11 Januari 2011

Hanya UEM, KWSP deposit tunai RM50 juta, kata Plus

06 Safar 1432H.

PLUS Expressways Bhd yang menetapkan semalam sebagai tarikh akhir untuk menerima tidak lagi menerima tawaran baharu cadangan pengambilalihan rangkaian lebuhraya firma itu.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, ia juga berkata hanya UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memasukkan deposit tunai sebanyak RM50 juta dan surat daripada pembiaya berhubung keupayaan kewangan untuk melaksanakan dan menyelesikan cadangan pengambilalihan perniagaan syarikat.

"Pengumuman lanjut akan dibuat selepas lembaga pengarah membuat keputusan," katanya.

Pada Oktober tahun lalu, UEM-EPF menawar untuk mengambil alih perniagaan dan tanggungan, termasuk semua aset dan liabiliti Plus Expressways pada pertimbangan aggrigate belian RM23 bilion.

Bulan lalu, pengendali lebuh raya negara itu menerima tawaran kedua daripada Jelas Ulung Sdn Bhd, juga untuk perniagaan dan tanggungan sebanyak RM26 bilion.

Berikutan itu, Plus menetapkan petang semalam sebagai tarikh akhir untuk tawaran baharu, dan menetapkan penawar memasukkan deposit tunai RM50 juta dan pengesahan bertulis tanpa syarat bahawa mereka mempunyai keupayaan kewangan untuk melaksana dan menyelesikan cadangan pengambilalihan itu.

1 ulasan:

Neutronboy berkata...

Maknanya PLUS akan dibeli lagi ke? Ke PLUS x dijual oleh kroni? Boleh terangkan x? Terima kasih