26 Mei 2014

MAS dan AirAsia X Tawar Tiket Separuh Harga

26 Rejab 1435. [MOD] -

PETALING JAYA: Dua syarikat penerbangan gergasi di negara ini mula menawarkan potongan harga sehingga 60 peratus ke beberapa destinasi terpilih. 

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), menawarkan diskaun sehingga 50 peratus ke destinasi popular seperti London, Sydney, Chennai, Osaka dan Krabi.

Tiket pergi balik bagi destinasi seperti London ditawarkan pada harga RM2,699, sementara Frankfurt pada harga RM2,799. 

Panda lebih utama daripada ibu tunggal

26 Rejab 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR:Kerajaan lebih mengutamakan panda berbanding kepentingan ibu tunggal di negara ini, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Panda lebih diutamakan dari janda," katanya.

Beliau bertanya, jika kerajaan sanggup berbelanja sebesar RM73 juta untuk dua ekor panda, berapa kerajaan belanjakan untuk ibu-ibu tunggal?

"Sejumlah 831,860 ibu tunggal seluruh negara hanya mendapat kad diskaun sahaja dari Perdana Menteri. Itu pun di kedai terpilih.

DNA babi: PUM gesa boikot produk Cadbury

26 Rejab 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa para pengguna dan umat Islam seluruh negara serta negara serantau memboikot keseluruhan produk keluaran Cadbury Malaysia sebagai memberi pengajaran kepada syarikat itu.

Setiausaha Agungnya, Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, ia sebagai amaran tegas kepada syarikat-syarikat lain yang tidak mematuhi proses pengeluaran produk halal.

Katanya, PUM berasa sangat kesal dengan penemuan DNA khinzir di dalam sampel coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam yang dikeluarkan oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd.

DNA babi: Banyak lagi produk makanan yang diragui

26 Rejab 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ameerah Wilayah Persekutuan (Ameerah WP) merasa bimbang dengan perkembangan terkini penemuan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung DNA babi (porcine) yang dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Coklat Cadbury juga antara yang digemari oleh kebanyakan orang, termasuk umat Islam.

“Penemuan ini pastinya menggemparkan kerana Coklat Cadbury sebelum ini dilabelkan sebagai halal dan ianya dijual berleluasa di kebanyakan kedai serbaneka di negara ini,” ujar ketuanya, Khairi Syutina Mahmood kepada Harakahdaily.

Pelajar M'sia kemalangan di Perth tiba di tanah air

26 Rejab 1435. [MOD] -

SEPANG: Sepuluh murid Malaysia yang terlibat kemalangan di Perth, Australia Rabu lepas, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini Ahad malam.

Ketibaan mereka dan empat guru pengiring itu disambut Pengarah Pendidikan Selangor Datuk Mahmud Karim.

Bercakap kepada pemberita, Mahmud berkata kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami cedera ringan dan berjaya menyelesaikan semua aktiviti yang dirancang di sana.

Ramkarpal: Ini hadiah untuk mendiang bapa

26 Rejab 1435. [MOD] -


MP Bukit Gelugor yang baru, Ramkarpal Singh menghadiahkan kemenangannya mengekalkan kerusi DAP itu buat mendiang bapanya, Karpal Singh.

Rasmi: DAP kekal Bukit Gelugor

26 Rejab 1435. [MOD] -
Malaysiakini/-


Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas.

Piala Thomas: M'sia kecundang di tangan Jepun

26 Rejab 1435. [MOD] -

Malaysia akhirnya tewas 2 : 3 di tangan Jepun dalam Kejohanan Badminton Piala Thomas 2014 yang berlangsung di New Delhi bermula 5.30 petang semalam.

Perlawanan akhir yang dinanti-nantikan seluruh dunia itu bagaimanapun berlangsung sengit apabila penentuan hanya pada perlawanan kelima antara Daren Liew dan Takuma Ueda.

Daren tewas dalam perlawanan tiga set dengan keputusan 12-21, 21-18 dan 17-21.

25 Mei 2014

Sultan Pahang tarik diri bertanding Presiden FAM

25 Rejab 1435. [MOD] -

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah (gambar) menarik diri daripada mempertahankan jawatan presiden pada Kongres Tahunan Ke-50 yang berlangsung di Holiday Inn, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang juga merupakan Sultan Pahang mengumumkan penarikan diri itu bagi memberi ruang kepimpinan baru.
"Saya dengan ini menarik diri daripada bertanding bagi jawatan presiden," katanya seperti dilapor portal berita Mstar Online.

Final Piala Thomas langsung di RTM hari ini

25 Rejab 1435. [MOD] -


RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun pada pukul 5.30 petang ini dari Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India.

DNA babi dalam coklat, beberapa persoalan

25 Rejab 1435. [MOD] -
DR AZMAN IBRAHIM 
BERITA Harian hari ini 24 Mei 2014 melaporkan, Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta. 

Kementerian sahkan DNA khinzir dalam dua produk Cadbury

25 Rejab 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).
  
DNA khinzir itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Orang Melayu pakai serban lawan perundangan syariah

25 Rejab 1435. [MOD] -


KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, biar pun DAP tidak bersetuju terhadap pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan, namun mereka boleh diajak berbincang.

Sebaliknya kata beliau berbeza dengan MCA dan Gerakan mereka juga menentang tetapi tidak mahu ketika diajak berbincang.

24 Mei 2014

Piala Thomas: Malaysia layak ke Akhir .

24 Rejab 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia berjaya menempah tiket ke final Piala Thomas selepas menewaskan pasukan Indonesia 3-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, Jumaat.

Mata pertama Malaysia diperolehi selepas perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei menundukkan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-19 dan 21-13. 

Gempa 5.6 magnitud gegar sempadan Myanmar-China

24 Rejab 1435. [MOD] -

YANGON: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitude melanda sempadan antara Myanmar dan China, awal pagi ini namun tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan. 

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, pusat gempa di 65 kilometer di tenggara Myitkyina, ibu negeri Kachin di utara Myanmar. - AFP