24 Mei 2009

Krisis politik: Pakatan Perak adakan mogok lapar tiga hari

Krisis politik Perak melangkah ke tahap baru berikutan keputusan pemimpin Pakatan Rakyat negeri itu untuk mengadakan mogok lapar tiga hari minggu depan sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka untuk mendapatkan kembali hak rakyat.

Ia akan berlangsung selama tiga hari mulai Isnin seperti yang diumukan oleh ADUN Pantai Remis, Nga Kho Ming di Pejabat DAP Ipoh pagi tadi..

Nga berkata mogok itu bermula pada jam 10.00 pagi hari selasa 26 Mei dan berakhir pada hari Khamis pada waktu maghrib di Pejabat PAS Perak. Mereka dibenarkan minum selama setiap 6 jam dan tidak dibenarkan makan dalam tempoh itu.

Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengesahkan tindakan mereka itu ketika ditemui semasa beliau hadir dalam majlis aqiqah cucu pertamanya dirumah besan beliau di Tebuk Hj. Musa Titi Serong sebentar tadi.

DS. Nizar mengesahkan dalam majlis perasmian mogok lapar itu pada hari Selasa hadapan di Pejabat DAP Ipoh. Beliau juga mengesahkan akan berpuasa bermula hari selasa hingga hari Khamis.

Langkah itu telah lama diputuskan dan tiada kaitan dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam. Kata beliau.

"Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan yang berminat... mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat)," kata beliau sambil menambah, tidak pasti berapa ramai yang akan mengambil bahagian.

Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, pihaknya mengadakan mogok lapar "untuk mendapatkan kembali hak rakyat."

Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.

Semalam Mahkamah Rayuan sebulat suara mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

Krisis politik Perak bermula awal Februari lalu, sekali gus membawa kepada perubahan kerajaan negeri daripada kepimpinan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Pada 7 Mei lalu, krisis politik menuju "era baru" apabila rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN terhadap kedudukan Speaker V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat disingkir secara paksa dan digantikan dengan wakil Barisan Nasional (BN) Ganesan.

Persidangan sepanjang sehari itu menyaksikan kekecohan yang berpunca dari campurtangan pihak yang tidak bertanggung jawab dengan membawa masuk hampir 100 orang polis bagi menjayakan rampasan kuasa Speaker itu.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku. Apa yang saya harapkan ialah mereka yang teraniaya memperbanyakkan doa. Serahkan kepada-Nya. Insya-Allah, Yang Maha Esa tetap akan membantu hamba-Nya yang teraniaya.

Tanpa Nama berkata...

Ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku. Apa yang saya harapkan ialah mereka yang teraniaya memperbanyakkan doa. Serahkan kepada-Nya. Insya-Allah, Yang Maha Esa tetap akan membantu hamba-Nya yang teraniaya.

Tanpa Nama berkata...

Saya teringat Mahatma Gandhi mengadakan mogok lapar untuk menentang kekejaman British di India.

Tanpa Nama berkata...

Jom kita pakat mogok lapar. Tunjukkan rakyat sangat protes dengan tragedi PERAK yang didalangi NAJIB/UMNO/BN.

abu muaz berkata...

Oleh kerana kita berdepan dengan kacukan Ghandi mogok lapar ini mesti dibuat sampai ketitisan darah terakhir. Biar dunia tahu apa yang sedang berlaku kini di Malaysia.Ajak sama Uthayakumar .......

semut ipoh berkata...

kamu bn bleh menang di mahkamah.tapi kamu perlu ingat,kamu kalah di hati rakyat.bila sampai masanya kamu pasti akan diajar.mendabik la sekarang,satu masa kamu akan menangis.

zackeye berkata...

Kita masih lagi dalam rayuan kemahkamah persekutuan. Buat apa nak mulakan mogok lapar. Jangan sampai usaha kita dipermainkan oleh media BN dan nampak macam kita gila kuasa. Yang nak menilai kita adalah rakyat pada pilihanraya.
Apa yang perlu kita buat ialah beri penerangan kepada rakyat tentang implikasi penghakiman. Kita main ikut peraturan permainan mereka. Usahakan supaya MP BN menyeberang masuk atau menyokong PR sehingga kita akan dapat masuk Putrajaya. Sekarang ini pintu telah dibuka oleh BN dan hakim yang tidak payah ada undi tidak percaya diparliman untuk merebut kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah DS Nizar....Allah bersama mu dan kami mendoakan anda....bravo....kuat kan tekad dan keazaman Dato seri....kerana andalah terletaknya harapan rakyat......

Tanpa Nama berkata...

Hai icon 2008, Nak ikut langkah orng hindu ker?
Adakah itu satu langkah yang Islamic?
Tidakkah ia merupakan satu pembaziran dari segi masa? Apa pendapat drs khalil?

ubatkuat berkata...

salam buat semua, pada saya tak jadi masalah kalau sesuatu benda yg elok dan baik utk kita ikuti,,nak ikut langkah hindu apenya kalau istilah berpuasa itu ada pada setiap ajaran ugama di dunia ini(kalau saya salah tafsir,sila perbetul)bukan nak ikut jejak orang yg bukan islam tetapi utk membersihkan jiwa dan merenung sejenak apa yg dah berlaku kat perak kite skrg ni...kalau suruh org pi merompak,mencuri dan perkara mungar itu baru ajaran salah dan jgn di ikut,,sekadar mogok lapar dan bukan nye menjejaskan kepentingan awam pun,,tanpa nama ,,segala macam yg berlaku ada hikmah nya yg tersendiri,,kekadang saya terfikir,,dlm perlembaggan ada menyebut hak rakyat untuk berhimpun bersuara dan bebas(secara kawalan)menyatakan pendapat,,SESUATU perhimpunan tersebut yg mulanya aman kenapa harus ada unsur provokasi dan seterusnya membuat tindakan yg melampau terhadap rakyat,,lebih baik pengubal dasar berbincang dan hapuskan terus HAK INI dari memainkan hati dan perasaan rakyat..jgn salah tafsir, tapi apepun saya sebagai rakyat malaysia merasa ada yg tak kena dgn perjalanan pentadbiran negara dewasa ini..WALLAH HU~ALAM

TAKBIR TAKBIR DAN TERUS TAKBIR