23 Mei 2009

Foto misteri 'talkin untuk Umno'

Berita dan gambar ini menyusul selepas Zambry menang di Mahkamah Rayuan, Beginilah juga hakikat sebenarnya kepada BN dan UMNO di Semenanjung dan di Perak khususnya.



Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk setempat didakwa telah "mentalkinkan mayat Umno" di Semporna, kawasan parlimen naib presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sekeping gambar yang merakamkan upacara bantahan itu kini mula beredar di internet, termasuk di blog seorang pemimpin PKR dan laman web saluran video dalam talian yang rapat dengan parti itu.

Gambar misteri itu memaparkan empat lelaki berbaring dalam satu barisan sambil diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas – yang kelihatan di dalam dewan.

Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

Gambar tanpa tarikh itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang petunjuk lokasi berlangsungnya upacara itu.

Semakan Malaysiakini mendapati foto itu asli dan tidak diubahsuai secara digital, seperti pertindihan imej.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Saharin, yang mendakwa menerima gambar tersebut melalui emel, berkata beliau difahamkan bahawa ia dirakam di kawasan Mohd Shafie, yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

"Menurut sumber, peristiwa ini berlaku di kawasan naib presiden Umno dari Sabah. Ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah," coretnya di blognya kelmarin.

Bagaimanapun Umno dan pihak pembangkang masing-masing menafikan terlibat menganjurkan majlis itu. Mereka malah tidak tahu-menahu langsung tentangnya.

Bendahari Umno Semporna, Datuk Madlan Alami yakin majlis talkin itu bukan protes daripada penyokong Umno sendiri.

"Saya yakin bukan orang Umno yang buat. (Orang Umno) kalaupun benar mereka tidak puas hati, mereka tidak akan buat macam itu," katanya kepada Malaysiakini.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohammad Abdullah dan ketua bahagian PKR Semporna, Abdul Wahab Ali pula mengakui terdapat rasa tidak puas hati penduduk Semporna berhubung status pemilikan tanah yang diusahakan mereka.

Dihubungi hari ini, Mohamad mendakwa tanah yang diusahakan penduduk sejak 1986 telah diambil alih semula oleh kerajaan negeri pada 1999.

Walaupun begitu, mereka tetap terus berusaha untuk mendapatkan hak mereka, tambahnya.

Katanya lagi, penduduk di beberapa bahagian parlimen di negeri itu juga tidak tidak berpuas hati pada kerajaan berhubung pemilikan tanah, termasuk di tempat tinggalnya di Tawau.

Beliau bagaimanapun tidak mempunyai maklumat lengkap tentang bantahan terkini penduduk di tempat-tempat tertentu di negeri itu.

Usaha mendapatkan ulasan Mohd Shafie dalam satu sidang medianya di Kuala Lumpur semalam tidak berhasil apabila beliau enggan menjawab sebarang soalan berkaitan politik. Malaysiakini.

6 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Gambar itu telah lama saya lihat sebelum ini.

Hairannya kenapa baru sekarang ianya menjadi isu?

Apa benar ianya berlaku di Semporna?
Bila ianya berlaku?

Mr Bli berkata...

memang patut pun di talkin kan.

Tanpa Nama berkata...

entahnya...gambar ni dah lama dah..kecoh la lu..td aku tgk jenazah arwah ADUN manek urai pon dipayungi payung pas...tak tau la nk ckp ape..

Tanpa Nama berkata...

Gambar ni rasanya dah setahun ada kat internet...

Unknown berkata...

(td aku tgk jenazah arwah ADUN manek urai pon dipayungi payung pas...tak tau la nk ckp ape..)

Ni sapa punya komen ni,Berhujah la cara sihat tak baik hina orang mati.jangan la melibatkan arwah YB manik urai tu.Ada baik nya kita sedekahkan Alfatihah untuk dia..

Tanpa Nama berkata...

apa salahkah mengunakan payung PAS?otak orang umno memang dah terlalu kolot