13 Mei 2009

Sidang khas DUN untuk singkir Nizar tidak benar.

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang tidak sah pelantikannya , R Ganesan, berkata beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dan terserah kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk melakukan tindakan bersesuaian dan relevan.

Ganesan menafikan ada mengeluarkan kenyataan kepada sebuah laman web berita bahawa BN sedang memikirkan bagaimana mahu mengadakan secara sah Sidang DUN tergempar untuk menyingkirkan Mohammad Nizar menerusi undi tidak percaya.

"Saya hanya komen kami menghormati keputusan mahkamah dan terserah kepada kepimpinan BN untuk melakukan tindakan yang relevan dan sewajarnya.

10 ulasan:

TpK berkata...

Betul ke Ganesan ooii....sebab hang tau hang speaker haramjadah yg tak akan dapat mempengerusikan sidang yang sah? Belum bertemour dah ngaku kalah nampak? Elok jugak kenyataan pre-empt dibuat selalu oleh PR. Sila baca di sini kwn2:http://www.marhaen.info/v2/mar_a_tapai18.html

Pesanan berkata...

Speaker V Sivakumar sudah memfailkan kes di mahkamah belum untuk mencabar perlantikan speaker BN R Ganesan? Walaupun MT memutuskan kerajaan Perak kembali ke peringkat sebelum Zambry merampas kedudukan MB, keputusan ini boleh dinafikan oleh Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan. Jadi, sebagai langkah berhati-hati, V Sivakumar haruslah memfailkan kes mencabar perlantikan Ganesan.

Kalau tak, nanti Ganesan kata dia ada hak untuk mengadakan sidang untuk undi tidak percaya terhadap MB Nizar.

Apa-apapun, semoga Raja Nazrin atau Sultan Azlan segera membubarkan DUN Perak. Itulah seeloknya untuk PR mahupun BN.

AHIM KAMPONG berkata...

Ganesan vs sivakumar...siapa lebih HARAM...

pendapat saya Ganesan tiada jati diri, perlu diberi kursus BIRO TATANEGARA...
manakan tidak...suruh duduk dia duduk, suruh berdiri dia berdiri, suruh pakai baju dia pakai, suruh diam dia diam...kerbau dicucuk idung...tak malu (kemaluan dia entah kemana dah)

SURUH JADI SPEAKER HARAM PUN....alahai...anda saksikan sendiri gelagatnya pada sidang DUN hari tu...'MACAM KERA DAPAT BUNGA'....LU FIKIRLAH SENDIRI

yes berkata...

Tuanku berdua adalah orang yang arif dan bijaksana yang sayangkan rakyat negeri Perak.Rasanya baginda akan membuat keputusan yang sewajarnya agar rakyat hidup aman damai, bukan mengikut nafsu serakah pemimpin yang tidak bertamaddun.

AHIM KAMPONG berkata...

Dr zambry ada pendidikan dalam bidang sains politik tetapi waktu buat assignment upah orang lain buat...sekarang apa dah jadi...

DULU UMNO TAPAH,KINI PAS TAPAH berkata...

HARAP SULTAN CEPAT PERKENAN BUBAR DUN SUPAYA UMNO TAK SEMPAT BUAT UNDI TAK PERCAYA.

Tanpa Nama berkata...

v sivakumar kena duduk kat kerusi speaker tu...jgn sekali bagi speaker haram duduk kat situ lagi..skrh MB adalah nizar..jgn TAKUT!!!

Tanpa Nama berkata...

TAK PAYAHLAH BN PANJANG2KAN EPISOD INI . BIAR NIZAR JADI MB .BIAR DIA BUAT KERJA . DIA MENANG PUN BUKAN MENANG SEMUA DAN ZAMBRY PUN BUKANNYA KALAH SEMUA . SEKARANG ORG BUKA MATA PADA UMNO , JADI PANDANG2LAH KITA . JGN SAMPAI ORG MENYAMPAH - HIDUPPPP........... UMNO

orang perak berkata...

Saya yakin segera mengadakan sidang untuk undi tidak percaya terhadap MB Nizar.

Mr Harry Expert berkata...

aku teringat ada satu pantun ni. Pantun ni aku tujukan kepada Barisan Haram Mamak al-kudri Pangkori..

dang nila memangku puan,
berembang buah pedada,
apakah gila bagimu tuan
undang-undang dipiciskan lada?

zamri haram dah kata terima dengan hati terbuka, terima jela..buat rayuan kat mahkamah lagi buat apa!

nanti aku akan kontek malaysia book of record. Nak suh amik zambry jadi mb (haram ) paling singkat berkuasa