30 Mei 2009

PENANTI DAN MANIK URAI - `KATAK DUA SEJOLI' DAN SI TANGGANG

Setelah banyak kita bercerita tentang Kak Min di Dun Penanti, mari kita menjenguk sebentar di Kelantan khususnya saat menjelang PRK Dun Manik Urai. Bezanya sedikit sahaja, jika di Dun Penanti Kak Min atau `Minah Ronggeng' (gelaran oleh Azmin) adalah calon bebas sahaja, tetapi di Kelantan `Raja Katak' tersohor adalah Wakil Rakyat bebas Parlimen Pasir Mas. Kedua-duanya tidak banyak beza, seperti `katak dua sejoli'.

Baru-baru ini Ibrahim `Al-Kataki' mula berbunyi semula selepas beliau mempersendakan mogok lapar PR di Perak. Di Perak katanya, mengapa PR tidak mogok sampai mati sahaja? Itulah kata-kata seorang MP yang tidak sedar diri diuntung. Dahulu semasa beliau mencari makan dalam Umno, beliau pernah mempersendakan Tn Guru Nik Aziz dengan menyatakan beliaulah yang mengajar MB Kelantan itu memakai semutar (serban). Beliau dahulu pun pernah menyatakan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden PAS) seperti Moshe Dayan (Bekas PM Israel) kerana `bermata satu'. Ibrahim Al-kataki ini juga sewaktu era kebangkitan reformasi, beliau menyatakan bagaimana DS Anwar merayu dan memeluk beliau agar beliau dapat membantunya dari dipecat dari jawatan dalam Umno ketika itu. Itulah cara Ibrahim Al-kataki berpolitik dan caranya itu tidak pernah berubah.

Saya dapat merasakan betapa menyesalnya rakyat Pasir Mas mengundi beliau di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Tapi, apakan daya ketika itu Tuan Guru Nik Aziz yang pernah dihina oleh Ibrahim Al-kataki ini tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan bersangka baik terhadap Ibrahim Al-kataki ini. Apatah lagi, Tuan Guru amat kesihan dan simpati apabila melihat Ibrahim Al-kataki ini `disepak serta dihumban' oleh Umno ke dalam `tong najis'. Tuan Guru ambil beliau, bersihkan tubuhnya dari segala kekotoran najis tersebut dan memberikan ruang untuk beliau bercakap serta berkempen untuk membela nasibnya sendiri selepas dizalimi oleh Umno. Akhir sekali, Tuan Guru membuat keputusan yang amat kritikal ketika itu iaitu memberi kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Al-kataki. Mungkin selepas Tuan Guru melihat betapa Ibrahim Al-kataki tidak mampu berjuang bersendirian dan beberapa kali tewas di dalam pilihanraya di Pasir Mas sebagai calon bebas. Ternyata Ibrahim Al-kataki bukan seorang yang hebat tanpa bantuan PAS.

Kini, selepas bergelar Ahli Parlimen dengan ehsan PAS, Ibrahim Al-kataki mula lupa diri seperti kisah `Si Tanggang'. Beliau berkata akan mendedahkan segala kelemahan kerajaan PAS di Kelantan di bawah Tuan Guru yang telah `memberi' nya makan. Kita tidak kisah tentang apa pun pendedahan yang mungkin akan didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki ini kerana rakyat Kelantan khususnya di Manik Urai telah begitu lama mengenali siapa Ibrahim Al-kataki ini. Sebelum beliau ditabalkan menjadi Ahli Parlimen, di dalam ceramahnya di Kelantan tidak lekang mulutnya memuji kepimpinan Tuan Guru. Tetapi setelah menyedari bahawa di dalam pilihanraya umum akan datang kemungkinan besar beliau akan bertanding bersendirian atau mewakili Umno (jika Umno masih selera memilihnya) beliau akan hilang deposit, maka tiada pilihan lain terpaksa Ibrahim Al-kataki ini menjilat kahaknya kembali.

Apa yang ingin didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki? Bagaimana beliau ingin mendedahkan keburukan orang lain sedangkan dirinya kini telah terdedah dengan segala kejelekan? Saya agak hairan bagaimana beliau mampu mempunyai kulit muka yang `tebal' untuk terus berada di kerusi Parlimen Pasir Mas? Itulah kelebihan Ibrahim Al-kataki dan keajaibannya yang sukar ditandingi termasuk oleh Raja Sesumpah mahupun Kak Min walaupun dari `spesis' yang sama. Raja Sesumpah meskipun termasuk dalam kategori Al-kataki, tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak pernah memakan hasil suapan orang yang ditentangnya. Begitu juga dengan Kak Min yang baru hendak belajar dari Ibrahim Al-kataki dan juga dari Raja sesumpah.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan "Alang-alang katak melompat, biar sampai ke dalam tong najis". Mungkin inilah prinsip Ibrahim Al-kataki sekarang. Kita akan melihat gelagat Ibrahim Al-kataki ini nanti sewaktu kempen di Manik Urai tidak berapa lama lagi. Saya berharap agar semasa kempen itu nanti, cuaca dalam keadaan baik di Manik Urai kerana saya bimbang jika Katak berbunyi, maka hujan pun turun.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

14 ulasan:

serupasekala berkata...

INI LAGI SEKOR BARUA KAT PASIR MAS ,KALAU ZAMAN P RAMLEE KENA TEMBAK DENGAN SENAPANG GAJAH.
SUDAH LAH BERTANDING ATAS TIKET PAS , DENGAN ORANG PAS PULAK DIA BUAT BALAH.
SAPERTI MELEPAS ANJING TERSEPIT DIPAGAR .

andy4484 berkata...

sejak dari awl lg si brahim ni mmg xblh dibuat kawan.aku masih ingat semasa ceramah dia bersama pas,mmg ramai yang x setuju kalau dia masuk pas. mmg dia dulu time dlm buangan nak sangat bersama-sama pas.time tu berbakul-bakul dia puji pas supaya kerusi pasir mas di bei kepadanya.masihkah kau ingat(pinjam kata-kata kat min)apa ayat ko brahim,kalau tok guru x blh terima dia masuk dalam rumah,duk kat tanggapun xpe dia ckp.ni bermakna dia mmg xda rasa malu.tok guru nik aziz bagi kerusi parlimen pasir mas tu sbb tok guru kasian tiap-tiap ari turun naik kotadarulnaim pujuk tok guru. dengan bijak sekali tok guru bagi dia kerusi tu x bagi kerusi dun.sbb tok guru tau dia kaki lompat.kalau bagi kerusi dun,buatnyamelompat time pas berbeza 1 kerusi,x ke jd mcm perak.mmg katak berhati kodok.

Tanpa Nama berkata...

aku tak menyesal sokong DAtuk Paduka Ibrahim Ali...dia bagus sebab bukan jadi PAK TURUT macam sesetengah pemimpin PAS yang kaki kipas dan tahu bertakbir tetapi tak tahu makna sebenar apa yang ditakbirkannya itu.....aku sokong beliau sebab beliau berani.....

Tanpa Nama berkata...

itu lah jadinya bila PAS sanggup berkawan bila ada yang akan memberi keuntungan kepadanya...aku anggap PAS yang SALAH

Tanpa Nama berkata...

Kepada tanpa nama 5/29/2009
OTAK KAMU PUN SAMA MACAM IBRAHIM KATAK YG TIDAK TAHU MENGENANG BUDI.....IKUT SUKA KAMU LAH NAK IKUT KATAK MUNAFIK TU.....KAMU TAK FAHAM APA MAKNA BERANI.....KITA DISURUH BERANI HANYA UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN....BUKAN BERANI MACAM KATAK MUNAFIK YG NAK CARI HARTA DUNIA...

tanpa nama berkata...

ibrahim katak munafik ....jgn percaya lagi dengan kATAK INI....kerana tak pernah bercakap benar dalam hidupnya...biarkan lah katak ini melompat semula ke dalam tong najisnya...

Tanpa Nama berkata...

kepada pengulas tanpa nama berkata (5/29/2009 4.52 pm).

saya sokong awak sokong Datuk paduka Ibrahim Ali, sekurang-kurangnya Datuk Paduka Ibrahim Ali tidak keseorangan dalam perjuangan. Boleh lah wujud parti KATAK Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Berani jadi munafik? Bagus membohong? nak bertakbir pun salah? Otak dah lemau bila asyik turutkan umeno.. pak turutkan tv3suku.. akal senteng, cara umeno - biar buduh agar senang jadik pak turut, lupakan Islam agar mudah dirasuah kain batik nan sehelai. Nanti fatwakan rasuah kain batik halal.. sengal! PAS berani tegakkan Hukum Allah, takbir!!

ubatkuat berkata...

KURANG AJAR KAU KEPALA HOTK KAU ..INI KE YANG UMNO KAU AJAR SURUH LAGA GAKAN ORANG,,AKU SIKIT PUN TAK HERAN DENGAN KATA2 KAU BERSAMA SAMA DENGAN BARUA BN KAT BLOG NI,,KEPALA HOTAK KAU ...HOI HARAM JADAH ...PAS TAK AJAR ORANG HULUR HULUR NI,,KALAU KAU UNGKIT GAK RAKYAT TERIMA KAIN PELIKAT SEBAGAI RASUAH TU MAKNA NYA KAU PUNYA BN MEMANG TERPALIT RASUAH YANG DIPERKATAKAN RAKYAT,,KALAU KAU TAK PUAS HATI KAU BOLEH JUMPA AKU BILA2 MASA...BAHASA BANGSAT KORANG NI PATUT DI AJAR DENGAN CABARAN JE DAN BUANG MASA MENULIS KAT KORANG,,SOALNYA SEKARANG KAU BERANI KE SAHUT CABARAN AKU,,

Abdullah Ngah berkata...

Ibrahim Ali memang orang yang tidak punya pendirian.

Dia sendiri tidak tahu apakah perjaungan yang diperjuangkan.

sebab itu jadi begitu dan macam itu.

Orang panas baram memang begitulah sikapnya.

Barangkali anda setuju kalau kita katakan dia adalah seorang yang tidak normal, sebab itu cakap ikut sedap mulut.

Saya kenal dia semasa dia di ITM lagi, sama sama hadir seminra itu dan seminar ini.

Dalam seminar memang dia jaguh bercakap. memberi pandangan itu dan ini.

Kalau orang tidak setuju pendapat yang dikemukakan dia lari keluar dewan, protes konon.

Konon pendapatnya bagus dan baik tanpa menyedari pendapat yang dikemukakan itu dangkal.

Inilah perangai Ibrahim Ali. Dia memang berani, tapi berani tidak bertempat.

Kata orang tua tua berani macam babi- membabi buta.

Orang ramai mungkin tidak tahu Ibrahim Ali gemar cakap besar, Berak pun mahu besar.

Saya hormat dia, kerana dia merupakan orang yang tidak pernah mengaku bersalah walaupun terang terangan salah.

Semasa duduk dalam Umno dialah orang banyak pegang duit waktu didadakan pilihanraya kecil.

RM 500,000.00 duit pernah ada didalam sakunya untuk satu satu pilihanraya kecil.

Inilah orang ini. Macam mana presiden Umno boleh percaya orang macam ini. Kita tidak tahu.

Akhirnya dipecat seumurhidup. Nasibnya sungguh baik apabila PAS beri peluang bertanding di parlimen Pasir Mas.

Sekarang dia pula yang tolong PAS dan PKR. Tolong kritik agar PAS dan PKR dapat memerintah negara dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Terima Ibrahim kerana hendak baiki PAS dan PKR dari luar kotak biru yang sedang haru biru.

ubatkuat berkata...

ada sesape lagi yang nak komen pasal ulasan sahabat kita di atas ni,,dah terang lagi bersuluh kan,,manusia bernama berahim ali yang TANPA NAMA nak buat imam dalam solat,,munafik paling unggul dalam dunia politik malaysia ni yang TANPA NAMA nak jadikan idola kepimpinannya??manusia rakus kuasa ni yang kau kata hai TANPA NAMA tak nyesal sokong dia,,elok lah tu hinnga hujung nyawa ni kau basuh lah kaki berahim ali dan kau minum air dia buat memekatkan lagi akidah melayu kau,,SYABAS TANPA NAMA,,MARUAH MELAYU KAU TELAH TERSELAH SEANTERO MAYA

Tanpa Nama berkata...

SEKALI LAGI AKU KATA IBRAHIM ALI PEMIMPIN YANG BERANI TAK MACAM PEMIMPIN YANG LAIN...DAN JUGA UBATKUAT...aku rasa kau ni bukannya ubat tapi racunkuat....piiiirrrrrrrrrrrrrrrrah

Tanpa Nama berkata...

kepada tanpa nama 29/5 5.15 pm

bukan PAS berkawan dengan al-kataki tu,,PAS bagi ruang je..berkawan tu mcm DAP,PKR,PAS..apelahh,,nak ulas isu, tapi ilmu tarakk

Tanpa Nama berkata...

bgs TGNA.. dia tak berdendam dgn org lepar taik kt dia... semoga satu hr nanti breheng ali sedar ape yg dia lakukan ni salah.. kalu sy kt tpt TGNA pun sy tak pasti nak terima dia ke tak... jgn kan nak dok kat tangga... melewati halaman rumah sy pun sy tak pasti nak bg lalu ke tak... bukan sebab tkt rumput rosak kena pijak, tp tkt berjangkit sifat mazmumah dr dia.