16 January 2014

Pengguna internet di Malaysia kecoh artikel kangkung BBC gagal diakses

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Kenyataan Najib berkenaan penurunan harga kangkung menjadi viral di internet. Gambar fail.Kenyataan Najib berkenaan penurunan harga kangkung menjadi viral di internet. Gambar fail.Pengguna internet khasnya Twitter sedang kecoh memerli kerajaan kerana menghalang akses ke artikel “kangkung” dalam laman berita antarabangsa, BBC.
Kekecohan bermula apabila wartawan daripada BBC, Charlotte Pritchard bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada artikel itu boleh dibaca ataupun tidak.
Pengguna internet merungut apabila menghadapi kesukaran membaca artikel itu yang turut memerli kerajaan Malaysia ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang harga kangkung baru-baru ini.

Posting terakhir daripada Pritchard mengatakan bahawa BBC di London tidak mempunyai sebarang masalah mengakses artikel tersebut.
Pengguna Twitter dengan gelaran @belon1986 berkata, "Kami boleh mengakses semua berita di BBC Trending tapi bukan berita Kangkung. Sangat memalukan!"
Satu lagi pengguna Twitter dengan gelaran @AshgailYu menyifatkan langkah ini sebagai sangat "menyedihkan".
Pengguna Twitter @steventsh pulah memerli kerajaan Najib dengan sindiran "ianya akan menyelesaikan segala masalah" merujuk kepada langkah kerajaan untuk menghalang artikel itu.
Bagaimanapun, pengguna internet masih boleh membaca artikel itu melalui laman Google Search dengan menekan "Cached" di simbol "tekan bawah" bersebelahan URL artikel tersebut.
Rakyat kini sering merungut tentang kenaikan harga barang termasuk tarif elektrik, minyak petrol dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikuatkuasakan April 2015.
Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.
Kenyataan beliau telah dimuat naik ke laman video Youtube dan mendapat tontonan ramai rakyat yang juga turut memerli beliau di laman media sosial.
Ekoran itu, laman berita antarabangsa BBC telah melaporkan tentang kejadian tersebut dengan tajuk "Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung" melalui BBC Trending.
Artikel itu bagaimanapun telah dihalang di internet Malaysia atas sebab yang masih belum diketahui. 
themalaysianinsider.com

No comments: