Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan kenaikan cukai taksiran yang dipungut melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia diumumkan akan berkuatkuasa pada tahun 2014 dengan kenaikan sebanyak 100 peratud hingga 250 peratus setelah 21 tahun cukai tersebut tidak dinaikkan mahupun dikaji semula mengapa ia tidak dinaikkan.
13 Disember 2013
Cukai taksiran: kenaikan melampau menekan warga kota
9 Safar 1435H. [MOD] -
Rentetan daripada pengumuman tersebut, banyak reaksi negatif dapat dilihat samada di media perdana mahupun media alternatif. Ini menunjukkan pengumuman tersebut dalam keadaan tergesa-gesa tanpa sebarang kajian mendalam bagi impak kenaikan cukai taksiran tersebut.
12 Disember 2013
Bakar kereta polis lepas disaman
8 Safar 1435H. [MOD] -
Kapar: Berang disaman polis kerana melanggar lampu isyarat merah dan tidak memakai topi keledar, seorang lelaki nekad membakar kereta Toyota Vios milik seorang anggota polis berpangkat konstabel dalam kejadian di sebuah taman perumahan di daerah ini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 20-an sedang tidur di rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi penggera kereta miliknya yang diletakkan di hadapan rumah.
M'sia masih 'unggul' dengan wang haram
8 Safar 1435H. [MOD] -
Jenayah, rasuah dan pelarian cukai - berbilion ringgit wang haram daripada Malaysia, antara negara teratas dalam pelarian modal haram, terus berlaku.
Sejumlah RM173.84 bilion (AS$54.18 bilion) disalurkan daripada Malaysia pada 2011, menurut pemantau kewangan Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington dalam laporan tahunan terkininya yang mengesan pelarian modal.
Jenayah, rasuah dan pelarian cukai - berbilion ringgit wang haram daripada Malaysia, antara negara teratas dalam pelarian modal haram, terus berlaku.Sejumlah RM173.84 bilion (AS$54.18 bilion) disalurkan daripada Malaysia pada 2011, menurut pemantau kewangan Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington dalam laporan tahunan terkininya yang mengesan pelarian modal.
Senator bimbang teknologi hakis hubungan kekeluargaan
8 Safar 1435H. [MOD] -
Senator Datuk Lim Nget Yoon berkata meja makan sepatutnya menjadi tempat anggota keluarga bermesra, kini keadaan itu sudah berubah apabila golongan muda lebih berminat untuk bermain dengan alat teknologi.
KUALA LUMPUR: Seorang senator bimbang kecanggihan teknologi yang berorientasikan hiburan seperti iPhone dan komputer tablet boleh menghakis nilai kemesraan kekeluargaan.
Peluntur cabut nyawa
8 Safar 1435H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Tertekan diancam isteri yang mahu melarikan diri bersama anak mereka, seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai sanggup meminum cecair peluntur, antibiotik dan ubat penahan sakit sebelum disahkan mati, kelmarin.
Mangsa, Shanmugan Nathan dikatakan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dengan isterinya dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia setahun.
Hikmah banjir: 100 penyokong Umno di Kuantan sertai PKR
8 Safar 1435H. [MOD] -
Menurut blogger Omak Kau, penduduk Tanah Putih Baru yang diketuai Encik Rashid iaitu orang kuat Umno cawangan di situ telah megambil keputusan bijak dan tepat untuk meninggalkan parti itu yang gagal membela nasib mereka.
KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Kuantan hari ini menerima tamparan apabila lebih 100 penyokong tegar mereka telah mengisytiharkan masuk PKR ekoran rasa kecewa dan tidak puas hati di atas cara layanan yang mereka terima daripada kerajaan Umno BN negeri.
Menurut blogger Omak Kau, penduduk Tanah Putih Baru yang diketuai Encik Rashid iaitu orang kuat Umno cawangan di situ telah megambil keputusan bijak dan tepat untuk meninggalkan parti itu yang gagal membela nasib mereka.
Empat tentera maut, 10 cedera dalam letupan bom di Pattani
8 Safar 1435H. [MOD] -
PATTANI: Empat anggota tentera terkorban manakala sepuluh lagi cedera apabila kenderaan yang mereka naiki terkena bom buatan sendiri seberat 50kg yang diaktifkan menggunakan telefon bimbit.
Kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari tadi waktu tempatan di Kg Makkor, Mukim Plonghoil, Daerah Kapo, Pattani.
Tangkap ternakan hanyut untuk jadikan lauk
8 Safar 1435H. [MOD] -
KEMAMAN: Akibat terputus bekalan makanan ketika banjir melanda sekitar kawasan Felda Seberang Tayor, dekat sini, minggu lalu, mendorong mangsa banjir sanggup melakukan apa saja termasuk menangkap ternakan yang hanyut untuk dijadikan lauk.
Mereka adalah antara 200 orang daripada 30 keluarga peneroka Felda terbabit yang ditempatkan di Dewan Sivik berikutan banjir paling buruk sejak rancangan tanah itu dibuka pada 1964.
Harga makanan dijangka meningkat 10 peratus
8 Safar 1435H. [MOD] -
Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kadar kenaikan itu dijangka melibatkan jenis makanan siap di restoran-restoran dan kedai makan.
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), menjangkakan peningkatan sekurang-kurangnya 10 peratus bagi harga makanan dan minuman akibat kenaikan harga gula.
Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kadar kenaikan itu dijangka melibatkan jenis makanan siap di restoran-restoran dan kedai makan.
11 Disember 2013
Merajuk gaji tidak dibayar
7 Safar 1435H. [MOD] -
Sebelum didapati hilang, Mat Taib Mustaffa, 63, yang bekerja sebagai pembantu pejabat sekolah sejak lebih 10 tahun lalu, memaklumkan ahli keluarga ingin keluar sebentar ke pekan Parit Buntar pada jam 10 pagi, 1 Disember lalu.
PARIT BUNTAR - Disebabkan merajuk gaji bulanannya tidak dibayar hampir setahun, seorang kakitangan berstatus kontrak sebuah sekolah, di sini didakwa menghilangkan diri sejak seminggu lalu.
Sebelum didapati hilang, Mat Taib Mustaffa, 63, yang bekerja sebagai pembantu pejabat sekolah sejak lebih 10 tahun lalu, memaklumkan ahli keluarga ingin keluar sebentar ke pekan Parit Buntar pada jam 10 pagi, 1 Disember lalu.
Kes menyamar kerabat raja dibicara 10 Feb
7 Safar 1435H. [MOD] -
GEORGETOWN: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 10 Feb depan sebagai tarikh perbicaraan kes seorang lelaki yang menyamar kerabat Raja Kedah.
Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menetapkan tarikh itu selepas tertuduh, Roshidi Fadzil, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Khazanah hulur RM10 juta
7 Safar 1435H. [MOD] -
Nusajaya: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) akan menyalurkan peruntukan RM10 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sumbangan itu akan digunakan untuk memulihkan kawasan yang terjejas akibat banjir selain persediaan menghadapi bencana itu pada masa depan.
“Perkara ini diputuskan menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah sebentar tadi (semalam).
Sudahlah harga barang naik, denda hilang MyKad naik juga?
7 Safar 1435H. [MOD] -
Menurut Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee, tiada siapa pun suka atau sengaja menghilangkan MyKad.
KUALA LUMPUR: Cadangan pihak kerajaan meningkatkan kadar hukuman terhadap individu yang didapati bersalah menghilangkan kad pengenalan MyKad mereka tidak begitu realistik.
Menurut Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee, tiada siapa pun suka atau sengaja menghilangkan MyKad.
Desas desus tol naik: BN tambah bebanan rakyat
7 Safar 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Kerajaan pusat diingatkan tidak sesuka hati menaikkan kadar tol selepas kenaikan beberapa harga barang dan perkhidmatan yang berlaku dalam tempoh singkat.
Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen, berkata jika benar kerajaan pusat berhasrat menaikkan kadar tol, mereka diminta untuk mendedahkan terma perjanjian konsesi kepada umum dan jangan menggunakan alasan tidak masuk akal.
Mangsa banjir T’ganu meningkat, Pahang reda, Johor kekal
7 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu malam tadi menyaksikan peningkatan jumlah mangsa dipindahkan manakala situasi di Pahang semakin reda dan Johor tidak berubah.
Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 14,643 orang berbanding 12,460 pada sebelah petang semalam.
Langgan:
Catatan (Atom)








.jpg)




