21 April 2009

Nizar terus populer.


SELAYANG,20 April: Selepas menang pilihan raya kecil Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi tokoh popular dalam PAS.

(Gambar atas: Para perwakilan mengangkat tangan apabila nama Nizar dicalonkan)

Empat dari lima PAS Kawasan yang mencalonkan pimpinan PAS, mencalonkan beliau sebagai naib presiden PAS.

Terbaru adalah PAS Kawasan Selayang dalam mesyuarat agung mereka Sabtu lepas.

Dalam mesyuarat agung itu, beliau mendapat pencalonan tertinggi berbanding Nasharudin Mat Isa yang turut dicalon untuk jawatan itu bersama Datuk Husam Musa.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicalonkan sebagai presiden, Datuk Dr Haron Din menang pencalonan untuk timbalan presiden mengalah Husam dengan 20 undi dari kira-kira 250 perwakilan yang hadir.

Ketika membahaskan usul pula, usul AJK PAS kawasan agar presiden PAS memberikan penjelasan tentang kerajaan perpaduan ditolak oleh perwakilan selepas dibahaskan.

Manakala usul tentang siber cafe mendapat perbahasan hangat perwakilan ekoran ia disalahgunakan untuk kegiatan tidak baik di kalangan pengusahanya.

Perwakilan meminta kerajaan negeri Selangor mengawalnya dengan ketat agar ia tidak disalahgunakan untuk maksiat dan perjudian. Siasahdaily.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabab Kawasan Selayang dan Kawasan yang telah mengadakan sidang pencalonan saf-saf kepimpinan.
Apa yang saya amati ada diantara kawasan yang memutuskan pencalonan yang kurang teliti dari segi komposisi safnya, nampak macam ada sindiran bukan satu yang realiti. Pengesahan untuk pencalonan seharusnya mempunyai kewajaran berasaskan daya kesinambungan perjuangan, teruji kecekalan(istiqamah tidak mudah patah semangat dan lari dari pejuangan seperti katak dan perasuah) , kekuatan menterjemah kepimpinan ulamak, mempunyai pemikiran kreatif(bukan hanya kelulusan), berpandangan jauh (tidak jumud) peramah dan mudah bergaul (bukan buat-buat)dan lain-lain sifat 'mahmudah' dan jika pendatang baru bersedia untuk ditunjuk ajar oleh senior.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan ciri-ciri yang sepatutnya ada pada calon yang disenaraikan oleh anonymous di atas.

Unknown berkata...

Salam... setuju. teruskan... jangan lupa rakyat lak. (Budi yang baik dikenang jua)

>>>Budak Kampung<<<