13 Mac 2009

PM nafi adakan perbincangan dengan Anwar.

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan laporan kononnya beliau mengadakan perbincangan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menghadiri satu majlis keagamaan di Hulu Langat, semalam.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau menghadiri majlis itu atas undangan seorang tokoh agama, Syeikh Mahmud al-Majzub sempena sambutan ke-40 "Ritual Building Strength".

"Saya dijemput dan saya pergilah, dan semasa kami sedang makan tengah hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang. Beliau dijemput duduk dan menikmati hidangan. Itu saja.

"Tidak ada perbincangan. Syeikh Mahmud ada memberi pandangan kepada saya mengenai pelbagai masalah yang berlaku di dunia sekarang dan menekankan keperluan pemimpin negara ini untuk bersikap adil dan memastikan keamanan.

"Dia(Syeikh Mahmud) cakap dengan saya, dia tak cakap dengan Anwar. Tidak lebih daripada itu," katanya kepada pemberita semasa melawat pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar, dekat sini.

Ketika ditanya sama ada laporan portal berita Malaysiakini cuba menimbulkan spekulasi mengenai perkara itu, beliau menjawab, "Dia (Malaysiakini) agak-agak aje".

Abdullah turut ditanya mengenai laporan Malaysian Insider yang mendakwabahawa beliau telah menyatakan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak tarikh peralihan kuasa.

"Saya perlu membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu. Kami berbincang tentang banyak perkara," katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah mempunyai satu tarikh tertentu, Abdullah berkata: "Kita mesti ada tarikh".

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam
Saya melihat DAto Zamri begitu pemurah menghadiahkan pelbagai kurnia tanah di seluruh negeri kepada orang Cina.Semalam di Larut Matang dan Selama.Tak pulak dipanggil pengkhianat Melayu.

ZAMRI kecik's berkata...

yang tu takpa la...
UMNO buat bulih.
pasal dia pejuang bangsa.
kalau PR buat mana bulih.
depa buat apa pun bulih.
jangan kita buat ja.
kalau kita buat kira pengkhianat la...
tak pun kira derhaka...

ZAMRI kecik's berkata...

yang tu takpa la...
UMNO buat bulih.
pasal dia pejuang bangsa.
kalau PR buat mana bulih.
depa buat apa pun bulih.
jangan kita buat ja.
kalau kita buat kira pengkhianat la...
tak pun kira derhaka...