13 Mei 2009

Mahasiswa Perak Mahu DUN di Bubar Segera.

Presiden Mahasiswa Perak saudara Mohd Hafez bin Sabri melihat Keputusan Mahkamah Tinggi yang diputuskan petang tadi menyebabkan keadaan politik Perak yang bercelaru sebelum ini menjadi makin celaru dan mengelirukan. Keputusan itu juga menyebabkan Dato' Zambry Abdul Kadir tidak ada hak lagi untuk bertakhta sebagai Menteri Besar dan membuktikan selama ini kerajaan Barisan Nasional Perak telah menipu rakyat Negeri Perak dengan mentadbir Perak secara haram.

Sehubungan itu kami diperingkat Mahasiswa Perak menggesa Dato' Zambry Abdul Kadir dan kesemua Exconya meletakkan jawatan secara terhormat ekoran keputusan mahkamah berkenaan.
Diperingkat mahasiswa Perak kami berpandangan bahawa, Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin tidak perlu meminta Dato' Zambry Abdul Kadir meletakkan jawatan ini kerana pengisytiharan mahkamah itu secara automatik menjelaskan kedudukan Dato' Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak kudeta sebelum ini dan kesemua Exconya gugur.Demikian ulasan dari Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak Saudara Mohd Hafez bin Sabri selepas keputusan mahkamah dikeluarkan sebentar tadi.


Menurut beliau lagi, Sekiranya Dato' Zambry Abdul Kadir dan para Exconya ada maruah dan air muka mereka akan meletakkan jawatannya dengan sendiri pada malam ini juga.

Dalam perkembangan lain, satu laporan menyebut Dato' Zambry Abdul Kadir dikatakan akan meninggalkan bangunan pentadbiran kerajaan Perak esok. Dipercayai langkah itu akan diturut serta oleh para Exconya.

Kami diperingkat mahasiswa Perak memohon agar Sultan Perak sedia menerima Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin menghadap dan memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak ini kerana keputusan Mahkamah Tinggi telah membuktikan bahawa selama ini Dato' Zambry Abdul Kadir memerintah negeri Perak secara tidak sah.

Kami diperingkat Mahasiswa Perak mendoakan agar keputusan Mahkamah Tinggi tadi akan membuat pintu hati Sultan Perak yang terkenal sebagai seorang berhemah dan bijsaksana itu untuk menerima Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin dan mendengar apa-apa yang akan diperkatakan oleh Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin selaku Menteri Besar yang sah itu.

Saya juga melihat bahawasanya atas kapasiti Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin sebagai MB berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi, Sultan Perak tidak ada sebab untuk tidak menerima menghadap Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin, ini kerana kita menghormati prinsip demokrasi dan hak perlu dikembalikan kepada mereka yang berpihak kepada kebenaran.

Sekiranya Dato' Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin dibenar menghadap dan beliau memohon agar DUN dibubarkan kami diperingkat Mahasiswa Perak memohon agar Sultan Perak bersetuju bagi menamatkan kemelut dan krisis politik di Perak inilah ketika dan masanya yang paling baik. Keputusan mahkamah tadi juga boleh dijadikan alasan konkrit untuk berbuat demikian.Bagi Mahasiswa Perak pembubaran DUN adalah penyelesaian yang paling berkesan dan adil.

Sekiranya pilihan raya diadakan semula dan mandat diperolehi sesiapa pun selepas ini tidak akan boleh membangkitkan apa-apa peristiwa yang telah berlaku dan keputusan atau suara rakyat yang baru itu hendaklah dihormati.Jelas beliau lagi.

Sama-sama kita berdoa agar kemelut politik di Perak akan berakhir dengan selamat dan jayanya.Sekali lagi saya mewakili seluruh Mahasiswa Perak yang berada didalam negara mahupun diluar negara memohon agar mandat diberikan semula kepada rakyat untuyk menentukan siapa pemimpin mereka. sumber: www.siswaperak.com

"Mahasiswa Bersama Suara Rakyat"

9 ulasan:

AHIM KAMPONG berkata...

BN takut sangat nak bubar DUN apahal...belum tentu lagi PR akan menang...jadilah seorang pejuang yg sanggup berjuang...ni baru nak bertanding dlm satu pilihanraya yg berat sebelah (lebih condong BN)...itu pun takut...belum lagi dihantar utk berjuang di medan perang...SAH BN tidak ada 'biji'(tak malu betul...kemaluannya hilang entah ke mana)

zizi3131 berkata...

Saya memohon kepada YAB Ir Nizar selaku MB Perak menganjurkan Munajat dan solat hajat besar besaran di stadium ipoh hari jummat ini memohon doa pada Allah agar di buka pintu hati Tuanku Sultan Azlan Shah agar membubarkan DUN dan juga agar rakyat Perak berada didalam keadaan selamat daripada ganguaan orang orang yang terlampau mengikut hawa nafsu

Jemaah berkata...

Salam.. saya ni tak faham dengan undang-undang. Tapi yang saya tahu bahawa Zambry adalah Menteri Besar Haram. Perlantikannnya tidak sah. Begitu juga dengan exco-exco beliau. Dengan demikian, seoalah2 mereka tidak pernah memegang jawatan ini selama ini. Jawatan yang dipegang hanyalah sangkaan mereka sahaja, tetapi bukanlah dari segi hakikatnya.

Persoalannya : Kenapa perlu mereka meletak jawatan sedangkan mereka tidak pernah miliki apa yang hendak diletak. Kaedah menyatakan bahawa : "Faaqidus syaii la yu'tiihi" (Orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat berikan sesuatu).
Sekiranya kita meminta mereka untuk meletakkan jawatan seoalah2 kita telah mengiktiraf mereka selama ini. Bagi kami, pengiktirafan itu tidak pernah berlaku. Sekiranya kita mengiktiraf mereka sebagai pemegang jawatan yang sah, kenapa kita nak minta mahkamah memberi pengesahan bahawa kita adalah pemegang jawatan yang sah.
Ini menandakan bahawa mereka tidak menjawat apa-apa jawatan dan kita tidak perlu meminta ADUN biasa meletak jawatan yang mereka tidak miliki. Kita tidak pernah mengiktiraf mereka dan rakyat pun tidak mengiktiraf mereka.
Kami berharap agar jangan kita terikut2 dengan jalan dan termakan dengan jarum yang mereka mainkan.

Sekian, Wassalam

Tanpa Nama berkata...

ZAMBRY MENTERI BESAR 'HARAMJADAH'!!

Pesanan berkata...

Sekarang, Mahkamah Rayuan dah terima rayuan Zambry untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Ertinya, Zambry kekal MB seperti sebelum keputusan MT.

Ini bermakna, Zambry boleh menggunakan masa dari sekarang sehingga ke keputusan rayuannya terhadap keputusan MT itu sendiri untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Nizar.

Pesanan berkata...

Saudara/i jemaah di atas, memang benar apa yang dikatakan oleh saudara di sisi undang-undang. Menurut keputusan Mahkamah Tinggi semalam, memang Zambry dan ADUN-ADUN BN berkenaan tidak pernah memegang jawatan MB dan exco. Oleh itu, semua keputusan dan kontraknya terbatal dari mula (void ab initio) atas sebab tersebut. Zambry juga tidak harus dirujuk 'bekas MB' kerana di mata undang-undang dia tidak pernah menjawat jawatan MB tersebut. Sebaliknya, haruslah dirujuk 'yang menduduki jawatan MB secara khilaf'.

Tanpa Nama berkata...

zamri bukan MB haram..dia dilantik atas perkenan sultan perak..Daulat Tuanku.. apa difikirkan baik oleh sultan, patik rakyat perak menurut sahaja.

Tanpa Nama berkata...

hapele ngko tanpa nama di atas. pikirla rasional sikit.tau ngikut kate soltan hape dapat. blajo undang2, baru ade prinsip. tau undang2 mana betul mana salah. aku rakyat perak gak. tapi aku tak nak turut. aku nak sembah derhaka!

Tanpa Nama berkata...

Buat tanpa nama 1:54am...

Hapa la engko...pikir la sikit...main turut jer...tue yang dok kena pusing n tipu ngan BNatang....pasal orng cam nie ler...main turut ajer, otak x mau pakai...akai x der kut...Baca betul....faham betul....baru ader prinsip....bukan aper takut orang perak nanti kena berak ngan BNatang nie....

XC4$$$...klate