Sembahyang Berjemaah sangat dituntut dalam Islam sehingga pernah suatu masa Rasulullah menyuruh para sahabat untuk mengambil api dan membakar rumah orang yang enggan datang berjemaah sebagaimana hadits dibawah:-
Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak melihat beberapa orang sahabatnya dalam beberapa waktu sembahyang jemaah. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya aku mengambil berat untuk menyuruh seseorang supaya mendirikan sembahyang secara berjemaah bersama orang ramai. Kemudian aku pergi kepada beberapa orang yang tidak mendirikan sembahyang secara berjemaah. Lalu baginda menyuruh supaya membakar rumah mereka dengan seikat kayu. Sekiranya salah seorang daripada mereka mengetahui bahawa dia akan mendapat segumpal daging yang gempal, pasti dia akan mendirikan sembahyang itu iaitu sembahyang Isyak "
di akhir zaman ini realitinya rumah Allah seperti mesjid dan Surau makin kurang digemari oleh penganut Islam untuk mengerjakan sembahyang berjemaah. Sedangkan tuntutan sembahyang berjemaah itu menyebabkan gandaan pahala sehingga 27 darjat berbanding sembahyang sendirian:-
Hadis Ibnu Umar r.a: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat"
Walaupun tawaran yang sebegini baik yang telah dijanjikan oleh Allah SWT, namun manusia sentiasa mengabaikan semabhyang berjemaah. Akibatnya kedudukan umat Islam kelihatan lemah dan tidak bermaya apabila mesjid dan surau sangat sedikit jemaah yang datang bersolat. Malah yang menyedihkan terdapat setengah mesjid dan surau yang telah tidak mampu untuk diadakan sembahyang 5 waktu berjemaah. Terutamnya sembahyang Zohor dan Asar.
Apabila ditanya kepada rasulullah mengenai apakah pekerjaanatau amalan apa yang paling utama , dalam satu hadis dijelaskan bahawa Rasulullah menjelaskan 1. sembahyang pada waktunya, 2. Berbakti kepada ibu bapa, 3. Berjihad dijalan Allah.
Sembahyang pada waktunya kelaziman dilakukan secara berjemaah di mesjid dan surau. Kesedaran untuk meningkatkan kehadiran para jemaah mestilah bermula dari didikan awal oleh ketua keluarga , sehinggakan menimbulkan minat generasi muda untuk hadir berjeamaah. Sekiranya ibu bapa membiarkan anak-anaknya tanpa dipupuk dengan cintakan berjemaah lambat laun kosonglah mesjid dan surau.
Sembahyang dirumah jika terpaksa hendaklah juga dengan berjemaah. Kelaziman ini juga memberi kesan kepada minat anak-anak untuk pergi berjemaah di mesjid.
Allah mewajibkan setiap lelaki yang mukallaf untuk datang ke mesjid pada setiap hari Jumaat untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Di sana terdapat khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib bagi mendidik masyarakat untuk bertaqwa kepada Allah SWT. Sebetulnya kewajipan ini adalah menifistasi dari pentingnya sembahyang berjemaah itu sendiri sehingga paling kurang perlu dilakukan seminggu sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan