PUTRAJAYA, 22 Mei : - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.
Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi.
Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.
Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.
Berhujah bagi pihak Nizar, peguam Sulaiman Abdullah, berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan.
Tetapi tambahnya, berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.
"Oleh yang demikian, Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri," katanya.
Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satu-satunya cara bagi memecat Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.
"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.
"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.
Sulaiman mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang semalam.
Sementara itu di sebelah paginya peguam Dato' Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.
"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," katanya.
Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.
"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya)," katanya.
Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sama ada Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.
"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," katanya.
Cecil berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.
Dalam penghujahannya, Cecil juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu.
"Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya.
Cecil berkata, bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.
"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional.
"Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang.
"Sehingga 5 petang semalam, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," kata Cecil.
Sementara itu, Abdul Gani berkata Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi keduadua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).
"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.
Abdul Gani juga berkata apabila Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu.
"Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.
Selepas selesai perbicaraan semalam, Nizar berkata beliau yakin akan sokongan rakyat Perak terhadapnya.
"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.
Persidangan pada petang tadi dilihat me3ndapat perhatian ramai pihak termasuklah rakan media yang kebanyakannya datang lebih awal. Selain itu Kelihatan ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang turut hadir bersama penyokong masing-masing berjumlah lebih 200 orang.
Keadaan bilik perbicaraan lebih awal penuh dengan tempat duduk yang dihadkan sebanyak 70 orang sahaja. Ramai yang kecewa kerana tidak dapat masuk.
Sementara itu kawalan ketat dari pihak keselamatan menghiasi suasana di lantai bawah tempat bilik penghakiman diadakan. Kebanyakan rakan media yang tidak dapat masuk kedalam dewan hanya berligar di luar.

10 ulasan:
sabar, kalah pon tapi dekat hati rakyat menang!
setuju..Nizar tetap menang di hati org2 perak
Kenapalah dok berebut jawatan. Sedangkan Rasulullah SAW melarang umatnya berebut jawatan pemimpin, kecuali jawatan itu ditentukan oleh rakyat bawahan.
Saya tidaklah mahu memihak kepada mana-mana pihak. Saya hanya mahu bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang melarang umatnya tergila-gilakan jawatan. Apakah kita lupa saranan Rasulullah SAW agar pemimpin diangkat dari bawah dan bukannya diangkat dari atas.
Maka dalam hal ini, biarlah rakyat yang tentukan siapakah pemimpin yang mereka kehendaki. Baik Menteri Besar mahupun Sultan, berikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.
Saya jadi hairan, kerana gilakan kuasa, kita mengenepikan saranan Rasulullah SAW dalam hal memilih pemimpin. Dunia!!! ... Dunia!!!
teruskan perjuangan krn allah bersama org beriman
nizar berebut jawatan bkn utk diri dia tp utk rakyat perak..bila nizar disahkan jd mb perak,dia akn mntk perkenan tuanku utk bubar dun ngan kata lain bg kuasa pd rakyat utk memilih kerajaan yb rakyat nak..

saya rasa encik ruslam mamat dah salah faham...bagi saya,kita bukan gila kuasa,tapi dengan kuasalah kita boleh amalkan ajaran islam,tapi kalau kita tahu bahawa pemerintah yang akan memerintah ini tidak akan melakukan dan mengamalkan ajaran islam,wajib atas kita untuk rebut jawatan ini.
Memang benar, DS Nizar bukan merebut kuasa. Tetapi demi mempertahankan kedaulatan Islam, agar Islam dapat diamalkan dengan sepenuhnya. Demi aqidah orang Islam, jawatan yang diperolehi secara sah harus dipertahankan akibat peragutan haram.
takpelah,andainya BN -amno terus memerintah pera mereka akan menerima PADAH PRU13,,biarkanla...biarlah
kami akan sematkan pemimpin yang berjiwa islam di hati kami,DS NIZAR kalah di mahkamah,menang di hati kami.biarkan mereka memerintah dengan kuasa haram mereka tapi PADAH akan mereka terima kemudian hari.Suburkan Sunah,Benihkan Akidah,Kuatkan Islam bercambah di negeri PERAK yang kami cintai..HIDUP PR!!!!!!!!!!!!!!!
Catat Ulasan