06 Safar 1432H.
IPOH – “Tanggung jawab yang akan saya pikul cukup berat dan mencabar.” Itulah kata-kata pertama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (PMPN) Perak yang baru dilantik, Dr Muhammad Nur Manuty ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, pelantikannya sebagai PMPN yang baru menggantikan Mustaffa Kamil Ayub sebagai amanah yang berat dalam menguatkan PKR Perak.
Menurut Muhammad Nur, kepercayaan yang diletakkan oleh pimpinan pusat untuk beliau menerajui Negeri Perak sangat dihargai.
“Saya berterima kasih kepada pimpinan pusat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Perak dan saya akan pikul amanah ini sebaik mungkin.
“Insya-Allah, saya akan bekerja keras untuk memastikan PKR Perak terus mantap dan teguh,” katanya.
Beliau berkata, soal jawatan tidak penting tetapi yang paling penting adalah untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat (PR) Negeri.
Menurutnya PKR, DAP dan Pas akan terus bekerja keras sebagai satu pasukan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi.
Katanya, PKR bersama komponen PR yang lain akan memastikan lebih banyak kerusi akan dimenangi pada masa akan datang di samping mempertahankan kerusi yang sedia ada.
Ditanya mengenai perancangan awal selepas dilantik menjadi PMPN, beliau berkata, dalam masa terdekat akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Cabang.
Menurutnya, mesyuarat juga akan diadakan dengan pemimpin Negeri yang lain bagi mendapatkan pandangan mereka untuk memperkukuhkan lagi parti di peringkat akar umbi.
Mengenai beberapa isu yang berkaitan dengan PKR Negeri yang timbul sejak akhir-akhir ini, beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.
Sinar Harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan