12 Jun 2009

TAHNIAH KEPADA MEREKA-MEREKA INI DAN PAS PERLU BANGKIT

Oleh: WFAUZDIN NS

PERLANTIKAN Datuk Mustafa Ali ke dalam jawatan yang lebih kanan dan penting di dalam Pas iaitu selaku Setiausaha Agung Pas memang telah dijangka dan diramalkan ramai pihak. Tahniah dan syabas buat beliau. Tahniah juga buat semua tokoh Pas yang terpilih menganggotai jawatan-jawatan penting di dalam Pas yang baru diumumkan tadi. Kesyukuran juga diucapkan kerana terpilihnya Husam Musa dan Mat Sabu serta Dr Mariah ke dalam AJK Pas Pusat.

Tanpa mahu mengulas panjang tentang perlantikan tersebut, saya cuma dapat menyandarkan harapan agar kesemua tokoh yang terpilih dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan efisyen. Menyelami hati dan perasaan ahli-ahli serta rakan-rakan di dalam PR amat penting bagi membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih adil dan bijaksana. Sikap mengutamakan parti dan jemaah di samping mengutamakan `rakan-rakan serumah' amat penting agar Pas terus berkembang serta dihormati dan disegani rakan dan lawan. Lupakan kisah pahit jika ada, lupakan niat serong jika masih berbuku dihati kerana kepimpinan Pas serta kepimpinan PR telah membuat keputusan muktamad baru-baru ini bahawa PR tetap diutamakan sepertimana kenyataan media oleh DS Anwar semalam.

Kepada YB Husam dan Mat Sabu yang telah dilantik menganggotai AJK Pas Pusat, diharapkan mereka menerimanya walaupun tidak meminta. Tenaga serta buah fikiran kedua-dua tokoh ini amat penting buat Pas dan PR meskipun amat digeruni oleh Umno. Tunaikan janji kelian iaitu untuk menentukan bahawa Pas tidak akan `terperangkap' dengan Umno lagi. Kami mahu agar suara-suara kelian lantang di dalam Pas semata-mata kami mahu Pas sentiasa dihormati dan tidak dicaci selama-lamanya.

Perlantikan Ketua Penerangan yang kini diterajui oleh Us Idris Ahmad memang dialu-alukan kerana beliau juga seorang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama. Beliau juga sentiasa aktif berceramah dan juga aktif di dalam kuliah-kuliah serta usrah. Manakala, kepada tokoh yang akan menerajui akhbar Harakah juga diharapkan berupaya mengekalkan tahap profesional media berkenaan. Perlu diingat, akhbar tersebut kepunyaan parti dan semua ahli parti perlu diberi kepuasan dan keadilan di dalam bahan beritanya. Sekiranya akhbar tersebut semakin merosot pengedarannya, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan cara atau pengisian beritanya.

Mudah-mudahan Pas bangkit selepas ini setelah melutut seketika. Masih banyak perkara yang perlu Pas lakukan selepas ini untuk memperbaiki beberapa `luka dan kecederaan' yang terhasil daripada muktamar yang lalu. Apa yang penting, semua pihak yang mengkritik atau menegur Pas beberapa minggu ini adalah untuk membuktikan bahawa sememangnya `Pas For All' dan kami amat menyayangi Pas. Memang tidak dapat dielakkan, kadangkala kritikan terhadap Pas disertakan dengan sentimen dan emosi yang kadangkala melampau batasan. Di dalam Pas juga begitu, kadangkala bila sesetengah pimpinan Pas mengkritik kerajaan Umno/Bn, mereka juga tidak dapat lari dari sentimen dan emosi apatah lagi melibatkan sesuatu isu yang terlalu mengganggu fikiran mereka. Cuma yang perlu dilihat, isi hati dan isi perut masing-masing samada ikhlas atau tidak meluahkan kritikan. /wfauzdin.blogspot.com.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat mereka yang dilantik...kami bersama mu selagi kamu berpegang ke jalan Allah.

Kapak Batu berkata...

mustapa ali adalah seorng yg menyokong kerajaan perpaduan , susah tu , husam dan mat sabu hanya di lantik alk pas pusat bukan dewan harian pas pusat!!, ada beza tu!!

Pemburu Syahid berkata...

Salam....

TG Hj Nik Aziz kata - IDEA KERAJAAN PERPADUAN IDEA MENGARUT.

TG Hj Nik Aziz kata - INDIVIDU YANG MENCETUSKAN IDEA KERAJAAN PERPADUAN ADALAH BONEKA UMNO.


Siapakah individu itu ?

A - Mustapha Ali

B - Nasaruddin Mat Isa

C - TG Hj Hadi Awang

D - A dan B

E - Semua di atas

Baca lanjut di www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

zuhairy berkata...

cayalah abang mat!

Tanpa Nama berkata...

AKU HANYA KETAWA AJA, BILA MEREKA AMNO DAN MEDIA MASSA NYA, CUBA MENYAMA, PERTANDINGAN JAWATAN DALAM PAS, SAM DENGAN AMNO,
KINI MEDIA MEREKA TERMASUK MALAYSIA KINI CUBA MEMECAH BELAH TGNA/ TGHH/UN/MA. AKU KETAWA JUGA, KERENA AKU PERCAYA SELAGI PUCUK PIMPINAN PAS KEKAL DALAM WALA DAN ISTIKAMAHNYA. SEGALA YANG MUNGKAR DAN BATIL AKAN JELAS PADA MEREKA.
WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

& kalo kamu tidak walaa pada mursidul am & menghina nya sila berambus dari parti...

Tanpa Nama berkata...

pemimpin pas skr kurang ajar dgn tok duru nik aziz,masih ingat statement tgna pada 15/9/08 dan kenyataan terbaru beliau terhadap mustafa ali,masih lagi i beri jawatan yg amat penting lagi.apa sebenarnya pemimpin ni nak suruh ahli buat,do nothing?saya sudah marah skg, sebelum ni saya masih diam dan bersangka baik tapi ini sudah melampau,adakah mereka mengangap tok guru sudah nyanyok?

Tanpa Nama berkata...

Betul ke S/U baru salah sorang perancang kerajaan perpaduan? Ustaz ahmad awang kena bgtau siapa org tu !! jgn tunggu lama2...x sabaq nk tau ni.

penawarrindu berkata...

Satu ulasan dan pandangan yang amat membina.
Terima Kasih kepada Wan Fauzdin.

Tanpa Nama berkata...

bangkit bersama unity gomen

RABUN berkata...

rapatkan saf kembali

mamat berkata...

pooorah mustafa ali. get out from pas...

Tanpa Nama berkata...

awat la cina islam ni takut sangat nak siarkan komen orang. wei, kami jugak yang undi hang tau!!

DoL berkata...

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud - Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi suatu kaum maka dijadikan pemimpin-pemimpin mereka orang-orang yang bijaksana dan dijadikan ulama-ulama mereka menangani hukum dan peradilan. Juga Allah jadikan harta-benda di tangan orang-orang yang dermawan. Namun, jika Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum maka Dia menjadikan pemimpin-pemimpin mereka orang-orang yang berakhlak rendah. DijadikanNya orang-orang dungu yang menangani hukum dan peradilan, dan harta berada di tangan orang-orang bakhil. (HR. Ad-Dailami)

mistiq berkata...

salam.

hati2 api dlm sekam...semoga ALLAH memberi petunjuk pada kita siapakh pengkhianat dlm pas...

Unknown berkata...

TAHNIAH JUGAK... BILA AKU BOLEH JADI MENTERI NIH..

Bah Lontok berkata...

Sebenarnya PAS atau PKR tidak menang besar pada PRU12 yang lalu, Yang menang besar ialah DAP. Kerana kemenangan PAS dibantu DAP, kemenangan PKR di bantu DAP. Itu sebab PAS dan PKR terpaksa menurut perintah DAP di negeri Perak dan Selangor. Di P Pinang pula PAS terus di pandang sepi oleh DAP.

Setiap gerak dan perbuatan PAS dan PKR mesti selaras dengan kehendak DAP. Lihat saja berkenaan 'kerajaan perpaduan', DAP dengan lantang memberi amaran dan ugutan kepada PAS. Sepatutnya PAS boleh buat apa saja kerana PAS BUKAN sebahagian dari DAP. Mengapa DAP berani memberi amaran kepada PAS?

Tanpa Nama berkata...

politik adalah karut....demokrasi adalah ciptaan barat.....umno bangkai babi....pas bangkai kambing...semua tu adalah bangkai...cuma pas tu bangkai kambing sedap sikit bunyinya...bahtera selamat macam mane ada kat pas tu...puak2 syiah berkeliaran dlm pas...macam mana bahtera selamat?..cuba lihat ahli pas yg masuk umno...dulu bukan main mengkafirkan umno...apabila masuk umno takder dah kafir tu....tu lah politik....sedarlah wahai manusia kat luar tu..jgn terpedaya dgn org politik..sumpah org politik tidak blh di percayai..sampai pilihanraya kamu pilihlah yg kamu suka...itulah cara yg terbaik....yg lebih baik lg kamu carilah guru muryid yg dapat membawa kamu kebahagian dunia dan akhirat

Tanpa Nama berkata...

salam...bagi pimpinan yg dikatakan menyokong kerajaan perpaduan serahkan le semua jawatan2 anda pada kumpulan yg xnak kerajan perpaduan ni....biar le depa yg pegang pulak dari akar sampai pucuk...biar le kat depa....depa sume bijak pandai...yg kerajaan perpaduan ni hanya bawa masalah je...serah semua jawatan kat depa...jgn campur apa2 urusan dah....depa dah xsabar2 dah nak memerintah dgn kepandaian mereka....serah lah kat depa....biaq pi depa...

Tanpa Nama berkata...

Macam mana DAP tak marah, dah bertunang dengan DAP tup tup duduk dalam gelap dengan orang lain. Bila di tanya tak mengaku hinggalah Pak Lah bocorkan cerita. Ini kah akhlak orang yang berugama. Kalau benar pun nak berbincang dengan UMNO berkata benarlah. Tak kira parti lain setuju atau tidak tetapi jangan jadi pembohong.

Siakap senohong , gelama ikan duri
Bercakap bohong , lama lama ..........

Tanpa Nama berkata...

alo siakap...sapa yg duk dalam gelap ngan org lain tu? mai cita skit..nak tau org dia...ke hang pun tak tau sapa?