabat Presiden PAS menafikan laporan akhbar The Star semalam yang memuatkan berita "PAS won’t bow to pressure from any quarter, says Hadi" kerana ia tidak tepat dengan apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (gambar), laporan berkenaan telah memberikan gambaran yang salah terhadap ucapan Presiden PAS di majlis Sua Kasih anjuran Pejabar Anggota Parlimen Titiwangsa itu.

Semalam, The Star melaporkan, Abdul Hadi tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak dalam melaksanakan agenda negara Islamnya termasuk Pakatan Rakyat.

"Maksud laporan dalam pemberitaan akhbar The Star pada tarikh berkenaan adalah tidak benar dan tersasar dari apa yang diucapkan sama sekali," tegas Samsuri.

Presiden PAS sebenarnya menjelaskan bahawa PAS melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS, di mana ianya adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang turut di pertahankan oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat, katanya.

"Perubahan paradigm ini memperkukuhkan lagi kerjasama erat PAS bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bertepatan dengan semangat dalam dasar bersama yang dipersetujui sebagaimana yang dirangkakan dalam Dasar Bersama Muafakat Rakyat," jelas beliau dalam kenyataannya.

Menurut Samsuri, apa yang dipertegaskan oleh Presiden PAS dalam majlis berkenaan adalah rentetan terhadap ucapan Presiden PAS di Konvensyen Pakatan Rakyat yang kedua di Pulau Pinang kira-kira hampir sebulan lalu bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan.

Ia juga, katanya, mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan
meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar, tanpa menjejaskan amalan penganut agama lain di negara kita ini.

"Inilah yang ingin ditonjolkan oleh PAS, bahawa Islam adalah adil untuk semua," kata Samsury dalam kenyataannya.

Bantah Utusan

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Nasaie bin Ismail pula membantah laporan dalam Utusan Malaysia semalam.

PAS, katanya, sentiasa membuka pintu dialog dan perbincangan dengan semua pihak bagi membincangkan dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu pada hari ini yang menggambarkan seolah-olah PAS menutup sebarang perbincangan atau dialog dengan pihak lain adalah tidak benar.

PAS, katanya, kerap menerima kunjungan pemimpin besar negara luar termasuklah di kalangan bukan Islam.

Malah, katanya, wakil-wakil kedutaan asing juga kerap menghadiri pertemuan-pertemuan dengan PAS bagi mengenali perjuangan PAS secara dekat.
Apatah lagi dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, tambah beliau.

"Perkara ini bukan kita lakukan bermusim atas tujuan politik semata-mata, tetapi ia merupakan satu amalan PAS sejak sekian lama selaras dengan tuntutan Islam yang menggalakkan kita berdialog dan berdakwah serta sayang sesama manusia walaupun berlainan agama," tambah beliau.

Harakahdaily/-

SU PAS Perak sedang dirawat di Hospital Ipoh.

IPOH, 11 Jan.:-Setiausaha PAS Perak, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki yang terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya PLUS dekat Behrang kelmarin sedang dirawat di Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Kelihatan YDP PAS Kawasan Lenggong, Hj. Razman Zakaria yang datang menziarahi beliau. :Gambar: Amran Harun/-

Malaysia antara 36 negara yang tak mesra kebebasan media

6 Safar 1432H MOD

Sistem demokrasi sesebuah negara boleh berperanan dengan baik jika beberapa institusi penting dalam negara tersebut dapat berfungsi secara independen antara satu sama lain. Perkara ini ditegaskan Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs, Wan Saiful Wan Jan (gambar) sewaktu diminta mengulas mengenai kejatuhan tiga anak tangga kedudukan demokrasi Malaysia kepada kedudukan 71 sebagaimana dilaporkan Economist Intelligence Unit.

Jelasnya, perkara tersebut tidak mengejutkan kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, institusi penting dalam negara ini dihalang kebebasannya.

"Jika demokrasi hendak berfungsi dengan baik, mesti ada beberapa institusi penting yang berperanan secara independen. Kena ada gerakan yang independen, parlimen yang independen dan eksekutif yang tidak terlalu mengongkong. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini institusi ini hilang independen. Paling nyata isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor ini memperlihatkan bagaimana berlaku keadaan kuasa eksekutif dengan penjawat awam.

"Kedua-duanya sepatutnya bukan di bawah institusi yang sama tetapi nampaknya penjawat awam sebagai satu institusi menjadi agen politik badan eksekutif serta melibatkan istana. Sepatutnya ia menjadi badan yang bebas," tegasnya.

Wan Saiful berkata laporan Economist Intelligence Unit itu juga menunjukkan Malaysia salah satu daripada 36 buah negara yang berundur langkah daripada segi kebebasan media disebabkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang mengongkong setiap institusi media di negara ini. Tegasnya, seharusnya akta dan undang-undang tersebut dibubarkan bagi memastikan media dapat berperanan mengikut acuan penggerak media itu sendiri.

"Media seharusnya menjadi institusi bebas kerana media adalah institusi penting dalam mana-mana negara demokrasi. Bagaimanapun kewujudan akta mesin cetak memaksa penggerak media mendapatkan permit setiap tahun. Jika ingin menerbitkan surat khabar, mesti mendapatkan kelulusan permit terlebih dahulu, dan penggerak media terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran jika ingin mengadakan stesen televisyen atau radio melainkan mempunyai pengaruh kuat dengan mereka yang mempunyai kuasa," katanya.

Bagi Wan Saiful, budaya di Malaysia yang berpaksikan undang-undang dan peraturan sepatutnya dibebaskan dan berkecuali seperti media agar tidak wujud agensi media oleh mereka yang berkuasa.

Menurut laporan Economist Intelligence Unit yang diumumkan baru-baru ini daripada lima kateria penilaian, Malaysia mengalami penurunan dalam budaya politik dan kebebasan sivil. Pada tahun 2008, Malaysia menduduki tangga ke-68 dengan purata 6.36 mata, menurut penilaian kedua Economist Intelligence Unit. Dua tahun selepas itu, mata purata yang dipungut Malaysia menurun 0.15 kepada 6.19, membawa negara kita ke tangga 71.

Malaysia adalah salah satu daripada 36 buah negara yang berundur langkah daripada segi kebebasan media. Laporan tersebut juga menyatakan hanya empat buah negara Asia tersenarai dalam kategori ini, iaitu Fiji, Sri Langka dan Thailand, selain Malaysia.

sumber : Tarmizi Mohd Jam