11 December 2013

Khazanah hulur RM10 juta

7 Safar 1435H. [MOD] -
Nusajaya: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) akan menyalurkan peruntukan RM10 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sumbangan itu akan digunakan untuk memulihkan kawasan yang terjejas akibat banjir selain persediaan menghadapi bencana itu pada masa depan.
“Perkara ini diputuskan menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah sebentar tadi (semalam).

“Khazanah bersetuju memberi sumbangan dalam usaha menolong dan memulihkan mereka yang terbabit dengan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Hotel Traders di Puteri Harbour di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar. Perdana Menteri berkata, sokongan menggalakkan diterima daripada kedua-dua hotel, Hotel Traders dan Legoland adalah bukti kejayaan Iskandar Malaysia.

Beliau berkata, ia juga melambangkan Iskandar Malaysia sebagai pusat perdagangan dan pelancongan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan banyak pihak.

“Hotel Traders dimulakan dan dibangunkan oleh Khazanah dan anak syarikatnya. Ia terletak di lokasi strategik dan indah berkeluasan 688 ekar (278 hektar) di kawasan pesisir pantai.

“Sejak pelancarannya pada Jun lalu, Hotel Traders menerima 90,000 tetamu manakala Legoland Malaysia pula sudah menerima lebih dua juta pelancong,” katanya.

Mymetro

No comments: