13 Mac 2009

Bukti baru Altantuya? Ketua Pemuda PKR dipanggil polis

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah diminta hadir memberi keterangan oleh pihak polis pagi ini berhubung dakwaannya yang menemui bukti baru kes wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Shamsul berkata, beliau akan hadir di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 pagi ini berikutan laporan polis yang dibuatnya Sabtu lalu berhubung bukti baru itu.

"Saya akan hadir untuk memberi keterangan susulan laporan yang dibuat saya Sabtu lalu di Balai Polis Dang Wangi.

"Ia mengenai bukti baru mengenai kes Altantuya melalui satu laporan yang ditulis oleh seorang wartawan Perancis dalam akhbar mereka berhubung kes tersebut," katanya.

Nasib dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, yang menghadapi tuduhan membunuh Altantuya akan diketahui pada 9 April ini.

Mereka telah dibicarakan selama 159 hari bermula 18 Jun 2007 di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan berakhir pada 17 Februari lalu.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor kira-kira jam 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi, manakala Sirul pula memilih membacakan keterangan bertulisnya dari kandang tertuduh.

Pada 31 Oktober tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Md Yasin, 48, memerintahkan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang sebelum itu dituduh bersubahat dalam kes itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam tuduhan bersubahat.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

april 9
= altantuya case ---- decision
= by-elections...

coincidence???

carmanio.

Tanpa Nama berkata...

kita sedar @ kita tak sedar... kerajaan BN telah jadikan undang2,makamah&tuan hakim mcm tisu tandas.. buat kesat najis kerajaan BN... BN ade satu telinga, dah lah satu telinga, pekak pulak tu... ada dua lidah tapi kedua2nya "Lidah Biawak", pembohong!!! kepada rakyat yg besifat "bodoh sombong serta pendek akalnya".

Unknown berkata...

kita sedar @ kita tak sedar... kerajaan BN telah jadikan undang2,makamah&tuan hakim mcm tisu tandas.. buat kesat najis kerajaan BN... BN ade satu telinga, dah lah satu telinga, pekak pulak tu... ada dua lidah tapi kedua2nya "Lidah Biawak", pembohong!!! kepada rakyat yg besifat "bodoh sombong serta pendek akalnya".

Tanpa Nama berkata...

hakim beruk hanya untk beruk2 dan haiwan saja..

Tanpa Nama berkata...

Bila dikaji balik, Malaysia negara serba boleh. Boleh buat orang bersalah jadi tak bersalah dan orang tak bersalah jadi orang bersalah. Selagi ada kepentingan golongan tertentu.

bloglist malaysia berkata...

Hanya Jauhari Yang Kenal Manikam

http://bloglist-politik.blogspot.com/