03 Januari 2012

Jangan tuduh tanpa bukti

9 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa Raja Petra Kamarudin (RPK) supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan ‘duit kopi’ yang terpaksa dibayar usahawan Cina di Selangor untuk mendapatkan sesuatu projek.

Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan PR melaksanakan proses tender secara terbuka yang mengamalkan prinsip ‘value for money’ untuk menjamin ketelusan.

“Kita sentiasa pastikan pentadbiran telus da mem­bentuk Jawatankuasa Pilihan Khas Me­ngenai Keupa­yaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) untuk tujuan itu. Ini membuktikan kita memang telus dan bersih.

“Kami menolak politik fitnah dan kotor. Sekiranya mana-mana pihak ada bukti jelas dan kukuh berkaitan rasuah itu, mereka harus tampil berani untuk dedahkan dan bukannya menjadi anjing menyalak semata-mata hendak mendapatkan upah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, menolak cadangan memberikan sebahagian wang Kerajaan Negeri yang diperuntukkan untuk membasmi penyelewengan, kepada Raja Petra.

“Bagi saya, cadangan itu tidak timbul dan tidak munasabah, kenapa pula Kerajaan Negeri guna wang rakyat untuk biayai kos perjalanan seseorang yang membuat tuduhan palsu?

“Ini wang rakyat dan ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, tuduhan itu terlalu berat dan memerlukan bukti kukuh.

“Jika Raja Petra berani dedahkan perkara itu dalam media, beliau kena beri bukti untuk kukuhkan lagi dakwaan itu.

“Kita pun tidak mahu penyelewengan berlaku di negeri ini, malah di seluruh negara,” katanya.

Abdul Rani turut menyokong pendirian Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang menyatakan kesediaan Kerajaan Negeri untuk memberi sedikit daripada peruntukan sejumlah RM15 juta daripada ‘Geran Selangorku’, kepada Raja Petra untuk menampung kos perbelanjaan perjalanan penulis blog itu ke pejabat pentadbiran kerajaan.

Bagi Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok, beliau mempersoalkan kredibiliti Raja Petra yang membuat ulasan terhadap kepimpinan di negara ini kerana penulis blog itu sudah lama meninggalkan negara.

“Jika seseorang ada bukti menunjukkan usahawan terbabit perlu bayar rasuah untuk dapatkan tender, ia baik bagi kami dan kemukakanlah.

“Bagaimanapun, Raja Petra tidak boleh buat penilaian berdasarkan pihak yang bertemu dengannya kerana beliau sudah lama tinggalkan negara ini,” katanya.

Kelmarin, Raja Petra dalam wawancara bersama beberapa akhbar arus perdana menyatakan usahawan Cina di Selangor terpaksa membayar RM2 juta untuk mendapatkan projek.

Sinar Harian

Dua beranak parah diragut

9 Safar 1433H. [MOD] -

RAJAWALI – Seorang guru taska terpaksa bertarung nyawa ketika cuba mematahkan cubaan seorang penjenayah yang cuba menyentap beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu dipercayai berlaku ketika guru taska terbabit, Norita Omar, 37, bersama anaknya, Najmi Aiman, 5 dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Pelandang selepas pulang dari sebuah klinik di bandar Dungun.

Sebaik melepasi sebuah jambatan di kawasan yang agak jauh dari penempatan penduduk itu, Norita yang menunggang motosikal dikatakan secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali bermotosikal dari arah belakang, lalu bertindak menyentap beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal bersama anak lelakinya.

Motosikal yang ditunggang guru Taska Afzan Pulau Serai itu hilang kawalan menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum terbabas.

Tragedi itu difahamkan sempat disaksikan seorang pemandu sebuah kereta Perodua Kembara lalu bertindak mengejar suspek berkenaan.

Sebaik menyedari tindakannya disaksikan orang ramai, suspek dikatakan telah meninggalkan motosikalnya dan berjaya melarikan diri ke kawasan perumahan berdekatan.

Dia dihantar ke Hospital Dungun oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

Menurut mangsa yang sempat ditemui Sinar Harian ketika ingin menaiki ambulans berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari Klinik Rakyat ke Pelandang Pulau Serai kerana menghantar anaknya yang demam.
Katanya, kejadian itu berlaku begitu pantas, namun dia bersyukur kerana kedua-duanya selamat.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian muka, lengan dan paha manakala anaknya cedera parah di kepala kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Sinar Harian

Selatan Thai pula tenggelam

9 Safar 1433H. [MOD] -

HAT YAI - Hujan lebat dan banjir kilat mencetuskan huru-hara di selatan Thailand semasa tahun baru, kelmarin, dengan seorang penduduk dikhuatiri maut, lapan orang hilang dan arahan berpindah dikeluarkan kerajaan.

Di Hat Yai, pelancong asing terperangkap di hotel mereka selepas jalan raya terputus hubungan akibat banjir kilat sementara di Narathiwat, penduduk terpaksa menggunakan bot selepas jalan raya dibanjiri.

Ramalan cuaca menunjukkan banjir kilat itu mungkin akan menjejaskan enam wilayah di Thailand, negara yang sedang pulih daripada banjir berpanjangan sejak Julai lalu.

Pihak berkuasa tempatan Hat Yai mengarahkan penduduk berpindah selepas hujan lebat melanda kawasan tersebut selain menyebabkan banjir kilat di 12 daerah di Songkhla dan kawasan lain di selatan Thailand.

Menurut stesen meteorologi Yala, cuaca buruk dan hujan lebat di selatan negara itu disebabkan kesan gabungan angin monsun di Teluk Siam dan angin tekanan rendah di utara Malaysia.

sinar harian/-

Merdeka Center ramal PRU dalam enam bulan

9 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Pilihan raya umum ke-13, yang menjadi perhatian banyak pihak, kemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh enam bulan ini - sebelum Ramadan, kata firma kajian pandangan umum tempatan.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, berdasarkan jangkaan beliau, pilihan raya umum akan diadakan sebelum Jun sebab arena politik khususnya Umno, selaku parti teras Barisan Nasional (BN), akan memberi tumpuan ke atas urusan pemilihan parti melibatkan semua peringkat pada akhir tahun.

"Saya rasa masa yang ada (yang kondusif), adalah antara sekarang hingga bulan Jun, jadi kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan selewat-lewatnya sebelum akhir Jun," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

"Saya lihat akan ada banyak acara dan program pada separuh kedua tahun ini. Ini termasuk pemilihan Umno semua peringkat.

"Jadi saya tidak melihat (Presiden Umno dan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) mahu mengadakan pemilihan parti dan pilihan raya umum pada tempoh yang sama," katanya lagi.

Ibrahim juga berkata, perkara-perkara yang diumumkan menerusi Bajet 2012 sudah mula dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu dan ia antara lain akan menjadi petanda-petanda kepada tarikh memanggil pilihan raya umum ke-13.

Mandat semasa hanya akan berakhir pada April 2013. Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada Mac 2008.

Kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri jika BN memanggil pilihan raya awal.

Dalam pada itu, bancian yang sedang dikendalikan oleh Sinar Harian Online, setakat pagi tadi, menunjukkan 66 peratus berfikir pilihan raya umum akan dipanggil antara Februari dan Mac ini.

Seramai 16 peratus lagi pengunjung memilih tempoh antara bulan Mei dan Jun. Hanya 13 peratus mengharapkan pilihan raya umum diadakan awal tahun depan iaitu di penghujung mandat semasa.

Sinar Harian

Seorang lagi kanak-kanak dikurung

9 Safar 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Hanya kerana bermain dengan dompet, seorang kanak-kanak dipukul dan dikurung oleh bapa kandungnya selama beberapa jam.

Kanak-kanak perempuan itu dipercayai menangis lebih 10 jam selepas ditinggalkan seorang diri di rumah mereka di Jelutong kira-kira jam 11.45 malam kelmarin.

Keadaan itu mengejutkan jiran yang bertindak menghubungi polis.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia mendengar kanak-kanak ber-umur enam tahun itu menangis dan sesekali meminta tolong dari jam 3 petang kelmarin hingga awal pagi semalam.

“Saya menghubungi polis pagi tadi (semalam) selepas mendapati kanak-kanak itu menangis tidak berhenti,” katanya.

Sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporannya.

“Polis mengambil masa hampir sete­ngah jam untuk masuk ke rumah berkenaan kerana ia berkunci. Selepas mendapat bantuan daripada jiran, polis berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu yang berada dalam keadaan trauma kerana ditinggalkan seorang diri,” katanya.

Menurutnya, beberapa jiran menye­dari bapa kanak-kanak itu pulang ke kawasan perumahan berkenaan, tetapi melarikan diri selepas ternampak polis di rumahnya.

“Berdasarkan maklumat ibu mangsa yang berusia 40 tahun, anaknya dijaga oleh suami kerana ketika itu dia keluar bekerja.

“Anaknya dipukul dengan tangan ke­rana bermain dengan dompet bapanya,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan pemeriksaan awal mendapati kesan luka baru dan lebam lama di tangan, badan dan kakinya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, polis sedang mengesan bapa kanak-kanak terbabit yang berumur 49 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap bagi membantu siasatan.

“Suspek sedang dikesan di sekitar Jelutong,” katanya.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kanak-kanak itu mungkin didera.

Sinar Harian

Hosni diusung ke mahkamah ikuti perbicaraan

9 Safar 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Bekas diktator Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak, dibawa menaiki pengusung untuk menyambung perbicaraan ke atasnya, semalam.

Sejak digulingkan, Hosni, 83, dirawat di hospital tentera kerana mengalami masalah jantung.

Dia berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan mengarahkan pasukan keselamatan membunuh warga Mesir yang berhimpun di Kaherah kerana membantah pemerintahannya pada Februari lalu.

Perbicaraan disambung minggu lalu selepas tertangguh tiga bulan.

Sepanjang tempoh itu, peguam Hosni mendakwa mangsa kekejaman regim diktator itu cuba mengetepikan Ketua Hakim, Ahmed Refaat, kerana dituduh berat sebelah tetapi gagal.

Bekas pembantu Menteri Dalam Negeri Mesir mendakwa, menteri terbabit, Habib al-Adly, memberi arahan kepada polis menggunakan gas pemedih mata serta meriam air ke atas penunjuk perasaan.

Insiden itu berlaku pada 28 Januari - hari demonstrasi paling ganas.

Panglima Medan yang juga bekas Menteri Pertahanan Hosni pula memberi keterangan tertutup dan mahkamah melarang kenyataannya didedahkan. - AFP/-

50 bayi tidak diingini

9 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Warga asing antara yang memanfaatkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch) oleh Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan Care) apabila 10 bayi tidak diingini di kalangan golongan itu dihantar ke pusat berkenaan.

Setiausaha Kerjanya, Azra Banu berkata warga asing yang menghantar bayi mereka ke pusat itu terdiri pelajar dan pekerja beberapa negara termasuk Filipina, Indonesia dan Nigeria.

“Sejak ditubuhkan pada 29 Mei 2010 sehingga kini, Baby Hatch sudah menerima hampir 50 bayi tidak diingini di seluruh negara dan kami juga menerima permintaan ramai lagi wanita mengandung dan berkeinginan menghantar bayi mereka ke sini.

“Jumlah bayi berketurunan Melayu antara tertinggi iaitu 33 orang diikuti India dua orang dan Cina seorang manakala ibu bayi dihantar di sini berumur antara 18 tahun hingga 32 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, ramai wanita yang mengalami masalah mula menyedari kewujudan Orphan Care dan ia perkembangan positif dan lebih baik daripada mereka tiada tempat hendak dituju dan akhirnya membuang bayi yang tidak berdosa.

Azra berkata, Baby Hatch dijangka akan diwujudkan di Johor Bahru dan Kota Bharu, Kelantan dalam tempoh enam bulan diikuti di Pulau Pinang pada 2013.

“Kewujudan pusat ini turut mendapat reaksi positif masyarakat apabila turut menerima permintaan mewujudkan Baby Hatch di beberapa negeri lain termasuk di Sabah dan Sarawak, namun sukar kerana sumber terhad.

“Bagaimanapun, kami tetap berharap kes pembuangan bayi berkurangan sekali gus tidak memerlukan lebih banyak Baby Hatch pada masa akan datang,” katanya.

my metro/-

02 Januari 2012

Wawancara RPK: Presiden MCLM letak jawatan

9 Safar 1433H. [MOD] -

Presiden Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim hari ini meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dalam media arus perdana semalam.

Dalam pengumuman dalam blognya hari ini, Haris Ibrahim berkata, wawancara Raja Petra -- yang juga jurucakap MCLM -- antara sebab untuk "keputusan sukar" itu dibuat.

Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu.

"Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya.

Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

Malaysiakini/-

Perjuangan yang panjang dalam mengerjakan haji

8 Safar 1433H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Memang benar mengerjakan haji satu perjuangan, banyak rintingan yang perlu dilului dan banyak ujian yang perlu ditempuhi bagi mencapai haji yang mabrur. Sesiapa yang boleh melepasi semua itu dengan baik pasti mendapat haji yang mabrur. Tetapi berapa ramai yang berjaya?

Saya dan isteri memilih haji ifrad walaupun ramai kumpulan kami yang memilih tamatta’. Kata mereka, haji ifrad berat sikit, kena berada dalam ihram tempoh yang lama, takut kena banyak dam. Yalah 13 larang semasa ihram. Gambaran itulah barangkali yang menakutkan semua jemaah.

Alhamdulillah kami memakai ihram sejak di Kelana Jaya lagi dan berniat haji semasa berada dalam kapal terbang. Bayangkan sepanjang penerbangan itu kami sudah diharamkan 13 perkara. Kalau melanggarnya perlu membayar dam. Tapi dalam fikiran saya, kita hanya nak buat haji, bukan nak salah. Tetapi kalau tersalah juga bayarlah dam, bukankah dam juga ibadah.

Mujurlah dalam kapal terbang boleh tidur walaupun kurang selesa. Dan dengan itu kami kuranglah bercakap. Jadi, kesalahan yang melibatkan lidah itu tiadalah berlaku. Apatah lagi larangan rafath dan jidal. Alhamdulillah selamat.

Sesampai di hotel, kami berpisah tempat tinggal. Cuma sesekali boleh berjumpa untuk makan terutama waktu sarapan pagi kerana waktu pagi tidak disediakan makanan. Namun kerap juga berjumpa tatkala untuk ke masjidil haram kerana di sana disyaratkan pergi bersama. Bukan apa, untuk keselamatan diri di tempat orang yang sememangnya ramai orang. Kalau sesat sukar berjumpa kembali.

Oleh sebab itulah kami boleh hidup dalam keadaan ihram tanpa melakukan larangan yang ditetapkan itu. Malah kami masih dapat menjaga larangan terutama yang membabitkan suami isteri. Alhamdulillah dalam tempoh itu tidak ada pertengkaran atau pergaduhan besar walaupun sekali sekala terasa juga kecil hati apabila berseorangan menanggung kesakitan (rasa isteri tidak simpati). Padahal itu semua ujian kecil yang cuba digoda syaitan.

Syukur kepada Allah kerana dalam tempoh 12 hari berihram kami dapat menjalani hari-hari itu dengan amalan kebajikan, malah dapat melakukan ibadah sunat di masjidilharam, membaca al-Quran dan solat sunat termasuk tawaf sunat. Sebenarnya dalam tempoh itu perjuangan yang perlu kami tempuh bukanlah sengit dan tidaklah mencabar sangat.

Di Makkah, perjuangan kesabaran boleh dihadapi dengan sikap tenang dan berfikiran positif terhadap apa yang berlaku. Cuma perjuangan bagi mengekalkan wuduk agak mencabar. Yalah, kadang-kadang sudah hampir hendak azan, terbatal wuduk pula. Bayangkan kalau nak keluar ke bilik air agak jauh. Kalau keluar, pasti tiada peluang masuk semula. Nak guna spray yang dibekalkan Tabung Haji takut basah tempat solat pula. Mujur ada tempat air zamzam dalam masjid maka bolehlah ambil wuduk di situ. Tapi tak bolehlah basuh tiga kali seperti biasa.

Bayar Dam

Berbalik kepada larangan ihram, ramai juga jemaah haji yang tidak perasan dengan bulu ari-ari, bulu dada dan hidung boleh gugur. Ada juga yang terkeliru antara sengaja dan tidak sengaja dalam menggugurkan bulu tersebut. Waktu kursus kita diberitahu tentu larangan menggugurkan rambut atau sebarang bulu pada tubuh badan. Juga diterangkan tentang maksud sengaja atau tidak sengaja. Tetapi apabila tiba waktu praktikalnya, banyak juga yang terlupa dan tidak perasan.

Saya sendiri waktu belajar itu beranggapan larangan itu tidak menjadi masalah bagi lelaki. Tetapi apabila sudah berada dalam realitinya, baru tersedar bahawa lelaki juga sama. Yalah, waktu kita mandi, bulu dada boleh gugur. Dan kadang-kadang secara tidak semena-mena, dicabutnya bulu hidung. Kalau yang gugur itu sehelai atau dua, tentunya kecil. Tapi kalau tiga helai sekali gus tentulah banyak.

Bayangkan, kalau setakat dua helai boleh diselesaikan damnya dengan memberi kepada orang miskin atau pekerja klener di Masjidilharam dengan kadar SAR 5 (lima rial). Tetapi kalau tiga helai, damnya seekor kambing yang bernilai SAR 330. Inilah perjuangan yang terpaksa ditempuh sepanjang ihram. Beruntunglah mereka yang memikirkan dam itu juga sebagai ibadah maka wang yang dikeluarkan itu ada nilaian di sisi Allah.
Kemuncak Perjuangan

Semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina adalah kemuncak perjuangan yang kalau gagal di sini gagallah haji. Antara larangan semasa ihram ialah menebang pokok dan memburu binatang. Sewaktu belajar, saya berfikir adakah pokok di sana, dan adakah binatang buruan di sana. Tetapi apabila sampai di sana baru kita sedar, sememangnya Allah ingin menguji kita.

Tahukah anda, di Arafah banyak pokok yang ditanam oleh kerajaan. Tentunya pokok itu ditanam untuk mencantikkan kawasan. Tetapi tahukah anda pokok itu juga termasuk dalam 13 larangan semasa ihram. Bayangkan kalau kita secara sedar menyandar dan menggonjangkan batang itu, lalu gugur daunnya, berapa banyak dam yang perlu dibayar. Itu satu hal, satu lagi apabila masuk di dalam khemah, ada pula anak pokok. Kawan saya hampir menyentuhnya. Bayangkan kalau dia tergatal tangan lalu memetik satu dua helai daun, berapa dam yang perlu dibayar.

Dalam hal ini, isteri saya ada menceritakan yang kawannya secara tiba-tiba seekor belalang terbang kepadanya. Dan dia sepantas kilat menepisnya lalu matilah belalang itu. Membunuh binatang buruan adalah satu kesalahan yang wajib membayar dam. Kita nampak hal ini kecil tetapi sebenarnya besar di sisi Allah.

Di Mini sesekali nampak burung merpati turun mencari makanan di atas jalan. Walaupun jumlah di sini tidak sebanyak di Makkah, kehadiran burung merpati yang kelihatan jinak itu boleh memerangkap jemaah haji. Sebenarnya kalau ada jemaah haji yang masih dalam ihram (hari ke 10 Zulhijjah) menabur makanan lalu burung itu memakannya, maka dia termasuk dalam kategori memburu binatang.

Mujurlah larangan di Mina itu hanya satu hari iaitu pada 10 Zulhijjah, bolehlah bebas sedikit. Tidak lagi risau hal keguguran rambut atau mencabut pokok juga memburu binatang. Sungguhpun begitu mereka masih ada tiga larangan yang melibatkan suami isteri. Jadi, pada hari ke 11, 12 dan 13 mereka agak selesa apatah lagi sudah boleh berpakaian biasa.

Perjuangan belum selesai

Walaupun larangan sudah kurang, perjuangannyanya masih belum selesai. Kadang-kadang sewaktu menuju ke Jamarat untuk acara melontar jamrah nafsu kita diuji. Bayangkan setiap hari berulang alik ke jamarat berdua-dua dalam keadaan bersesak-sesak, kalau tidak dikawal nafsu salah seorang daripada mereka sudah pasti dam menanti mereka.

Selain itu perjalanan sejauh tiga kilometer juga satu cabaran. Waktu pergi agak kuat dan bertenaga, tetapi waktu pulang masing-masing keletihan. Waktu ini kalau tidak kuat jiwa, akan tercetus banyak dosa lagi. Kita perlu ingat walaupun sudah tidak pakai ihram, bukan bermakna kita boleh buat apa sahaja.

Perjuangan sebenarnya akan berakhir apabila balik ke Makkah. Di sana semua jemaah akan mengadakan tawaf ifadah dan saei. Tapi bagi yang buat haji ifrad cukup dengan tawaf ifadah sahaja. Ibadah tersebut juga perlu berhadapan dengan ujian bersesak-sesak. Kadang-kadang kaki mereka tersentuh kaki perempuan Afrika yang tidak pakai stoken.

Memang betul dalam mazhab Syafii bersentuh tanpa syahwat dalam keadaan ini tidak batal wuduk, tetapi bagaimana kalau waktu tersentuh itu, hati anda terasa sesuatu, tentu terbatal wuduk. Tapi anda mengabaikan perasaan itu lalu diteruskan tawaf. Tentu tidak sempurna tawafnya ketika itu. Bayangkan kalau ini gagal, bagaimana saeinya? Inilah yang saya maksudkan perjuangan terakhir.

Tawaf kedai

Selepas selesai haji, masing-masing bebas dengan aktiviti harian, selain berulang alik ke Masjidilharam, waktu pulang ke hotel, mereka akan tawaf kedai terlebih dahulu. Sesetengahnya window shoping dahulu, tetapi tidak kurang juga yang terus membeli belah untuk buat buah tangan orang di kampung. Kalau 20 hari di Makkah, entah berapa hari mereka menapak di kedai-kedai sekitarnya. Dan berapa banyak pula yang mampu dibeli.

“Mari-mari tengok dulu” itulah bahasa yang digunakan oleh penjual Arab bila melihat orang Malaysia alalu di hadap kedai mereka. “Malaysia bagus” ucapan pujuk yang sering digunakan oleh mereka membuatkan kita tergoda lalu membeli barang itu. Memanglah murah harga di sini, tetapi kualitinya kita tidak tahu. Nampak cantik tetapi belum tentu cantik. Kalau jubah memang cantik dan bermutu kalau harganya lebih 30 rial.

Saya beli seterika yang mengguna air, harganya baru 40 rial, kalau duit kita baru 30 ringgit lebih. Saya beli bukan sebab murah tetapi sebab nak gosok baju yang sudah berkedut. Saya berpuas hati dengan alat itu, cuma apabila bawa balik ke Malaysia, plaknya tidak boleh sesuai dengan soket di sini. Plak dua batang di sana tidak sama dengan lubang soket di sini. Sekarang alat itu disimpan dahulu sebelum menggantikan plak tiga batang. Harap-harap boleh digunakan setelah digantikan plak baru.

Sebenarnya orang Arab memang suka dengan orang Malaysia, kerana lazimnya orang kita suka membeli. Mengikut rekod mereka, orang Malaysia banyak membeli barang mereka. Tapi kadang-kadang mereka tidak suka apabila sebahagian mereka suka menawar harga yang bukan-bukan. Berbeza dengan orang Indonesia, mereka berbelanja seperti orang kaya. Mungkin mereka berniaga waktu di tanah air mereka. Inilah realiti jemaah haji sebelum pulang ke tanah air.

Sesetengahnya tawaf kedai ini disambung sewaktu di Madinah. Maka sebahagian barang itu diposkan dari Makkah dan sebahagian lagi diposkan di Madinah. Jadi yang pasti untung dalam hal ini ialah pekedai dan pos Malaysia. Bayangkan, saya sendiri belanja pos bernilai SAR700. Harga barang tentu lebih mahal daripada itu. Tapi tak mengapa kerana semua itu perlu dibeli untuk dijadikan hadiah buat mereka yang melawat di kampung nanti.

Solat 40 Waktu

Setiba di Madinah, solat 40 waktu di Masjid Nabawi tidak dilepaskan peluang itu oleh semua jemaah haji. Di sudut fadilat, saya tidak sebut kerana sudah banyak kali dijelaskan oleh penceramah, tetapi mesej yang tersirat daripada amalan itu perlu dilihat semula. Tidak dinafikan ibadah di Masjid Nabawi besar pahalanya, apatah lagi sampai 40 waktu, tetapi berapa ramai yang melakukan amalan itu secara ikhlas. Dan berapa ramai pula yang melakukan ibadah ini kerana sudah ada peluang di hadapan mata.

Sebenarnya solat 40 waktu yang dilakukan di Masjid Nabawi ini lebih daripada tujuan pahala yang besar. Tahukah anda, sesuatu yang dilakukan sebanyak 40 kali akan menjadi satu kebiasaan. Kalau anda hendak menghafal al-Quran, maka sesatu ayat itu hendaklah diulang sebanyak 40 kali, barulah benar-benar terlekat pada hatinya. Bagitu juga apabila kita mendengar sesuatu iklan sebanyak 40 kali, nanti kita akan mencuba juga akhirnya.

Maknanya, Allah mahu jemaah haji rasa seronok melakukan ibadah solat secara jemaah. Nanti dia akan rindukan solat berjemaah apabila balik ke tanah air. Ketika itu kalau dia tidak dapat melakukan solat jemaah sekali dirasakan amat menyesal dan rugi. Itulah yang akan terjadi kalau mereka lakukan solat 40 waktu di Masjid Nabawi dengan ikhlas kerana kehendak Allah dan rasul-Nya.

Setelah balik ke Malaysia, berapa ramai haji dan hajjah yang boleh mengekalkan solat jemaah di masjid atau surau? Saya tidak ada angka sebenar, tetapi kebanyakan jemaah haji sudah lupa amalan jemaah itu. Kalau wanita memang tidak perlu berjemaah (tidak digalakkan kecuali jika ada pengajian) di masjid atau surau, tetapi setidak-tidaknya mereka boleh mengekalkan solat di awal waktu. Tetapi itupun tidak mampu dilakukan oleh golongan ini.

Kalau begitulah amalan para haji dan hajjah ketika balik ke Malaysia, bolehkah mereka kekal sebagai haji mabrur. Mereka yang gagal mendapat haji mabrur awal-awal lagi kita tidak bimbangkan, kerana mereka memang tidak mampu melakukan ibadah sebagaimana yang dikehendaki Allah. Tetapi mereka yang sudah mendapat haji mabrur, tentulah rugi kerana semuanya lebur selepas itu.

Tidak dinafikan semua yang berlakukan ini ada kaitan dengan dosa yang kita lakukan sama ada secara sengaja atau tidak selepas berada di tanah air. Tetapi sesungguh sesuatu yang berlaku di sini tentu ada puncanya di sana. Jadi sebagai umat Islam apatah lagi haji dan hajjah yang baru pulang, marilah kita bertaubat dan sesalilah segala dosa dan kesilapan lalu. Semoga Allah ampuni dan kembalikan kita ke tempat yang sebaiknya di sisi Allah.

Pengawal sempadan Iran ditahan di Pakistan

8 Safar 1433H. [MOD] -

QUETTA, Pakistan: Pakistan menahan tiga pengawal sempadan Iran selepas mereka didakwa menyeberangi sempadan dan menembak sebuah kereta, menyebabkan kematian seorang rakyat Pakistan.

Menurut pihak berkuasa Baluchistan, pengawal sempadan Iran terbabit sampai di Mazan Sar Mashkail di daerah Washuk, tiga kilometer dalam Pakistan di mana mereka melepaskan tembakan ke atas sebuah kenderaan yang mereka kejar.

“Ketiga-tiga anggota keselamatan sempadan Iran itu ditahan kerana memasuki Pakisan dan membunuh seorang rakyat Pakistan di negara kami," kata Saeed Ahmad Jamali, Timbalan Pesuruhjaya Daerah Washuk.

Seorang rakyat Pakistan terbunuh manakala saudara lelaki beliau cedera akibat terkena tembakan dalam kejadian itu. Agensi.

Sunderland 1, Manchester City 0


8 Safar 1433H. [MOD] -PENYERANG Sunderland kelahiran Korea Selatan, Ji Dong-Won (kiri) bijak memperdaya penjaga gol Manchester City, Joe Hart dan seterusnya menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium of Light, Sunderland, England, awal pagi tadi. Keputusan Sunderland 1, City 0. - Foto AFP

EPL: Manchester City kecundang di tangan Sunderland


8 Safar 1433H. [MOD] -

SUNDERLAND 2 Jan. – Jaringan tunggal pemain Korea Selatan, Ji Dong-won dalam masa kecederaan membolehkan Sunderland melakar kejutan menewaskan pendahulu liga Manchester City di Stadium of Light, di sini semalam.

Keputusan itu menyebabkan pasukan bimbingan Roberto Mancini semakin sukar untuk mempertahankan kedudukan selepas dicabar hebat oleh Manchester United hasil perbezaan gol selepas anak buah Alex Ferguson turut tewas 2-3 di tangan Blackburn kelmarin. - AFP

Ibu hamil, dua anak maut dalam kebakaran di Kemboja

8 Safar 1433H. [MOD] -

PHNOM PENH 2 Jan. – Dua kanak-kanak serta ibu mereka yang sarat mengandung terbunuh dalam satu kebakaran di sebuah apartmen di ibu negara Kemboja, lapor pihak berkuasa semalam.

Gabenor wilayah tempatan di utara Phnom Penh, Sok Sambath berkata, kebakaran itu yang berlaku pada tengah malam dipercayai berpunca daripada litar pintas di bilik tidur mangsa tersebut.

“Seorang budak lelaki berusia 4 tahun, kakaknya yang berumur 10 tahun serta ibu mereka ditemui mati akibat lemas setelah terhidu asap tebal,” katanya. - AFP

50 terbunuh dalam rusuhan kaum dua puak di Nigeria

8 Safar 1433H. [MOD] -

LAGOS 2 Jan. – Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam satu rusuhan kaum antara dua komuniti di Ebonyi, tenggara Nigeria, kelmarin.

“Hampir 50 orang termasuk seorang pegawai polis terkorban apabila sekumpulan orang dari komuniti Ezza menyerang masyarakat Ezilo ekoran pertikaian tanah,” kata jurucakap, Naga Onyekachi.

Tambahnya, pertempuran itu tidak berkaitan dengan serangan dari kumpulan pengganas Boko Haram yang menyebabkan Presiden Goodluck Jonathan mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan di Nigeria pada lewat semalam. - AFP

Tiga maut kena tembakan rai sambutan Tahun Baru

8 Safar 1433H. [MOD] -

KARACHI 2 Jan. – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan lebih 60 lagi cedera akibat terkena peluru sesat di bandar pelabuhan Karachi apabila penduduk Pakistan melepaskan beberapa tembakan ke udara semasa menyambut Tahun Baru, lapor polis.

“Tembakan ke udara pada malam Tahun Baru itu menyebabkan tiga orang maut dan 60 lagi mengalami kecederaan,” kata Hamid Parhair, polis wilayah Karachi.

Tambahnya, 36 orang dibawa ke hospital kerajaan manakala selebihnya dihantar ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan luka ringan. - AFP

Piala Emas Raja-raja: Pahang juara tewaskan Melaka

8 Safar 1433H. [MOD] -

TEMERLOH 2 Jan. – Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja setelah menewaskan Melaka 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi.

Sokongan padu lebih 5,000 penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium nyata membakar semangat juang skuad Tok Gajah untuk muncul pemenang, sekaligus mengulangi kejayaan menjulang piala berkenaan pada 1980, menewaskan Perak 4-2. -

01 Januari 2012

AS$2.1 bilion dikirim pulang pekerja Indonesia di Malaysia

7 Safar 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Sejumlah AS$6.1 bilion dikirim pulang tenaga kerja Indonesia ke negara asal mereka dari Januari hingga November 2011 dan daripada jumlah itu, AS$2.1 bilion adalah dari Malaysia.

Itulah angka yang tercatat di bank pusat, Bank Indonesia (BI) dan ia tidak termasuk wang yang dikirim secara langsung oleh mereka dan melalui institusi bukan bank yang tidak direkodkan BI.

Pengarah Pemberdayaan Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Baslian Krisnayoza, berkata kiriman wang berjumlah AS$6.1 bilion itu adalah daripada tenaga kerja Indonesia yang bekerja di kawasan Asia, Timur Tengah dan Afrika, Amerika serta kawasan Eropah dan Australia.

Kiriman pulang wang dari kawasan Asia sahaja sudah berjumlah AS$3.5 bilion iaitu dari Malaysia AS$2.1 bilion, Taiwan (AS$448 juta), Hongkong (AS$441 juta), Singapura (AS$238 juta), Jepun (AS$146 juta), Korea Selatan (AS$85 juta), Brunei (AS$53 juta), Macao (AS$38 juta) dan lain-lain AS$2.69 juta, katanya dalam siaran berita di sini.

Kiriman dari Asia Barat dan Afrika berjumlah AS$2.4 bilion dengan sebahagian besarnya dari Arab Saudi iaitu Rp2.0 bilion, kiriman dari Amerika berjumlah AS$129 juta manakala kiriman dari kawasan Eropah dan Australia pula berjumlah AS$22.3 juta.

"Secara keseluruhan, kiriman 2011 yang berjumlah AS$6.1 bilion mengalami penurunan apabila dibandingkan dengan kiriman 2010 yang berjumlah AS$6.7 bilion," katanya. - BERNAMA

Insidin UPSI : BN mungkir janji !

7 Safar 1433H. [MOD] -
Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) pertamanya merakam ucapan tahniah kepada Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana pembukaan tahun baru 2012 ini dibuka dengan insiden yang amat memalukan sistem demokrasi Negara selama lebih 54 tahun kita merdeka. Jelas tindakan keganasan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) malam semalam di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim sebagai satu percabulan dan pemerkosaan demokrasi dalam Negara kita.

Keduanya kami amat kesal dengan insiden malam semalam yang mencerminkan tidak bertamadunnya Penguatkuasa Undang-undang di dalam Negara kita. Kami boleh lebalkan bahawa Dato’ Sri Najib adalah pembohong ‘No. 1’ Negara berikutan pendekatan yang telah dilakukan oleh pihak Polis tersebut. Jika benar pendekatan yang di bawa oleh Dato’ Sri Najib untuk melakukan perubahan dalam Negara, sudah tentu insiden seumpama malam semalam tidak berlaku. Bagi kami juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah salah satu sendiwara Dato’ Sri Najib yang ingin kononnya membawa kepada perubahan baru.

Kami yakin, Mahasiswa dan rakyat boleh bersetuju bahawa sikap ‘double standard’ pihak Polis jelas kelihatan berbanding himpunan yang dianjurkan oleh Umno dan juga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) selama ini. Kami mempersoalkan, adakah himpunan mereka diperlakukan seumpama himpunan Mahasiswa tersebut? Kami yakin juga bahawa Mahisiswa tidak akan tertipu lagi dengan dialog-dialog terbuka yang dianjurkan oleh Dato’ Sri Najib serta pendekatan mesra siswa BN. Kami bertekad akan memastikan golongan Mahasiswa dan rakyat menjadikan sejarah hitam berakhirnya tahun 2011 malam semalam sebagai pendirian untuk menghukum BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti!

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Angkasawan China Dijangka Mendarat Bulan 5 Tahun lagi

7 Safar 1433H. [MOD] -

China semalam mengumumkan kertas putih "Penerbangan Angkasa Lepas China 2011" yang menyingkap kembali kejayaan negara ini dalam bidang berkenaan sejak tahun 2006 dan mengemukakan rancangan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menurut kertas putih itu, China akan melancarkan roket Long March V, VI dan VII serta mengadakan perbahasan terhadap rancangan fasa awal mengenai pendaratan angkasawan di bulan pada tempoh lima tahun akan datang. Selain itu, China akan mencipta teknologi yang berkenaan untuk membina stesen ruang angkasa.

Kim Jong Un, Panglima Tentera Rakyat DPRK

7 Safar 1433H. [MOD] -

Agensi Pusat Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) hari ini melaporkan, Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Jawatankuasa Pusat Parti Rodong negaranya, Kim Jong Un dipilih sebagai panglima Tentera Rakyat DPRK.

Difahamkan, Sidang Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Rodong DPRK yang diadakan pada 30 Disember lalu telah mengumumkan Kim Jong Un dipilih sebagai panglima Tentera Rakyat DPRK mengikut wasiat mendiang Kim Jong Il pada 8 Oktober tahun ini.

Sidang tersebut menegaskan bahawa pasukan tentera dan rakyat DPRK berikrar akan mematuhi wasiat Kim Jong Il dan bersama-sama berusaha mengukuhkan kemakmuran negara dan memajukan revolusi sosiolis di bawah pimpinan Kim Jong Un pada masa depan. CRI/-

Menghargai Kebersamaan

7 Safar 1433H. [MOD] -
Oleh: Jarjani Usman

“Berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan” (QS. Qashash: 77).

Di saat orang lain ditakdirkan hidup di antara kita, kebersamaan kadangkala tak termaknakan secukupnya. Tidak jarang, kesempatan untuk bersama dirubah menjadi ajang permusuhan. Akibatnya, hidup bermakna perpecahan, yang melahirkan ketidakdamaian. Ketidakdamaian membuat hidup yang singkat semakin singkat, kebahagiaan menjadi kesengsaraan, kesempatan menjadi kesempitan, dan persaudaraan menjadi permusuhan.

Padahal telah diingatkan, hidup di dunia ini tak lebih dari sekali. Seperti setiap hari bisa disaksikan atau didengar, satu-satu di antara kita pergi menghadap Ilahi. Tak jarang juga secara beramai-ramai, seperti saat terjadi musibah gempa dan tsunami. Tak ada yang kembali, meskipun serak suara dan habis airmata menangisinya.

Seandainya musibah yang menimpa orang sebelumnya senantiasa diingat sebagai bagian tak terpisahkan dari hidup ini, sungguh besar makna hidup ini yang bisa dipungut oleh orang-orang yang masih tersisa. Sekurang-kurangnya, hidup dijadikan saat-saat untuk menjaga kebersamaan dengan orang-orang yang masih hidup. Hidup adalah saat berbagi kenikmatan sebagai rezeki dari Allah dan mensyukurinya. Yang demikian bisa membuat kita bukan hanya mampu menangis di saat orang lain mengalami kematian, tetapi juga memberi kesempatan seluas-luasnya bagi kita untuk mempersiapkan diri sebelum mati.

Serambi Indonesia/-

Bila Hilang Rasa Malu

7 Safar 1433H. [MOD] -
Oleh: Jarjani Usman

“Jika Allah ingin menghancurkan suatu kaum (negeri), maka terlebih dahulu ditanggalkannya rasa malu dari kaum itu” (HR. Imam Bukhari & Imam Muslim).

Bila ada pohon yang rindang, kerapkali yang dipuji adalah daun-daunnya yang banyak. Juga dipuji batangnya yang kuat, besar, dan tinggi; dahan-dahannya yang kuat; atau ranting-rantingnya yang banyak. Sedangkan akar-akarnya kerap dilupakan. Padahal batang, dahan, ranting, dan daun tak akan bermakna apa-apa bila tidak diperkuat oleh akar. Begitu akar tercerabut, maka tumbanglah batang, dahan, ranting, dan daun. Begitu juga manusia atau kelompok manusia dalam suatu negeri.

Seseorang dianggap terpandang karena hartanya yang melimpah, pendidikannya yang tinggi, atau kedudukannya yang mapan. Namun kadangkala rasa malunya jarang dianggap sebagai sesuatu kekuatan yang memperkuat. Padahal bila tak diperkuat akarnya yang berupa rasa, ia lambat atau cepat akan tumbang. Bila rasa malunya hilang, maka sama artinya dengan hilang unsur yang amat penting dari imannya. Dalam keadaan itu tiada, seseorang akan gampang untuk berbuat apa saja, termasuk kejahatan yang bisa menyebabkan kerusakan diri dan masyarakat tempat ia berada.

Bahkan, sebagaimana disebutkan Rasulullah SAW dalam suatu hadits, kehilangan rasa malu pada suatu kaum, menjadi pertanda kehancuran besar bagi negeri kaum tersebut berada. Kiranya demikianlah yang terjadi saat ini di negeri ini. Tidak sedikit orang, termasuk orang-orang penting, yang sudah demikian gampang berbuat keji karena hilang rasa malunya. Dengan demikian, disadari atau tidak, kita sebagai bagian dari kaum tersebut sedang perlahan tenggelam dalam kehancuran.

Serambi Indonesia/-

Ust. Fadzil : Jangan masuk PAS kalau anda cari dunia...


7 Safar 1433H. [MOD] - Dalam kesibukan ramai orang menyambut tahun baru Mesihi 2012 dan meneggelamkan kemeriahan Tahun baru Hijrah 1433 yang sepatutnya lebih dibesar dan diagungkan, saya cuma terus pasrah dengan segala ketentuan Allah SWT yang pasti penuh dengan hikmah dan pengajarannya.

Kekadang terasa ada manusia ingin menafikan hak orang lain walaupun mereka cuba bercakap tentang ukhuwah dan musyawarah.

Di sisi lain walau terasa dizalimi namun apalah sangat untuk berebut kedudukan dan pangat di dunia sedangkan yang dicari adalah redha dan keberkatan dari Allah SWT.

Oleh itu tiada bekal di kala hari 7 Safar dan 1 Januari sudah makin ke senjanya dengan cuma membekali diri ini dan sahabat sekalian dengan pesanan almarhun Ust Fadzil Nor seperti di atas.

Semuga ia menjadi bekal berguna untuk kita semua.

Idham Lim,
Parit Buntar, 7 Safar 1433H.

Insiden UPSI: Kesemua mahasiswa dibebaskan

7 Safar 1433H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini.

17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River.

Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF).

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

Rakaman Detik Cemas Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 Di UPSI

7 Safar 1433H. [MOD] -

Insiden UPSI: Rakyat perlu hentikan kezaliman BN

ALOR SETAR, 1 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat kesal, dukacita dan amat marah terhadap pihak kerajaan Barisan Nasional dengan tindakan yang cukup tidak bertamadun, zalim dan kotor terhadap mahasiswa yang memperjuangkan hak kebebasan akademik.

Ketua Penerangannya Mohd Nasir Zakaria berkata penahanan 17 orang mahasiswa yang berhimpun secara aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta kecederaan yang dialami oleh dua orang mahasiswa adalah lambang kemunduran demokrasi Malaysia.

Justeru, DPPNK katanya menuntut Kerajaan Barisan Nasional dengan serta merta bertindak:

- Bebaskan semua mahasiswa yang ditahan tanpa syarat.
- Menghapuskan serta-merta akta zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
- Hapuskan serta-merta Akta Perhimpunan Aman.
- Membayar semua kos rawatan perubatan bagi mahasiswa yang cedera.
- Memohon maaf kepada semua mahasiswa dan rakyat Malaysia

"Sekali lagi DPPNK mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim pihak kerajaan. Kami juga menyeru seluruh mahasiswa dan rakyat bangkit menghentikan segala kezaliman Barisan Nasional," katanya yang juga ahli parlimen Padang Terap.

Katanya, PRU-13 adalah peluang bagi rakyat menamatkan segala kezaliman yang berlaku sejak sekian lama.

Sehubungan itu juga beliau menasihatkan mahasiswa tidak patah semangat dan terus berjuang demi negara.

"Bergeraklah ke seluruh pelusuk negara; kampung, desa, tanah rancangan, bandar dan bandaraya.

"Harunglah sungai, denai, bukit dan lembah. Berilah peringatan kepada yang alpa. Sedarkanlah mereka yang lena," katanya.

Harakahdaily/-






Najib dijangka akan rombak kabinet, cubaan raih undi semula

7 Safar 1433H. [MOD] -

Najib dijangka akan rombak kabinet, cubaan raih undi semula

KUALA LUMPUR— Datuk Seri Najib Razak dijangka akan merombak semula Kabinetnya awal bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya berikutan skandal yang melibatkan sekurang-kurangnya dua menteri yang menggugat faktor terbaik Bajet 2012 yang mana Perdana Menteri mengagihkan wang tunai kepada 5.3 juta isi rumah, menurut sumber dalaman Umno.

The Malaysian Insider difahamkan, pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang-orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Najib memerlukan lebih ramai orang-orangnya di Kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya,” menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal yang menyelubungi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan.

Terdapat spekulasi dalam kalangan media Cina termasuk penganalisis politik Najib akan membibarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari dan pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda.

Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan “peperangan kerusi” untuk pilihan raya awal. “Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Sumber berkenaan turut menyatakan hanya bekas Menteri Besar Terengganu dan Ketua Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, menyatakan secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya.

“Kebanyakan menteri menjangkakan mereka akan dipilih dan menang. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan untuk bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008,” katanya menambah.

Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden parti, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas setahun memerintah dan kekalahan tersebut dan menyerahkan pentadbiran kepada Najib.

Penganalisi rasmi parti berkata, Najib harus memenangi dua pertiga majoriti Parlimen atau paling kurang pun setaraf dengan margin kemenangan Abdullah. “Ianya mudah dan skandal-skandal terbaru ini tidak akan membantu.

Najib merupakan seorang yang berhati-hati,” sumber rasmi parti berkata The Malaysian Insider.

Terdapat juga pemimpin umno secara terbuka mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan daripada politik ekoran siasatan terhadap syarikat keluarganya, Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut Ketua Audit Negara menyatakan terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Menyatakan syarikat terbabit tidak berkaitan dengannya, Najib, dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Shahrizat telah menghantar surat perletakan jawatan.

Tetapi menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan spekulasi bahawa Shahrizat harus meninggalkan parti atau parti akan turut terkesan daripada skandal berkenaan.

Umno telah dilihat berundur apabila bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan.

Jamil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk Hal ehwal Islam, menafikan dakwaan beliau dan dua pegawai rasmi agama menyalahgunakan wang zakat untuk membayar kos guaman di mahkamah bagi kes yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan audit menyatakan sejumlah RM63,650 daripada Lembaga Zakat digunakan untuk kos guaman apabila Anwar menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dikatakan telah dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan.

-Themalaysianinsider

80,000 sertai Countdown 2012 kerajaan Selangor

7 Safar 1433H. [MOD] -
Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 1 Jan: Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.

Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya".

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad.

Insiden UPSI: PAS desak KPN, menteri letak jawatan

7 Safar 1433H. [MOD] -
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakawa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan.

"PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun.

"Tak perlu suraikan mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka akan bersurai dengan sendiri tanpa kekecohan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

Mahfuz berkata, tindakan polis itu tidak akan menjernihkan situasi sebaliknya hanya menambahkan kebencian anak muda terhadap institusi polis dan kerajaan yang bertanggungjawab.

"Tirai tahun 2011 dilabuhkan dengan kekejaman terhadap mahasiswa yang merupkan warisan negara.

"Apa yang dilakukan polis ini sudah tentu menimbulkan kebencian anak muda terhadap polis dan saya yakin tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan anak muda di seluruh negara untuk memperjuangkan soal kebebasan akademik," katanya yang dalam perjalanan ke hospital Slim River.

Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dan melatakkan jawatan kerana gagal mengawal institusi mereka.

"Saya minta KDN dan KPN melatakkan jawatan segera kerana ternyata mereka tidak berupaya mengawal keadaan dan kesejahteraan negara," katanya.

Sementara itu, seorang mahasiswa memaklumkan, kira-kira 200 mahasiswa termasuk orang awam berkumpul di hadapan balai polis tanjung Malim menuntut mahasiswa dibebaskan segera.

Bendahari PAS Perak, Fakhrul Radzi yang turut berada di sana memberitahu, mereka sedang bergiir-gilir menyampaikan ucapan mengecam tindakan zalim polis.

"Kami bersama mahasiswa masih lagi di hadapan balai polis dan kita tuntut mahsiswa yang masih dalam lokap dibebaskan segera," katanya.

Harakahdaily.-

Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan

7 Safar 1433H. [MOD] -


Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

smm protest in sultan idris university 010112 safwan anangDakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.

Malaysiakini/-

TV IKIM dilancar Februari depan

7 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan melancarkan Televisyen IKIM (TV IKIM) pada Februari depan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Beliau berkata, TV IKIM adalah alternatif baru bagi menaik taraf sistem penyiaran institut berkenaan pada 2012.

"Saya berharap stesen TV IKIM akan mendapat sambutan dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konsert Malam Apresiasi 2012 di Masjid Wilayah Persekutuan.

Ketika ini, IKIM mengendalikan IKIM.fm iaitu saluran radio 24 jam yang menampilkan rancangan bercorak Islam. - BERNAMA

Seorang lagi mangsa nahas Manjung meninggal dunia

7 Safar 1433H. [MOD] -

MANJUNG: Seorang mangsa yang kritikal dalam kemalangan maut di Jalan Lekir-Teluk Intan dekat sini lewat malam tadi, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung kira-kira jam 8 pagi ini.

Kematian beliau menjadikan keseluruhan tujuh maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler pada 11.30 malam tadi itu

Dinar Emas : Perak wajar contohi Kelantan

7 Safar 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak pertamanya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan berikutan pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972. Bagi kami, Kerajaan Negeri Perak wajar mengikut langkah yang sama pendekatan yang telah dilakukan di Kelantan.

Keduanya, oleh kerana di Perak juga telah memperkenalkan matawang dinar dan dirham ini, kami berharap Kerajaan Negeri Perak dapat menjalinkan kerjasama dan mencontohi Kerajaan Negeri Kelantan bagi mempergiatkan penjualan matawang tersebut. Kami juga berharap rakyat turut mengambil peluang memilikinya dan ianya tidak terbatas kepada semua lapisan masyarakat di Perak. Bagi kami dengan memiliki sebenarnya, ianya tidak merugikan malah akan menambahkan pendapatan sampingan jika kita membelinya.

Kami mengharapkan Kerajaan Negeri Perak tidak menjadikan ‘alasan politik’ untuk tidak mengambil langkah proatif di dalam memastikan peningkatan penjualan dinar dan dirham di Perak dapat ditingkatkan. Dan kami juga tertanya-tanya tentang kedudukan penjualan dinar dan dirham yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak sejauh manakah pencapaiannya sehingga kini setelah diperkenalkan?


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Pakatan Rakyat Miri Anjur Bowling Perkuatkan Ukhuwah


7 Safar 1433H. [MOD] -
PAS Miri

MIRI, 31 Dis.:-Awal pagi ini sebanyak 12 pasukan gabungan dari ahli cawangan setiap parti komponen Pakatan Rakyat Miri telah menganjurkan Bowling Ukhuwah Pakatan Rakyat Miri di Pusat Bowling Bintang Mall bagi meningkatkan persefahaman dikalangan petugas pilihanraya PR menjelang tahun baru 2012. Setiap pimpinan parti hadir terdiri YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee,YB Piasau ,Alan Ling dan Dr Michael Teo(PKR),bekas calon Senadin. Pertandingan dijalankan dalam suasana santai dan penuh mesra bagi mengeratkan kerjasama bagi ketiga-tiga parti.

Pasukan Pemuda Pakatan Rakyat B terdiri dari Akram(PAS),Bill Kayong(PKR) dan Chua(DAP) telah muncul juara dengan jatuhan pin 1161 selepas tiga pusingan kejohanan menewaskan Pasukan Remaja Miri C pin sebanyak 1158 untuk mucul juara.

Wakil PKR Suadara Awang(PKR) telah menjadi Pemain Terbaik dengan jumlah pin tertinggi sepanjang perlawanan,Sementara Saudara James Churchill(Dewan Himpunan Penyokong PAS) dipilih pemain paling bergaya pada pertandingan tadi. YB Ling dalam penutup program, menyuarakan harapan dengan kehadiran 2012,yang mana angka 2 dibelakang tahun itu menjadi saksi kemunculan sistem 2 parti di Malaysia dan mengharapkan kerjasama PR Miri ini diteruskan dengan istiqamah bagi memastikan kecemerlangan PR Miri menawan dua kerusi Parlimen iaitu Miri dan Sibuti.

Penduduk di Kpg Sealine Mahu Kemudahan Asas dan Lot Tanah Tetap

7 Safar 1433H. [MOD] -
PAS Miri

MIRI – Baru-baru ini rombongan dari PAS Miri bersama YB ir Hj Nizar Jamaluddin mantan ketua menteri Perak dan juga merupakan ahli jawatan kuasa PAS Pusat melawat Kpg Sealine.

PAS Miri di ketuai oleh Jofri Jaraiee dan YB Ling dari DAP yang turut serta bersama berkunjung dan menemui penduduk di Kampung Sealine yang merupakan sebuah perkampungan yang majority penduduknya adalah Iban dan terdapat juga orang Melayu dan juga Cina tinggal disitu.

Kunjungan PAS dan Pakatan Rakyat telah disambut dengan baik oleh penduduk disitu. Dalam sesi soal-jawab dengan penduduk tersebut, mereka meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap janji-janji kerajaan yang pernah berjanji untuk membantu mereka menyelesaikan masalah tempat tinggal mereka sekarang.

Ada mangsa rumah kebakaran beberapa bulan yang lalu di Sealine terpaksa menyewa dan menumpang di rumah saudara mara mereka disitu disebabkan mereka dilarang untuk membina semula rumah mereka ditempat kebakaran yang lalu.

Mereka berjanji untuk memberi lot tanah tempat tinggal kepada mereka yang sudah lama menetap di situ dan telah memberi surat kelulusan untuk mendapat lot tanah kepada penduduk di situ tetapi apabila mereka pergi ke pejabat Tanah dan Ukur Miri mereka diminta bayaran sebelum mereka diberi lot tanah tersebut.

Seorang ibu tunggal yang mengadu akan nasibnya kepada pihak PAS supaya dapat membantu beliau menyelesaikan masalah tanah lot yang beliau mohon sehingga kini belum dapat diselesaikan disebabkan katanya beliau terpaksa membayar lot tersebut sebelum dapat disahkan oleh Pejabat Tanah dan Ukur di Miri. Memandangkan beliau tidak mempunyai wang untuk membayar lot tersebut maka beliau merayu agar pihak yang berkenaan dapat selesaikan masalah tersebut dengan segera sebab beliau tidak mempunyai anak dan bekerja sendiri.

Diantara lain masalah penduduk di Kpg Sealine adalah pengkongsian meter air dan juga bekalan elektrik yang masih menggunakan generator. Kos belanja untuk mengisi minyak menggunakan generator boleh mencecah lebih daripada RM200 sebulan. Ini sudah tentu membebankan penduduk miskin di kampung tersebut.

Masalah pengkongsian meter air di kampung tersebut juga menyusahkan penduduk disebabkan ada kalanya air yang keluar dari paip air tersebut keluar terlalu sikit dimana mereka terpaksa mengangkut air dari paip besar untuk mendapatkan air bersih. Jalan masuk kampung tersebut juga agak sempit dan longkang pun tidak teratur dengan baik yang boleh menyebabkan banjir kilat.

Adalah sungguh malang bagi penduduk Kpg Sealine yang sepatutnya mendapat kemudahan asas tidak dilayan dengan sewajarnya sebagai rakyat Malaysia dan tinggal pula dalam kawasan Bandaraya Miri. Perkara semacam ini tidak sepatutnya berlaku dalam Bandaraya seperti Miri.

Penduduk disitu sudah tinggal lebih dari 30 tahun tetapi kehidupan mereka juga tidak ubah seperti 30 tahun yang lalu. Mereka mahu pihak kerajaan dapat memberi kemudahan asas dan juga memberi tempat tinggal tetap kepada mereka agar mereka tidak lagi hidup seperti menumpang di tanah sendiri.

Kita mendesak pihak yang berwajib mesti menunaikan janji mereka kepada rakyat dan beri segala kemudahan asas dan juga tempat tinggal yang tetap agar penduduk tersebut tidak terpinggir dari arus pembangunan.

PAS dan Pakatan Rakyat akan sentiasa turun padang dan membantu menyelesaikan masalah rakyat setakat kemampuan yang ada dan jika diberi kuasa sebagai pemerintah, Insya-Allah PAS dan Pakatan Rakyat akan melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya sebagaimana yang terkandung dalam buku Negara Berkebajikan dan akan memberi segala kemudahan asas dan juga status tempat tinggal tetap kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

Amaran hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis

7 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kawasan rendah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berisiko mengalami banjir berikutan hujan lebat berterusan sehingga malam ini.

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga.

Menurut kenyataan jabatan itu, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli manakala di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik dan Langkawi, manakala di Perlis melibatkan kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau. - BERNAMA

Tujuh sahabat maut kemalangan

7 Safar 1433H. [MOD] -

MANJUNG 1 Jan. - Tujuh sahabat terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah treler di Batu 6 Jalan Lekir, Setiawan dekat sini lewat malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, enam mangsa mati serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Seri Manjung pukul 8 pagi ini akibat cedera parah.

Mereka yang mati di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Mohamed Kamil Tamsuri, 15; Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15; Ahmad Faizal Ahamad Termizi, 15; Mohd. Shafiq Riduan Yusof, 16; Badrul Isa Sulaiman, 20; dan adiknya Mohd. Hadi, 17.

Mohd. Hisham Mat Zaki, 23; yang memandu kereta itu, Khairul Faiz Mohd. Nor, 17; cedera ringan, manakala pemandu treler, Abdul Rashid Mohd. Hisham, 49, cedera parah.

565 tentera ISAF maut di Afghanistan tahun 2011

7 Safar 1433H. [MOD] -

KABUL 1 Jan. – Lebih 560 tentera asing yang dikerah di Afghanistan memerangi pemberontakan Taliban, dilaporkan terbunuh sepanjang tahun lalu, jumlah kematian kedua tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Berdasarkan laporan laman web icasualties.org, jumlah kematian tentera Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang diketuai NATO berkata pada tahun lalu menurun kepada 565 orang iaitu 417 dari Amerika Syarikat dan 45 dari Britain.

Kematian tentera bersekutu pada 2010 berjumlah 711 orang, jumlah yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 521 orang. – AFP

Nigeria isytihar darurat, tutup sempadan

7 Safar 1433H. [MOD] -

ABUJA 1 Jan. – Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan semalam mengisytiharkan perintah darurat di kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat keganasan, dipercayai perbuatan militan Boko Haram, dan mengumumkan penutupan sebahagian sempadan negara ini.

Jonathan berkata, langkah tegas itu diambil bagi memulihkan semula keadaan di kawasan yang terlibat dan usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut masih diteruskan.

"Berdasarkan peruntukan Perlembagaan seksyen 305 (1), saya mengisytiharkan perintah darurat di Plateau, Yobe, Borno dan Niger," katanya. – AFP

Terengganu dilanda banjir kali kedua

7 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU 1 Jan. - Terengganu dilanda banjir kali kedua berikutan hujan lebat dan angin kencang melanda negeri itu sejak malam tadi menyebabkan kebanyakan air sungai melimpah.

Sehingga pukul 11 pagi ini, seramai 428 orang daripada 100 keluarga penduduk di beberapa buah kampung di Besut dan Setiu telah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Mengikut portal banjir kerajaan negeri, sehingga kini empat buah pusat pemindahan telah dibuka, masing-masing dua di Besut dan Setiu.

Di Besut, 316 orang daripada 64 keluarga telah ditempatkan di Dewan Serbaguna Apal manakala 29 orang (tujuh keluarga) ditempatkan di Sekolah Bukit Tempurung.

Di Setiu, 73 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di Dewan Rukun Tetangga Guntong dan 10 orang daripada dua keluarga di Balai Raya Desa Jaya.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata, paras air sungai di Besut dan Setiu mula surut pagi ini setelah melimpah melebihi tebing berikutan hujan lebat malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, paras air sungai Setiu, di Kampung Langkap sehingga pukul 11 pagi ini masih lagi berada di paras bahaya iaitu 22.8 meter berbanding 22.48 meter pada pukul 9 pagi tadi.

Beliau berkata, sesetengah tempat di Besut, paras air sungai berada melebihi paras waspada.

Sementara itu, beberapa acara sambutan tahun baru termasuk Program Kayuhan Ambang Merdeka melibatkan golongan belia dan remaja di negeri ini daripada Stadium Gong Badak ke Dataran Batu Buruk di sini malam tadi terpaksa dibatalkan berikutan hujan lebat.

Kawasan di sekitar Pantai Batu Buruk yang merupakan antara kawasan tumpuan pelancong di negeri ini juga dinaiki air sehingga paras lutut malam tadi, namun air kembali surut pagi ini. — BERNAMA

Gempa 7.0 landa Jepun, tiada amaran tsunami

7 Safar 1433H. [MOD] -

SINGAPURA 1 Jan. - Gempa bumi dengan kekuatan 7.0 skala Richter melanda Pulau Izu di Jepun, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Pusat Amaran Tsunami Amerika Syarikat di Hawaii itu tidak mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa di Hachijo-jima di Pulau Izu tersebut. - REUTERS