16 Jun 2009

NIZAR TELAH LAKUKAN DUA SUMPAH

Oleh: WFAUZDIN NS

Ahli Parlimen Bukit Gantang merangkap MB Perak pilihan rakyat, YAB Ir Nizar Jamaludin hari ini telah mencatat sejarah mengangkat sumpah di Parlimen sebagai Ahli Parlimen. Sebagaimana yang dijanjikan oleh beliau kepada rakyat Perak bahawa nasib rakyat Perak akan terus diperjuangkan di Parlimen sebaik sahaja beliau menjejakkan kakinya di Parlimen terlaksana sudah. Setelah beliau mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen, YAB Nizar seterusnya melaksanakan sumpahnya kepada rakyat Perak iaitu memperjuangkan hak-hak rakyat Perak iaitu pembubaran Dun Perak.

Tanpa membuang masa, tanpa mengira risiko yang bakal menimpanya, YAB Nizar terus melaungkan `Bubar Dun, Hidup Rakyat' di Parlimen serta diikuti oleh semua MP dari PR. Kini, suara lantang tokoh muda dari Pas itu akan menjadi teman buat DS Anwar di barisan hadapan yang pastinya akan `mengecutkan' perut MP dari Umno/Bn. Akhirnya, seperti biasa kuasa yang ada pada Speaker digunakan untuk menyelamatkan maruah Umno/Bn di dalam Parlimen. Bersuara `Bubar Dun dan Hidup Rakyat' kini lebih bahaya atau dikira kurang baik dari bersuara mencarut, lucah dan sebagainya. Itulah Parlimen Malaysia yang juga melahirkan spesis yang sama di Dun Perak.

Ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menganggap mereka yang bersuara serta memakai tanda `Bubar Dun' sebagai mereka yang `putus wayar' adalah satu ulasan yang dikira sebagai kehabisan modal untuk berhujah. Nazri Aziz dikenali sebagai `tukang kipas' paling hebat di era mana-mana PM pun. Dahulu, Tun Mahathir adalah mangsa kipas beliau hinggakan tidak kering tangan Tun dikucup oleh menteri yang tidak bijak ini. Apabila Tun tidak lagi memegang kuasa, beliau `meludah' Tun kemudiannya mengipas pula Pak Lah. Kini, Pak Lah pun hilang kuasanya, Nazri kini mencari sasaran baru untuk terus dikipas demi mengisi perutnya. Sebab itulah tidak hairan jika Tun kini baru sedar bahawa Nazri itu siapa dan Tun sendiri secara berterus terang bahawa beliau tidak senang dengan kehadiran orang yang pernah mengucup tangannya itu berada di dalam kabinet Najib.

Walau apa pun tindakan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap YAB Nizar serta rakan-rakan dari PR, yang penting mesej dari YAB Nizar telah disuarakan sebagaimana janji dan sumpah beliau kepada rakyat Perak. Apakah kita melihat tragedi yang berlaku di dalam Parlimen memberi isyarat bahawa rundingan, pakatan atau perbincangan tentang `Kerajaan Perpaduan' yang dicetuskan sekarang boleh dianggap FULL STOP? Biarlah pemimpin Pas yang menjawabnya./ wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

fikrah islamiah berkata...

Saya nak minta YB sampaikan salam saya kepada DS Nizar, dan ucapan takziah atas tindakannya di dewan Parlimen semalam. Sebenarnya saya kecewa dengan apa yang berlaku. Banyak kali saya sebutkan dalam komen sebegini untuk tindakan YB tetapi tidak diambil perhatian.
Perjuangan kita masih panjang, jangan disingkatkan dengan tindakan yang menyebabkan orang meluat dengan kita. Banyak lagi yang boleh kita buat, dan soal DUN tidak perlu dibawa ke Parlimen. Nanti orang kita bodoh atau gelojoh.
Ikutlah akhlak Islam seperti yang diajar oleh Rasulullah. Buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kita. Kita tidak rugi tetapi akan dikagumi.

Tanpa Nama berkata...

ahmad baei jaafar, kalau itu kamu nak komen, tak payah lah, Hj. Nizar dan MP PR tahu apa yang mereka lakukan. Mereka mempunyai visi dan misi yang jelas. Hak rakyat (yang dibenarkan menurut Islam)perlu dipertahankaan walau pun dimana saja kita berada, bukan saja di DUN Perak tetapi Di Dewan Rakyat juga sebagai tempatnya yang sangat sesuai, kerana yang memporakperandakan, pentadbiran di Perak ada lah orang luar dari Perak, dan juga DEWAN RAKYAT adalah tempat MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT. Tak payah lah kamu nak tunjuk pandai dalam hal ini. Lagi pun semua isu dan kerja jahat UMNO/BN perlu didedahkan supaya rakyat boleh menilai apa pemimpin mereka lakukan.

abukhuzaifah berkata...

saya sokong yb nizar terus mengambil tindakan yg amat bijak ini.yb nizar adalah sinar bg rakyat yg semakin menyerlah kewibawaannya.

Pak Brahim berkata...

ahmad baei jaafar dah baca banyak sirah nabi saw ka. Saya fikir DS Nizar lagi banyak memahami perjuangan Nabi saw dari kamu MAT. Dia tahu apa yang nak dibuatnya.

Tahniah dan syabash DS Nizar. Engkau memang hebat dan layak di gelar PANGLIMA BUKIT GANTANG.

Tanpa Nama berkata...

yb teruskan perjuangan tanpa jemu kita akan beroleh kejayaan insyaallah.

ubatkuat berkata...

sokonglah mana yg patut rakyat PERAK,,negeri ini yg mulanya aman jadi kacau bilau...yb nizar bukan merompak waima rampas kerusi speaker pun,,hanya lah mengutarakan SUARA JANTAN ANAK PERAK yang tak rela negerinya dirampas dan diragut oleh LANUN POLITIK MALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

biarkan Panglima Bukit Gantang buat dia punya kerja...dia adalah seorang IR..dapat menguasai pelbagai bahasa...dia tahu apa yang dia buat...
menjadi lumrah orang Perak memang berdarah panas...teruskan Panglima jangan toleh kebelakang

Tanpa Nama berkata...

tahniah. perjuagkan hak rakyat. rakyat jelata hanya boleh menjalankan kuasa di tangan apabila berlaku proses pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

ahmad baei jaafar ni sebenarnya orang UMNgok