13 Mac 2009

Ceramah di kampung sendiri, mengimbau sejarah alam persekolahan.

Malam ini saya akan menyampaikan ceramah berdekatan dengan Kampung kelahiran di Pekan Jelawat Bachok Kelantan. Menurut Maklumat terkini yang saya dapat dari penganjur yang ingin mengesahkan kehadiran saya, penceramah lain yang akan hadir ialah Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, Ust. Nasaruddin Mat Isa dan ADUN Jelawat.

Inilah pertama kali saya berceramah politik di Jelawat. Ianya mengigatkan kenangan semasa alam persekolahan. Setelah menamatkan pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bekelam, saya meneruskan pendidkan sekolah menengah di Sekolah Menengah Jelawat yang terletak kira-kira 5 batu dari rumah.

Pekan Jelawat sangat tidak asing lagi dalam hidup ini kerana dari tahun 1977 hingga 1981 saya menamatkan persekolah sehingga tingkatan 5 di situ.

Tiap hari berulang alik ke sekolah dengan berbasikal. Kenangan berbasikal ke sekolah mengingatkan saya pada awalnya jalan masih belum berturap. Sehingga pada satu hari saya lewat sampai ke sekolah kerana banyak kali berhenti apabila tayar basikal sudah penuh bersalut tanah merah yang baru ditimbun untuk menurapkan jalan, sehingga tayar tidak berpusing lagi.

Bila sudah jem saya berhenti untuk mencungkil tanah itu dengan kayu, akhirnya sampailah ke sekolah kesayangan.

Teringat juga bagaimana pada hari terakhir Peperiksaan SPM pada tahun 1981, saya dihantar oleh ayah ke sekolah dengan menaiki sampan yang juga hampir dimasuki air. Balik dari sekolah saya dihantar oleh motor bot tentera.

Sekarang pekan Jelawat sudah banyak berubah, Alhamdulillah ceramah pada malam menemukan kembali saya dengan teman dan sahabat sepersekolahan yang lama tidak bertemu. Semasa itu saya belum Islam, sekarang saya kembali sebagai Cina Islam.

Sudah 20 tahun lebih saya berhijrah meninggalkan Jelawat. Hari ini saya kembali dengan satu misi yang murni serta dengan satu niat untuk menyampaikan ilmu dan maklumat supaya perjuangan UMNO ditolak teman dan taulan yang masih menyokongnya.

Sahabatku, kita jumpa malam ini.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Keccek Klate deh male nih. Cina Klate biasanya fasih keccek Klate.

Cina Klate era 70 dan 80an, samada Islam atau tidak, mahir membaca dan menulis Jawi.

BumiPerak berkata...

Tahniah YB... Harap semua sanak saudara dan rang kampung dapat berkumpul nanti.

BumiPerak berkata...

Tahniah YB, Harap sanak saudara dan sahabat handai di kampung dapat berkumpul. Tentunya mereka berbangga dengan Kejayaan YB yang telah menyinari Islam di Negeri Perak.

Tanpa Nama berkata...

Drs...Wish YB a safe journey to the "green green grass of home" Sepantun jua."Lama nian tidak ke Jelawat.Naik perahu dimusim tengkujuh.Berdebar menanti taulan sahabat.Menunggu datang orang nan jauh" Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

taniah YB, kawe pun dok dekat dengan Jelawat, Kg Mentera jah..

Tanpa Nama berkata...

ambo duk jauh jah, kalu duk kg ambo sohih gi jelawat male nih.

laluan kawe sokmo nih....bachok-jelawat-bekelam-kg chap-bukit marak-pasir tumbuh-binjai-beris kubur besar-bachok

Tanpa Nama berkata...

tahniah yb

Unknown berkata...

yb..abah saya pon sekoloh kat bekelam jugak..mane la tahu satu kelas dulu..hihi

Tanpa Nama berkata...

salam oghe bachok...laluan demo to ramai waris warah kawe...nak2 kat SM Puteri Saadong...mini market...salam perkenalan...PAS for ALL..

Tanpa Nama berkata...

berapa puluh ribu yg datang malam tadi YB? pasti seluruh warga bachok keluar nak dengar cina islam berceramah ..... anak bachok yg mencipta nama dirantau orang..... itulah bila hidayah Allah turun kpd mereka yg terpilih...

Tanpa Nama berkata...

Akum lakow2..Ado ceramoh jelawat..Ruginya xblk,mybe xtau n xder infom dr lau walaupom sy dr kg jelawat gk...Yeke Yb dr bekelam?..bru tau yb titi serong dr jelawat rupenye..mudah-mudahan PAS akn brkembang ke sluruh mesia...takbir!!

Unknown berkata...

Salam Tuan Idham Lim,

Moga blog ini akan menjadi sumber inspirasi pada anak-anak muda masa kini.

Nota: Ada kesempatan kelak dijemput singgah ke PJK berdekatan pasar jelawat. Moga ada manfaat bersama demi anak bangsa 1Jelawat!

Bibi
Penolong Pengurus
Pusat Jalur Lebar Komuniti Jelawat

Unknown berkata...

Salam Tuan Idham Lim,

Moga blog ini akan menjadi sumber inspirasi pada anak-anak muda masa kini.

Nota: Ada kesempatan kelak dijemput singgah ke PJK berdekatan pasar jelawat. Moga ada manfaat bersama demi anak bangsa 1Jelawat!

Bibi
Penolong Pengurus
Pusat Jalur Lebar Komuniti Jelawat

Unknown berkata...

Salam Tuan Idham Lim,

Moga blog ini akan menjadi sumber inspirasi pada anak-anak muda masa kini.

Nota: Ada kesempatan kelak dijemput singgah ke PJK berdekatan pasar jelawat. Moga ada manfaat bersama demi anak bangsa 1Jelawat!

Bibi
Penolong Pengurus
Pusat Jalur Lebar Komuniti Jelawat