Hari ini begitu pilu hati ini mengenang peristiwa tiga beradik hangus di jilat api di Kg Sungai Rotan TRONG Perak. Tempat di mana BN telah berkuasa begitu lama sekali sejak merdeka tapi masih ada penduduknya yang hidup terlalu daif. Pada mulanya peristiwa ini masih saya tidak mengetahuinya sehinggalah saya hadir di majlis kesyukuran di Markas Bukit Gantang.
MB Nizar telah datang di sini bertemu masyarakat bagi mengetahui masalah dan meraikan kenduri kesyukuran sempena kemenangan Pas di Parlimen Bukit Gantang. MB Nizar dengan nada yang sayu melahirkan kesedihannya merungkai peristiwa tersebut. Tiga beradik yang hangus terbakar itu ditinggalkan oleh ibu mereka di rumah untuk pergi membasuh kain dilombong berdekatan. Anak2nya yang baru berumur 7,4 dan 2 tahun rentung apabila rumah mereka hangus di jilat api. MB Nizar memberitahu beliau memeluk bapa arwah di hospital agar mereka tabah menghadapi musibah ini.
MB Nizar masih teringat di satu majlis yang pernah diadakan di kg tersebut kebetulan isteri MB Nizar mencabut cabutan bertuah telah mengenai ibu arwah. Anak2 mereka begitu gembira dan mereka meminta gambar,topi atau baju yang ada gambar MB Nizar. MB Nizar dalam nada yang hiba tidak sangka bahawa rupa2nya Parlimen Bukit Gantang ini adalah antara tempat yang paling miskin di Malaysia.
MB Nizar telah datang di sini bertemu masyarakat bagi mengetahui masalah dan meraikan kenduri kesyukuran sempena kemenangan Pas di Parlimen Bukit Gantang. MB Nizar dengan nada yang sayu melahirkan kesedihannya merungkai peristiwa tersebut. Tiga beradik yang hangus terbakar itu ditinggalkan oleh ibu mereka di rumah untuk pergi membasuh kain dilombong berdekatan. Anak2nya yang baru berumur 7,4 dan 2 tahun rentung apabila rumah mereka hangus di jilat api. MB Nizar memberitahu beliau memeluk bapa arwah di hospital agar mereka tabah menghadapi musibah ini.
MB Nizar masih teringat di satu majlis yang pernah diadakan di kg tersebut kebetulan isteri MB Nizar mencabut cabutan bertuah telah mengenai ibu arwah. Anak2 mereka begitu gembira dan mereka meminta gambar,topi atau baju yang ada gambar MB Nizar. MB Nizar dalam nada yang hiba tidak sangka bahawa rupa2nya Parlimen Bukit Gantang ini adalah antara tempat yang paling miskin di Malaysia.
Kehidupan masyarakat masih jauh ketinggalan dibawah BN yang telah memerintah lebih 50tahun. Sesudah habis majlis tersebut saya telah mengajak kawan saya pergi menyiasat ke tempat berlakunya peristiwa tersebut bagi membuktikan kesahihannya. Nampaknya begitu benar sekali apa yang telah digambarkan. Untuk pergi ke rumah tersebut terpaksa melalui jalan yang tidak ada tar sejauh 3 km dalam 15 minit perjalanan.
Sesampai sahaja di sana, mungkin Allah Taala nak tunjukkan kepada saya bertemulah dengan wanita2 Umno. Saya dan kawan hanya berdiam diri sahaja melihat keadaan rumah tersebut yang pada saya bukannya rumah tapi pondok sahaja. Hati ini begitu sayu bila melihat tong gas yang kosong ditepinya ada kayu api,tilam yang sudah tinggal besinya sahaja,bekas pinggan mangkuk yang ada sisa makanan,tirai kain dan bermacam2lagi yang menunjukkan kemiskinan yang keluarga ini hadapi.
Namun begitu saya begitu kesal apabila mendengar wanita2 UMNO tu kata : mereka ini tergolong dalam orang NOMAD yang selalu berpindah randah,mereka ini tidak makan dirumah tapi makan di kedai makan luar menunjukkan mereka mampu,kenapalah ibu bapani boleh tinggal anak2 mereka macamtuje tak rasa kesianke dan bermacam lagilah yang mereka kata di tempat berlaku peristiwa tersebut.
Setahu sayalah yang telah menemuramah penduduk2 di situ dan guru di sekolah berhampiran, mereka mengatakan anak2 itu ditinggalkan dirumah sebentar sahaja kerana ibunya pergi membasuh kain di lombong berdekatan, bapanya pergi kerja sebagai jaga di ladang kelapa sawit berhampiran dan kalau kata mereka makan diluar kenapalah saya boleh ternampak sisa makanan di pinggan mangkuk disitu yang tidak wanita2 Umno tersebut melihatnya mungkin kerana geli.
Gambar2 di atas mungkin dapat menunjukkan kebenarannya. Lihatlah wahai Malaysia, setelah lebih 50 tahun BN memerintah namun adakah masyarakat yang berada terpencil sebegini terbela nasib mereka? Yang kita lihat YANG KAYA BERTAMBAH KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA...TAK TERFIKIRKKAH UMNO SAAT-SAAT 3 BERADIK ITU SEDANG MENGHADAPI SAKARATUL MAUT?
ANAK KOMANDO REJIMEN 1
13 ulasan:
trong lani kalau xsilap bawah rosli yg duk ngutuk TOK GURU NIK AZIZ
memang sedih sungguh... hanya rakyat yang boleh ubah kerajaan untuk rakyat.
Ini adalah antara peristiwa yang Allah swt jadikan untuk manusia mengambil iktibar,Iktibar yang sungguh bukan sekadar menyata simpati dan memenuhi dada akhbar. Apabila peringatan Allah dilupai Allah himpitkan manusia dengan kehidupan yang sempit.Ingatlah wahai pemerintah seandainya kemiskinan yang rakyat rasai kerana hak mereka tidak diberikan dan dinafikan serta pembelaan yang tak pernah mereka kecapi hanya kerana mereka menyokong ISLAM ,disana nanti kami sama sama akan menuntut hak yang telah dicabuli.
Pengalaman di dalam badan sukarela, tidak ramai yang berminat untuk membuat kerja - kerja membantu orang lain samada dari pihak BN @ Pakatan Rakyat.
Kehidupan dunia masa kini telah mengajar manusia agar mengejar materialistik dan kuasa.
Ramai samada pimpinan BN @ Pakatan Rakyat yang membuat kerja - kerja begini atas sikap mengambil kesempatan politik.
salam, ya ALLAh sedinya kisah ini..semoga Allah beri kekuatan kepada keluarga mangsa dan kerajaan terkesan degan berita ni.
memang umno situ xhormati org. adake patut depe kata YB nizar nak bagi rumahke? yg depe dah jaga tempattu lebih 50 tahun apa yg org miskin dapat? rumahpun xde api. airpun kena pi lombong. xcaya pi sana tengok sendiri. mana si rosli yg kutuk tok gurutu sembunyi?
emhh, nama kata UMNO dan BN , memang ingat how to tambah tembolok sendieri, anak menantu, adik abamg, biras dan yg tersayang. Lihat Diperlis ada adik bekas MB jadi orang penting , pegang jawatan dlm UMNO tertinggi,ketika abang dia jadi MB, di N Sembilan, pun serupa , adik ke abang MB juga ada jawatan dan kuasa penting di sana, PM Najib , adik ke abang dia kaya raya makan gaji dengan CIMB, Mahathir kutty , anak dia yg antara terkaya di Msia, bapa jadi MB, lalu turun waris kuasa kpd anak, eg di Perak dulu. Di Titi serong Kerian, pernah bekas wakil rakyat ialah bapa mertua, akhirnya wakil rakyat lepas tu menantu nya pulak. Banyak lagi lah. yg untanya ialah penyokong yg dapat selai pelikat
Salam YB,
Kepada semua semua pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya pemimpin PAS.
Kenapakah bila terjadi sesuatu musibah, barulah para pemimpin sekelian hirukpiruk menonjolkan agenda. Pemimpin PAS terutamanya suka sangat menuding jari menyalahkan UMNO dgn alasan sudah memerintah 50 thn. Bila terjadi kecelakaan, salahkan UMNO, sedangkan apa yang PAS sudah buat? Jangan hanya pandai memberi ulasan dan mengsensasikan isu bila benda dah jadi.
Sepatutnya jika PAS ingin menjadi juara rakyat, mereka perlu mendahului UMNO dalam menjaga rakyat. PAS sepatutnya telah mengadakan banci daftar penduduk yang daif, susah dan memerlukan bantuan di setiap kawasan DUN dan Parlimen. Tak kira kawasan UMNO atau kawasan PR. Dapatkan maklumat diseluruh ceruk kampong, adakan database. Ujudkan tabung kebajikan bagi setiap kawasan tersebut. Contohnya kawasan YB, telah adakah data ini? Rakyat hendaklah diberi pembelaan tanpa menunggu ada musibah. Jangan hanya menghidang rakyat dengan ceramah berdentum dentam, tapi rakyat susah pun tak tau.
untuk mendapat kerajaan yg mengubah nasib rakyat maka rakyat terlebih dulu kena mengubah kerajaan yg sedia ada...
yg jadi masaalah rakyat tidak menggunakan hak mereka untuk mengubah kerajaan...
seolah-olah mengubah kerajaan yg dah lama memerintah itu akan menyebabkan negara menjadi huru-hara dan bangsa melayu tertindas...
melayu species ini memang sukar untuk diubah minda mereka tapi saya yakin itu tidak mustahil...
beri sedikit masa,insyaallah...
Penatcakap! memang la kita sama-sama tolong bantu tak kira BN atau PR.Yang jadi masalahnya..BN perintah 50 tahun..50 tahun ...FAHAM? PR perintah baru 11 bulan,kemudian BN rampas.RAMPAS. Sebenonya BN rampas kerana tak mahu pekong 50 tahun perintah tak buat apa tu diselesaikan oleh PR.Tu sebab sebelum PR buat lebih banyak kebajikan,BN rancang macam mana nak rampas!!!!!
Penatcakap! Pandangan anda memang tak masuk akal yang waras. Bagi kami dalam PAS, kami berusaha untuk membantu dalam keupayaan yang amat terbatas. Bila kami cuba nak buat bancian, golongan UMNO tempatan akan mengatakan PAS datang untuk racun pemikiran rakyat. Jadi usaha yang kami lakukan amat terbatas dek kerana UMNO yang tak senang nak tengok orang PAS datang beri bantuan. Pahammmmmm !
Sedih, sayu, sakit hati dan berbagai perasaan lagi rasanya bila membaca hal ini.
Kononnya Malaysia akn jadi negara maju pd 2020 tapi perkara ni masih lagi wujud.
Banyak lagi kerja yg perlu dilakukan dan menjadi persoalan lagi dimanakah duit zakat telah dibelanjakan?
Sewaktu melihat ke 3 anak2 kecil ini di bilik mayat sayu rasa hati. Mereka syahid. Ibu bapanya telah berjuang bersama PAS. Pernah memohon banyak kali tanah lot untuk dirikan rumah. jawapannya hampa. Yang dapat ADUN Trong,Shaharuddin Jabar. Banyak Lot pulak tu. Apa salahnya bagi 1 lot pada beliau yang memerlukan.Tapi akhirnya kerajaan ini di rampas. BN Keparat. Tak pernah fikir masalah rakyat marhaen. BN ejen propaganda. Yang buruk PAS tapi BN lah yang sebenarnya tak pernah fikir masalah rakyat. Mari kita bantu golongan seperti ini. BN kena berubah.... Rakyat kena sokong PAS seluruh negara. Benarkan PAS
Catat Ulasan