06 Februari 2009

Hampir meletup HP saya !

Semalam bila sampai di rumah setelah dua hari berada di Ipoh, saya memeriksa berapakah SMS yang masuk ke HP saya sehari suntuk dalam keadaan gawat di Perak. Terkejut saya dapat SMS yang masuk sekitar 1200.

Bila buka komputer pada pagi ini sebelum melakukan kerja-kerja update Blog Cina Islam , terkejut pula dengan kliks yang tertinggi yang saya capai terbukti kelmarin juga.Saya mendapat 18,501 pages views dan 6092 pelawat, manakala pelawat baru pula sebanyak 2173 orang.

Selain itu ada yang emailkan kepada saya memohon maaf kerana kerap menalipon kelmarin. Mereka memberi alasan yang sama iaitu mahukan maklumat segera.

Hampir sehari suntuk HP saya kena disambungkan dengan arus letrik, apakah tidak berbunyi tidak mahu berhenti.

Apapun saya ucapkan terima kasih kepada sahabat taulan dalam dan luar negeri yang menghubungi saya, ukhuwah kita terjalin dan sahabat-sahabat ingatkan saya lagi walaupun keadaannya tidak mengizinkan saya jawab semuanya.

Sudah tenang dan masalah sedikit reda, taliponlah lagi, saya akan jawab dan bukan macam kelmarin lagi.

Saya tidak dapat mengagak macammana pula hari ini, adakah HP saya hampir meletup lagi ?

05 Februari 2009

Nizar: Saya tidak perlu letak jawatan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata tiada sebab bagi beliau untuk meletakkan jawatan seperti yang disarankan oleh pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau masih menjadi ketua kerajaan negeri sehinggalah Sultan Perak membubarkan dewan undangan negeri.

Ataupun, katanya, BN perlu mengemukakan undi tidak percaya terhadapnya untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di kediaman rasminya di Ipoh malam tadi, Mohd Nizar berkata saranan Najib yang juga timbalan perdana menteri itu, tidak mencerminkan apa yang terkandung dalam perlembagaan negeri Perak.


Menurut perlembagaan Perak, kata Mohd Nizar, Pakatan masih merupakan sebuah kerajaan yang sah kecuali dewan undangan negeri bersidang untuk meluluskan undi tidak percaya atau jika kerajaan Pakatan meletak jawatan.

Beliau mengingatkan bahawa proses menukar kerajaan "tidak sama seperti menukar 'arung kopi".

Mohd Nizar juga membidas Najib kerana didakwanya cuba mengambil alih kuasa di Perak melalui cara yang tidak sah.

Berfungsi seperti biasa

Sebaliknya, kata beliau, Najib hanya mahu menakut-nakut rakyat dan melakukan sesuatu tanpa menghormati perlembagaan.

Oleh itu, Mohd Nizar meminta Najib - yang bakal menjadi perdana menteri - supaya berlaku adil kepada rakyat Perak.

Menjawab soalan pemberita, Mohd Nizar berkata, kerajaan Pakatan akan terus berfungsi seperti biasa sehingga Sultan membuat keputusan berhubung permohonan pembubaran dewan undangan negeri.

Sebelum ini,Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat ahli dewan undangan negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.

Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.

Begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Najib berkata, Jamaluddin, Osman dan Hee menyatakan perkara itu kepadanya semalam.MK.

KEPUTUSAN PR KE 12 DUN PERAK.

Sebagai ingatan dan bahan analisa semua pendokong Pakatan Rakyat, saya senaraikan analisa keputusan penuh PR ke 12 bagi 59 DUN yang terdapat di Negeri Perak.

Apapun yang berlaku saya yakin lonjakan simpati seterusnya sokongan dalam bentuk undi akan bertambah kepada calon-calon yang dikemuka kan oleh PAS, DAP dan PKR.

P054 GERIK

N01 Pengkalan Hulu
(M-73.9%, C-11.3%, I-1.9%, L- 1.8%)
Dato' Seri Mohd Tajul Rosli (BN) 6769
Lee Sing Long (PKR) 2124
….Majoriti 4645

N02 Temengor
(M-73%, C-23.2%, I-2.9%, L- 0.6%)
Datuk Hasbullah Awang (BN) 7578
Moon Akau (PKR) 2961
….Majoriti 4617

P055 LENGGONG

N03 Kenering
(M-84.1%, C-14.6%, I-1.6%, L- 0.1%)
Datuk Muhd Tarmizi Idris (BN) 6134
Mohd Sukri Ahmad (PAS) 3336
....Majoriti 2798

N04 Kota Tampan
(M-78.6%, C-18.7%, I-2.6%, L- 0.1%)
Datuk Saarani Mohamad (BN) 4963
Hamzah Mohd. Zain (PKR) 2628
….Majoriti 2335

P056 LARUT

N05 Selama
(M-83.5%, C-10.0%, I-6.3%, L- 0.1%)
Datuk Mohd Daud Mohd Yusoff (BN) 5240
Abu Husin Mohamad (PAS) 4885
….Majoriti 355

N06 Kubu Gajah
Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin (BN) 4114
Mohd. Nazri Din (PAS) 4048
Majoriti 66

N07 Batu Kurau
Kapt( Datuk Md. Najmudin Elias (BN) 7023
Hamid Ali (PKR) 4584
….Majoriti 2439

P057 PARIT BUNTAR

N08 Titi Serong
Dr. Khalil Idham Lim (PAS) 10012
Abu Bakar Mat Ali (BN) 8863
….Majoriti 1149

N09 Kuala Kurau
Mohd Salleh Mat Disa (BN) 7757
Abdul Yunus Jamahari (PKR) 8224
….Majoriti 467

P058 BAGAN SERAI

N10 Alor Pongsu
Sham Mat Sahat (BN) 5585
Md. Nasir Rahim (PKR) 5490
….Majoriti 95

N11 Gunong Semanggol
Abd. Muhaimin Abd Rahman (BN) 4889
Ramli Tusin (PAS) 6959
….Majoriti 2070

N12 Selinsing
Datuk Zaili Cha (BN) 5602
Husin Din (PAS) 6149
….Majoriti 547

P059 BUKIT GANTANG

N13 Kuala Sepetang
See Tean Seng (BN) 6721
Tai Sing Ng (PKR) 7285
....Majoriti 564

N14 Changkat Jering
Datuk Mat Isa Ismail (BN) 8309
Mohd. Osman Mohd Jailu (PKR) 9411
....Majoriti 1102

N15 Trong
Nor Azli Musa (PAS) 3296
Datuk Rosli Husin (BN) 4212
....Majoriti 916

P060 TAIPING

N16 Kamunting
Mohamed Zahir Khalid (BN) 7975
Muhamad Apardi Shaari (PAS) 7420
....Majoriti 555

N17 Pokok Asam
Yee Seu Kai (DAP) 7574
Datuk Ho Cheng Hoe (BN) 6709
....Majoriti 865
N18 Aulong

Ong Teng Boon (BN) 6552
Yew Tian Hoe (DAP) 9360
....Majoriti 2808

P061 PADANG RENGAS

N19 Chenderoh
Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN) 4858
Mohamad Yassin Mohamed Yusof 3819
....Majoriti 1039

N20 Lubuk Merbau
Datuk Jamal Nasir Rasdi (BN) 4592
Mohd. Zainudin Mohd. Yusof (PAS) 4664
....Majoriti 72

P062 SUNGAI SIPUT

N21 Lintang
Mohd Aun Yob Abas (PKR) 6690
Datuk Ahamad Pakeh Adam (BN) 8066
....Majoriti 1376

N22 Jalong
Cheah Chee Kuan (BN) 6065
Leong Mee Meng (DAP) 11560
....Majoriti 5495

P063 TAMBUN

N23 Manjoi
Zulkurnain Ibrahim (PAS) 14456
Datuk Nadzri Ismail (BN) 14804
....Majoriti 348

N24 Hulu Kinta
Datuk Rusnah Kassim (BN) 13057
A.Ayyathurai (PKR) 7825
M. Sathiya Seelan (Bebas) 360
...Majoriti 5232

P064 IPOH TIMUR

N25 Canning
Wong Kah Who (DAP) 13923
Vincent Hooi Wy Hon (BN) 8257
....Majoriti 5666

N26 Tebing Tinggi
Datuk Chew Wai Khoon (BN) 4682
Ong Boon Piow (DAP) 7197
....Majoriti 2515

N27 Pasir Pinji
Khoo Boon Chuan (BN) 6187
Su Keong Siong (DAP) 12526
....Majoriti 6339

P065 IPOH BARAT

N28 Bercham
Gooi Seng Teik (BN) 6836
Sum Cheok Leng (DAP) 12848
....Majoriti 6010

N29 Kepayang
Datuk Tan Chin Meng (BN) 7062
Loke Chee Yan (DAP) 7552
....Majoriti 490

N30 Buntung
Lee Tung Lai (BN) 4996
Sivasubramaniam Athinara (DAP) 10311
....Majoriti 5315

P066 BATU GAJAH

N31 Jelapang
Hee Yit Soong (DAP) 12219
Loh Koi Pin (BN) 5512
M. Saraswathy (Bebas) 1275
....Majoriti 6707

N32 Menglembu
Christina Teoh Ai Ling (BN) 6782
Lim Pek Har (DAP) 13305
....Majoriti 6523
N33 Tronoh

Lee Kim Choy (BN) 6731
Sivakumar Varatharaju Naidu (DAP) 9302
....Majoriti 2571

P067 KUALA KANGSAR

N34 Bukit Chandan
Datuk Wan Khairil Anuar Ahmad (BN) 5850
Zulkifly Ibrahim (PKR) 4156
....Majoriti 1694

N35 Manong
Mohd Yazid Yeop Bahrudin (PAS) 4642
Datuk Ramly Zahari (BN) 5391
....Majoriti 749

P068 BERUAS

N36 Pengkalan Baru
Datuk Hamdi Abu Bakar (BN) 5375
Abu Bakar Hussain (PAS) 5361
....Majoriti 14

N37 Pantai Remis
Nga Kor Ming (DAP) 12188
Ooi Jing Ting (BN) 7112
....Majoriti 5076

P069 PARIT

N38 Belanja
Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan (BN) 5479
Muhamad Ismi Mat Taib (PAS) 3592
....Majoriti 1887

N39 Bota
Datuk Nasaruddin Hashim (BN) 6556
Usaili Alias (PKR) 4488
....Majoriti 2068

P070 KAMPAR

N40 Malim Nawar
Dr. Chai Song Poh (BN) 6439
Keshvinder Singh (DAP) 7801
....Majoriti 1362

N41 Keranji
Chen Fook Chye (DAP) 8459
Chun Mun Wah (BN) 4024
....Majoriti 4435

N42 Tualang Sekah
Nolee Ashilin Mohamed Radzi (BN) 6366
M.Nadarajah (PKR) 4797
....Majoriti 1569

P071GOPENG

N43 Sungai Rapat
Hamidah Osman (BN) 10635
Radzi Zainon (PAS) 9999
....Majoriti 636

N44 Simpang Pulai
Chan Chin Chee (BN) 7606
Chan Ming Kai (PKR) 10992
....Majoriti 3386

N45 Teja
Yew Sau Kham (BN) 6358
Chang Lih Kang (PKR) 6533
....Majoriti 175

P072 TAPAH

N46 Chenderiang
Mah Hang Soon (BN) 7451
M.S Arjunan (PKR) 4059
....Majoriti 3392

N47 Ayer Kuning
Datuk Samsudin Abu Hassan (BN) 8628
Dr. Ahmad Razi Othman (PAS) 5376
....Majoriti 3252

P073 PASIR SALAK

N48 Sungai Manik
Mustaffa Kamil Ayub (PKR) 8255
Zainol Padzi Paharudin (BN) 6881
....Majoriti 1354

N49 Kampong Gajah
Dr Wan Norashikin Nordin (BN) 8818
Mustafa Shaari (PAS) 7402
....Majoriti 1416

P074 LUMUT

N50 Sitiawan
Ngeh Koo Ham (DAP) 12381
Ding Siew Chee (BN) 3852
....Majoriti 8529

N51 Pasir Panjang
Dr. S.Vasan (BN) 7520
Mohamad Nizar Jamaludin (PAS) 11994
....Majoriti 4474

N52 Pangkor
Datuk Dr.Zamri Abd Kadir (BN) 10906
Pkhrazi @ Pakhrazi Muda (PKR) 5121
....Majoriti 5785

P075 BAGAN DATOH

N53 Rungkup
Shaarani Mohamad (BN) 4984
Mohd Misbahul Munir Masduki (PAS) 4530
....Majoriti 454

N54 Hutan Melintang
S.Thangasvari (BN) 6083
S.Kesavan (PKR) 7804
....Majoriti 1721

P076 TELOK INTAN

N55 Pasir Bedamar
Lee Heng (BN) 5741
Seah Leong Peng (DAP) 13655
....Majoriti 7914

N56 Changkat Jong
Mohd Anuar Sudin (PAS) 8705
Datuk Idris Hashim (BN) 7806
....Majoriti 899

P077 TANJONG MALIM

N57 Sungkai
A.Sivanesan (DAP) 6323
Datuk S. Veerasingam (BN) 4869
....Majoriti 1454

N58 Slim
Datuk Mohd Khusairi Abd Taib (BN) 8233
Zulqarnain hassan (PAS) 4707
....Majoriti 3526

N59 Behrang
Jamaludin Mohd Radzi (PKR) 6771
Datuk M.Ramasamy (BN) 5744
....Majoriti 1027

Tindakan ADUN Jelapang, akan dicemoh 3 generasi.

Tindakan ADUN Jelapang Hee Yit Fong mengumumkan keluar dari DAP dan menyertai Bebas tetapi menyokong BN adalah tindakan yang saya yakin akan mencapat cemohan , ejekan, dan penghinaan bagi 3 generasinya.

Saya dimaklumkan beliau telah berjuang dengan DAP selama 20 tahun dan kemuncak cari karear politiknya beliau yang merupakan dari seorang kerani dipilih oleh DAP bertanding di DUN Jelapang seterusnya dipilih sebagai Timbalan Speaker Perak.

Baru-baru ini dalam pertemuan tertinggi PR bersama ADUN di Kediaman MB Perak, YB. Dr. Lee Boon Cai menyatakan sekira Hee keluar dari DAP dan PR dia akan dicemoh oleh 3 generasinya.

Tindakanya dan tindakan yang lain saya anggap membunuh karear politiknya sendiri. Walau apapun yang beliau dapat dengan tawaran menyertai BN, sesungguhnya dalam PR akan datang rakyat sudah menunggu untuk menghukum Hee. analisa keputusan PR yang lepas boleh memberi jawapan kepada kita.

N31 Jelapang
Hee Yit Soong (DAP) 12219
Loh Koi Pin (BN) 5512
M. Saraswathy (Bebas) 1275
....Majoriti 6707

Dun Perak: Media BN putar belit,rakyat jangan terpedaya

KUALA LUMPUR, 4 Feb : -Rakyat khususnya di negeri Perak diingatkan agar jangan terpedaya dan tertipu dengan dakyah-dakyah dan maklumat yang sengaja diputar-belitkan oleh media ketika ini dalam isu yang melanda negeri tersebut.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa semasa menghubungi Harakahdaily sebentar tadi memaklumkan bahawa, rakyat khususnya penyokong PAS dan pendokong Pakatan Rakyat tidak terpengaruh dengan khabar-khabar angin yang disebarkan oleh media milik Barisan Nasional (BN).

"Kita minta ahli-ahli PAS dan pendokong Pakatan Rakyat bertenang. Kerajaan masih sah seperti yang dimaklumkan MB Perak.

"Jangan dengar khabar-khabar angin dan propaganda media yang digambarkan seolah-olah Perak kini tidak menentu dan huru-hara,"jelasnya yang menerima puluhan SMS dan panggilan yang mengkhabarkannya mengenai ketidaktentuan di Perak.

Menurutnya, maklumat yang tepat wajar diperolehi daripada pimpinan tertinggi PAS di kawasan-kawasan masing-masing dan juga lidah rasmi PAS.

"Mandat yang ada diberikan oleh rakyat pada Pakatan Rakyat dan apa-apa pun mesti diputuskan di Dewan Undangan Negeri,"katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menerangkan bahawa Presiden PAS,Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan pulang esok daripada Gaza dan akan menghadiri mesyuarat lajnah politik tertinggi PAS yang akan diadakan esok.

"Presiden akan keluarkan kenyataan rasmi selepas itu,"katanya. harakahdaily.

Sultan dimohon tidak izinkan penubuhan "kerajaan kaki rasuah"

KUALA LUMPUR, 4 Feb : - Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon agar Sultan Perak tidak mengizinkan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan di Perak dengan mengheret dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menghadapi tuduhan rasuah untuk mendapatkan majoriti mudah.

"Jika Sultan mengizinkan penubuhan kerajaan Perak dengan cara seperti itu, ia bukan sahaja dibimbangi akan mencemarkan nama baik istana malah ia akan memberi kesan kepada pertuduhan rasuah ke atas Jamaluddin (Mohd Radzi) dan Mohd Osman (Mohd Jailu).

"Sebagaimana yang diketahui Sultan Perak sendiri, Jamaluddin dan Mohd Osman akan menghadapi tuduhan rasuah dan tindakan mereka menyokong BN walaupun sebagai ADUN Bebas dilihat sebagai usaha untuk membolehkan tuduhan ke atas mereka digugurkan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Jika tuduhan ke atas mereka digugurkan, katanya, adalah dibimbangi rakyat akan melihat tuduhan ke atas mereka digugurkan berikutan persetujuan istana membenarkan BN membentuk kerajaan melalui majoriti mudah hasil penyertaan kedua-dua ADUN yang dituduh rasuah itu.

"Jika perkara itu berlaku, adalah dibimbangi rakyat akan melihat istanalah yang membebaskan kedua-duanya dari tuduhan rasuah.

"Semua pihak maklum, jika mereka masih berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR), tidak mungkin tuduhan ke atas mereka digugurkan," katanya.

Mahfuz memohon Sultan Perak agar tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan baginda dituduh mengizinkan "penubuhan apa yang didakwa sebagai kerajaan kaki rasuah".

"Malah istana juga mungkin dituduh membiarkan dua orang yang dituduh rasuah berada dalam gerombolan yang memerintah Perak melalui apa yang dilihat sebagai tindakan merasuah juga - malah turut dilihat menggunakan ugutan untuk membentuk kerajaan. Harakahdaily.

Munajat Perdana.

MUNAJAT PERDANA
PERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
PERAK DARUL RIDZUAN
TEMPAT: KEDIAMAN MB, IPOH
TARIKH: 5 FEBRUARI 2009

WAKTU: 7 MLM HINGGA 11 MALM

ACARA: MULA SOLAT MAGHRIB, BACA YASIN, SOLAT ISYAK,SOLAT HAJAT, CERAMAH
TETAMU: MENTERI BESAR NEGERI PAKATAN RAKYAT, PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
sebarang kemusykilan, hubungi tel ini: 012-2704726, 019-9110192

Kurang bijak bawa masuk wakil rakyat berkualiti rendah - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR telah kembali semula UMNO.

Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi pakatan PAS-PKR-DAP dalam 59 kerusi Dewan Undangan Negeri merosot daripada 32 kepada 28 manakala kerusi BN meningkat kepada 28 daripada 27.

Pada sidang akhbar petang tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak berkata, BN telah memperoleh wakil rakyat mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas itu telah berikrar akan menyokong BN.

Dr Mahathir berkata: "Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti. Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu," katanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman menghadapi pertuduhan rasuah dan kes mereka sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

Beliau juga mengingatkan bahawa jika kedua-dua mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah selepas menyertai BN, rakyat akan berkata sistem kehakiman telah dimanipulasi.BERNAMA

Terkini : Kenyataan Akbar MB Perak .

IPOH, 4 Feb ;- Saya telah meyembahkan permohonan kepada Sultan melalui peruntukan undang-undang yang ada sebagai " leader of the house", namun saya fikir apa-apa yang diperlukan oleh Sultan maka Sultan ambil masa dan menagguhkan keputusannya. Demikian antara kenyataan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di Pejabat PAS Perak di sini.

"saya akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar" tegas Ir. Nizar.

Ir. Nizar menyifatkan UMNO cuba merampas hak rakyat, dan memohon sekiranya berlaku Piliharaya supaya rakyat memberi majoriti yang besar kepada Pakatan Rakyat.

"Saya akan akur kepada apa saja keputusan Taunku, dan perbincangan dengan Tuanku cukup baik dan Baginda ada membacakan ayat Al Quran 'Sesungguh Allah bersama orang yang sabar' " Jelas Nizar.

Ditanya mengenai ADUN Bota, Nasaruddin Hashim yang telah menyeberang kembali kepada BN, Nizar mengatakan ini adalah satu konspirasi yang besar. Jika sekiranya ada unsur paksaan itu adalah satu penainayaan kepada Nasaruddin dan orang Bota.

"Kita sekarang adalah kerajaan minoriti dan saya berharap tidak ada huru-hara dan sebagainya" jelas Nizar.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak masih sah.

IPOH, 4 Feb :- Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat masih sah sehingga Sidang Dewan Undangan akan datang sehingga dewan yang ada sekarang dibubarkan atas kehendak YAB Menteri Besar bersama ADUN yang ada sekarang, atau dibubarkan atas kehendak dan Perkanan DYMM Tuanku atau ada usul tidak percaya dalam dewan dalam sidang akan datang akan datang .Demikaian kenyataan dari Pengarah Jabatan Piliharaya PAS Negeri Perak yang juga AJK PAS Pusat, Hj. Asmuni Awi semasa ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Perak di sini.

Sidang Dewan akan datang dijangka seawalnya pada bulan April.

Asmuni memberi contoh apa yang berlaku di Kanada, Itali dan Israel sering berlaku kerajaan minoriti dan inilah yang berlaku di Perak sekarang ini.

"Dengan itu Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat akan kekal sehingga ianya di tentukan oleh tiga keadaan diatas." kata Hj. Asmuni yang juga merupakan seorang peguam.

Nizar sedang mengadap setelah Najib dua kali mengadap

IPOH ,5 Feb-:Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin telah diarah mengadap Paduka Seri Tuankua Sultan sebentar tadi (kira-kira jam 12 tengah hari) selepas menerima mengadap dua kali Timbalan Perdana Menteri DS Najib Razak.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, Najib telah mengadap mempersembahkan untuk membentuk kerajaan baru negeri Perak. Beliau kemudian n mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah sekali lagi bersama tiga adun PKR yang kelur parti dan menjadi calon bebas.

Pada sesi pertamanya, beliau mengadap memaklumkan bahawa Barisan Nasional telah memiliki majoriti berasaskan 3 adun PKR yang keluar parti dengan menjadi adun bebas dan menyokong BN. BN mempunyai 28 kerusi manakala Pakatan Rakyat juga 28 kerusi.


Pada sessi kedua pula Najib masuk bersama-sama tiga adun bebas berkenan mengadap sebagai mengesahkan bahawa mereka kini telah menyokong BN. Bagaimanapun pada sidang akhbarnya, Najib tidak mengumumkan apa-apapun kecuali memaklumkan pada wartawan telah mengadap Paduka Seri Sultan.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin yang sedang mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melawat Model Ladang Sime Darby di Bagan Serai pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi telah diarah mengadap Paduka Seri Tuanku.

Besar kemungkinan dijangka Paduka Seri Tuanku bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri. anuarhashim.

Saya memohon semua bertenang dan berdoa.

Saya meneriama ratusan malah mungkin ribuan panggilan dan sms dari semua rakan-rakan yang ingin tahu perkembangan terkini Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat. Namun saya memohon maaf dalam keadaan yang sama saya mempunyai komitmen yang lain, bayangkan kalau hampir setiap minit dari masa kesemasa saya menerima sms dan panggilan, jadi saya mohon banyak kemaafan kalau tidak dapat semuanya.

Kesimpulan dari itu saya mengambil kesimpulan banyak yang sangat bersimpati dengan apa yang berlaku di Perak saat ini.

Sehubungan dengan itu saya memohon semuanya bersabar dan sanggup menerima apa saja keadaan dan keputusan akhir dari kemelut yang berlaku ini.

Doakan kami semua tabah menghadapi cabaran yang berat ini, berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul terutamanya YAB menteri Besar.

Sultan tentukan manakah kerajaan Perak !

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan berada dalam keadaan getir dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar dari Pakatan Rakyat. Sekarang Barisan Nasional (BN) mempunyai kapasiti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru tetapi perlu mendapat perkenan DYMM Sultan Perak terlebih dahulu.

ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim diumumkan kembali menyertai Umno.

Pada 25 Januari lalu, Nasarudin mengambil keputusan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tiga yang lain akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas dan akan menyokong BN dari luar.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.

Najib berkata tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepadanya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan mereka telah keluar daripada parti masing-masing.

ADUN Bota,Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.

"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.

Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan lain Menteri Besar Perak telah mengadap DYMM Sultan Perak petang tadi sebelum Najib membuat pengumuman tersebut. Nizar sebagaimana diumumkan kepada media sebelum dari itu akan mempersembahkan permohonan supaya DUN Perak dibubarkan dalam keadaan politik tidak menentu sekarang dengan memberi laluan kepada rakyat memilih sekali lagi.

Nizar menjelaskan pihak istana menangguh keputusan bagi menimbang permohonan itu.

Dalam keadaan sekarang berarti ada dua keadaan yang harus di terima oleh rakyat perak.

PERTAMA; Adakah Sultan akan memperkenankan permohonan Ketua kerajaan Perak yang masih sah sekarang untuk diadakan PR sekali lagi, atau :-

KEDUA : Adakah Sultan memperkenakan apa yang akan dipersembahkan oleh Najib dalam masa terdekat bagi menubuhkan kerajaan yang baru.

Speaker Perak, saya telah maklumkan kepada SPR DUN Jelapang kosong.

IPOH, 4 Feb :-Kenyataan Ringkas Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang memaklumkan bahawa sebentar tadi sekitar jam 4.40 petang dia telah mengfakskan sepucuk surat kepada Suruhanjaya pilihanraya mengenai kekosongan kerusi DUN Jelapang oleh Hee Yit Fong yang telah menghantar surat perletakan jawatan kepada beliau hari ini.

"Kenyataan itu juga telah difakskan kepada pihak media". katanya.

Dengan itu bermakna terdapat tiga DUN yang telah dikosongkan di Perak dan SPR akan berdepan dengan tindakan mahkamah dari Speaker mengenai tindakan pihak itu yang membelakagi warta yang dikeluarkan oleh Speaker.

SPR yang bersidang pada hari Selasa telah melakukan tindakan diluar bidang kuasanya dengan mempertikaikan surat yang dikemukakan oleh Speaker mengenai perletakan jawatan ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering.

MB ke Istana Mohon Dari Sultan Perak bubar Dewan.

IPOH, 4 Feb :- Saya dalam perjalanan hendak ke Istana, bahawa saya sebagai Ketua Kerajaan memohon Perkenan Tuanku supaya DUN dibubarkan serta merta. Ini disebabkan keadaan tidak menentu dan bagi mendapat persetujuan dan mandat baru dari rakyat. Demikian antara kenyataan awal YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar khusus berkenaan isu tersebut sekitar jam 3.00 petang tadi di Pejabatnya di sini.

Beliau menjelaskan perkara ini berlaku dalam keadaan Kerajaan Pakatan Rakyat yang berpegang atas prinsip-prinsip yang baik namun gangguan dari UMNO yang hendak merompak hak rakyat, oleh itu katanya "saya terpaksa menggunakan kuasa yang diperuntukkan untuk memohon dari Tuanku supaya DUN dibubarkan ".

"Hari ini seramai 29 ADUN telah bersetuju DUN di bubarkan, IsyaAllah kita akan berhadapan dengan PR keseluruhannya. Dengan itu ikatan 3 parti lebih kukuh dan tidak diganggu gugat " katanya dalam kenyataan itu.

"Saya juga nak bagi tahu ini adalah kerja jahat BN, mereka masih terima 2 bekas exco untuk tubuh kerajaan jadi jelas mereka lemah". kata Nizar.

Nizar juga mengesahkan bahawa ADUN Bota, Dato' Nasaruddin Hashim sebagaimana beliau baru mendapat talipon dari anwar ibrahim bahawa dia telah di ambil oleh ADUN Pengkalan Baru, Dato' Hamdi dan ADUN Lintang,Pakeh Adam dengan alasan Raja Muda menjemput ke Istana, tetapi mereka telah dibawa ke Putrajaya bertemu dengan Najib petang ini.

"kalau ada unsur paksaan ini adalah satu kezaliman," kata Nizar.

Sementara itu selepas selesainya sidang akhbar itu, YAB Menteri besar telah masuk ke dalam pejabatnya sambil diikuti oleh semua ADUN dan berangkat ke Istana Kinta sekitar jam 3.40 petang bagi memohon Perkenan Sultan Perak.

MB Perak ke Istana mohon Perkenan DYMM Sultan Perak

IPOH, 4 Feb :-Sekitar jam 3.40 minit tadi MB perak meninggalkan Pejabatnya untuk ke Istana Kinta, Ipoh bagi memohon perkenan DYMM sultan Perak bagi memberi laluan kepada satu PR dikesemua 59 DUN Negeri Perak.
Sebahagian dari ADUN pakatan bergambar bersama Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri sebelum YAB MB Berangkat ke Istana Kinta bagi memohon perkenan DYMM Sultan Perak bagi pembubaran DUN Perak.

Perhimpunan sokong MB Perak

Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepada beliau dalam menghadapi situasi politik yang tidak menentu di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang berlalu di Perak.

"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.

"Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusi satu mesyuarat di ibupejabat PKR di ibunegara malam tadi.


Hadir sama ialah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Syed Husin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat lagi ahli dewan undangan negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.

Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.

'Situasi tidak menentu'

Kata Najib, begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Mengulas lanjut mengenainya, Anwar berkata, PKR dan Pakatan berpandangan bahawa "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat".

"Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak.

"Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan," tegasnya.

Ditanya mengenai kemasukan Nasarudin ke dalam PKR, Anwar berkata: "Dia datang dengan rela, saya tak jemput dia, dia datang sendiri ke rumah saya dengan isterinya. Dia bersetuju untuk bersama PKR.

"Dia tengok BN telah rosak. Umno sudah hilang idealisme perjuangan dan rosak sebagai sebuah parti," katanya.

'Kembali kepada rakyat'

Menurut Anwar lagi, Nasarudin turut menyatakan bahawa beliau telah hilang keyakinan terhadap Najib.

Mengenai kenyataan Najib bahawa BN sudah mampu memerintah Perak, Anwar membidas timbalan perdana menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menyifatkan alasan Jamaluddin dan Osman bahawa mereka bercuti sakit adalah sebagai satu pembohongan.

"Kenapa tidak memberitahu keluarga, pimpinan parti, menteri besar atau speaker. Kamu adalah exco, orang dij alanan pun tahu itu tanggungjawab awak," katanya.

Sehubungan itu, Anwar menggesa supaya kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru daripada mereka.

"Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah

"Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," tegas Anwar. malaysiakini/

Berita hangat hari ini yang diperkatakan ?

Beberapa persoalan besar sedang berlegar dalam fikiran semua pihak yang memerlukan jawapan yang segera. Hits saya pada hari Isnin mencecah 10,704 kliks dan 3982pengunjung. Kelmarin walaupun agak menurun tetapi masih mencapai 6073 kliks dan 2833 pengunjung. Semasa saya menulis berita ini dari pejabat BBC kliks telah mencecah 2514dan 933 pengunjung. Kemungkinan hari ini kliks akan kembali mencecah angka 10,000 dan hampir 4000 pengunjung atau lebih. Dikemucak online paling ramai saya dapat mengesan sebanyak hampir 100 orang sedang online.

Gambaran di atas membuktikan bahawa banyak pihak berkunjung ke blog cina islam untuk mengikuti perkembangan terkini dari Perak.

Saya menjangkakan ramai pihak menunggu jawapan kepada persoalan berikut :

PERTAMA : Apakah berita terkini mengenai Kapten Osman, kalau kelmarin Jamaluddin mengisytiharkan dia sudah jadi Bebas, apakah yang akan diumumkan oleh Osman. Selain itu semua juga menunggu apakah pengumuman mengenai kedudukan terkini mereka oleh Kerajaan Negeri Perak.

KEDUA : Apakah tindakan MB Perak yang dikatakan berkemungkinan ke Istana pada hari ini untuk memohon perkenan mengadap dan memohon perkenan DYMM Sultan Perak supaya dibubarkan DUN Perak menjadi kenyataan.

KETIGA : Sampai malam tadi sekitar jam 9 malam saya masih dapat berhubung dengan SMS dengan ADUN Jelapang, YB. Hee Yit Fong. Namun misteri dia yang sukar dihubungi sehingga saat ini menimbulkan banyak tanda tanya. Semua pihak juga menunggu berita beliau pada hari ini.

KEEMPAT : Bila status ADUN dan sekali gus terlucut juga jawatan Exco bagi Jamaluddin dan Osman, siapakah pengganti kepada mereka, adakah dipangku oleh Exco lain atau ada pengumuman siapakah pengganti kepada mereka.

KELIMA : Segalanya kembali kepada Allah SWT, kita manusia boleh merancang dan Allah jua yang menentukan.

Allahuaklam, kita tunggu dan lihat.

MB mengadap DYMM Sultan Perak hari ini ?

Saya tidak menolak kemungkinan bahawa YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin pergi mengadap DYMM Sultan Perak untuk memohon limpah perkenan dari Tuanku bagi mendapat laluan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan mengadakan Pilihan Raya Baru.

MB tidak tolak kemungkinan bubar dewan.

Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat sedang menimbangkan kemungkinan membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan satu pilihanraya mengejut diadakan.

"Kita dalam proses memikirkannya. bila tiba masanya," katanya ketika menjawab soalan media.

Mohd Nizar memberitahu pemberita demikian malam tadi selepas mempengerusikan satu mesyuarat di kediamannya yang dihadiri oleh sebahagian besar ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan serta pemimpin utama dari PAS, DAP dan PKR yang dipanggil mengejut ke kediaman Menteri Besar itu..


04 Februari 2009

Kerajaan Perak tidak iktiraf 2 ADUN .

IPOH: Kerajaan negeri Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

Speaker DUN Perak V. Sivakumar malam ini berkata, jawatan exco yang dipegang oleh keduadua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.

Katanya, tugas mereka akan dipangku oleh individu yang akan diputuskan pada mesyuarat exco akan datang.

Sivakumar berkata, keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka.

"Saya tetap berpegang kepada keputusan sebelum ini bahawa keduadua ADUN berkenaan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada saya," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbar yang sama berkata, kerajaan negeri akan mencabar keputusan SPR di mahkamah selepas tempoh 48 jam.

Ketika ditanya sama ada akan meneruskna tindakan tersebut memandangkan pengerusi DAP Karpal Singh telah menyatakan bahawa tindakan itu hanya membuang masa, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri akan meneruskan tindakan mahkamah tersebut kerana berpandangan fakta kes kedua ADUN PKR tersebut adalah berbeza dengan kes yang dinyatakan Karpal.

Terdahulu Karpal memberitahu Bernama baahwa adalah sia-sia untuk mencabar keputusan SPR yang mengekalkan Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Behrang dan Changkat Jering, di mahkamah.

Karpal Singh, yang juga seorang peguam kanan, berkata ia "akan hanya membazirkan usaha dan masa" untuk mencabar keputusan SPR itu yang diumumkan hari ini, kerana ia terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes serupa.

Pada 1982, Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Ong Kee Hui lawan anggota parti ketika itu Sinyium anak Mutit, memutuskan tindakan menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh kepada speaker adalah bercanggah dengan kepentingan awam dan dengan itu adalah tidak sah.

"Keputusan SPR itu boleh dicabar dan tiada siapa boleh menghalang perkara itu dibawa ke mahkamah, tetapi mereka akan berdepan tugas amat sukar berikutan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan pada 1982.

"Dalam kes ini, saya pasti SPR telah dinasihatkan oleh pejabat Peguam Negara dan agensi berkaitan yang lain. Ini merupakan keputusan yang jelas di pihak SPR yang terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan," katanya.

Pandangan Karpal Singh itu bagaimanapun bercanggah dengan pendirian veteran parti itu Lim Kit Siang, yang dalam satu kenyataan berkata, SPR telah bertindak mengenepikan perlembagaan dan di luar bidang kuasanya apabila menolak keputusan speaker Dewan Undangan Negeri Perak berhubung kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang dan diadakan pilihan raya kecil.

Tugas berperlembagaan SPR, katanya, ialah mengambil tindakan terhadap notis rasmi Speaker DUN Perak mengenai kekosongan di dua kerusi itu dan menetapkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

"SPR tidak berhak untuk bertindak dan merampas bidang kuasa mahkamah untuk mempertikaikan keputusan speaker, kerana cabaran perundangan seumpama itu sepatutnya diambil oleh Jamaluddin dan Mohd Osman jika mereka mahu mencabar kesahihan peletakan jawatan mereka di kerusi DUN masingmasing," kata Lim.

Hari ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana Jamaluddin dan Mohd Osman telah menulis surat kepada speaker DUN Perak yang menyatakan peletakan jawatan mereka adalah tidak sah.

Kemelut politik di Perak meletus tiga hari lepas apabila dua ADUN itu dikatakan "hilang", menimbulkan kebimbangan yang mereka telah berpaling tadah dengan menyertai Barisan Nasional (BN).mstar


Terkini : Mesyuarat tergempar Pakatan Perak malam ini

Kesemua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak sedang berada di Kediaman MB Perak menghadiri mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan tindakan selanjut berhubung isu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Hadir sama ialah pemimpin tertinggi parti PAS, DAP dan PKR.

Pakatan Rakyat pertikai keputusan SPR

Pakatan Rakyat memberi SPR tempoh 48 jam untuk mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, jika SPR gagal melakukan demikian, Pakatan akan mengambil tindakan susulan yang akan ditentukan kemudian.

"Kami juga menggesa (Pengerusi) SPR supaya meletakkan jawatan memandangkan ia bukan lagi bebas," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP negeri di sini.

Kata beliau, SPR tiada kuasa untuk menentukan sama ada notis makluman kekosongan Speaker sahih ataupun sebaliknya.

Jelas beliau, di bawah Perkata 113 Perlembagaan Persekutuan SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dan tidak wajar mengetepikan keputusan Speaker.

"Undang-undang tidak membolehkan SPR menjalankan sebarang inkuiri, sebaliknya jika ada rasa tidak puas hati ia harus diputuskan oleh mahkamah," katanya.

"Malah, dalam kes, mereka masih boleh mengelak daripada meneruskan pilihan raya meskipun dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa Parlimen telah dibubarkan," katanya.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

"Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor di Perak berkata, bukan urusan untuk SPR bertindak dan merampas jurisdiksi mahkamah dalam mempertikaikan keputusan Speaker DUN negeri itu.

Dalam soal ini, cabaran perundangan seharusnya datang daripada kedua-dua ADUN berkenaan jika mereka mahu mencabar kesahihan surat letak jawatan masing-masing, kata beliau.

Sehubungan itu, kata beliau, semua opsyen akan dipertimbangkan untuk menyelesaikan krisis politik.mstar.

SPR hina DYMM Sultan Perak.

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)yang telah memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah kosong melalui peletakan jawatan masih disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR adalah keputusan yang saya sifatkan sangat mengelirukan dan pada pandangan saya menghina DYMM Sultan Perak.

Tindakan SPR mendakwa tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut seperti kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof jelas sesuatu yang menghina DYMM Sultan Perak.

Saya menyifatkan suruhanjaya itu bertindak "bercanggahan dengan perlembagaan" negara dan negeri Perak apabila membelakangkan keputusan Speaker DUN Perak.

Lebih malang apabila dokumen yang dipertikaikan oleh SPR itu telah diserahkan kepada DYMM Sultan Perk kelmarin oleh Menteri Besar Perak, dan mendapat ulasan banyak pihak seperti bekas Hakim dan bekas Pengerusi SPR mengenai SPR yang patut akur dengan keputusan Speaker sesuai dengan peruntukan undang-undang yang diberi.

Keputusan mengosongkan DUN berkenaan dengan pertikaian kesahihan surat adalah dua perkara berbeza. Hanya mahkamah tempat yang boleh mengesahkan pertikaian surat perletakan dua ADUN.

Kenapakah SPR pada hari ini bertindak seolah-olah sebagai mahkamah dan saya menyifatkan sebagai satu keputusan yang jelas dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu.

Dengan ini selaku pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak membantah keputusan SPR yang jelas menghina Sultan Perak dan Institusi Speaker di Negeri perak.

Keadaan ini amatlah dikesali dan sangat tidak bertanggung jawab dalam suasana hari ini seluruh rakyat di Perak malah diseluruh negara sedang meraya Jubli Perak DYMM Sultan Perak yang kami kasihi.

03 Februari 2009

PAS sokong kosongkan kerusi Behrang dan Changkat Jering

IPOH, 3 Feb :- PAS menyokong apa jua keputusan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat termasuk mengosongkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Behrang dan Changkat Jering berikutan tindakan kedua-dua ADUN yang dikatakan melompat parti.

Perkara ini ditegaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa pada sidang media khas jam 12.00 tengah malam, yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, sejurus selesai Mesyuarat Bersama Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Perak, dekat sini, tengah malam tadi.

Kata beliau, PAS juga menyokong penuh tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang menyerahkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi 2 Februari lalu.

Nasharuddin menjelaskan, mesyuarat bersama itu hanya membincangkan senario terkini berkaitan kedua ADUN KeADILan yang melompat parti dan pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin pada sidang media itu memberitahu, beliau telah memanggil semua ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu dan menjelaskan senario politik terkini.

Tegasnya, Kerajaan Negeri Perak masih stabil dan berjalan seperti biasa. Sehingga kini, katanya, Pakatan Rakyat memiliki 30 kerusi dan ia makin stabil berikutan sokongan dan simpati rakyat tidak berbelah-bahagi atas musibah yang terjadi.

Kata Nizar, Umno telah mengambil kesempatan atas sejarah hitam "pertuduhan rasuah" kedua-dua ADUN berkenaan sebelum ini dan percubaan sekali lagi oleh Umno itu terbukti gagal.

Ditanya adakah kedua-dua ADUN tersebut akan mengambil perintah injuksi mahkamah, beliau berkata, kemungkinan besar mereka akan berbuat demikian secepat mungkin.

Antara pemimpin utama PAS yang turut hadir pada sidang media itu termasuklah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, berikutan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini berada di Palestin.Harakahdaily.

Perak: SPR sudah dimaklum kekosongan, wajar panggil pilihan raya kecil

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja menerima notis pengesahan kekosongan mana-mana kerusi termasuk di Perak, yang kini "menuju kontroversi perundangan".

Sama ada seseorang wakil rakyat itu mahu mengambil tindakan mahkamah kononnya pihak tertentu atau parti mereka menggunakan surat letak jawatan yang telah ditandatangani terlebih awal, sebelum kekosongan diumumkan, merupakan satu soal berlainan.


SPR DIMAKLUM

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi mengesahkan beliau sudah dimaklumkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah bahawa telah menerima notis kekosongan daripada Speaker.

Malah, kata beliau, Pejabat Pilihan Raya Perak juga ada menerima surat daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikatakan telah mengosongkan kerusi masing-masing.

Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah ketika dihubungi sebentar tadi juga mengesahkan ada menerima notis kekosongan dan salinan surat daripada kedua-dua ADUN berkenaan.

Bagaimanapun Abdul Aziz tidak menyatakan kandungan surat kedua-dua ADUN berkenaan.

"Esok kami akan mengadakan mesyuarat dan melihat kandungan surat itu," kata beliau kepada mStar Online kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi.

Hari ini adalah cuti di Putrajaya sempena sambutan Hari Wilayah Persektuuan. Speaker Dewan Undangan Negeri memaklumkan Pejabat Pilihan Raya Negeri pukul 8 pagi tadi.

WAJAR PILIHAN RAYA DIADAKAN

Dalam pada itu, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi mStar Online memberitahu, mengikut perundangan pilihan raya, sebaik sahaja notis kekosongan diterima daripada Speaker, pilihan raya kecil wajar diadakan.

Mengikut skop perundangan, kata beliau, SPR perlu menerima langkah Speaker mengumumkan kekosongan yang tidak boleh dicabar atau diketepikan.

"Mengikut undang-undang (Perlembagaan negeri dan persekutuan), SPR perlu menghormati notis pengesahan kekosongan dan mengadakan pilihan raya kecil dengan sewajarnya (dalam 60 hari)," kata beliau yang juga bekas Setiausaha SPR.

Beliau bersara 30 Disember lalu.

Sama ada penyandang kerusi terbabit mahu mencabar keputusan Speaker ataupun sebaliknya, ia merupakan perkara lain, kata beliau lagi.

KES RUJUKAN

Senario politik negara ini pernah menyaksikan kes penggunaan surat makluman letak jawatan tanpa tarikh pada 1993 - melibatkan ADUN PAS menyertai Barisan Nasional.

Ia membabitkan wakil rakyat Nordin Salleh dan beberapa yang lain menyertai BN pada 1990 dan mahkamah mengisytiharkan surat berkenaan tidak sah.

"Kita pernah ada kes seperti ini sebelum ini, ada kes rujukan," kata Abdul Rashid.

Beliau mengulas polemik ekoran pendirian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi menafikan mereka meletakkan jawatan dan menyifatkan pengumuman Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar lewat petang semalam mengenainya sebagai satu "pembohongan".

Kedua-dua ADUN tersebut berkata mereka akan menghubungi peguam mereka untuk tindakan selanjutnya.

"Ini satu pembohongan dan kami akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya," kata ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi.

Sivakumar telah memaklumkan tentang kekosongan yang wujud kepada Pejabat Pilihan Raya Perak pagi tadi.

ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu turut menafikan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagaimana didakwa oleh Sivakumar.

"Sehingga kini kami masih ADUN PKR dan belum pernah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti, (menjadi) calon bebas pun tidak, atau mengumumkan menyertai Umno," kata Jamaluddin dalam reaksinya terhadap kenyataan Sivakumar bahawa mereka menyerahkan meletakkan jawatan kepadanya hari ini setelah dikatakan menghilangkan diri sejak beberapa hari lepas.

Jamaluddin dan Osman berkata surat peletakan jawatan yang dimaksudkan Sivakumar ialah surat yang ditandatangani tujuh Adun PKR pada 8 Mac tahun lepas kerana Pakatan Rakyat bimbang mereka berdua akan menyertai Barisan Nasional (BN).mstar.

Speaker Perak umum kekosongan tidak boleh dicabar

Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung kekosongan dua kerusi - Changkat Jering dan Behrang - yang akan membuka laluan untuk pilihan raya kecil - adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.

Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, tindakan ADUN terbabit, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi selama lima hari dengan sendirinya telah memaksa Speaker untuk membuat keputusan itu.

Kata beliau, surat peletakan jawatan tersebut sah walaupun tidak bertarikh semasa ditandatangani memandangkan kedua-dua mereka mengetahui kandungan dan kesan yang akan mereka hadapi jika menandatangani surat itu.

"Mereka sedar dan tahu isi kandungan tersebut.

"Mereka juga bukan diacukan pistol ke kepala mereka untuk dipaksa menandatangani surat tersebut," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah dimaklumkan tentang kekosongan kedua-dua kerusi itu oleh Speaker DUN pukul 8 pagi tadi.

"Ke mana mereka selama lima hari ini? Jika benar mereka telah menyertai Umno sekali pun, maklumkan kepada kerajaan negeri.

"Mengapa setelah Speaker umumkan akan hantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), baru mereka nak melatah," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jamaluddin semalam yang mahu mencabar Speaker kerana mengumumkan kekosongan yang wujud berdasarkan surat peletakan jawatan yang diterima daripada dua ADUN terbabit di Ipoh pukul 5.45 petang semalam.

Jamaluddin berkata, peletakan jawatan tersebut merupakan satu pembohongan kerana surat letak jawatan yang dimaksudkan Sivakumar itu sebenarnya telah ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR termasuk beliau dan Mohd Osman pada 8 Mac lalu kerana kerajaan negeri bimbang mereka akan menyertai BN.

Katanya, surat itu telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya mereka telah meletak jawatan.

Jamaluddin dan Mohd Osman sebelum itu dilaporkan telah hilang dan tidak dapat dihubungi dalam tempoh lima hari minggu lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, tindakan mereka menghilangkan diri itu dengan sendirinya telah menyebabkan hujah-hujah termasuk dakwaan bahawa peletakan jawatan tersebut adalah satu pembohongan dengan sendirinya tidak boleh lagi diguna pakai.

"Ini bukan zaman darurat sehingga menghilangkan diri dan tidak boleh dihubungi.

"Pada saya, hujah-hujah mereka sudah terlambat... lainlah jika mereka tidak menghilangkan diri, mungkin apa yang dipertahankan mereka boleh diambil kira," katanya.mstar.

SPR mesyuarat esok, Pakatan buat siapan pilihan raya kecil

Kerajaan Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak sudah memulakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil membabitkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika kemelut "kesahihan" kekosongannya masih menjadi teka-teki.

Esok, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti perkembangan tersebut - setelah menerima notis kekosongan dan surat, dipercayai mempersoalkan kesahihan notis kekosongan, daripada kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang dan Changkat Jering pagi tadi.

"Saya dimaklumkan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak bahawa Speaker sudah memaklumkan kekosongan kerusi dan pada masa yang sama, ada menerima surat daripada kedua-dua ADUN.

"Hari ini cuti (bagi Wilayah Persekutuan), jadi kami adakan mesyuarat dalaman esok, sebelah pagi antara 10 dan 11 pagi, dan kami akan teliti kandungan surat itu," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Beberapa pakar perundangan dan penganalisis pula mempersoalkan kesahihan surat letak jawatan yang tidak bertarikh, yang digunakan oleh Speaker DUN Perak untuk mengumumkan kekosongan yang wujud.

Mereka merujuk kepada kes tahun 1982 dan 1993.

Pagi tadi, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi memberitahu, suruhanjaya itu perlu menghormati notis kekosongan kerusi dengan memanggil pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Bagaimanapun katanya, soal kesahihan surat seumpama itu dan sama ada kemungkinan kedua-dua ADUN terbabit boleh mengambil tindakan undang-undang atau mencabar merupakan soal yang berbeza.

PKR, PAKATAN BERSEDIA

Dalam pada itu, Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman, Badan Perhubungan PKR negeri telah mengadakan mesyuarat petang tadi dan menganggap kedua-dua ADUN, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) bukan lagi wakil rakyat PKR dan komited dengan keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang mengumumkan kerusi tersebut kini kosong.

"Mereka bukan lagi ADUN PKR. Speaker Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan memdedahkan perkara-perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menerima kunjungan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Ipoh dan agenda utama perbincangan adalah pilihan raya kecil bagi dua kerusi yang disandang oleh wakil daripada PKR.

Menurut sumber kerajaan negeri, Anwar dan Nizar mengadakan perbincangan itu selepas jamuan tengah hari.

"Kami percaya selain membincangkan perkembangan semasa, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil bagi mempertahan kerusi berkenaan," katanya.

Semalam, Sivakumar dalam satu kenyataan media mengumumkan Jamaluddin dan Mohd. Osman telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka sebagai ADUN pukul 5.45 petang.

Beliau telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi dua DUN tersebut pagi tadi.

Bagaimanapun, hari ini kedua-dua wakil rakyat dari PKR yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lalu menafikan dakwaan tersebut melalui wakil masing-masing bahawa mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh mereka pada 8 Mac lalu selepas pilihan raya umum ke-12.

PENDIRIAN JAMALUDDIN

Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online lewat petang tadi memberitahu, beliau menerima keputusan SPR jika mahu mengadakan pilihan raya kecil.

"Kita terima sahaja keputusan SPR jika itu yang dibuat mengikut undang-undang.

"Bagaimanapun saya masih mengadakan perbincangan dengan peguam mengenai tindakan susulan yang mahu diambil," katanya.

Sambil mengesahkan bahawa masih berada di Pahang untuk mengikuti rawatan tradisional bagi mengubati sakit pinggang, Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah menyerahkan surat letak jawatan kepada Speaker.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan perundangan jika SPR memanggil pilihan raya beliau memberitahu: "Saya akan berbincang dengan peguam dulu."

Jamaluddin memberitahu, surat letak jawatan yang tidak bertarikh itu telah disimpan kepada Setiausaha PKR Perak pada Mac lalu dan kemudian ia diserahkan kepada pemangku pengerusi PKR negeri.

Surat itu antara lain menyebut mengenai keputusan untuk mengosongkan kerusi yang dipegang dan ditandatangani secara berasingan oleh tujuh ADUN PKR.

Jamaluddin juga mengakui bahawa beliau ada mengemukakan salinan surat yang mempertikaikan keputusan Speaker DUN kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri, Ahmad Adil Abdullah pagi ini.

SURAT LETAK JAWATAN

Mengulas lanjut, Osman berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai surat itu kerana beliau baru sahaja mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Negeri Disember lalu.

Katanya, beliau tidak dimaklumkan mengenai surat tersebut sebelum ia dihantar kepada Speaker.

"Saya memang tidak tahu mengenainya. Surat itu dihantar terus kepada Speaker," kata beliau yang turut mendakwa tidak mengetahui penghantar surat terbabit.

Ditanya berhubung kenyataan Jamaluddin dan Mohd. Ismail bahawa mereka masih lagi ADUN, Osman berkata, perkara itu sememangnya menimbulkan dilema.

"Hal itu hanya dapat diselesaikan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Hanya mereka yang boleh memutuskan status kerusi dan ADUN tersebut," katanya.

Bagaimanapun katanya, Jamaluddin dan Mohd Ismail masih lagi ahli PKR kerana mereka tidak menghantar sebarang surat untuk keluar parti.

Keadaan yang tidak menentu mengenai kedudukan keduadua ADUN ini telah menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai mengenai kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai 32 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang menyandang 27 kerusi.

Daripada 32 kerusi itu, DAP mempunyai kerusi terbesar sebanyak 18 kerusi, PKR lapan dan PAS enam.

BN menang 28 kerusi tetapi ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR minggu lepas.

Pada pilihan raya lepas, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744.

Mohd Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperolehi 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Speaker DUN Perak sebelum itu Datuk Mat Isa Ismail yang memperoleh 8,309 undi.

MEDIA MENANTI MB

Setiausaha Politik Menteri Besar Misbahul Munir Masduki sementara itu ketika dihubungi berkata, Mohammad Nizar tidak akan membuat sebarang kenyataan kepada media pada hari ini kerana sibuk dengan persiapan menyambut perayaan Jubli Perak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok.

Beliau berkata, pada petang ini Menteri Besar akan menghadiri majlis kesyukuran bacaan Yassin dan tahlil di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Esok pula akan berlangsung istiadat mempersembah ucapan dan taat setia dan istiadat pengurniaan khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 penerima yang akan diadakan di Istana Iskandariah dan sebelah petangnya, majlis pelancaran setem memperingati Jubli Perak dan pameran setem akan diadakan di Dewan Bandaran, Ipoh.

Menurut Misbahul, media mungkin berpeluang mendapat kenyataan daripada Menteri Besar selepas tamat majlismajlis berkenaan.mstar

Kenyatan Terkini : Kerajaan Perak makin kukuh .

Apabila DYMM Tuanku Sultan Perak memperkenankan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin untuk mengadap sekitar jam 10 pagi tadi sesungguhnya situasi ini menggambarkan kepada pengamal undang-undang yang sedia ada di negara dan negeri ini pasti akan merujuk kepada DYMM Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara.

Setiap dokumen yang dikemukakan kepada DYMM Tuanku dalam hal yang berkaitan dengan peletakan jawatan ADUN Behrang dan Changkat Jering adalah sesuatu yang pasti tidak boleh melanggar konvensyen dan amalan undang-undang yang sedia ada kerana Baginda sangat arif atas sifatnya sebagai bekas seorang Hakim Negara..

"Patik sebagai rakyat yang berada di bawah payung Kerajaan DYMM Tuanku tersangat yakin dengan kearifan DYMM Tuan Sultan dalam masalah ini."

Kerana itu setelah YAB Menteri besar Perak mengemukakan dokumen dan memberi penjelasan yang dikehendaki oleh DYMM Tuanku pagi tadi dan semuanya diperkenan oleh Tuanku bererti Kerajaan Pakatan Rakyat adalah terbukti kukuh malah lebih kukuh setelah timbul isu yang hangat diperkatan ini.

Kenyataan Pengerusi BBC Perak.
Jam 5.18 petang/2 Feb 2009.

Kenyataan BBC Perak.

Bagi meredakan dan menafikan tohmahan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab termasuk media massa yang cuba mengambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan negeri Perak berada dalam keadaan yang dipetik mengatakan, rapu, dihujung tanduk dan sebagainya, maka saya selaku Pengerusi kelab penyokong Kerajaan mengeluarkan kenyataan ringkas ini.

Dalam keadaan semua pihak bersiap untuk menyambut Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah, saya menyesali segala tohmahan kepada kerajaan yang dipayungi oleh Baginda.

Kenyataan ini adalah rentetan dari pertemuan ahli BBC di Pejaba BBC pagi ini.

1. Kami dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Kerajaan Negeri Perak pada waktu ini dalam keadaan yang disifatkan itu. Malah kami ingin tegaskan bahawa Kerajaan Perak masih lagi utuh, kuat dan segala urusan berkaitan pentadbiran berjalan seperti biasa.

Ini dibuktikan dengan kehadiran seluruh pegawai kerajaan dari seluruh pelusuk negeri dalam majlis perhimpunan Bulan Excutive Talk pagi tadi.

2. BBC dengan ini meyatakan sikap berdiri teguh dibelakang YAB Menteri Besar Perak dan Kerajaan Negeri bagi meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang.

3. BBC juga mengambil sikap untuk bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya kecil Changkat Jering dan Behrang.

4. Sehubungan dengan itu kami menyeru kepada seluruh rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat untuk bersedia mengerakkan jentera PR masing-masing bagi memastikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat dalam PR kecil tersebut.

Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi kelab penyokong Kerajaan Perak
IPOH,
Pada ; 2 Feb 2009.

MB : Hari ini kita sibuk dengan perjanjian.

IPOH, 2 Feb :-Saya mengajak semua kakitangan kerajaan untuk mendengar dan memanfaatkan tazkirah dari penceramah jemputan, Dato’ Dr. Harun Din Al Hafiz yang pernah digam dan dipadamkan walaupun pernah didengar tiap-tiap minggu. Hari ini kita bersyukur beliau masih berkemampuan. Demikian antara ucapan aluan YAB Menteri Besar Perak, Ir.Muhammad Nizar Jamaluddin dalam Majlis Perhimpunan dan Executive Talk di Dewan Banquet di sini pagi ini.

“Mudah-mudahan ceramah dan amanah dapat dijiwai dan dibawa ke pelusuk kampung dan pejabat masing, dan mudah-mudahan kita seiring dengan makhluk Allah yang lain yang tidak ingkari perintah Allah.

“Hari ini sibuk dengan perjanjian, tidak apa kita cerita lain”. Jelas Ir. Nizar sambil lebih jauh dari itu beliau mengajak melihat perjanjian dengan Allah s.w.t.

Dalam ucapan Dr. Harun Din beliau mengatakan bahawa mati sebenarnya adalah permulaan kepada suatu kehidupan yang lebih abadi.

Hadir sama dalam perhimpunan bulanan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Abdul Rahman Hashim , Pegawai Kewangan Negeri, Jamaluddin Amini, Exco Kerajaan Negeri, Ngeh Kor Ham, Chen Fok Chen dan Hj. Zainuddin Yusuf, ADUN serta pegawai Kerajaan yang lain.

Acara dimulai dengan upacara menaikkan bendera dan menyanyikan lagu Negaraku, diikuti dengan lafaz ikrar penjawat awam yang di ketuai oleh Pengurus Besar Perbadanan Pertanian Perak, Hj. Mohd Hatta Yazid.

MB Mengadap DYMM Sultan, Speaker telah maklum kepada SPR.

IPOH, 2 Feb : -YAB Menteri Besar Perak telah diterima mengadap oleh DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan kira-kira jam 10 pagi tadi di istana Kinta di sini. Menteri Besar terpaksa bergegas ke Istana dan meninggalkan Majlis Perhimpunan Bulanan Ezecutive Talk di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Ridzuan

Difahamkan Ir. Nizar telah menunjukkan semua dokumen berkaitan dengan pengosongan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering kepada DYMM Tuanku.

Dalam Perkembangan lain pada awal pagi tadi Speaker Kerajaan negeri dengan peruntukan yang ada telah menfakskan surat kepada Suruhanjaya Pilihanraya mengenai peletakan jawatan dua ADUN tersebut.







Dua perkara penting hari ini.

Setelah kita menerima berita peletakan jawatan ADUN Behrang dan Changkat Jering seperti yang diumumkan , terdapat dua perkara penting yang akan berlaku pada hari ini.

PERTAMA : Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dengan peruntukan kuasa dan undang-undang yang sedia ada akan memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang bagi diadakan semua Pilihan raya.

SPR tidak boleh mengambil kira dakwaan bekas ADUN tersebut mengenai surat peletakan jawatannya. Fokus sekarang ialah Pilihan raya kecil setelah diwartakan oleh SPR.

KEDUA : YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dijangka mengadap DYMM Sultan Perak bagi memaklumkan kedudukan politik semasa sebagai sifatnya ketua kerajaan yang sah.

02 Februari 2009

Drs.Khalil : Saya dan keluarga masih mengamalkan budaya Cina yang tidak bercanggah dengan Islam.


PARIT BUNTAR, 1 Feb. :- Saya mengadakan Hari Terbuka Hari Raya Cina pada tahun ini dengan tujuan untuk membuktikan bahawa saya masih mengamalkan budaya Cina yang tidak bercanggah dengan Islam yang saya anut, disamping dapat mengeratkan hubungan antara kaum yang terdapat dalam DUN Titi Serong. Demikian antara ucapan yang diberikan oleh ADUN Titi Serong,Drs. Khalil idham Lim dalam majlis Hari Terbuka hari Raya Cina yang diadakan di perkarangan kediamannya di sini hari ini.

Sambutan Rumah Terbuka seumpama itu adalah untuk kali yang pertama setelah ADUN berbangsa Cina dari PAS itu memenangi DUN Titi Serong dalam PR Umum tahun lepas. Dianggarkan lebih 3000 orang yang terdiri dari majoriti kaum Cina , serta Melayu dan India yang telah memenuhi perkarangan kediaman ADUN di antara jam 1.30 hingga 5.30 petang.


Drs.Khalil menyambut kedatang tamu dengan tarian singa.

"Saya masih mengamalkan makan besar di malam pertama raya dan membeli baju baru sebagai persiapan menyambut Tahun Baru Cina" Jelas Khalil.

Drs. Khalil juga mengucapkan terima kasih dengan kesudian semua bangsa yang hadir dan menyatakan inilah bukti bahawa Pakatan Rakyat masih mendapat sokongan yang kuat di Titi Serong.

Mengenai kedatangan Tahun Lembu yang disambut pada tahun ini, Drs. Khalil mengajak dengan semagat kekuatan lembu supaya orang cina terus maju dalam bidang perniagaan walaupun tahun 2009 berada dalam keadaan ekonomi kurang selesa.

Semua pengunjung disambut dengan tarian singa yang didatangkan khas oleh ADUN dari Bandar Baru Kedah.

Selain itu Drs. Khalil dan isteri telah menyerahkan "ang pau" kepada kanak-kanak yang hadir. Sebelum pulang mereka telah dihadiahkan dua biji limau Mandarin yang disediakan khusus dalam bag.

Drs. Khalil dikerumuni kanak-kanak untuk mendapatkan Ang Pau.


Kelancaran program adalah dibantu oleh ahli Kelab Penyokong PAS Kaum Cina dan lebih 20 orang Unit Amal PAS Kawasan Parit Buntar.

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 DUN Behrang dan Changkat Jering.

Berita kehilangan dua Exco Kerajaan Negeri dan tanda tanya ke manakah mereka menghilang sejak 5 hari lepas di jawab dengan kenyataan akhbar YB. Speaker Kerajaan Negeri perak, V. Sivakumar bahawa mereka berdua telah menghantar surat perletakan jawatan petang tadi.

Oleh itu saya mengarahkan semua Ahli BBC Perak dalam SMS kepada mereka untuk bersiap sedia dari sekarang untuk menghadapi piliharaya kecil tidak lebih dari 60 hari dari pengesahan dia dikosongkan oleh spr di kedua ADUN tersebut.

Berikut adalah analisa ringkas Keputusan PR Ke 12 yang lepas untuk kedua-dua DUN tersebut.

N59 BEHRANG
Jumlah Pengundi: 18,552
Peratusan Kaum: M: 57.09% C: 23.44% I: 19.25L: 0.22%
1. Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) (6,771)
2. Datuk M Ramasamy (BN) (5,744)
Majoriti: 1,027
Jumlah undi: 13,027
Peratus mengundi: 70.22%
Undi rosak: 512

N14 CHANGKAT JERING
Jumlah Pengundi: 24,864
Peratusan Kaum: M: 63.55% C: 25.80% I: 10.58% L: 0.06%
1. Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) (9,411)
2. Datuk Mat Isa Ismail (BN) (8,309)
Majoriti: 1,102
Jumlah undi: 18,054
Peratus mengundi: 72.61%
Undi rosak: 334

Melihat kepada kedudukan pengundi Cina dan India bagi kedua-dua DUN melebihi 35 % dan trend yang dibuktikan oleh pengundi Melayu dalam PR Kecil Permatang Pauh dan PR Kecil Kuala Terengganu, saya dengan ini mengandaikan bahawa Pakatan Rakyat akan memperolehi kemenangan untuk kedua-dua DUN tersebut dengan majoriti lebih besar. Insya Allah.

Saya berseru kepada semua penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara untuk menumpukan perhatian untuk menggerakkan jentera masing-masing bagi membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat di dua DUN tersebut.

Semangat di Permatang Pauh yang diperkuatkan di Kuala Terengganu, marilah kita perteguhkan di Behrang dan Changkat Jering.

TERKINI : MB sahkan Speaker terima surat perletakan jawatan 2 ADUN.

IPOH, 1 Feb :- Saya dan beberapa ADUN yang tiba dan berada di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar malam ini menerima pengesahan dari beliau bahawa Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah menerima surat perletakan jawatan ADUN Behrang dan Cangkat Jering. Beliau juga mengesahkan sidang akhbar yang dibuat bagi menyatakan keputusan rasmi dari Speaker Kerajaan Negeri Perak .

Dua Adun PKR Perak letak jawatan

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya.

Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak.

"Mereka telah meletak jawatan sebagai Adun, berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan itu, Sivakumar mengisytiharkan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering telah kosong dan dua pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) esok/

Pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Kedua-dua Adun PKR itu telah hilang sejak lima hari lalu, dan mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional.

MB Perak kecam usaha gangu gugat 2 Exco, syaki kerja jahat UMNO dan BN.

Gambar terbaru : ADUN Bota, Dato' Nasaruddin (berbaju batik) bergambar bersama ADUN Titi Serong, Selingsing dan Ust. Ahmad Awang.


IPOH, 1 Februari :- Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bersama ADUN Kerajaan pada hari ini adalah dengan tujuan membincangkan mengenai 2 Exco yang telah digelapkan, dighaibkan oleh pihak tertentu dan kita mensyaki ini adalah kerja jahat UMNO dan BN. Demikian antara kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin selepas mesyuarat tersebut di Kediaman Menteri Besar di sini.

"Usaha menghubungi mereka sehingga pagi ini gagal dan kita mengecam segala usaha menganggu gugat Exco dan pentadbiran Kerajaan Negeri" kata Nizar.

Menjawab pertanyaan apa langkah yang akan dimbil kerajaan bila terbukti mereka melompat, Ir. Nizar mengesahkan telah membuat persiapan yang akan dilakukan mengikut peraturan dan ketetapan yang ada.

Menteri Perak itu juga mengumumkan dalam kenyataan nya bahawa selutuh ADUN Pakatan Rakyat termasuk Adun Bota Dato' Nasaruddin Hashim walau apa pun berlaku akan komited mempertahankan kerajaan.

"Seluruh ADUN komited pertahan kerajaan, kita masih kekal dan kuat" Tegas Ir. Nizar.

"Ini adalah satu penainayaan oleh BN kepada rakyat Perak kerana menyembunyikan mereka.

Beliau juga menjelaskan tidak mahu mendedahkan persediaan yang dibuat apabila terdapat pengesahan 2 Exco telah melompat. Namun jelasnya semua adalah mengikut kuasa undang-undang yang ada.

Ditanya mengenai Laporan Polis, Ir. Nizar menjelas perkara itu perlu dirujuk kepada keluarga, dan setakat ini keluarga pihak berkenaan belum membuat laporan polis.

Mengenai kenyataan Dato' Nasa yang sanggup mengosongkan kerusi DUN Bota untuk diadakan pilihanraya kecil, Ir. Mengatakan Dato Nasa sekarang adalah dibawah Pakatan Rakyat, dan kita perlu kaji .

Menteri Besar juga mengesahkan tidak ada lagi ADUN Pakatan Rakyat yang akan melompat, sebaliknya terdapat minimum 3 ADUN BN akan melompat ke Pakatan Rakyat.

Menjawab pertanyaan adakah diketahui dimana mereka berada, Ir. berkata "itu kena tanya pemimpin BN".

Kenyataan akhbar itu dihadiri sama oleh Exco kerajaan Negeri, ADUN-ADUN dan pemimpin tertinggi parti PAS, DAP) dan PKR.

ADUN Bota', Dato Nasharuddin Hashim kelihatan sampai lebih awal di Kediaman Menteri Besar pada jam 8.50 pagi dan menjawab teka teki dan rumus yang tidak bertanggung jawab mengenainya.