6 Safar 1432H MOD
Sistem demokrasi sesebuah negara boleh berperanan dengan baik jika beberapa institusi penting dalam negara tersebut dapat berfungsi secara independen antara satu sama lain. Perkara ini ditegaskan Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs, Wan Saiful Wan Jan (gambar) sewaktu diminta mengulas mengenai kejatuhan tiga anak tangga kedudukan demokrasi Malaysia kepada kedudukan 71 sebagaimana dilaporkan Economist Intelligence Unit.
Jelasnya, perkara tersebut tidak mengejutkan kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, institusi penting dalam negara ini dihalang kebebasannya.
"Jika demokrasi hendak berfungsi dengan baik, mesti ada beberapa institusi penting yang berperanan secara independen. Kena ada gerakan yang independen, parlimen yang independen dan eksekutif yang tidak terlalu mengongkong. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini institusi ini hilang independen. Paling nyata isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor ini memperlihatkan bagaimana berlaku keadaan kuasa eksekutif dengan penjawat awam.
"Kedua-duanya sepatutnya bukan di bawah institusi yang sama tetapi nampaknya penjawat awam sebagai satu institusi menjadi agen politik badan eksekutif serta melibatkan istana. Sepatutnya ia menjadi badan yang bebas," tegasnya.
Wan Saiful berkata laporan Economist Intelligence Unit itu juga menunjukkan Malaysia salah satu daripada 36 buah negara yang berundur langkah daripada segi kebebasan media disebabkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang mengongkong setiap institusi media di negara ini. Tegasnya, seharusnya akta dan undang-undang tersebut dibubarkan bagi memastikan media dapat berperanan mengikut acuan penggerak media itu sendiri.
"Media seharusnya menjadi institusi bebas kerana media adalah institusi penting dalam mana-mana negara demokrasi. Bagaimanapun kewujudan akta mesin cetak memaksa penggerak media mendapatkan permit setiap tahun. Jika ingin menerbitkan surat khabar, mesti mendapatkan kelulusan permit terlebih dahulu, dan penggerak media terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran jika ingin mengadakan stesen televisyen atau radio melainkan mempunyai pengaruh kuat dengan mereka yang mempunyai kuasa," katanya.
Bagi Wan Saiful, budaya di Malaysia yang berpaksikan undang-undang dan peraturan sepatutnya dibebaskan dan berkecuali seperti media agar tidak wujud agensi media oleh mereka yang berkuasa.
Menurut laporan Economist Intelligence Unit yang diumumkan baru-baru ini daripada lima kateria penilaian, Malaysia mengalami penurunan dalam budaya politik dan kebebasan sivil. Pada tahun 2008, Malaysia menduduki tangga ke-68 dengan purata 6.36 mata, menurut penilaian kedua Economist Intelligence Unit. Dua tahun selepas itu, mata purata yang dipungut Malaysia menurun 0.15 kepada 6.19, membawa negara kita ke tangga 71.
Malaysia adalah salah satu daripada 36 buah negara yang berundur langkah daripada segi kebebasan media. Laporan tersebut juga menyatakan hanya empat buah negara Asia tersenarai dalam kategori ini, iaitu Fiji, Sri Langka dan Thailand, selain Malaysia.

sumber : Tarmizi Mohd Jam
1 ulasan:
Hmm ada yang halang kebebasan media ni. Dari segi hiburan x nak wartawan mencabuli kehidupan peribadi artis. Tetapi kalau bab politik dan pentadbiran, memang rakyat patut tahu.
Hmm, kene r bawa kat parlimen ni..
Terima kasih
Catat Ulasan