Pihak pentadbiran masjid atau surau harus berusaha menghidupkan institusi itu sebagai pusat komuniti setempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti ilmu serta ekonomi dan tidak hanya sebagai tempat beribadat saja.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan, aktiviti seperti itu harus menjadi agenda utama di masjid dalam usaha membentuk masyarakat Islam yang kuat dan maju."Pihak pengurusan tersebut harus menaikkan produktiviti masjid dengan pelbagai aktiviti, jangan kita jadikan masjid tempat beribadat saja sebaliknya ia perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin memandangkan sudah berjuta-juta ringgit digunakan membina masjid," katanya.
Ucapan MB negeri Sembilan diatas saya sokong 100 % dan sedikitpun kita tidak bantah. Namun persoalannya ialah realiti sebenar yang berlaku dalam hal pengurusan mesjid bukan sahaja di Negeri Mohammad Hassan tetapi berlaku di seluruh negara. Umumnya mengetahui pengurusan mesjid telah dipolitikkan demikian rupa. Mesjid sekarang telah diberikan pengurusan kepada jenis manusia manusia yang tidak sesuai dengan ayat Al Quran:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.(At-Taubah:018 )
Pengurusan mesjid diseluruh negara dicatur demikian rupa bagi memastikan ianya hanya dijadikan tempat sembahyang 5 waktu sahaja. kalau adapun kuliah ianya diselia ketat dan dipastikan dulu penyampainya adalah "hadhari" baru lulus. Kalau ada bau-bau pembangkang pasti ditendang la tu.... kata orang kedah.
Yang pelik masa minta derma mereka tidak kira pembangkang atau tidak . Begitu juga kami pada hari jumaat tetap bagi derma walaupun pengerusinya UMNO bedengun. Tetapi bila hendak pilih penceramah yang pro UMNO diutamakan.
Walaupun secara pandangan kasar pintu mesjid terbuka untuk umum tetapi ianya tertutup kepada umum untuk menyampaikan agama yang benar. kalau ada ustaz hendak bercakap mengenai Islam Hadhari yang sesat itu pasti diberikan kebenaran walaupun hari-hari. Tetapi kalau hendak bercakap dan mengajar atau tazkirah walaupun seminit oleh Ustaz-ustaz yang menyokong pembangkang akan disekat dan dihalau dan telah banyak yang diserbu dan ditangkap.
Bekas Mufti Negeri Selangor sejak beliau dipecat sehinggalah di panggil Allah SWT beberapa hari lepas telah dinafikan haknya untuk menyampaikan ilmu kepada rakyat dinegerinya sendiri.
Nampaknya cakap Mohammad Hassan macam pemanis mulut sahaja sebelum pilihan raya. Macam perpatah Melayu menanam tebu dibibir mulut. Saya yakin rakyat memahami sangat isu ini dan tidak termakan dakyah yang dibawa oleh mohammad.
Kita dipihak BA yakin akan melaksanakan apa yang Mohammad cakap tapi tidak serupa bikin itu. InsyaAllah kita akan mengembalikan kegemilangan mesjid di Negeri Sembilan dan seluruh negara jika rakyat memenangkan kita dalam PR akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan