11 December 2013

Penduduk Hulu Besut bersiap hadapi banjir

7 Safar 1435H. [MOD] -
BESUT:  Penduduk di daerah ini mula bersedia menghadapi banjir selepas paras air Sungai Besut didapati naik dan melimpah ke jalan selepas hujan turun tanpa henti sejak malam kelmarin.

               
Tinjauan Bernama di kawasan Hulu Besut semalam mendapati kebanyakan kawasan rendah di beberapa kampung seperti Kampung La, Keruak, Belaoh, Pasir Akar dan Durian Telur yang terletak di pinggir Sungai Besut mula digenangi air.
           
               
Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Besut memberitahu Bernama mereka sudah bersedia untuk turun membantu penduduk berpindah pada bila-bila masa sekiranya air terus meningkat.
               
Setakat ini Jalan Jerteh-Hulu Besut mula dinaiki air di beberapa tempat terutamanya di Gertak Jerubun, Pasir Akar yang kini hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja, katanya.
               
Dua daripada tiga kawasan penyukat banjir di Sungai Besut juga telah melepasi paras bahaya dan paras berjaga-jaga pada pukul 5 petang semalam, katanya.


 - Bernama 

No comments: