03 Februari 2008

MB Negeri Sembilan Pembohong: Pembangkang Sarat Dengan Isu

Setiap kali ingin menjelangnya Pilihanraya Umum seakan menjadi tradisi banyak isu yang memihak kepada pembangkang. Keadaan ini amat mengusarkan pihak Bn sehingga kebanyakan pemimpin BN terpaksa berbohong kepada rakyat.


Terkini Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, "Pembangkang tidak mempunyai isu besar untuk memancing sokongan para pengundi di negeri ini pada pilihan raya akan datang. Mohamad Hasan berkata, pembangkang masih tercari-cari isu kerana semua telah diselesaikandengan baik oleh kerajaan.'Biar apa isu pun yang hendak mereka bawa pada pilihan raya, rakyat sudah tahu menilainya," katanya di sini hari ini.

Tirai 2007 dilabuhkan dalam keadaan rakyat berhadapan dengan pelbagai isu yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan. Antara isu besar yang berlanjutan sehingga hari ini dan ia sangat sinonim dengan slogan BN iaitu Barang Naik.

Sebetulnya setiap kali berlalunya setiap kali pilihanraya sejak dahulu lagi rakyat sentiasa berhadapan dengan kenaikan harga barang.Untuk kemenangan BN dalam PR umum ke 11 rakyat sekali lagi ditekan dengan apa yang saya maksudkan dengan BN iaitu " Padan Muka " kerana memangkah calon-calon BN sehingga mereka menindas dan menzalimi rakyat sedimikian rupa.

Kesan dari kenaikan harga minyak yang melampau menyebabkan rakyat berhadapan dengan kenaikan seluruh harga barang walaupun seketul belacan yang busuk itu.Terakhir kesan dari pendek akalnya Pak Lah menaikan harga minyak sehngga RM 0.30 menyebabkan kenaikan harga barang.

Keseronokan pegawai kerajaan dengan kenaikan gaji dalam beberapa puluh persen tidaklah begitu lama. Nampaknya kesannya juga menyebabkan kenaikan harga barang.Demikianlah banyak lagi isue yang berhadapan dengan rakyat. Katanya harga minyak akan naik lagi. Harga tol telahpun naik.

Isu salah laku pemimpin politik dan pegawai kerajaan yang ada kaitan menghantui setiap kepala seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan. Perletakan jawatan Menteri Kesihatan yang "kurang sihat" mengencarkan negara. Tidak berapa lama sesudah itu pembunuhan ADUN Tenggaroh juga sampai sekarang hangat diperkatakan. Keselamatan rakyat tidak mengira pangkat dan kedudukan sehingga adik Sharline yang hilang sejak akhir tahun lepas masih gagal dijejaki. Sebelumnya Adik Nurin Jazlin menerima nasib yang sama menjadi manga penculikan dan pembunuhan kejam.

Himpunan rakyat terbesar pelbagai kaum juga berlaku dizaman Pak Lah. Himpuna bersih dan HINDRAF pada penghujung 2007 menarik banyak pihak bahawa kerajaan tidak berlaku adil kepada rakyat. Bayangkan sebanyakm 40,000 kaum india tidak mampu mandapat rawatan kesihatan percuma atau tidak sehingga mereka tidak punya surat beranak.

Yang menarik juga bagi saya ialah banyaknya rakyat yang berpenyakit mental. Terkini Timbalan Menteri Kesihatan mendedahkan 1 dari 5 rakyat Malaysia terlibat. Inipun satu isu yang menarik untuk menjadi penilaian rakyat Malaysia.

Makanya tersangatbanyaknya isu sehingga tidak larat untuk saya kemukakan. Demikaianlah betapa banyaknya isu di semua kawasan yang akan ditandingi oleh pembangkang. Tunggu dan lihat apa yang akan kami kemukakan. Termasuk tempat Mohammad Hassan sendiri.

Kesimpulannya terlampau banyak isue yang akan dikemukakan pembangkang, janganlah mohammad Hassan cuba berselindung dari kata-katanya yang serba manis, tetapi sangat pahit dinilai oleh semua rakyat Malaysia. Seperti ingin sembunyi tetapi cuma kepala saja, sebahagian badan nampak dengan jelas. begitulah Mohammad ingin menegakkan benang yang basah.Jangan ingat rakyat mudah diperbodohkan oleh alasan yang mudah-mudah sahaja.

Kami sekarang sarat dengan isu untuk menghukum BN. termasuklah di Negeri Sembilan sedang menanti beberapa kerusi BN akan kencundang dan tersungkur.

Tiada ulasan: