12 Jun 2009

Nik Aziz ingin lihat Cina Muslim pimpin PAS

MENTAKAB, 11 Jun : - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ingin melihat suatu hari nanti PAS dipimpin oleh kaum Cina Muslim.

Berucap dalam majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang di Kerau, dekat sini beliau berkata, semasa melawat negara China beliau berkesempatan menziarahi makam sahabat nabi di negara berkenaan.

Ini, katanya menandakan Islam lebih dahulu bertapak di negara itu berbanding Malaysia iaitu pada zaman para sahabat lagi.

Tambahnya,di Tanah Melayu yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.

Katanya, di China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN.

Nik Aziz juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam.

Turut berucap pada majlis berkenaan iaitu Pengerusi KaAdilan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dan Teo Kok Siong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Negeri Sembilan.

Sementara itu pada majlis sama Nik Aziz turut diberi penghormatan menyampaikan sumbangan manfaat Takaful kepada lima waris peserta Dana Taqwa-iTQA, PAS Pahang yang meninggal dunia berjumlah lebih RM40,000, dua menerima RM19,000 manakala tiga lagi RM3,000. Harakahdaily.

8 ulasan:

zackeye berkata...

Ini satu pandangan yang amat baik. Tapi UMNO mungkin kata mereka lebih kehadapan kerana mereka mempunyai berbagai kacukan Melayu yang memimpin mereka dari Melayu Siam, Melayu Turki, Melayu Arab dan Melayu India yang jadi pemimpin utama mereka. Cuma Tun Razak dan anaknya Najib saja boleh dikatakan Melayu Melayu.
Biar apa bangsa sekali pun yang memimpin PAS asalkan dia Islam dan mengamalkan serta mendukung perjuaangan Islam kita akan terima dan patuh.

david ahmad muniandi berkata...

marilah kita kaum cina,india dan melayu yang betul-betul Islam memperjuangkan parti PAS.

Syawal Ipoh berkata...

InsyaAllah YB Idham salah sorang..

Bangsa Cina Malaysia berkata...

Saya juga tertanya-tanya:
Kenapa PAS sanggup merosakan sistem demokrasi 2 parti yang sudah hampir wujud di Malaysia?
Kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan mereka yang merampas pentadbiran Negeri Perak?
Kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan mereka yang merampas royalti minyak ketika PAS memerintah?
Adakah PAS sudah terima ideologi sebegini?
Kenapa PAS tidak mahu tunggu sampai pilihan raya umum ke 13 baru menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Rakyat?
Ya, Hadi Awang dan Nasharuddin kata Kerajaan Perpaduan bukan bermaksud UMNO dan PAS akan bergabung,
Tapi bagi saya Kerajaan Perpaduan bermaksud mereka akan menubuhkan kerajaan bersama-sama,
sekiranya ini berlaku maka mereka telah menginkari janjian mereka, dan mereka tidak akan mendapat undi saya pada pilihan raya akan datang.

mun berkata...

bangsa malaysia,
mungkin awak bukan Islam jg xpaham erti gerakan Islam yg dibawa PAS, saya tidak salahkan awak. tambahan pula dgn propaganda media, menyebabkan awak jg keliru. sedangkan ada ahli PAS sendiri yg masih tidak mengerti inikan pulak awak. jgn risau selagi TGHA memipin perjuangan yg dibawa PAS, insyaAllah kita berjaya juga menjatuhkan kerajaan korup UMNO/BN dgn izin Allah swt.

Atuk Banjar Masin berkata...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

Baba Siam berkata...

Memang saya seorg bukan islam lebih ingin lihat lebih lagi tokoh poitik PAS spt Tok Guru Nik Aziz & Ds Nizar dgn fikiran & pandangan luas juga Ilmunya ujur dlm Parti terbesar Islam di Malaysia ni.

مَعهَدين الُمعلمْ berkata...

Yer..
Saya cukup mengenali TGHH daripada siri ceramah-ceramahnya yang saya ikuti. dia adalah orang lama dalam PAS. die dah begitu arif dengan siksa dan payahnya nak membawa PAS ke puncak sekarang. tidak mungkin die akan membuat sesuatu yang akan menguntungkan musuh PAS seperti UMNO. bagi saya UMNO nie bukan sahaja musuh PAS malah musuh kepada ISLAM itu sendiri. TGHH adalah golongan yang belajar agama. insyaAllah tidak akan belot kepada perjuangan parti.

isu UG sekarang bagi saya itu adalah satu strategi terancang untuk menjatuhkan UMNO. sy lihat sesetengah pemimpin UMNO sendiri begitu takut dengan idea UG ini. takut kehilangan jawatan..

TGHH sndiri tahu begitu banyak penetangan di dalam PAS terhadap UG. so xyahla risau. org macam TGHH begitu bijak menguruskan soal ini. cuma kita jangan bersangka buruk.