Tujuh ahli parlimen Pakatan Rakyat , termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka meninggalkan bilik persidangan parlimen atas dakwaan "berkelakuan kasar". Jumlah tersebut disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebentar tadi.
Mereka juga digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.
Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena),Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Kerai)dan Dr. Zulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor).
Nga dan Ngeh - kedua-duanya exco kerajaan Pakatan Perak sebelum rampasan kuasa BN, Februari lalu - juga memakai kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.
Tiga pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut kembali kerajaan yang mereka kuasai tidak sampai setahun sejak Mac tahun lalu.

5 ulasan:
ajar sikit BN tu
saya sokong sepenuhnya tindakan MB NIZAR dan ahli2 parlimentu. Biar si najistu tau! diapun dok kena bomoh dgn rosmah xsedar diritu.
mmg patut nizar wat camtu...pasal org bn-umno ni ssah nak d ajar..da la kurang ajar,susah nak d ajar plak tu
Besarnya kuasa speaker ye!!!
cam mana dgn speaker DUN Perak pula?
Pesan RSAW: Katakanlah/ucapkanlah yang benar,walaupun pahit: bab ni Nizar tak sepatut lakukan,memalukan dirinya dan Parti Pas amnya,dia bolih buat gitu tapi dilobi parlemen atau selepas ucapan aluan (welcoming speach)dari speaker,jangan gopoh,ikut peraturan.pesan s.Ali :Yang hak dilakukan tanpa peraturan akan dikalahkan olih yg batil tapi dengan peraturan..Nizar,next time,be more careful and gentle..wallahualam
Catat Ulasan