Guru O Guru
Oleh: Sasterawan Negara Usman Awang
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
LT Senai JB.
Oleh: Sasterawan Negara Usman Awang
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
LT Senai JB.
6 ulasan:
WALAU GURU KDGKALA DIKATA GILA KERANA DARI KECIL HINGGA KE TUA DUDUK SI SEKOLAH SAJA NAMUN MEREKA GEMBIRA BILA IA DAPAT LAHIRKAN SEJUTA NIZAR
Salam Yb drs khalil idham lim,
Semalam 16/05 saya berkesempatan bersalam dan bertemu dengan Yb. pada satu majlis ceramah di markaz pas mersing...ternyata Yb. lim memang fasih berbahasa melayu dan ceramanya cukup bertenaga sewaktu yb. dalam perjalanan menuju ke pentas ceramah saya sempat bertanya,adakah dun perak akan di bubarkan ? jawab Yb. dengan ringkas...susah saya hendak menjawabnya.....
Alangkah beruntungnya rakyat titi serong,perak mendapat Yb. Lim di tempat kami golongan profesional masih kurang bersama kita apatah lagi johor adalah umno totok...namun insyALLAH kita tetap berusaha mendekatkan rakyat dengan perjuangan Islam....terima kasih yb.lim ada masa datanglah lagi.
Shamsul mersing,Johor.
Kami guru malaysia, berikrar & berjanji..mendidik & memimpin ....(lagu hari guru)
Guru Mengajar, pelajar belajar....Moga usaha kita sebagai cikgu dipermudah Allah, diberi petunjuk agar penerapan nilai hidup beragama dpt dilakukan dgn sebaik mungkin
cikgu nor
Bila murid duduk, Cikgu berdiri;
Bila murid diseligi, Cikgu pulak kena gari;
Bila murid bawa BMW 7 Series, Cikgu bawa kapcai - roadtax pun dah mati;
Bila murid pi belajar sampai PhD, Cikgu baru berkira-kira nak sambung degree;
Namum begitu di dunia Cikgu berbakti;
Moga di akhirat nanti SYURGA tempat kekal abadi.
SELAMAT HARI GURU
Jika hari ini seorang Perdana Menteri gila kuasa,
Jika hari ini seorang Raja menunggang takhta,
Jika hari ini seorang diktator sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang tak upaya,
Jika hari ini seorang hakim menganiaya,
Jika hari ini seorang penulis Utusan Meloya,
Jika hari ini siapa saja menjadi gelap mata;
Apakah salah seorang guru biasa,
Apakah salah ibu bapanya.
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru dan ingin mengucapkan terima kasih pada guru guru saya. Budi mu tidak dapat di balas.
Bagaimanapun, selepas berkata begitu, guru dan ibu bapa jugalah yang melahirkan mat rempit, dan mereka mereka yang di catitkan oleh
" Pesanan berkata ."
Terimalah jambangan ros yang di hadiahkan, dan juga terimalah balingan batu yang di tujukan. Hanya guru dan ibu bapa itu sendiri tahu apa yang patut diterimanya.
Catat Ulasan