16 Januari 2014

Fenomena "Kangkung" merebak ke mahkamah ? : Petisyen Pilihan Raya Lubok Merbau Ditolak

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

IPOH: Mahkamah Pilihan Raya sekali lagi menolak petisyen terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Lubok Merbau yang mewakili Barisan Nasional (BN) Datuk Siti Salamah Mat Jusak.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang dikemukakan rosak.
Beliau berkata, fakta yang dikemukan tidak mencukupi untuk menyokong petisyen itu.

Tembakan di Bangkok, 2 cedera

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

BANGKOK 15 Jan. - Sekurang-kurangnya dua orang cedera dalam satu kejadian tembakan, ketika tunjuk perasaan antikerajaan melancarkan bantahan besar-besaran yang diberi nama 'Tutup Bangkok', yang masuk hari ketiga di ibu negara Thailand, awal pagi ini.

Sumber pusat kecemasan di bandar Erawan melaporkan, seorang lelaki dan wanita dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan kecil akibat ditembak pada tengah malam tadi.

Bagaimanapun kedua-dua mangsa dibenarkan keluar hospital tidak lama kemudian.

Banjir: 13 maut, puluhan ribu hilang tempat tinggal di Indonesia

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

MANADO, Indonesia 16 Jan - Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 40,000 orang terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di Manado, utara Sulawesi, kata pegawai hari ini.

Rumah dan kenderaan di Manado dilaporkan dihanyutkan arus kuat selepas air sungai melimpah.

Orang ramai turut meranduk air separas pinggang untuk menyelamat diri. - AFP

Akhirnya Mukhriz mengalah & Kuin kembali ke Kuala Ketil

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

PROGRAM pertama Kolej Universiti Insaniah (Kuin) selepas kerajaan negeri bertukar tangan ialah memindahkan semula pusat pentadbiran dari kampus induk di Kuala Ketil kembali ke tapak asal yang sempit di Mergong.
Sebaik kampus induk Kuin dirasmikan pada Disember 2012 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pusat pentadbiran institusi pengajian yang menjadi kebanggaan kerajaan negeri itu berpindah dari Mergong ke Kuala Ketil.
Semua kuliah pengajian Kuin juga turut dipindahkan secara berperingkat. Walaupun pada peringkat awal terdapat pelbagai masalah kerana asrama pelajar belum sempat disiapkan namun akhirnya masalah tersebut diatasi dengan pelbagai usaha.

Bekas TMB Kelantan terlantar di hospital

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KOTA BHARU: Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, 74, kini terlantar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akibat masalah tulang punggung.

Menantunya, Zuraidin Abdullah berkata, bapa mertuanya dikesan menghidapi masalah tersebut akibat terjatuh selepas menghadiri mesyuarat di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur tahun lepas.

“Beliau terjatuh ketika hendak turun dari kereta. Selepas seminggu

kejadian baru beliau terasa sakit. Kini beliau lebih banyak berbaring kerana tidak boleh duduk lama.

Kangkung: Najib malukan negara di seantero dunia

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
SHIRZAD LIFEBOAT

“Kangkung di tepi paya…”

Segala puji-pujian bagi kerajaan Umno-BN di bawah kepimpinan Najib Razak,  Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tersohor sekian alam.
  
Walaupun satu dunia sudah heboh memperkatakan perihal kenyataan terdangkal alaf ini dari seorang yang bertaraf ketua kerajaan dan memiliki pula, katanya, ijazah ekonomi perindustrian serta mendakwa membaca ribuan buku, namun rasanya belum terlambat untuk saya turut menumpang semangkuk.
  
Saya telahpun menulis perihal ini dalam akhbar bercetak Harakah keluaran akan datang tetapi dari perspektif berbeza dan merujuk komoditi dalam kenyataan Najib sebagai ‘ikan’.  

99 peratus panggilan kecemasan adalah palsu

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Kira-kira 99 peratus daripada 2.8 juta panggilan kecemasan atau 28,000 panggilan orang awam setiap bulan adalah palsu, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata antara jenis panggilan palsu ke nombor kecemasan 999 ialah membuat panggilan senyap dan panggilan oleh kanak-kanak dengan tujuan bergurau.

Terkejut guna wang palsu

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

  • Terkejut guna wang palsuSukar dibezakan wang didakwa palsu (atas) dan wang asli kecuali wang asli kelihatan lebih panjang.

KUANTAN – Seorang kakitangan awam, Mohammad Naharuddin Awang, 48 terkejut apabila wang kertas RM20 yang digunakan untuk membayar barangan di sebuah pasaraya di dakwa palsu oleh kakitangan premis berkenaan.

Setelah diteliti oleh jurujual bertugas, wang kertas berkenaan dikembalikan semula kepadanya dan dia terpaksa menggunakan wang lain walaupun pada pandangan mata kasar duit itu kelihatan tulen.

Pengguna internet di Malaysia kecoh artikel kangkung BBC gagal diakses

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Kenyataan Najib berkenaan penurunan harga kangkung menjadi viral di internet. Gambar fail.Kenyataan Najib berkenaan penurunan harga kangkung menjadi viral di internet. Gambar fail.Pengguna internet khasnya Twitter sedang kecoh memerli kerajaan kerana menghalang akses ke artikel “kangkung” dalam laman berita antarabangsa, BBC.
Kekecohan bermula apabila wartawan daripada BBC, Charlotte Pritchard bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada artikel itu boleh dibaca ataupun tidak.
Pengguna internet merungut apabila menghadapi kesukaran membaca artikel itu yang turut memerli kerajaan Malaysia ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang harga kangkung baru-baru ini.

Dana AS$2.4 bilion diperlukan bantu rakyat Syria: PBB

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUWAIT CITY: Negara Teluk dan kesatuan negara Barat berikrar untuk membantu pengumpulan dana sekurang-kurangnya AS$2.4 billion bagi pelarian dan pembangunan semula Syria akibat kesan pesang saudara. 

Ikrar itu dinyatakan dalam satu persidangan untuk meraih dana di Kuwait, semalam selepas berjuta rakyat Syria terpaksa meninggalkan kediaman disebabkan krisis berpanjangan itu. 

'Perompak Hamper': Orang Ramai Dinasihat Berhati-Hati - Polis

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

PETALING JAYA: Polis telah mengeluarkan amaran berhubung mesej yang disebarkan di internet dan sistem pesanan ringkas yang mendakwa sekumpulan perompak telah pergi ke rumah-rumah kononnya untuk menyampaikan hamper kepada penghuni.
"Kita tidak menerima apa-apa laporan dan boleh mengesahkan bahawa tiada kejadian seperti ini di Kuala Lumpur, " kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa.
Beliau berkata mesej yang tersebar adalah tidak benar tetapi menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penipuan seperti ini.

Angin Kencang, Laut Bergelora Berterusan Sehingga Isnin

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora tahap kategori ketiga yang melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, kawasan pedalaman Pantai Barat dan Kudat di Sabah, Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Isnin depan.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Rabu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak melebihi 5.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk perkhidmatan feri.

Kajian Menunjukkan Malaysia 'Paling Gemuk' Di Asia Tenggara, Amal Tabiat Pemakanan Tidak Sihat

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

PETALING JAYA: Selain terjejas oleh obesiti dan kencing manis, rakyat Malaysia juga mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International.
Kajian dan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik kemiskinan dan bantuan bencana yang berpangkalan di United Kingkom (UK) yang baharu sahaja didedahkan ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 44 dalam 125 negara. (Lebih tinggi skor indeks, lebih teruk kedudukan negara)

Kenyataan 'Kangkung' Timbul Kekecohan Di Internet

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

PETALING JAYA: Satu kenyataan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penurunan harga kangkung tanpa disedari ketika orang ramai bercakap mengenai isu kenaikan harga, telah menjadi satu tajuk perbualan di media sosial.
Pengguna internet telah menyindir beliau sejak beberapa hari lalu berhubung perkara itu dan perkara itu dilihat seolah-olah telah merebak.
Kenyataan itu juga telah diambil dan dilaporkan oleh media asing.

P'raya Thailand diteruskan, protes tingkat desakan

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Pilihan raya umum Thailand akan diadakan pada 2 Februari seperti dijadual kerana kerajaan sementara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menangguhkannya, kata Perdana Menteri kerajaan sementara Yingluck Shinawatra.
    
Keputusan itu dipersetujui majoriti perwakilan parti-parti, kerajaan, akademik dan tentera selepas mesyuarat selama dua setengah jam bagi menimbangkan cadangan SPR untuk menangguhkan pilihan raya itu, katanya.