12 Mei 2009

Puluhan ribu banjiri Taman melewar dengar Isu terkini Perak.

Penduduk Malaysia termasuk di Lembah Kelang dikejutkan dengan berita pengesahan DS. Nizar sebagai MB Perak yang sah. Saya dipanggil untuk menggantikan YAB. MB yang tidak dapat hadir dalam ceramah penerangan isu Perak di Markaz Tarbiyah Taman melewar Gombak.


GOMBAK : Satu ceramah penerangan isu terkini perak telah menarik lebih 20,000 orang hadir kerana mereka mungkin dikejutkan dengan berita-berita panas dari Perak termasuklah yang terkini mengenai keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memihak kepada pakatan Rakyat.

Sayangnya Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat hadir kerana beliau memanggil satu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak. Begitu juga Speaker DUN Perak, V. Sivakumar juga tidak dapat hadir. Tempat mereka berdua telah digantikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Peceramah lain ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Hj. mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB. Salehuddin Ayub dan Peguam Hanifa Maidin.

Kehadiran pada malam tadi dianggarkan oleh banyak pihak boleh menandingi jumlah kehadiran program GERAK semasa hayat almarhum Ust.Fadzil Noor satu masa dulu.

Tidak ada ruang yang kosong di dalam dan di luar markaz pada malam tadi.













Gambar oleh : Mohamed Heikkal Ismail
http://avercine.blogspot.com/

8 ulasan:

mekjah berkata...

alhamdulillah...kebangkitan rakyat...PAS sokmo

ismat_yon berkata...

awat x amik gambaq kat luaq....sesak sangat2... memang ramai malam tadi....dah lama tmn melewar x sesak macam malam tadi...

Tanpa Nama berkata...

Salam YB, ape cerita dato SUK tu? nak tau gak ler... tadi masa saya pergi kerja, escort sultan ada lalu kat kuala ni, ada proton perdana warna itam ikot, apa meraka buat kat kuala ni? teman tertanya-tanya juga..YB ada maklumat tak?

Tanpa Nama berkata...

Apa pun jangan terlamapu terbawa-bawa dengan keadaan ini.
Perjalanan masih panjang.
PR sepatutunya boleh lebih berlembut dan berhemah.
Ingat, Allah menyayangi orang yang pemaaf dan rendah diri.
Mohon mengadap dan berunding dengan baik dengan pihak Istana.
jangan terus umumkan keputusan nak bubarkan dewan atau sebagainya.
Elok dapat nasehat dari pihak Istana dahulu.
Kalau lstana dapat merestui YAB Nizar terus menersjui negeri Perak dan dapat memberi jaminan tanpa gangguan BN, apa salahnya.
Perbaikilah kesilapan lalu.
UTKP terlalu istimewa sekarang di mata rakyat dan pengamal undang-undang.
Memang tidak gentlemen BN merayu keputusan kerana kes ini melibatkan Perlembagaan dan UTKP.
Jadi tidak ada ulangan atau kata dua rayuan yang patut diberi pertimbangan.
Apalagi Hakim telah menjelaskan secra terperinci yang menyebabkan kes berpihak kepada YAB Nizar.
Jadi kita tengok apa yang dimaksudkan Najib tentang kerjasama menyelesaikan kemelut Perak.

LIAS berkata...

Syabas YB....ceramah yg sungguh bersemangat mlm td...org rmi sgt mlm td smpi jem teruk smpi greenwood...Sama-sama kita berdoa agar Islam terus kekal di bumi Perak dan seluruh Malaysia

john berkata...

john akan trun sabtu ni di stdium malawati..
john trun bersama kawan2 dr IPOH...

OD berkata...

enchek tanpa nama..mcm mana Nizar nak terus tadbir negeri kalau majoriti kurang..segala mesyuarat dalam dewan akan dibangkang habis oleh celaka2 tu..lebih baik bubar..kalah pun puas hati..tapi menang bosar lagi bagus..jadi mcm sngor..setakat mat tempe tu bersuara tak goyang pun kerajaan PR..

Pesanan berkata...

YB tepeklah video ceramah di sini pulak.