11 December 2013

Kes menyamar kerabat raja dibicara 10 Feb

7 Safar 1435H. [MOD] -
GEORGETOWN: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 10 Feb depan sebagai tarikh perbicaraan kes seorang lelaki yang menyamar kerabat Raja Kedah.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menetapkan tarikh itu selepas tertuduh, Roshidi Fadzil, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. 

Roshidi, 47, dari Taman Bunga Raya, Melaka, dituduh menipu Ooi Ten Seng, 33, dengan menyamar sebagai kerabat raja Kedah Yang Teramat Mulia Tunku Putera Roshidi Tunku Fadzil, di Dewan Banquet Hotel Cititel di sini pada 23 Okt tahun lepas. 

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Roshidi juga didakwa menggunakan lambang Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia (Pakim Diraja atau Serampang Tiga) tanpa kebenaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 23 Okt 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga bulan atau denda tidak lebih RM3,000, jika sabit kesalahan. 

Tertuduh diwakili peguam Muhd Yahya Zakaria. 

- Bernama

No comments: