16 January 2014

Kesesakan Lalulintas Teruk Berlaku Akibat Perancangan Tidak Teliti

14 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

MIRI - Kesesakan Lalulintas teruk berlaku di sepanjang jalan di South School Miri di jalan Brighton menyebabkan kenderaan bergerak terlalu perlahan mulai dari jalan Luak Bay sehingga ke bandaraya Miri. Kebiasaannya untuk sampai ke bandaraya Miri hanya mengambil masa sepuluh minit tetapi akibat kesesakan lalulintas ianya telah mengambil masa lebih dari satu jam.


Kalau perkara ini biasa berlaku di kotaraya besar tetapi kini bandaraya Miri juga menghadapi masalah yang sama akibat tiada perancangan jalan yang teratur dan efektif dari pihak kontraktor yang membina jalanraya.

Sepatutnya pihak kontraktor yang membina jalan tersebut dapat menurap jalan yang berlubang itu dengan segera dan melebarkan jalan agar memudahkan pengerakan lalulintas. Pihak kontrator juga perlu membina jalan alternatif sementara menunggu jalanraya itu siap sepenuhnya agar pengerakan kenderaan berjalan dengan lancar. Masalah ini akan lebih teruk lagi apabila waktu persekolahan dimana kenderaan parkir di sepanjang jalan menyebabkan kesesakan lalulintas.

Harap masalah kesesakan lalulintas di sepanjang jalan di South School dan premis peniagaan di jalan Brighton dapat disiapkan dengan segera. Akibat perancangan yang tidak teliti dan tersusun dengan baik menyebabkan pihak pengguna jalanraya menghadapi kesesakan jalanraya yang berpanjangan di kawasan tersebut. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi kesesakan jalanraya di kawasan tersebut dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

No comments: