12 Jun 2009

Lagi p'raya kecil? ADUN DAP serah surat letak jawatan

Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi - kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.

ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.

Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.

Surat Tan (Kiri sekali) itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.

Manakala pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan Ogos lalu.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat Tan pagi ini dan akan menyerahkannya kepada ketua menteri yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 03Katanya, Tan menyerahkan surat peletakan jawatan itu secara sukarela "sebagai tanda bertanggungjawab" terhadap dakwaan rasuah yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal.

Tan, 48, yang menyertai DAP lima tahun lalu, memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan itu sebagai "jaminan" sekiranya dia didakwa atas tuduhan rasuah.

Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan rasuah itu.

Sebaliknya, beliau menubuhkan rakannya itu sengaja mereka cerita itu untuk memalukannya dan kerajaan Pakatan Rakyat. Malaysiakini.

5 ulasan:

bapak sprm berkata...

elok buat mcamtu. kalau sprm dok kecoh sangat dengan karenah ubn kenalah gayenye. kalau dok bising kata ada rasuah buktikan dan saya sanjung dap tu buat surat mcmtu. kita gertak ubn balik!kahkahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

politik beginilah yg diimpikan..
UTAMAKAN RAKYAT jd pegangan..
bkn mcm komponen PPPP dlm Bee End!!

Unknown berkata...

Syabas YB...anda telah memberi contoh yang terbaik
....kita mahu semua YB2 dari Pakatan Rakyat bersedia meletak jawatan bila2 masa jika terbukti bersalah..buktikan anda semua tak gila kuasa..jawatan..wang...Contohilah YB.TAN BENG HUAT
Satu tamparan kepada YB2 yang terbayang-bayang jawatan dlm kerajaan perpaduan...seharusnya anda merasa malu atas sikap gentleman YB.TAN.
Ini lah contoh yb pada masa hadapan..SYABAS

ubatkuat berkata...

amacam suku sakat BN ,,seua ini retorik jugak kah????jahat macam K,,,,,s jugak kah yang korang selalu gembar gemburkan,,silalah buat laporan polis kalau ini akan mengancam keselamatam negara

david ahmad muniandi berkata...

lepas tu tan cheng liang akan merebutkan kerusi di Jawi tunggu dan lihat...angkara ketidakpuasan hati memang banyak...