16 Jun 2009

Mahasiswa Perak desak PBB, Kerajaan Thailand selesai segera kemelut berdarah

Berikutan tragedi berdarah di Selatan Thailand Selasa lalu yang melibatkan 12 orang penduduk mati ditembak, Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak ( BERSATU PERAK ) tampil mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kerajaan Thailand supaya menyelesaikan segera kemelut berdarah di wilayah itu.

Presiden persatuan tersebut, Mohd Hafez bin Sabri melalui kenyataan media yang dihantar semalam menyatakan konflik yang berlaku di Selatan Thailand sehingga kini masih belum dapat diselesaikan. Sejak 2004 berlakunya kemelut, hampir 3,700 jumlah umat Islam yang tidak berdosa dibunuh tanpa sebab. Bantuan ketenteraan yang disalurkan oleh kerajaan Thailand , menambahkan lagi parah konflik di wilayah bergolak itu.

Pada tarikh 9 Jun 2009 (Selasa), umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan 12 orang jemaah yang sedang bersolat Isyak di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Sungai Golok telah ditembak mati oleh sekumpulan penyerang bersenjata rifel M-16 dan pump-gun, berseragam hitam dan bertopeng. Kejadian berlaku dalam tempoh lima minit.

Dalam kenyataan media berkenaan, ( BERSATU PERAK ) berpendirian kemelut yang berlaku sejak 6 tahun dahulu itu tidak akan berkesudahan sehinggalah ketenteraan Thailand diundurkan dari wilayah tersebut dan umat Islam diberikan kuasa dan hak autonomi terhadap wilayah mereka.

“Kami ( BERSATU PERAK ) mendesak kerajaan Thailand yang diketuai oleh Abhisit Vejjajiva bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian berdarah tersebut. Kerajaan wajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap kumpulan pembunuh tersebut disamping mengadakan tindakan pencegahan.

( BERSATU PERAK ) menggesa kerajaan Malaysia dengan segera bertindak membantu menyelesaikan konflik selatan negara tersebut. Kerajaan Malaysia digesa agar menyalurkan bantuan pendidikan kepada wilayah tersebut bagi menyelamatkan umat Islam di selatan Thailand .

( BERSATU PERAK ) juga mendesak konflik selatan Thailand ditamatkan dengan memberikan ruang dan kuasa kepada umat Islam menjalankan kehidupan mereka tanpa sekatan dan ancaman.

( BERSATU PERAK ) akan memanjangkan desakan ini dengan menghantar surat tuntutan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, Pengerusi OIC dan ASEAN agar ada desakan di peringkat antarabangsa terhadap isu penindasan & jenayah kemanusiaan ini,” jelas Hafez Sabri.

Dalam pada itu, dalam kejadian itu, enam lelaki bersenjatakan senapang automatik memasuki masjid Al-Furqan di daerah Cho-i-Rong, wilayah Narathiwat ketika waktu solat Isyak dan melepaskan tembakan ke arah jemaah menyebabkan 12 orang termasuk imam Wan Abdullah Wan Latif terbunuh dan 19 lagi cedera.

Setiausaha Agung OIC, Tan Sri Prof Ekmeleddin Ihsanoglu, menyifatkan serangan itu sebagai yang paling dahsyat dalam siri serangan ke atas masjid dan tempat beribadah di selatan Thailand

4 ulasan:

ubatkuat berkata...

ASSALMUALAIKUM BUAT SEMUA


AL FATIHAH........

ALLAH HU AKHBAR,,ALLAH HU AKHBAR..ALLAH HU AKHBAR

WASSALAM

hamdan al-kandahlawi berkata...

hairan..bersatu perak ni bagi desakan dgn cara yang "pasti tiada tindakan dari PBB".agak kelakar..

kalau bersatu perak ni ada link kuat dengan perancis ke..ada link kuat ngn britain ke..ok la jugak.gunakan masa yg ada untuk buat kerja yg lebih berfaedah..jgn asal nak bg nama meletup jek,hantar desakan kpd pBB tu~

zackeye berkata...

Orang Islam dimana saja ditindas dan disembelih pada setiap hari. Ada penindasan dan penyembelihan dibuat oleh orang bukan Islam dan ada juga yang dibuat oleh orang Islam sendiri.
Melapur kepada PBB tidak akan mendatangkan apa-apa kesan. Pasukan pembela sama ada yang besikap aktif atau pasif akan dianggap sebagai pengganas atau simpati kepada pengganas. Kalau tak ditangkap pun akaun bank mereka akan dibekukan atas resolusi PBB.
Ada kumpulan yang tidak tahan lagi ditindas dan diancam mereka akan bertindak betul-betul ganas dengan menculik, mengebom dan sebagainya. Lagilah heboh dunia menyamakan Islam dengan keganasan.
Dunia Islam yang insaflah kena ambil tindakan sendiri dan jangan terlalu mengharap bantuan PBB. OIC jangan cakap saja elok adakan pasukan pengaman bersenjata sendiri. Mulakan boikot ekonomi secara meluas. Allah telah memberi senjata ekonomi kepada umat Islam yang strategik iaitu minyak. Minyak boleh melumpuhkan ekonomi dunia gunakan secara strategik supaya dunia mengiktiraf yang negara Islam juga punya kuasa. Keluarkan simpanan wang dari negara yang bermusuhan dengan orang Islam biar mereka merasa kesusahan sepertimana dialami oleh orang Islam yang ditindas.
Kita pernah melakukan pada 1973 dulu dan mendapat kesan yang positif. Yang kurang pada masa sekarang adalah pemimpin Islam yang berani mempelopori perjuangan untuk menyelamatkan saudara Islam dimerata dunia. Rakyat Islam mesti berani menyingkirkan kepimpinan yang fasik dan zalim.

Syawal_Bawal berkata...

Salam .... sbg ummat Islam yg mngasihi saudara seiSlam yg lain yg telah diperangi wajib mnyatakn pendirian thadp tindkn tsebut.Selemah lemah perasaan kebencian dilahirkan di dlm hati namun ianya tdk mberi kesan mdalam thadp mereka yg mmerangi itu.

Terasa sungguh hairan kalau nasib yg menimpa saudara seislam kita yg berada hampir dgn kita tp kita langsung tdk menyatakan pendirian mngutuk mrk yg tlibat melancarkn peperangan itu. Kalau nak tunggu link yg kuat utk mnyatakn pendirian,hampir seluruh negara Islam yg dikenali menentang pencerobohan ISrael keatas Palestin tp apakh PBB atau negara kuasa2 besar bjaya melarang Israel dr membedil rakyt Palestin.

Aduh org Islam zmn skrg sudahlah berpeluk tubuh org lain yg ingin mbangkit smangat kesedaran bg melindungi saudara seislam dikata melakukn kerja tak berfaedah pulak. Jgn nnt bila nasib malang yg tjadi pd kita & keluarga kita kelak tdk disuarakn org lain malah tdk didengari sdikitpun. Masa tu baru kita melutut & mngatakan ummat Islam tdk prihatin thadp maslh saudara seislam