13 Mac 2009

Menyampuk Speaker diarah keluar dewan, bagaimana pula di Perak ?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Ranau, Sabah, Datuk Siringan Gubal diarah keluar Dewan Rakyat pagi ini kerana 'menyampuk' percakapan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau diarah Pandikar Amin supaya tidak bercakap sesuka hati terutama perkataan 'ngam Yang Dipertua' ternyata tidak disenangi Speaker.

Beliau diarah keluar jam 11.20 pagi dan hanya dibenar memasuki semula Dewan apabila sidang bersambung selepas rehat tengah hari jam 2.30 petang.

Itulah kuasa seorang Speaker yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa termasuklah di mahkamah. Namun BN mengajar rakyat dengan satu budaya baru iaitu Speaker akan jadi bersalah dan semuanya tindakan speaker jadi tidak betul jika menganggu kerja jahat mereka.

Demikianlah nasib malang yang berlaku di Perak. Berbagai hak Speaker di "kronyok" oleh BN termasuklah hakim Mahkamah Tinggi Ipoh yang sudah jadi hakin "coklat Hacks". Bagaikan beruk diberikan bunga manalah dia tahu untuk menilainya, demikianlah UMNO tidak menilai undang-undang yang ada.

Kejadian kelmarim menyaksikan mahkamah jadi macam "kartun" bila Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dipaksa untuk menggunakan khidmat Penasihat Undang-undang Negeri dalam kes samannya mengenai status 3 ADUN lompat.

Sivakumar yang berhujah dikamar hakim telah bertegas menolak khidmat penasihat undang-undang negeri dan memohon membela dirinya sendiri, namun ditolak oleh hakim.

Dalam kes bunuh Altantuya pun, tertuduh Azilah, 33, dan Sirul, 37 yang diperintah membela diri telah dibenarkan oleh hakim untuk membela dirinya sendiri di kandang saksi, manakala Sirul pula memilih membacakan keterangan bertulisnya dari kandang tertuduh.

Ini pula seorang yang tinggi kedudukan dalam kerajaan negeri dan disebutkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan:

72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Namun di Perak nasi bukan saja menjadi bubur malah sudah basi dan busuk sekali, semua tindakan speaker dipersalahkan semuanya. Inilah perangai BN yang sebenarnya, langsung tidak menghormati undang-undaang yang sedia ada.

Bukankah itu "bangang" namanya.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO BANGANG, LAGI BANGANG DAPAT "PAGAR KUNING" YANG HAPRAK, SEMUA AGENSI KERAJAAN DAH HAPRAK SEBAB MAKAN DUIT HARAM UMNO HARAM.

Tanpa Nama berkata...

Boikot ja semua prosiding di mahkamah..memang keputusan tak memihak PR pun..kalu semua dah jadi hakim hacks..oh..bertuahnya rakyat perak dapat hakim yg adil macam hakim hacks!!

Tanpa Nama berkata...

umno celaka
umno cuma guna hukum HALAM ( Halal+Haram)
sebuat boleh buat.
itu umno celaka dulu kini dan selamalamanya

Tanpa Nama berkata...

Itu lah BN, dah nyanyok tak nak ngaku... kepada penyokong UMNO tolong lah... buat solat istikharah... mintak petunjuk biar tuhan bukak mata hati... aku kesian kat hangpa semua,PR bg nasiahat hangpa tak nak dengar... BN dah nyanyok & bertambah zalim...BN gunakan polis/FRU mcm anjing belaan... kesian Pak Samad, Makamah/hakim BN jadikan mcm makuk jamban... penyokong UMNO mai sokong PR kita tolong sedor kan UMNO yang mana telinganya skrg satu... lidahnya adalah lidah biawak...

akhunajah berkata...

tindakan sivakumar dulu tu betul la. gantung MB tambi 18 bulan. sebab pendekar amin xmulia pun halau yb ke luar dewan tadi.

Unknown berkata...

tapi sy tgk, MP Puchong tu makin kurang ajar. setahu saya, MP x dibenarkan ckp bahasa inggeris kat dalam dewan. "dia" mmg sengaja buat kacau.

MP Ranau tu sekurang-kurangnya minta maaf juga tersalah bahasa. ter"menyampuk".MP Puchong plak biadab. siap ugut lg.

Tanpa Nama berkata...

kita tak boleh salahkan MP Puchong kerana menggunakan bahasa inggeris dlm sidang parlimen kerana selama ini beliau menggunakan bahasa malaysia tapi tuan speaker tak faham atau buat2 tak faham...... biadap kah dia hanya kerana ingin suara rakyat didengari?

Unknown berkata...

tapi tu bukan caranya seorang MP utk menunjukkan dia peka dgn masalh rakyat. itu lebih kepada tunjuk hero dikalangan rakyat. maaf jika salah.

Tanpa Nama berkata...

yb jadi hero rakyat apa salahnya.. BETOL X??

Unknown berkata...

emmm,pasal MP Puchong tu aku pun tak setuju,dia tu anti melayu/islam.Dia nak marah Najib marah lah aku tak peduli tapi ingat Najib tu Melayu/islam....

Tanpa Nama berkata...

wahai tuan haji.... dimana mulianya melayu islam kalau hanya pada nama shj,sedang perlakuan sangat bertentangan dgn ajaran islam saya yg kurang ilmu ni nak tanya, antara bukan islam tapi tidak menzalimi sesama manusia dgn yg mengaku islam tapi banyak berbuat zalim pada sesama manusia... yg mana patut kita sokong?