03 Februari 2008

Penulis Terkandas di China

Cuaca Buruk sejak 50 tahun lepas yang berlaku pada tahun ini di China menimbul banyak masalah terutama ganguan kepada pergerakan rakyatnya untuk pulang menyambut Hari Raya Cina. Namun bagi kita seorang Islam, semuanya mempunyai hikmat tersendiri dari Allah SWT.





Sepatutnya saya berangkat ke Hangzhou dari Lapangan Terbang Baiyun di Guangzhou petang kelmarin dengan penerbangan CZ 3801 jam 6.25. Setelah daftar masuk dan berada diruang menunggu semua penumpang dimaklumkan penerbangan dibatalkan akibat ribut salji yang kuat di Hangzhou yang terletak sekitar 1200 KM dari Guangzhou. Inilah pengalaman pertama penulis tertangguh perjalanan akibat musim salji di China.

Untunglah macam biasa pihak kapal terbang yang akan kami naiki iaitu China Shoutern Airline (CZ) menyediakan tempat tinggal di hotel 4 bintang berdekat dengan lapangan terbang. Bila kami dimaklumkan pembatalan pernerbangan kami telah diangkut dengan beberapa buah bas ke hotel. Kami ditempatkan sebilik untuk dua orang. Kebetulan saya ditempatkan dengan seorang pengurus kilang berumur 26 tahun yang ingin pulang beraya dikampungnya di Hangzhou. Satu peluang untuk saya memperkenalkan Islam kepadanya.

Alhamdulillah tidak beberapa jauh dari hotel ada restoran halal dan juga cyber cafe tempat saya update blog ini. Tidak ada yang saya boleh harapkan melainan Allah mengizinkan perjalanan ini dengan berhentinya turunya salji di Hangzhou. Bila salji berhenti turun kami akan dimaklumkan dengan segera masa keberangkatan.

Mudah-mudahan tidak melewati 4 Feb kerana tiket pada hari itu telah saya beli untuk balik ke Malaysia dari Airport Hangzhou. Iaitu penerbangan X-Airasia hari pertama KL-Hangzhou-KL.

Di Guangzhou sahaja dimaklumkan oleh pemandu-pemadu teksi yang saya naiki kelmarin di mana keretapi telah terhenti pergerakannya akibat putus bekalan letrik dan ribut salji. Keadaan ini memaksa seramai 800,000 penumpang terkandas.

Satu kemalangan maut dan meragut 25 nyawa telah berlaku dilebuh raya dari Guangzhou menuju Shichuan. Sebuah bas penumpang telah terjatuh disatu gaung dalam ribut salji beberapa hari lepas.

Kelmarin saya menyaksikan sendiri keadaan Stesen Keretapi Guangzhou dari dekat yang masih dipenuhi sekitar 200,000 penumpang yang menunggu jadual perjalanan masing-masing setelah keretapi boleh beroperasi. Kebanyakan jalan utama disekitarnya ditutup dan diadakan pengawalan yang ketat oleh ribuan polis, tentera dan penguasa tempatan. Kelihatan juga para petugas memberi bantuan makanan dan minuman kepada penumpang yang terkandas.

TV menyiarkan berita mengenai banyaknya kenderaan yang terkandas di lebuhraya akibat jalan ditutupi salji. Khemah-khemah sementara disediakan oleh pihak berwajib. Agihan makan, pakaian dan kain selimut percuma telah diberikan secukupnya kepada semua magsa.

Tabung kemanusiaan untuk membantu mangsa salji di adakan dimana-mana untuk menunjukan keperihatinann semua pihak. Inilah China yang kita kenali yang mengutamakan kebajikan kepada rakyatnya. Jadi kepada UMNO dan BN janganlah permudahkan tawaran "Negara Berkebajikan" pihak BA. InsyaAllah demi tuntutan Islam dan kemanusiaan itu sendiri kami akan lakukan yang terbaik bila diberi kuasa oleh rakyat Malaysia.

Tiada ulasan: