13 Mei 2009

Serah kepada rakyat pilih kerajaan di Perak - Suhakam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman.

Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Beliau berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat," kata beliau.

"Tindakan Mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak," kata Abu Talib. Mstar.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tan Sri Abu Talib Osman tu bekas Peguam Negara dan dia bukan orang PAS, DAP, atau PKR. dia pernah jadi orang penting suatu ketika dulu, peranan nya sangat besar ketika kes Dato Harun Idris, namun beliau pun menyarankan supaya serahkan kepada rakyat untuk menyelesaikan kemelut di Perak.

KENAPA PEMIMPIN UMNO JADI KEPALA BATU? TIDAK MENGHIRAUKAN KEPENTINGAN RAKYAT MAJORITI DAN TIDAK DEMOKRATIK. AKU RASA SEBAB AGENSI PENTING (POLIS, SPR, SPRM,PEGUAM NEGARA, KETUA HAKIM NEGARA) SANGGUP JADI BARUA DEPA. INSAFLAH WAHAI ORANG2 BERKENAAN, BANYAK MANA PUN HARTA
DIKUMPUL, MAKANAN ENAK KETIKA MELALUI LIDAH SAHAJA (FAHAM KE?) DAN MATI HARTA DITINGGALKAN.

Pesanan berkata...

Sekali sekala Suhakam berdecit bagus juga.

mathanis berkata...

BN tak heran lah..mai lah bapak dari SUHAKAM pun..Dok bantah situ la puak tu..hakikatnya tuan-tuan..UNDANG-UNDANG MANUSIA..Tengok contoh ISA..masa Tun Dolah kata ISA perlu sangat..waktu tu Najib kata..betoi paklah..Bila Najib jd PM dia bebaskan pemimpin HINDRAF..bila manoharan ugut nak letak jawatan ADUN..dan-dan bebas Manoharan dan geng...mahyudin pulak kata..betoi jib..Last-last kesudahannya apa?..RAKYAT DIDAHULUKAN..dalam hal tertentu sahaja(saya tambah sikit).