03 Mac 2009

Seruan Kepada Semua Cina Islam,

Allah SWT telah memilih kita untuk menjadi seorang yang beriman kepada Nya. Dengan mengucapnya dua kalimah syahadah setelah bersaksi tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah..maka berakhirnya zaman jahiliyah kita dan kita semua menjadi sebahagian dari umat Islam. Alhamdulillah....


Maka bermulalah suatu kehidupan insan yang putih bersih tanpa sedikitpun dosa, setelah Allah mengampunkan segala perkerjaan yang lalu. Seperti anak anak yang baru dilahirkan, seputih kapas yang tak ternoda sedikitpun dosa. Seputih salji jauh mata memandang yang mengasyikkan.

Sesudah itu ingatlah kehidupan saudara hendak lah memenuhi hasrat penciptaan manusia itu sendiri dengan melakukan amal soleh :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." ( Adz-Dzaariyaat : 56)

Tuntutan mengenai Rukun Iman dan Rukun Islam tidak berada dalam skop yang terbatas tetapi melaksanakan semua titah perintah Allah sehinggalah berjuang dalam perjuangan Islam sesuai dengan matlamat diutuskan Rasul itu sendiri :


وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

"Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)." ( An Nahl : 36)

Sesungguhnya di Malaysia Jemaah Islam yang sedang memperjuangkan itu semua, iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS), jauhilah parti atau jemaah yang sesat dan menyesatkan umat manusia seperti UMNO dan sebagainya..Sia-sialah kita kalau saudara menyokong sebuah parti yang telah dan sentiasa melakukan malah mencipta kezaliman kepada rakyatnya disemua peringkat.

Sedangkan di sana Allah melarang kita melakukan kezaliman sesama manusia dan kepada semua makhluknya yang lain, cenderung kepada yang zalim pun dilarang oleh Allah SWT :

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ


"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." (Hud : 113)

Apalagi kalau saudara adalah orang yang memilih calon-calon dari Parti UMNO dan BN yang sedang melaksanakan kezaliman yang melampau, saudara telah mempunyai saham atau aset yang menyebabkan hayat kezaliman itu berterusan untuk 5 tahun akan datang. Ingatlah tanggungjawab berjuang untuk memenangkan Islam dan Jemaah Islam, tanggungjawab untuk meruntuhkan kezaliman dan menegakkan keadilan adalah soalan-soalan yang akan ditanya di hadapan Allah SWT kelak di akhirat.

Yakinlah dengan akidah dan perjuangan Islam dan itulah penyelamat kita semua setelah kita bergelar CINA ISLAM

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
Sesungguhnya Hidayah dari Allah SWT itu merupakan satu rahmat dan juga kurniaan yg cukup besar buat insan2 yg bergelar Cina Islam mahupun India Islam kerana bukan semua Melayu Islam mendapatnya

Tanpa Nama berkata...

Drs, Sebuah haiku.Seputih kapas ditampuk.Seiklhlas syahadah di ikrar. Santun akhlak dibentuk.Keliopak iman berkembang segar.Dang Ratna Kesuma.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Betapa mulianya manusia bila diberi hidayah. Islam itu cukup indah dan milik semua bangsa. Tonjolkanlah kesucian dan keindahan Islam itu melebihi dari segala-galanya. Jangan memilik bangsakan Islam ini, dan jangan sesekali sempitkan dan terhadkan agama Allah ini kepada hanya puasa, solat, sedekah sahaja.

Banyak lagi ruang untuk Islam. Belajar dan terus belajarlah kita hendaknya.

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
Banyakkan artikel2 yang bersifat dakwah. Dipejabat saya terdapat beberapa rakan cina yang sentiasa bertanya mengenai Islam terutama pada isu2 semasa.
Diharapkan Drs dapat mengeluarkan artikel2 yang mengulas isu2 tersebut dari perspektif Islam terutama dalam bahasa ibunda Drs.
ikhlas;

Tanpa Nama berkata...

Allah Maha Besar.Semoga petunjuk dan hidayah dari Allah akan berpanjangan kepada muslimin dan muslimat.Terlalu nikmatnya dapat mencintai ALLAH dan rasul kerana ia kebahagiaan hakiki.Hanya manusia yang tidak takut azab ALLAH sahaja yang berasa tidak bersalah terhadap dosa-dosanya.