23 Mei 2009

Jangan berkempen pada hari mengundi nanti masuk penjara.

BUTTERWORTH, 21 Mei :-Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan menjadi perintis kepada pelaksanaan sepenuhnya undang-undang dan peraturan berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi sehingga ada satu peraturan baru yang menyebabkan seseorang itu dipenjara kalau masih berkempen dihari mengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ngah Senik memaklumkan jika ada individu yang melanggar larangan berkempen menurut Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh ditahan polis dan dikenakan tindakan penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

Selama ini larangan itu tidak dipatuhi sepenuhnya oleh parti yang bertanding kerana mereka masih melobi undi di kawasan pondok panas melalui pemakaian lambang, logo, bendera parti atau pemujukan, katanya

"Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil Penanti ini, pondok panas tidak lagi dibenar kerana kita tidak mahu aktiviti meraih atau merayu undi berlaku pada saat akhir sebelum pengundi masuk ke pusat pengundian," katanya kepada rakan media di sini hari ini.

Jelasnya lagi pemakaian lencana, topi atau apa sahaja yang mempunyai lambang parti terutama di kawasan 100 meter daripada pusat pengundian juga tidak dibenarkan. Ngah berkata semua pihak yang bertanding diberi masa yang mencukupi untuk berkempen iaitu bermula daripada selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) membuat pengumuman mengenai calon yang akan bertanding pada hari penamaan calon pada 23 Mei sehingga pukul 12 tengah malam 30 Mei ini.

"Saya benar-benar berharap semua pihak sama ada parti politik atau calon bebas yang bertanding mematuhi larangan ini dan tidak menggunakan meja semakan yang dibenarkan di kawasan 100 meter dari pusat pengundian untuk merayu undi lagi."

"Biarlah Penanti menjadi permulaan kepada pilihan raya yang aman, tenang dan pengundi tidak menghadapi tekanan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Ngah berkata SPR melantik 450 petugas dan memperuntukkan RM500,000 untuk mengendalikan pilihan raya kecil Penanti itu.

Beberapa pembaharuan dibuat untuk pilihan raya kecil kali ini, antaranya mewujudkan barung SPR di kawasan 50 meter dari pusat pengundian dan menambah bilangan pemandu arah untuk membantu pengundi menuju ke saluran masing-masing, katanya.

Sebelum itu pemasuhan pondok panas pada hari mengundi yang diumumkan oleh SPR telah mendapat bantahan dari Pakatan Rakyat.

9 ulasan:

musafirlalu berkata...

Takziah kepada keluarga Allahyaraham Hj.Ismail Yaacob Adun Manek Urai diatas pemergian beliau kerahmatullah.Semoga dicucuri Rahmat dan dimasukkan kedalam golongan orang-orang yang soleh.....Alfatihah.

Tak habis-habis dengan pilihanraya.Lepas satu-satu pilihanraya kecil.Apa pula aku nak buat lepas ni.Mungkin aku akan larang calon yang berumur tidak layak jadi calon.Menyusahkan betul parti pembangkang ni.Kalau aku larang,nanti marah pulak Big Bos kat aku.Pasal beliau pun dah berumur jugak.Kan tak pasal-pasal habis periuk nasi aku......Mungkin itulah ungkapan pengerusi SPR yang lebih UMno daripada UMno.......Takbir 3x.

adam berkata...

takziah kepada kuaga Allahyaraham Hj.Ismail Yaacob Adun Manek Urai diatas pemergian beliau kerahmatullah.Semoga tabah menghadapai,,

ake teringat masa belajar kat azhar,,,klu nak berkempen ni boleh tapi bukan dgn cara menyogok dgn duit,,,itu dikira haram dan berdosa,,yg dobolehkan dlm islam adalah dengan berniat bersedekah...bersedekah dgn kerana ALLAH,,bukan ats nama parti,,oleh itu bg mereka yg bertanding jgn la wat perkara yg terlarang,,,sedekah tu lagi elok yg m,enmdtgkan manfaat kepada semua org,,oleh itu ikuti la dgn cara berlandaskan islam,,itu aku belajar qodoya muasorah lah,,dalam bab pilihan raya,,,

fikrah Islamiah berkata...

Seharusnya peraturan ini disambut baik oleh semua pihak. Pada kali ini pastikan jentera PR tidak melanggar peraturan kerana seorang saja buat silap akan dijaja seluruh negara. Kalau orang PR tak salah, maka tahulah selama ini siapa yang selalu buat salah.

Tanpa Nama berkata...

pekembar tak bertanding kat sini... pasal tu le boleh kuat kuasa undang2 ni.. maknanya takde kemungkinan org pekembar kena tangkap....

ntah2 satu kali ni je.. lepas ni takde pun

IbnAbdHalim berkata...

Baru sekaranglah peraturan tersebut dapat dikuatkuasakan sebab UMNO tak bertanding kalau tidak jangan harap.

anakjatiperak berkata...

Tahniah ler SU SPR.Lepas ni apa pulak peraturan mengarut yang nak dikuatkuasakan.
Masa umno tak tanding dia buat peraturan ini. Nanti kat Manek Urai, hangpa ingat2 UMNO nak tanding tak?Membazir je kan?UMNO aku cabar jangan tanding supaya tak bazir wang.Sebab...kalau UMNO menang pun tak menjejaskan kjn dan tak boleh ambil balik kjn kelantan.Jadi..untuk jimat wang dicadangkan supaya UMNO jangan tanding di manek urai.
PERANCANGAN ALLAH ITU ADALAH BENAR DAN TEPAT.

adi berkata...

kalau SPR x bagi pakai topi,lencana,baju atau apa sahaja yg ada logo parti bertanding,x semestinya kita x bleh berkempen di pusat mengundi...kita boleh berkempen secara halus...contoh nya,kita pakat ramai2 sape yg nak gi mngundi supaya pakai baju warna hijau PAS sehijau-hijaunya (jika calon parti PAS bertanding),begitu juga sebaliknya jika parti PKR dan DAP bertanding...xkan la SPR nak buat undang2 baru xbleh pergi mengundi pakai baju hijau,biru muda atau merah...nanti nampak sgt pula kebodohan SPR...

AJOI berkata...

KAT MANEK URAI LAGI SATU PARTI BARU AKAN BERTANDING:-

KALAU TAK PARTI P.D.R.M SURE PARTI SPR MEWAKILI BARIAN NASIONAL YANG TAK BERAPA NASIONAL HU HU HU

Tanpa Nama berkata...

Pertama, takziah kepada Allahyarham Hj.Ismail Yaacob.

Kedua, bagaimana jika kita menerima sms yang menyuruh kita mengundi calon-calon tertentu pada hari mengundi juga?

Ketiga, adakah salah sekiranya golongan berkempen menggunakan internet untuk meraih undi pada hari tersebut? Contoh, artikel kempen dalam blog beberapa jam sebelum waktu mengundi?