01 April 2009

FATWA MENGUNDI

Email : Abd Wahab Che Mohd

MENGUNDI SERUPA DENGAN MEMBERI KESAKSIAN

Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik. Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat, atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat ke 2 yang bermaksud,

‘Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah’

Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud,

‘Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil’

‘dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya’ (al-Baqarah: 283)

[Dipetik daripada tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi berjudul ‘Fiqh Daulah’]

(sila fotokopi dan edar)

1 ulasan:

Abuarif berkata...

Penglibatan diri orang Islam dalam perlantikan/pemilihan ini hukum asalnya adalah fardhu kifayah.Hukum akan menjadi wajib sekiranya dengan keingkaran orang Islam untuk memilih pemerintahan akan jatuh kepada kaum yang jahat(bukan Islam).

Memandangkan kedua pehak yang bertanding adalah LEBIH KURANG SAMA saja dari segi komposisi kaum maka Hukum Asal memilih iaitu Fardhu Kifayah.Ini berpandu kepada Hadith Riwayat Iman Bukhari Dan Imam Muslim yang maksudnya:

Dari Sair Bin Abu Bardah r.a.Berkata ia "Pernah Nabi SAW. mengutus bapaku dan Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman lalu berkata ia:"Hendaklah kamu permudah dan janganlah kamu menyukarkan keadaan rakyat,dan hendaklah membawa kegembiraan,dan jangan suka berselisih,hendaklah kamu turut menuruti.